Daily Archives: September 2, 2008

Naib Ketua Umno Seremban dituduh rasuah

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua tuduhan rasuah.

Mohd Nor Awang, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.

Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

Menurut laporan Bernama, Mohd Nor dituduh melakukan kesalahan itu dalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada kira-kira jam 12.20 tengah hari 1 Ogos lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah memberi suapan RM500 kepada orang yang sama (Rezwat Shahril Zainal Ariffin) untuk tujuan sama.

Kesalahan itu dilakukannya didalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Centre Point di sini pada kira-kira 4.30 petang pada 2 Ogos lalu.

Mohd Nor didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 28 dan 29 Januari 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

Mohd Nor dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd Asnawi Abu Hanipah.

nota: UMNO semakin parah akibat perbuatan ahlinya sendiri. Bila tamakkan kuasa, inilah bahananya!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Janji 16 September Ini

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk ‘Malaysia Baru’ yang lebih bergaya.

“16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, ” jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

“Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, ” terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

“Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia,” ujarnya. – harakahdaily

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 September..??…elok lagi kalau 1 Ramadan…

DSAI mencadang supaya 16 september diisytiharkan sebagai cuti umum di semua negeri Pakatan Rakyat. Cadangan ini adalah untuk memperingati hari pembentukan Malaysia yang jatuh pada 16 september 1963. Bagi penulis elok lagi sekiranya 1Ramadan setiap tahun diisytihar cuti umum bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan. Ia juga memberi ruang kepada seluruh umat Islam menyiapkan diri bagi memperbanyakkan amal ibadat. Bagi yang bukan Islam juga, ia memberi ruang kepada mereka utk meluangkan masa bersama keluarga di samping menghormati rakan2 yang beragama Islam mereka berpuasa.

Kan lebih elok?? sudah tentu Lim Guan Eng pun akan bersetuju dengan cadangan penulis.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sessi Senaman ‘lompat-melompat’ di KL Esok??

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan siri pertemuan informal dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) di ibu negara esok, dipercayai bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Sumber mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan selepas pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan ahli-ahli Parlimen parti itu berhubung Bajet 2009 dan disusuli dengan sidang media pukul 11 pagi.

“Memang ada siri pertemuan Datuk Seri dengan wakil-wakil rakyat (BN),” kata sumber ketika dihubungi hari ini.

Kata sumber itu, wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak – antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Kelmarin Anwar mengulangi sasaran 16 September masih kekal dan menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Laporan media menyebut, Anwar sekali lagi menekankan perkara itu di pada majlis makan malam Permatang Pauh semalam.

mStar Online difahamkan pada Khamis lalu beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara – beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching semalam.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

31 Ogos…Hajat BN Perak Tak Kesampaian

Hari ini sudah masuk 2 september 2008. Sasaran kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat tumbang pada 31 Ogos 2008 dan kembali semula kepada BN tidak kesampaian. Desas-desus mengenai lebih dari 2 orang ADUN Pakatan Rakyat akan ‘melompat’ tidak menjadi realiti. Mungkin bukan rezeki BN untuk memerintah Perak semula. Manusia hanya merancang, Allah SWT penentu segalanya.

Bagaimana pula dengan hajat besar DSAI pada 16 September nanti?? Termakbulkah impian beliau?? Penulis dimaklumkan kenapa tarikh 16 September dimaklumkan secara besar-besaran ialah supaya rakyat bersedia menerima kerajaan baru. Ahli-ahli politik pun bersedia untuk bertukar status dari pemerintah kepada pembangkang. Supaya sekiranya menjadi realiti 16 September ini, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dengan memberi negara Iran sebagai contoh dengan tumbangnya Shah Iran kepada Revolusi Iran. ini juga merupakan salah satu ‘psywar’ Pakatan rakyat dibawah pimpinan DSAI. Strategi ‘psywar’ ini amat berkesan dan terbukti dengan kemunculan imam Ramlang Porigi di Permatang Pauh. Kemunculan beliau sebenarnya akibat tekanan yang beliau hadapi akibat mainan politik dari PR dengan mengeluarkan email dan artikel di internet yang mengatakan beliau adalah ahli UMNO dan terbabit dalam konspirasi bersumpah saiful.  Wallahualam.

Tetapi adakah negara luar akan lebih menghormati kedaulatan negara kita sekiranya timbul kerajaan baru 16 Sept nanti. ini kerana kerajaan tersebut bukanlah satu kerajaan yang terbentuk hasil dari demokrasi tetapi akibat aktiviti ‘melompat’ dan aktiviti ‘gula-gula’ politik! Ramai teman2 penulis yang berada di kem seberang sana berkata tidak salah kalau melompat demi menyelamatkan negara. Teruk sangatkah keadaan negara kita sekarang ini? Tepuk dada tanya selera. Penulis sememangnya tidak suka pada pemimpin yang gilakan kuasa. Tak salah sekiranya menunggu utk PRU akan datang utk berkuasa. Ini kerana sekiranya rezeki seseorang itu menjadi PM atau pemerintah, ianya datang dari ALLAH SWT pencipta segala kejadian.

Apa-apapun kita nantikan 16 september ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda