Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.
Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.
Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.
Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.
“Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan,” katanya.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.
Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan,” katanya.
nota: Perang psikologi PKR sudah bermula. Pihak BN tidak seharusnya memandang ringan dengan sebarang kenyataan yang dibuat oleh PKR lebih2 lagi sesudah DSAI kini sudah bergelar Ahli Parlimen dan ketu pembangkang. Sikap tunggu dan lihat tidak harus diambil oleh Pihak BN. Walaupun MP dari Sabah dan Sarawak sudah sebulat suara utk terus kekal dalam BN, bagaimanapula dengan MP di Semenanjung. Tidak dinafikan pengaruh DSAI masih kuat di dalam BN/UMNO.
Dengan keadaan politik mutakhir ini, pihak BN seharusnya bersikap lebih proaktif di dalam memastikan tiada MP BN yang melompat. Sikap proaktif di dalam memberi perhatian terhadap masalah rakyat dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang pada hari ini dilihat agak luntur. Tidak dinafikan banyak isu-isu semasa seperti peningkatan kadar jenayah, masalah pengangkutan awam yang gagal dibendung oleh pihak kerajaan telah menyebabkan ramai pengundi atas pagar memilih Pakatan Rakyat.
Pendekatan politik BN juga seharusnya berubah mengikut keadaan semasa. Kegagalan memanfaatkan penggunaan IT seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, telah menyebabkan ramai pengundi muda memilih PR berbanding BN. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Kemunculan laman-laman blog pro PR sejak 3-4 tahun lepas telah berjaya mempengaruhi pengundi muda dan hasilnya mula dituai oleh PR pada PRU yang lepas. Sekiranya BN masih leka, tidak mustahil PRU 13 akan selagi lagi menyaksikan tsunami politik yang lebih dasyat.
caya ler…baru sehari masuk Parlimen..ramai nak lompat parti…kalau mcm nie confirm ler 16 september nie MALAYSIA MERDEKA!!!.. harap2 masa DSAI jd PM..duit dalam tabung malaysia ada lg..takut budak2 BN nie beli c4 atau kapal selam plak…
Salam,
Aku ini darah dagng UMNO..aku kagumi UMNO sejak dari aku mengenali politik, namun titik noktah berlaku bila pucuk pimpinan beralih arah. Mahathir nokhtah ku. Aku harap jika benar kerajaan baru bakal wujud bia la ia sehebat UMNO “dulu”. Bagi UMNO aku harap kamu kembali kepada asal yg sememangnya kalau benar berlaku undi rakyat bakal kau raih kembali. Hentikan kepentingan peribadi ushakan keamanan & keadilan rakyat jelata kerna kau mesti ingat duhai pemimpin dirimu jua adalah rakyat Malaysia.
Orang yang sokong BN ni orang jenis penakut sahaja. Yang melayu takut hak tergadai, yang cina dan india takut malaysia jadi negara islam.
Untuk “pejuang” melayu dalam UMNO ni, teruslah berjuang jika itu kamu anggap sebagai perjuangan bangsa.
Cuma saya rasa geli hati melihat penakut-penakut ini terus terketar takut hak tergadai. lawak nak mampos.
princeofpenang,
Awak boleh gelaklah selagi mana awak suka. Tak ada orang yang nak sekat gelak awak tu.
Tak ada kene mengena awak ni dengan dasar BN yang memperjuangkan parti. Awak apa peduli? Penakut pun kata awak tu kuat gelak..
Awak nak gelak sampai mampos pun kita tak kacau. Sekian.
apai sabor apai
kita tunggu jer … berapa 16 september …..ni apa cerita dema yang angkuh …. tengok ler siapa yang gelak…. siapa yang kena gelak
teman tak heran sangat tapi yang teman takut sunyi ler pulak… kot jadi anwar… kot kalau kena kencing camana pulak!
sekupang dua rasa tentu sunyi kejap blog ni sebab yang mulut besor nanti mesti tetiba jadi halimunan mana nak letak j@B@# yang … baru betooi kena belasah
no matter what happen… i’m sure 16th sept ‘s agenda will come true 🙂 PR rules !
salam semua!
fijaforever & darknights!
on 16’th sept …..i’m sure both you will never believe your hopp’in PM … dah kencing you. he he he he he
Salam semua…
BN: 140 MP (MP ISLAM – 89; MP Bukan ISLAM – 51)
PR: 82 MP (MP ISLAM – 43; MP Bukan ISLAM – 39)
Katakan lah 30 MP yang melompat, semua bukan ISLAM,
maka MP PR, 43 MP ISLAM & 69 MP BUKAN ISLAM!!
Jika 30 yang lompat, 5 ISLAM & 25 BUKAN ISLAM,
maka PR jadi 48 MP ISLAM & 64 BUKAN ISLAM…
Jika inilah yang ANWAR mahukan, maka minoriti akan mewakili majoriti!
Melayu adalah bangsa majoriti di Malaysia tapi kerajaan PR akan diwakili oleh Melayu yang akan menjadi minoriti dlm kerajaan tersebut..
renung-renungkanlah..
alah korang ni semua dah termakan pujuk rayu diorang yang berpolitik.dah la korang wat keje cari duit bagi anak bini makan lagi bagus.wat dosa je sembang dalam blok ni.semua manusia sama je ada kepentingan hidup…
knpa takut nak siarkan komen aku ni.dah la kalau penakut cakap penakut tak payah tapis-tapis.kita manusia tak payah tunjuk mana bagus dan mana baik.yang penting bekalan iman nak ke ahkirat