Monthly Archives: August 2008

Kenyataan YBM Tengku Razaleigh Mengenai Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur
Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:
– Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
– Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
– Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Baru

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat perlantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Whip PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat tersebut kira-kira pukul 4.10 petang tadi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik Anwar sebagai ketua mereka berkuat kuasa esok.

“Surat tersebut telah ditandatangani oleh saya sendiri selaku Ketua Whip PKR, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip DAP, Dr Tan Seng Giaw.

“Kita berharap pengumuman (Ketua Pembangkang) diumumkan esok selepas upacara mengangkat sumpah (oleh Anwar),” katanya kepada media di Lobi parlimen.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pandikar nafi wujud desakan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia  menafikan bahawa wujud desakan terhadapnya supaya upacara mengangkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi kerusi Pilihan Kecil Permatang Pauh semalam diadakan esok.

“Tidak ada desakan. Siapa yang boleh desak saya. Saya dengan kuasa saya, ketua pembangkang dengan kuasanya, Perdana Menteri dengan kuasanya. Masing-masing dengan kuasa masing-masing.

“Tidak ada sebab mengapa tidak boleh angkat sumpah esok apabila sudah diberitahu,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Pandikar berkata, beliau juga telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi yang mengesahkan kemenangan Anwar.

Katanya, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli baru Dewan Rakyat esok selepas bacaan doa kira-kira jam 10 pagi.

Pandikar berkata, kawalan keselamatan yang lebih ketat sempena kedatangan Anwar di Parlimen esok adalah tidak perlu kerana hanya Anwar seorang sahaja yang perlu datang untuk mengangkat sumpah.

“Hanya seorang yang datang (angkat sumpah). Tidak perlu datang semua.

“Ini persidangan biasa. Cuma kita ada satu kekosongan bagi Permatang Pauh,” katanya.

Pandikar berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada pembangkang berhubung calon yang dipilih untuk menjadi ketua mereka.

Ditanya sama ada akan wujud tekanan jika Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang, Pandikar berkata, beliau menganggapnya sebagai perkara biasa namun berharap tata tertib dalan Dewan akan diberi penekanan.

“Anggapan saya mesti ada tata tertib. Mungkin Anwar boleh mengawal ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang supaya tidak keterlaluan melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Walaupun ada pihak yang mengatakan, adanya ketua (pembangkang) yang punya status seperti Anwar akan menyebabkan Dewan bergolak tetapi saya tidak melihat begitu,” katanya.

Katanya, Anwar mempunyai pengalaman menjadi ahli Parlimen sebelum ini, justeru beliau mengetahui segala Peraturan Mesyuarat dan tidak akan mempertikaikan kuasanya sebagai Yang Dipertua.

Ketika ditanya kemungkinan pembangkang akan sekali lagi mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan, Pandikar tidak dapat memastikan hal tersebut.

“Politik hari ini mungkin berbeza dengan esok. Mungkin mereka buat (usul tidak percaya), mungkin tidak buat.

“Saya tidak tahu tapi saya ingin katakan sekali lagi, Parlimen memang begitu,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 Tuntutan Awal Anwar Ibrahim

Pada sidang media sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan malam tadi, Anwar berharap beliau akan dibenarkan melangkah ke Parlimen secepat yang mungkin.

“Saya tidak nampak mengapa perlu (kemasukan ke Dewan Rakyat) perlu dilewatkan,” kata beliau yang telah beberapa kali ketika ceramah kempennya menekankan akan berdepan mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan apabila membentangkan Bajet 2009 Jumaat ini.

Beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat esok bagi membolehkannya mengangkat sumpah.

Bagaimanapun beliau mengakui tarikh angkat sumpah tertakluk kepada budibicara Speaker Dewan Rakyat.

Tuntutan kedua beliau ialah agar tuduhan meliwat yang dikenakan ke atas beliau awal bulan ini digugurkan kerana terbukti tiada kes.

Selepas menemui ribuan penyokongnya yang berhimpun di pekarangan Institut Perguruan Tuanku Bainun Anwar yang dijangka kembali ke Yayasan Aman, terus menuju ke rumah beliau di Cheruk Tok Kun.

Ketika berucap kepada ribuan penyokongnya selepas pengumuman keputusan itu, Anwar mengulangi hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Keputusan Penuh Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh

Hanafi Mamat (AKIM):                        92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) :       31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN):        15,524 undi

Jumlah mengundi:                  47,258
Keluar mengundi:                   81 peratus
Undi rosak:                             447 undi
Majoriti:                                  15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

– Tahniah DSAI dan syabas buat calon2 yang bertanding. Terbukti demokrasi di Malaysia subur!!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Keputusan tak rasmi pilihanraya kecil permatang pauh

Dsai menang dgn majoriti 15000. Tahniah!

21 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Doa Musnahkan Sesama Islam – bila gilakan kuasa

Majlis solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam semalam turut bergema dengan doa meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah… musnahkan Mohd. Saiful… (Tan Sri) Musa Hassan… (Tan Sri) Gani Patail… (Datuk Seri) Najib…”

Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW melarang umatnya berdoa seperti yang dilaungkan di Masjid Bandar Perda itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berceramah di masjid itu. Bagaimanapun beliau hanya tiba selepas waktu Isya dan tidak menyertai majlis doa munajat itu.

Ramai ahli Pas dari luar kawasan turut hadir di Masjid Bandar Baru Perda dan mereka melaungkan takbir bertalu-talu.

Majlis solat munajat Pakatan Rakyat turut diadakan di beberapa masjid lain sejak Jumaat lalu.

Pada masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menganjurkan solat munajat di Masjid Jalan Baru, Seberang Jaya pada 23 Ogos diikuti di Masjid Mengkuang Titi semalam.

Menurut risalah PPIM yang diedarkan di masjid-masjid di Permatang Pauh, solat munajat adalah cara terbaik untuk mencari kebenaran tanpa mendoakan kemusnahan sesama Islam.

PPIM menekankan, jelas kini kemelut yang berlaku semakin menghimpit dan menimbulkan banyak tanda tanya selain tuduh menuduh dan kutuk mengutuk yang melibatkan seluruh masyarakat negara ini.

‘‘Lantaran itulah persatuan (PPIM) ingin mengambil langkah proaktif demi memelihara ukhuwah sesama umat Islam,” kata risalah itu. – utusan

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tips Untuk Mengundi Di Permatang Pauh

Panduan Sebelum Tidur Malam Ini

1. Ambil Wudhuk atau bersihkan diri bagi yang bukan Islam.

2. luangkan 1-2 minit sebelum tidur berdoa memohon petunjuk tentang siapa harus diundi pada hari esok dari Allah SWT.

Bangun Dari Tidur

1. Bersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat subuh bagi beragama Islam dan bersiap utk acara ritual penganut lain.

2. Mulakan hari anda dengan hati yang bersih dan bebas dari anasir politik sama ada dari BN atau PR.

3. Mulakan dengan langkah kanan ketika keluar dari rumah dan memohon agar diberi pelindungan dari Allah SWT.

Semasa Perjalanan ke Tempat Mengundi

1. Fikirkan masa depan anak cucu anda. Letakkan generasi hadapan anda sebagai keutamaan sebelum membuat keputusan untuk membuang undi.

2. Lihat sekeliling anda. Bukan lihat pada poster tetapi lihat gelagat ahli-ahli perayu undi sambil membayangkan masa depan negara untuk generasi anak muda Malaysia.

Memasuki Dewan Mengundi

1. Baca Kalimah Bismillah dan masuk dengan kaki kanan. Bertenang.

2. Luangkan sedikit masa sebelum menurunkan pangkah pada kertas undi. Fikirkan sehingga detik anda berdiri menunaikan kewajipan untuk mengundi, Parti mana yang memerintah dengan saksama walaupun ada kelemahannya. Tiada benda yang sempurna di dunia ini.

3. Pangkah lah dengan sempurna dan hati yang bersih. Ingat wajah-wajah generasi muda Malaysia yang akan mewarisi khazanah negara.

4. Buatlah undian sebaik-baiknya dan fikirkan mana lebih penting, kepentingan kuasa peribadi@individu yang ingin menjadi Perdana Menteri atau kepentingan rakyat lebih penting.

5. Ada tiga calon yang bertanding dari BN,PKR dan AKIM. Tekadkan pilihan anda.

Panduan selepas membaca topik ini, fikirkan?

1. adakah anda ingin melihat anak cucu anda disamaratakan dengan bangsa lain sesudah anda berjaya hingga ke hari ini?

2. adakah anda ingin melihat anak cucu anda tidak dipelihara soal agamanya sebagaimana soal agama anda dipelihara hingga ke hari ini?

3. adakah anda suka negara kita digelar sekutu kuat Amerika di ASEAN?

4. adakah anda setuju sekiranya bantuan biasiswa yang mungkin anak cucu anda layak dapat pada masa depan hilang begitu sahaja?

5. adakah anda ingin melihat anak cucu anda terpaksa ‘menderita’ akibat perbuatan anda membuang undi atas dasar simpati terhadap seseorang individu?

6. adakah anda ingin ketuanan bangsa melayu anda yang selama ini dilaungkan2 oleh datuk nenek anda diganti dengan ketuanan rakyat yang entah mana hala tujunya?

7. adakah anda ingin melihat harga minyak murah pada 17 september ini tetapi anak cucu anda terpaksa menanggung beban harga minyak yang sangat tinggi akibat kesalahan undian anda?

8. adakah anda sanggup melihat maruah agama bangsa dan negara anda digadai demi kepentingan politik seseorang individu sahaja?

9. adakah anda ingin melihat negara dipimpin oleh pemimpin dan parti yang rendah moral serta akhlaknya?

10. adakah anda ingin menjadi peribahasa ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’ sebagai motto hidup anda.?

11. adakah anda ingin pemimpin yang ingin memimpin negara tetapi tidak percaya terhadap badan keselamatan negara beliau sendiri?

12. adakah anda ingin pemimpin yang suka berdolak-dalik dan bermuka-muka demi kepentingan peribadi?

13. adakah anda inginkan agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi kita?

14. adakah anda ingin hak istimewa orang melayu dihapuskan secara total – tiada biasiswa dan sebagainya?

15. adakah anda rela bangsa melayu dan Islam diletakkan sama tarafnya dengan agama lain sesudah lebih dari 50tahun bangsa melayu dan agama Islam diberi hak istimewa bukan sahaja dalam perlembagaan Malaysia tetapi oleh penjajah kita?

16. adakah anda ingin melihat malaysia dikenali sebagai tali barut yahudi dan amerika?

17. adakah anda ingin pemimpin yang sanggup mengorbankan maruah bangsa demi kuasa?

18. adakah anda ingin negara dipimpin oleh seseorang yang terlalu liberal dan tunduk pada telunjuk barat?

PERMATANG PAUH!! ANDA TENTUKAN!!!!

TEKADKAN PILIHAN ANDA!!!!

FIKIRKAN MASA DEPAN ANAK2 ANDA……

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pilih calon ‘kurang’ mudaratkan agama, negara – Mufti Perlis

Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang “paling ringan mudarat” atau “membahayakan” agama dan negara, esok.

“Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi,” kata beliau.

Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

“Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut.

“Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya.

“Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini,” katanya.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

“Satu pemilihan mesti dilakukan,” kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.’

Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua.

“Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

“Undi ada nilai dosa dan pahala,” katanya lagi.

Bagaimanapun tambah beliau, “barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah.”

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sumpah Laknat Saiful – Konspirasi Anwar Ibrahim??

1. Ramai mengatakan bahawa sumpah laknat Saiful adalah konspirasi kerajaan.

2. Tetapi bagaimana pula jika dikatakan ianya adalah konspirasi Anwar Ibrahim sendiri.

3. Kenapa Ramlang Porigi berkempen dengan PKR untuk membersihkan nama beliau…kenapa tidak membersihkan nama beliau dengan membuat pengakuan di kedua-dua ceramah BN dan PKR??

4. Bermula dengan pengakuan bersumpah penyiasat persendirian Bala mengenai Najib…..siapa yang sanggup membuat sidang akhbar khas pengakuan tersebut.

5. Konspirasi politik Anwar Ibrahim memang diketahui sejak zaman beliau dalam UMNO.

6. Siapa dibelakang tabir konspirasi yang menjatuhkan Dato Rahim Tamby Chik dan Mat Taib?

7. Bila taksub utk berkuasa, matlamat menghalalkan cara.

8. Kenapa sumpah laknat diadakan satu hari sebelum penamaan calon. Ini supaya undi simpati dapat diraih oleh DSAI.

9. Kenapa DSAI masih enggan bersumpah? Katanya ulamak lain tak benarkan beliau bersumpah?

10. Kenapa buat laporan liwat di JAWI? Baru percaya dengan hukum syariah?? Kene ingat yang bebaskan beliau dari mahkamah ialah dari mahkamah sivil bukan mahkamah syariah.

11. Penyokong mana yang memburukkan Ust Ramlang Porigi dengan mededahkan identiti beliau adalah ahli umno dan sebagainya? dan kenapa Ust Ramlang pergi membersihkan nama beliau di depan penyokong PKR sahaja dan bukan penyokong BN juga?

percayalah ANWAR IBRAHIM kini seorang desperado yang gilakan kuasa sebagai Perdana Menteri!!

29 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda