Janji 16 September Ini

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk ‘Malaysia Baru’ yang lebih bergaya.

“16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, ” jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

“Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, ” terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

“Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia,” ujarnya. – harakahdaily

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Janji 16 September Ini

  1. penangkia

    Dear buddies,
    Sama2 kita mendoakan kesejahteraan Malaysia.Diharapkan Anwar mampu melakukan dan kita harus memberi peluang kpd beliau. Telah byk rintangan yg dilalui yg tak mungkin tertanggung oleh mana2 tokoh di Malaysia.Beliau telah diaibkan,dipukul setengah mati di lokap, dijatuhi hukuman penjara, malah cuba diracun di penjara.Jgn lah ada yg bersikap tidak adil kpd beliau.Walupun tidak dinafikan sbg manusia, beliau tidak lari dr kesilapan, sumbangan beliau semasa dlm kerajaan tidak dpt dinafikan spt dlm bidang bahasa dan juga menjayakan penerapan nilai2 Islam termasuk membudayakan pemakaian tudung di kalangan kakitangan awam dan pelajar.Ketokohan beliau diiktiraf masyarakat a/bangsa(bkn setakat USA sahaja), malah negara2 Arab turut meminjam kepakaran beliau sbg penasihat kewangan dan ekonomi.Sesungguhnya Malaysia kini ketandusan pemimpin yg benar2 berkaliber.Realitinya, Pak Lah dan Najib malah Muhyidin gagal menandingi Anwar.Penampilan keluarga beliau yg bersopan dan menutup aurat juga memberi imej yg baik kpd nya walau sering difitnah sbg homoseksual.Sesungguhnya beliau telah meletakkan dirinya sebaris dgn Jose Rizal, Nelson Mandela dan lain2 tokoh lagenda yg pernah melalui pengalaman yg hampir serupa dgn nya.Akhir sekali, saya menyeru kpd semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik utk memberi peluang kpd Anwar.Sekadar memberi peluang, bukannya meminta anda TAKSUB kpd beliau.Sekiranya beliau gagal, tarik balik sokjongan anda, bukannya susah sgt.Ini krn keadaan politik, sosial dan ekonomi negara tidak begitu stabil dan memerlukan perubahan besar dlm kepimpinan.

  2. asalamauaikum penangkia !

    baik benor sajak miker…. macam blog sendiri yop… tengok-tengok ler sebelah jangan main sedap mulut je macam pemimpin berucap dala blog dia sendiri…. silap wayang yop!
    teman menanya miker parlimen bersidang ker dalam bulan ni…ngaper pendek benor akai miker ni… mana gaya nak ada usul … betoi ler miker ni …orang lain pun puasa jugak tapi tak ler berangan bla perut ni kosong

    sekupang dua cadang lebih baik miker baca al quran… ia dapat melarikan kita dari leka dan berangan-angan …. sesungguh nya meramalkan.. itu salah satu dari dakyah si syaitan yop.. sama dengan dosa bertenung nasib.

  3. Apai Ngelai

    Salam Pengangkia juga rakan seperjuangan,

    Saya mendoakan kesejahteraan Malaysia, mudah-mudahan kita bebas sepenuhnya dari anasir-anasir jahat dari luar terutamanya Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi. Kami tidak akan sesekali membiarkan mereka menggunakan peluang untuk memperdayakan kita kali ini dengan menggunakan sahabat karib mereka berbangsa Melayu sebagai landasan untuk mereka bertapak kukuh di Negara yang kita cintai ini.

    Biar apapun yang diperkatakan tentang keburukan pemimpin-pemimpin kita, apa yang pasti sokongan kita tidak akan goyah kerana kita tidak pernah menyokong parti yang berkiblatkan pengaruh seorang pemimpin atau orang tertentu sahaja, jauh sekali untuk memilih satu parti yang tidak pernah menjanjikan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Pernahkah kita terfikir keadaan negara di bawah tangan seorang yang mengaku Islam tetapi bekerjasama rapat dengan satu Parti yang terdiri dari golongan kafir harbi yang menentang Islam sebagai simbol negara? Janganlah sesekali kita memperjudikan negara untuk sesuatu yang tidak pasti. Perikatan Rakyat tidak pernah menjanjikan kita kestabilan sosial rakyat, kebudayaan, pendidikan, keagamaan mahupun politik melainkan hanya menurunkan harga minyak dan barang semata-mata. Itupun hanya gambaran dan teori yang tidak dinilai atau dipertimbangkan berdasarkan faktor-faktor yang menjadi punca kenaikan harga sesuatu benda.

    Apa yang kita selalu dengar hanyalah pertuduhan mudah dengan janji yang sangat indah tanpa alasan yang kukuh mengapa mereka merasakan diri mereka lebih baik untuk menjadi pemimpin sedangkan mereka hanya tahu mempertikaikan kerajaan dalam pengurusan melalui sudut ekonomi sahaja. Apabila diperjelaskan sebab munasabab tentang sesuatu keputusan kerajaan, mereka mudah memintas mengatakan ia satu penyelewengan untuk menipu wang rakyat tanpa asas bukti yang kukuh. Hanya pertikaian berpandukan logik akal belaka. Mereka amat bijak memanipulasi sesuatu keadaan serta mengolahnya dan menjadikannya seakan-akan diterima akal. Apabila rakyat pula mempersoalkan kelemahan mereka, mudah pula mereka mengatakan ianya satu konsrpirasi kerajaan. Inilah sifat pemimpin-pemimpin PR yang kita perlu sedar. Jangan biarkan diri kita ditipu.

    Lihatlah keadaan DSAI yang bersungguh-sungguh untuk menaiki takhta pemerintahan sejak dari pembebasan beliau lagi. Tidak pernah berpendirian. Masih ingatkah lagi apa yang telah berlaku kepada ABIM? Setelah beliau gagal untuk mendapatkan tempat dalam UMNO, biarpun mencubanya beberapa kali beliau cuba pula dengan cara mudah dan tidak demokratik – Jalan pintas melalui pengkhianat untuk melompat parti dengan menjanjikan mereka habuan jawatan serta lain-lain lagi dalam bentuk rasuah. Inikah bentuk kerajaan yang ingin kita lihat sebagai pemimpin kita?

    Berhati-hatilah, kerana Perikatan Rakyat tidak pernah berpersefahaman dalam ideologi perjuangan mereka masing-masing. Akan pasti ia bakal menjadi satu titik permulaan huru-hara dalam politik serta kestabilan negara jika kita membiarkan keadaan ini berlaku. Saya tidak melihat 16 Sept sebagai hari untuk kita berputus asa terhadap rancangan mereka ini. Biar apa pun yang mereka rancangkan, kita berdoa agar negara kita yang tercinta ini mendapat perlindunganNya.

    Bersangka-baiklah terhadap pemimpin-pemimpin yang telah diberi mandat oleh kita sendiri, yakni pemimpin yang diizinkan Allah s.w.t untuk memimpin kita selama ini. Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala sesuatu yang tidak kita ketahui. Wallahua’lam.

  4. Insan

    tunggu laa nnti 16september..

    Apai ngelai–

    emm pemimpn kita yang mengaku islam..tetapi minum arak..

    emm pemimpin kita yang mengaku islam ada bar kat rumah..

    emm pemimpim yang mengaku islam..tak penah pon nampak jadi imam

    emm pemimpin yang mengaku islamm duk menari pakai pakaian pompuan

    emm pepimpin yang mengaku islam tak habis2 lakukan pembohongan

    islam dah makin lemah…pepimpin kita pon makin lemah..islam dipandang sebelah mata…keluarga sendiri pon tak mmpu di bentuk..mana contoh yang kita kene ikut…

  5. AbangTuah

    Salam,

    Wahai anak Bangsa ku Melayu yang seagama, sedarlah kamu dari mimpi-mimpi indah yang dibuaikan oleh manusia yang mempunyai kepentingan politik dunia.

    Sedarlah bahawa kita hanya masih ada nama Melayu, dan ini sahaja yang kita ada, tingalan pusaka dari nenek moyang kita, sanggupkah anda sekelian mengadai apa yang tinggal sedikit hak kita hanya kerana janji-janji ahli politik yang belum tentu ada asas dan belum tentu juga dapat dipenuhi.

    Bukankah selama ini kita telah pun menikmati segala kemewahan, kesenangan hidup, keselisaan tempat tinggal dan beribadat, kemudahan mencari rezeki, kemudahan mencari pelajaran, apakah yang masih kita nak cari lagi, apakah yang masih kita nak impikan lagi,apakah yang masih kita nak kejar lagi.

    Bukankah semua apa yang kita perlukan untuk hidup, untuk beribadat telah sedia, tersedia untuk kita, maka rabunkah sudah mata kita, maka gelapkah sudah mata hati kita, gagal melihat, gagal merasa segala kenikmatan yang telah dikurniakan Ilahi terhadap kita.

    Kerana kita gagal melihat dengan sejelas-jelasnya dengan mata dan hati, segala nikmat ini kelihatan kabor, malah telah dikaborkan lagi oleh mereka-mereka yang sengaja membuat kita kabor, yang membuat kita buta, merekalah yang dipanggil Ahli Politik Buta dan Kabor.

  6. penangkia

    Salam Apai Ngelai,
    Selamat berpuasa!Sebelum kita nak tuduh secara membabi buta seseorang itu pro Yahudi, Amerika atau barat,pernahkah kita terfikir apakah yg dilakukan oleh Pengerusi OIC(PM Malaysia) tatkala Iraq nak diserang?Pernahkah kita terfikir sejauh mana sumbangan pemimpin Malaysia semasa menduduki kerusi pengerusi OIC dlm membela nasib umat Islam yg tertindas di serata dunia?Pernahkah kita terfikir pemimpin negara Muslim tidak mampu mendidik anak bini sendiri utk menutup aurat.Sdg kan anak bini pun x blh nak dipimpin, b/mana nak pimpin sebuah negara yg kononnya telah diisytihar sbg negara Islam?Sebenarnya Yahudi sememangnya TIDAK MAHU Anwar menjadi pemimpin di Malaysia krn latar belakangnya yg pro-Islam dan juga penampilan keluarganya yg berimejkan Islam.Mereka seolah2 menunjukkan sokongan kpd Anwar krn mrk tahu sentimen rakyat kita yg anti-Yahudi.Mrk tahu sokongan mrk terhadap Anwar akan menimbulkan rasa benci umat Islam di Malaysia.Mrk tidak sebodoh kebanyakan org kita.Mrk menguasai ekonomi dan media massa.Mrk sudah tentu arif tentang imej mrk di mata umat Islam di Malaysia.Jadi, saya harap Apai Ngelai berfikirlah sejenak sebagaimana anda meminta kita semua berfikir.Buat pengetahuan anda, Yahudi sentiasa akan menjatuhkan pemimpin negara sekular yg menampilkan imej Islam s/bagaimana yg sdg dilakukan terhadap Abdullah Gul di Turkey pada masa kini.

  7. AbangTuah

    Salam,

    Anuar Pro Islam, Imej Islam…kahkahkah
    Anuar Pro Islam, Imej Islam…kehkehkeh
    Anuar Pro Islam, Imej Islam…kohkohkoh
    Anuar Pro Islam, Imej Islam…hahhahhah
    Anuar Pro Islam, Imej Islam…kihkihkih

  8. AbangTuah

    Opps tertinggal

    Cuba tanya Ezam, Chandra dan Nala

  9. BakaL PM

    kalau Anwar Pro Islam x perlula dia takut sampai skarang bersumpah atas nama Allah Tuhan Yg Esa… Sampai skarang minta gugurkan dakwaan jer tp bersumpah takut…. bila kita tanya banyakla alasan dia…. Sudahla…. kalau dah kwn pun dgn DAP yg terang2 anti islam kat mana lg nak letakkan imej islam yg sebenar???

  10. penangkia

    Salam Abg Tuah,
    Hadhari tapi bini x pakai tudung??-kih!kih!kih!
    Hadhari tapi anak x tutup aurat??-kah!kah!kah!
    Hadhari tapi semua sapu kat scomi??-kuh!kuh!kuh!
    Hidup Najib!Bini laga pipi dgn Salman Khan??kah!!kah!kah!
    Hidup Najib!Bini cukur bulu kening??kah!kih! Kuh!
    Hidup Najib&PakLah!Anak bini rugged??KUANG!KUANG!KUANG!KUANG!
    p/s CUBA BANDINGKAN PENAMPILAN KELUARGA2 MEREKA!Tak payah tanya sapa2 utk tentukan imej.
    Salam BakaL PM,Apa beza DAP dgn GERAKAN @ MCA @ PPP @ MIC?Sekurang2nya hanya DAP satu sahaja parti non-muslim yg perlu ditangani dlm pakatan rakyat berbanding dgn mcm2 parti non-muslim dlm BN.

  11. penangkia

    Salam Abg Tuah,
    Opps terlupa! Latar belakang bermaksud past background seseorang.Kalu dah sesorang tu pernah memimpin sebuah NGO spt ABIM tu bermaksud dia ada background pro-Islam.ABIM adalah singkatan Angkatan Belia Islam Malaysia.Takkan mcm tu pun tak boleh paham kot?Sorry, kalu terkasar bahasa, nanti kurang pahala posa pulak!

  12. AbangTuah

    Salam Penangkia, banyaklah kau punya gelak..

    Lari kedutaan Turki!!!..Hokhokhok
    Ada orang mau bunuh ana!!!…Hikhikhik
    Ezam-ana banyak rahsia!!!..kehkehkeh
    Suka sama suka, so what the prob!!!jengjengjeng
    Sumpah2 ana tak berani!!! haahaahaa
    Kena sembor air lior Shaberi!!!…kahkahkah
    Nala, 60 juta,60 juta,60 juta!!!…kuhkuhkuh
    Nala, pagi lain malam lain!!!!…hakhakhak
    Nurul Ezah tertunduk saja!!! hmmhmmhmm
    16 sept……………………………!!!Wuuueeekkkkk…

  13. Salam abang tuah,

    Mamak ikut ketawa ha!ha!ha!.
    16 sept bagi penangkia …kena pakai baju kuning untuk hari keramat kerana satu cerita baru akan timbulkan oleh Bakal PM Mat Jenin!.Kali ini dalil sepuluh kenapa Anwar tak jadi PM pada 16sept ini!.Yang keluarkan dalil baru ini mungkin penangkia….ha!ha!ha!.Banyak bersabar penangkia dalam bulan puasa ini!.Ini cuma godaan…godaan!.Minta maaf nooh…pasai kitakan satu kampung!.Wassalam.

  14. maw

    eleh perlekehkan orang,sedar sendirilah 51tahun menipu merompak melanun menzalimi rakyat tanpa kira agama dan bangsa,kamu ingat rakyat mudah lupa ke?meroboh masjid umno memang brengset

  15. Kuntakinte

    Salam, ish…ish… maw, bawa mengucap, jelas teman baca cara penulisan sedara ini ada masalah jantung & hati, tak pasal2 malaikat sebelah bahu kiri sibuk kerja mencatit perangai sedara. muhasabah diri!!!!, bawa2 tanya nasihat orang2 tua atau mak bapak kita. teman nasihat dalam Islam kalau buang ranting berduri ditengah jalan pun berpahala ini kan pulak……..

  16. AbangTuah

    Salam,

    50 tahun UMNO/BN memerintah, melayu maju, melayu gagah, melayu hebat, melayu berjaya, melayu kaya, melayu berpelajaran, melayu berkedudukan, melayu sihat, melayu bijak, melayu berwawasan, melayu berhemah, melayu lebih alim, melayu lebih kuat ibadat dan lain-lain lagi untuk memartabatkan bangsa melayu.

    50 tahun UMNO/BN memerintah, Islam lebih syumul, Islam lebih dimartabatkan, Islam diunggulkan, Islam diutamakan. lebih ramai alim ulama, lebih ramai pelajar lulusan agama, lebih baik kefahaman Islam, lebih banyak mesjid, lebih banyak pusat islam, lebih banyak program keislaman, lebih ramai guru agama dan lain-lain lagi untuk kebaikan dan kesyumulan Islam.

    50 tahun UMNO/BN memerintah, lebih banyak hospital, lebih banyak sekolah, lebih banyak peluang perkerjaan, lebih banyak industri dan perusahaan, lebih mantap ekonomi negara, lebih banyak koridor ekonomi, lebih banyak infrastructor dan prasarana, lebih kuat pertahanan negara, lebih ramai usahawan dan korporat, lebih dikenali dunia dan lebih banyak lagi untuk kegemilangan serta kemajuan negara dan semua rakyat berbilang kaum.

  17. Kuntakinte

    Salam, teman bersyukur alhamdullillah abangtuah apa yang berlaku dan apa yang teman, waris teman dan keluarga teman nikmati sebelum dan sekarang, Insyaallah masa akan datang, terutama Dato Seri Najib memimpin kerana dia berlatar belakang kan ekonomi dan berkarisma. Hidup Melayu!!! hidup UMNO!!! Hidup Malaysia!!! ada yang dengki plak laungan teman ni kang.

  18. Salam Abang tuah dan kuntakinte,

    ha!ha!….Mamak kadangkala dah macam agak bosan sikit dengan sikap geng nuar ini utarakan pendapat!dan malas nak nak balas.Mamak harap penangkia atau dulani blood muncul dengan idea-idea baru…tetapi hampa dua brother ini masih gagah dalam menangkis serangan!.Tak jemu-jemu mengulang apa yang telah kita bincangkan.Mamak puji hampa berdua…personally i admire both of you brother!.Jarang bertemu tapi rasa hampa ini dekat dihati Mamak! yang tua ini.Moderator pulak walau pun sibuk dengan urusan karier politiknya dan urusan lain yang paling sibuk tapi sanggup hidupkan blog ini dengan bersemangat dan berfikiran matang sekali….sama juga brother-brother lain seperti Putera81,Apai,the greatest Mok,dan lain-lain.Bagi yang membangkang kami..kami sedia menerima segala bantahan dengan hati yang terbuka dan seronok saudara-saudara mengutarakan pendapat dari luahan hati saudara-saudara.Bagi blogger baru jangan ambil hati dengan jawapan kami dari komen anda.Kami akan jadikan saudara sebagai pembangkang yang berilmu dan berpengetahuan itulah tujuan kami.Jangan pulak anggap kami “Dogs of The War”(tentera upahan UMNO).Kami mempunyai prinsip kami tersendiri iaitu Salah tetap salah yang betul tetap betul!!!!!.Wassalam.

  19. maw

    punyai prinsip sendiri salah tetap salah betul tetap betul hah!ialah tu tak bersalahpemimpin rasuah?penjara tanpa bicara?sogok sana sogok sini kalau kalian berprinsip baik kenapa masih menegakan benang basah?udahlah tu bersendiwara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s