Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

  1. tubir

    Katakan lah dia jumpa sepuluh orang untuk menyertai PKR dari BN …….Tapi dia lupa 20 orang dari merika akan melompat KE Bn ……lihat lah sendiri ……siapa yang kena .
    lawat melawat……dan liwat meliwat adalah berbeza walaupun hampir sama ejaan nya….

  2. mcy

    Dato Haris Salleh nampaknya sedang menagguk di air keroh. Itulah kata orang bila kita lemah semua mendesak, semua berkehendak. Minta royalti minyak 20% le macam-macam, semuanya umpan yang meletakkan BN dalam keadaan serba salah yang akhirnya boleh mencelakakan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Sudah sampai masanya pemimpin BN perlu belajar berfikiran strategik, apa yang perlu dibuat dan yang jangan dibuat. Jika terlalu banyak salah makan ubat tiada doktor kecuali Dr. Mahathir boleh bantu

  3. Salam Saudara tubir,

    ha..hah…hang memang pandai…lawat atau liwat….kita tunggu siapa kena liwat lepas ini…kali ini MP yang nak lompat itu pastikan pakai cawat besi….semasa lawat itu kerana takut nanti kena liwat!!!.
    Dulu heboh pasai RM3.60 instant mee!
    lepas itu kecoh pasai racun Maggie mee!
    kini Ramai suka makan indo-mee!
    Sekarang masih cerita pasai SODOMEE!
    Entah bila nak habis cerita pasai Mee!

  4. Pandeka Amin Durka

    Salam,
    Huhu sukenye lompat melompat…aku xsuke sebenarnye pemimpin yg melompat ni…once da melompat pasti melompat lagi…kalau melompat untuk kebaikan rakyat aku sokong tp kalau utk kepentingan diri baik kamu terbang je la. Pemimpin melompat ni la yg mengalakkan pengundi melompat :P. Maaf menyampuk..udah2 la cakap pasal liwat geli teman eih.

  5. budakbebudak

    KOMENTAR ANDA TENTANG IDRIS MELESET. TAK TEPAT TETAPI MELENCUNG PULAK. BAGI ANA, TAK PERLU MEMBUAT TUDUHAN DAN MENGGUNAKAN PERKATAAN DENGAN SPONTAN TAPI TAK BETUL. IDRIS JUSOH IALAH SEORANG YANG LOW PROFILE. BELIAU TELAH MENJADI SEBAHGIAN DARI PERANCANGAN UNTUK MEMUDAHKAN DT SERI ANWAR MEMASUKI SMULA KEDUDUKAN BELIAU YANG TERNAFI OLEH BEKAS PM. NASIB ANWAR DAN PEMBANGKANG BAIK BILA ADA KRISIS PEMIILIHAN CALON/ KRISIS DENGAN ISTANA. SEMUA ADA KAITAN DENGAN IDRIS JUSOH, SO PATUTNYA TERMAKASIHLAH PADA IDRIS? FAHAM. BODOH BETUL. TAK FIKIR LANGSUNG HIKMAH HIKMAH.

  6. kuntakinte

    Salam, TDM dah tahu awal2 dah perangai si anwar, 16 september tu tetap datang apa yang nak di gembar gembur kan, kata TDM nanti bila tak jadi mula buat cerita fitnah UMNO juga yang kena, BN juga yang kena, anwar dan haprak PKR tetap juga baik, nanti tuduh UMNO dan BN main kotor, guna ugutan, guna rasuah, memang jenis mulut jilat pongkok anwar ni ( itu bahasa dia masa p’raya permatang pauh).

  7. Kusye

    proganda politik….. huhuhuhuuuu… fikir la sendiri…. ade sesape tk kwn2 yg pernah berada di penjara bersama2 ngan Anwar dulu…. kalau tkde tanyela sesape yg pernah berada kat situ…. mcm mane anwar dipapah untuk berjalan ke sana sini…. bkn dibelasah oleh pegawai penjara atau polis… tp hukuman drp ALLAH s.w.t….. kalau tk percaye wat la research ek….. jgn memain beb….. jgn lupa wat research yg kononnye die di racun mase kt dlm penjara dulu… btul ke die di racun… atau…… hahahaaaa…..

  8. Sudahlah Kusye…jangan dok memandai,awat lu warden ke???lu penah jaga Anwar ke??? Orang macam lu memang haprak tak tahu amende cuma tunjuk pandai…toya lu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s