Kaum ‘Pendatang’ – UMNO Mohon Maaf

dari mkini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas kenyataan yang dibuat oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang telah menimbulkan kemarahan di kalangan kaum Cina.

Najib berkata, Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap Ahmad.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengarahkan Ahmad supaya tidak mengulangi kenyataannya pada masa depan.

Bagaimanapun, jaminan beliau yang juga presiden Umno itu gagal menyelesaikan isu tersebut. Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad berhubung kenyataannya itu.

Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata. Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu.

Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terhadap perkara ini. Parti-parti komponen BN – MCA dan Gerakan – juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu.

nota: dimana kata azimat memperjuangkan dan mempertahankan bangsa? baru dicuit sedikit sudah mohon maaf. bukankan realiti Melayu dan Bumiputra tuan tanah Malaysia ini. Perkara ini diakui oleh dua pembesar kaum Cina dan India satu ketika dahulu. Baca di sini. Sampai bila UMNO harus bersikap defensif? Adakah keadaan semakin terdesak bagi UMNO yang amat memerlukan sokongan dari parti komponen bukan Melayu? Sekiranya YA, fikirkan apa puncanya? Ambillah langkah yang patut bagi menguatkan semula UMNO seterusnya BN itu sendiri. Kenapa disebabkan individu bernama Anwar Ibrahim, UMNO terus goncang?? Mana pergi pejuang2 UMNO?? Penulis ingin menarik perhatian bahawa sikap defensif UMNO lah yang menyebabkan ramai anak muda tidak berminat utk menyertai/menyokong UMNO. Biarlah pahit untuk ditelan, tetapi inilah kenyataan. UMNO memerlukan reformis dari dalaman!!

Advertisements

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

30 responses to “Kaum ‘Pendatang’ – UMNO Mohon Maaf

  1. Big8 Jr.

    Salam Semua,
    Selamat menunaikan ibadah puasa..

    Kenapa perlu memohon maaf? Kenapa perlu terlalu adab? Kenapa perlu terlalu berbahasa?
    Adakah kerana kita tuan rumah? Kita perlu menghormati tetamu..Apakah perlu menghormati tetamu yg menghalau kita dari rumah sendiri?

    Bagi saya, Melayu tidak perlu memohon maaf kepada bangsa perampas. Melayu perlu bersatu. Bermaaf-maaf sesama umat.

  2. tubir

    Tak perlu minta maaf ……………………….tak perlu minta maaf ………..najib kena jawab kenapa perlu minta maaf……..orang melayu marah ni ……

  3. Salam,
    1920 – Asian group arrived in the United States Of America all judjed to American Court to be non-white and asian American probhited from marrying whites!.

    1967 – United States of America supreme court ruled in anti – miscegation laws were unconstitutional.

    2000 – Alabama was the last state to remove its unenforeceable anti-miscegenatio laws from its states satute.
    Mamak segaja memberi Fakta kerajaan Amerika Syarikat tentang hak pendatang ke Negara itu untuk paparan saudara-saudara sekelian unturujukan:

    Negara hebat yang memperjuangkan hak asasi manusia US itu pun mengambil masa 80 tahun untuk menghapuskan dasar perkaumannya.Maksud dasar perkauman disini bukan racist yang dimaksudkan.Tapi orang Melayu di negara ini perlu memahami siapa kah mereka!.Kini mereka tak memahami siapa diri mereka!.Hak mereka telah tiada di negara sendiri kenapa?.Ini datang dari luar negara kahwin rakyat tempatan otomatik selepas lima tahun dapat penduduk tetap.Jolok sana jolok sini selepas dua tahun dapat warga negara!.Lepas itu mintak itu minta ini!.Kebanjiran pekerja asing dah tak dapat diselaraskan. Sejuta masuk Malaysia secara haram dan dah buat perkampungan sendiri,perniagaan sendiri, ada duit boleh beli My Kad!salah siapa?.Wahai orang Melayu pergilah lawat negara barat dan pelajari dari mereka,bagaimana mereka kawal pendatang ini!.Tak payah jauh pergi keselatan Johor dan pelajari dari mereka cara sistem imigerasi mereka berjalan.Satu masa nanti kamu semua gigit jari sendiri!.Kalau nak masuk US kalau ada BIN dalam passport kena tunggu 6 bulan untuk visa!.Masuk saja FBI dah ikut hampa!.Di Malaysia beri komisen RM180.00 berapa ramai pun boleh masuk dan berkerja!.Ini salah siapa?.Kerana nak menang undi fakta sejarah pun dipersalahkan dan pemimpin tinggi negara pun kena minta maaf secara terbuka!.Sampai ankat keris pun kena minta maaf!.Apakah kita ini dah tak bermaruah lagi di negara sendiri!.Kerana apa?Sebabnya taksub nak pegang tampuk pemerintahan!.Bangsa ini telah tergadai maruah selama 400 tahun dan akan terus hilang maruahnya selama-lama!.kalau pemimpin pedukang DAP itu ambil alih tampuk pemerintahan,bangsa Melayu ini akan lebih parah berpecah,berperang sama sendiri.Kamu semua akan kehilangan negara sendiri,Identiti sendiri,bahasa sendiri dan Agama kamu juga turut sekali akan hilang bersamanya!.

    Dalam zaman moden ini perang atau pun penjajahan bukan berlaku dalam keadaan terang yang mana kamu semua ada askar Melayu atau pun general Melayu untuk menjaga negara ini.Ia akan berlaku dengan menghancurkan ekonomi negara ini dengan cara globalisasi yang sukar difahami yang dirancang khas yang akan digunakan oleh negara-negara barat keatas bangsa Melayu yang beragama Islam!.Masa itu apa perlu kita buat!?.Kita cuma boleh berdoa beramai di Stadium Bukit Jalil kerana gagal gunakan kesempatan yang ada selama ini dan juga akal yang Allah telah beri kepada kita bersama sumber alam yang tak terperi diberikan pada Umatnya khasnya Pada bangsa Melayu!.Seperti Allah bersabda begitu banyak sekali”BahawasayaNya manusia itu dalam kerugian”!.Insaflah wahai para pemimpin kaum Melayu dan orang-orang Islam bahawa Allah tak akan ubah nasib kita,kita perlu ubah diri kita untuk perhambakan diri kita untuk Agama dan Negara Melayu ini!.Semua Penentangan yang terang terhadap Agama Islam perlu dibenteras segera!.Golongan yang anti-Islam dalam negara ini perlu kita ajar secukupnya supaya mereka tak akan angkat muka lagi untuk menentang Agama kita!.Bersatulah wahai Umat melayu yang beragama Islam dibawah satu panji-panji baik ia dari UMNO,PAS atau pun PKR…tujuannya satu;demi Agama dan Demi Negara ini yang kepunyaan kamu semua!.Wassalam.
    p/s:Dalam bulan puasa ini Mamak harap nak tumpukan dalam ibadat tapi Ukhwah Islam adalah lebih penting dari kepentingan diri!.Harap maaf kalau terkasar bahasa..maklum sajalah orang penang, memang kasak sikit!!!

  4. Big8 Jr…
    Orang Penang kata toya hang…macam ni no pikiran kuno orang UMNO…memang kita tuan rumah tapi itu dulu…bangsa kita yang masih berfikiran macam hang tula bagi anak bangsa tak maju…asyik asyik dok anggap tuan tanah tapi habuk pun tadak….Sebab parti korangla hak melayu kena rampas,hak raja kena rampas…malu la sikit bila kata kononnya pejuang bangsa melayu……

  5. AbangTuah

    Firedownbelow

    Awak ni cakap guna akai ka. Patutlah PR tu menang sikit, rupanya jenis ni yang dapat mereka pengaruh.

    UMNO yang bela hak Melayu dan Raja di pusing pula kita yang buat kena rampas. Biol..

  6. Big8 Jr.

    Salam FireDownBelow..

    Org Penang kata, saya x tahu la..saya bukan org Penang..Maaf lah, Penang dah bukan hak Melayu. Melayu Penang hanya menang sorak. Maaf org Penang.

    Ntah lah, tapi itu yg tersemat dlm diri saya. Mungkin pemikiran saya xsemaju saudara, menggadai maruah, menggadai bangsa..asyik salah menyalah, suka mencari salah xpernah menyelesaikan masalah..

    Saudara, sebab parti kitaorang juga saudara merdeka..Maaf..bukan nk ungkit..kerana org seperti saudara xpernah tahu berterima kasih..

    Saudara..mungkin kitaorang perlu merasa malu kerana kemerdekaan utk kaum Melayu semakin goyah..
    Tetapi saudara xpernah berasa malukah kerana xpernah berbuat apa2 utk kaum saudara..Maaf, kerana pemikiran kolot saya x setanding pemikiran moden saudara itu..

  7. BakaL PM

    FireDownBelow…
    Org nogori pulak cakap bangang….bodoh… mangkuk…bahlol…lembab… apa2 jela lg…

    bangang…. sebab kau x reti jg hak keistimewaan
    kat tanah air kau sendiri
    bodoh….. sebab senang2 jer kasi bangsa asing
    memerintah kau..
    mangkuk… sebab kau x pikir pun masa dpn
    keturunan kau…
    bahlol…… xde usaha langsung nak jg kedaulatan &
    bangsa dan kesucian agama.
    lembab…. sebab xreti nak pikir jauh…

    lastly di bulan ramadhan kutuk2 jg tp maaf pun mintak jgk…

  8. Orkespear

    firedownbelow..
    “bangsa kita yg masih berfikiran mcm hang tu lar anak bangsa kita tak maju”..CEH!!..apa yg ang cakap tu tempek balik kat muka ang..soalnya bukan sebab parti ka hapa kaa..sbb diri sediri..dah malas nak berubah jgn nk tuding ka org lain..klu ang berjaya mcm bill gates ka..george soros ka xpa mmg layak ang berkata begitu..klu setakat saing2 bukak warung kdai makan ka atau pakai bmw pun yg 10 thn dulu punya toksah nk cakap begitu..cakap pandai arr..

    mmg kita tuan tanah..dan apa bukti yg kita habuk pun tarak??..kalu ckp berlandaskan auta ..simpan dalam poket larr..kita jgn kata habuk..segala macam jenis dalm kocek suma ada..cuma org mcm ang ja cakap habuk pun tarakkk..tak maksud haku..pemalass..malas nak berubah..tgk berapa ramai melayu yg berjaya? berapa ramai melayu yg kaya?berapa ramai melayu hebat? diorang 2 suma ada niat nak maju..mcm ang cakap sblum 2..tapi org cakap habuk pun tarak 2 org yg malas nk berusaha untuk maju..duk harap kena suap jaa..
    duk pung pang sana sini minyak mahal pas 2 duk tuduh 2 duk tuduh sini..harapkan subsidi jugak..itu cara nk maju..ceh..

    neh lar dia..mengkalau org “parti” 2 adaaa jaa yg tak kena..2 tak kena..neh tak kena..even benda baik pun masih dia kata tak kena..klu yg dia buat tak elok kata kena plak..cehh!..

    lagik satu..haku nk tgk “parti” yg ang sokong 2 boleh kembalikan hak melayu dan hak raja melayu..perintah perak pun dah belakangkan raja..perintah penang pun melayu dah terhimpit..nk bela konon..ang tatau “parti” yg ang sokong jadi boneka bangsa lain..

  9. Insan

    pendapat peribadi aku laahhh..depa memang pendatang….aper hak yang depa ada???pegi laa mintak kat negara asal mereka….

    aku suka baca apa yg mamak tulis….salah siapaaa???

    jgn terlalu berlembutttt dgn mereka…

  10. Kusye

    buat aper nak mintak maaf…. ini tanah kita…. tanah melayu…. kita boleh wat aper kita suka…. tp berlandaskan hukum2 islam… jgn takut nk bersuara… memang la diorang kaum pendatang…. aper yg slhnye….. org indonesia pun kalau anak die lahir kt sini, kita panggil pendatang jugak…. aper bezanye ngan org cina n india…… perjanjian tetap perjanjian….. kita akan selama-lamnya menjadi tuan rumah di tanah kita sendiri….. jgn sampai tanah kita terjual n tergadai….. ingat tak ayat ni dulu…. “bawalah pisau, kita nk kupas limau”…. tk mustahil akan berlaku……..

  11. imigrant ia kata, sedar sikit banyak mana orang melayu di malaysia ni, kita selalu harap orang melayu , tanya diri anda banyak mana orang melayu islam negeri ini, sabah melayu tak banyak yang islam , serawak melayu tak banyak yang islam, melayu bukan islam fikiran mereka caca merba , bukan ada prinsip islam dalam hidup tetapi angkat suku, silap silap jadi macam hari ini melayu murtad. cina ka india ka kalau dia islam boleh jadi pemimpin kita, 52 tahun umno perintah apa dia buat untuk dakwah masuk islam , orang murtad banyak lagi ada , lepas tu ejek pula tu , hudud pas, sup tangan , masuk potong#bukan dia nak tolong kempen kebaikan islam di media atau parliment. tambah lagi bagi ahli parti kompenan takut dengan islam , supaya tak lari, lama-lama bukan islam tau juga temberang depa, baca surah al baqarah hayati makna dan watak allah kata

  12. Korang tau sejarahkan???Semasa perjanjian nak merdeka,dimana mat saleh nak letak orang melayu??Dan Tunku orang UMNO setuju perjanjian tu…cuba jawab kat aku tengok..Aku sayang bangsa aku,tapi sejak akhir akhir ni korang sedaq dak orang melayu kena tindas?? Bukan bangsa asing yang tindas tapi bangsa sendiri…Benda ni korang tak rasa sebab korang kaya raya..Dasar tak berhati perut bila anggap harga minyak naik suatu yang meremehkan tapi sebab tula nilai gaji orang melayu jadi kecik..Aku nak tanya hangpa berapa purata pendapatan orang melayu??? UMNO tak sempat nak kira pendapatan orang melayu
    Sapa kata Penang terhimpit???lani Jabatan Agama Pulau Pinang lebih aktif dari dulu…Azan tetap berkumandang dan lani orang tak akan lena bila dengar khutbah Jumaat….lain kali mai dulu dan jangan jadi dungu dan bendul asyik dengar kata orang….Aku nak tanya apa tindakan UMNO yang mengaku pejuang agama bila banyak penduduk kampung diSabah dan Sarawak murtad??? UMNO tak rasa sedih ka bila tak ada kuasa nak halang Lina Joy dan beberapa orang lain jadi murtad???Parti apa yang setuju bila umur 18tahun keatas boleh memilih agama…???
    Kalau ikut fikiran kuno sedara kita diatas,bangsa melayu akan dapat balik ka tanah yang dah jadi milik bangsa asing bila kita halau depa??? Realistik la sikit kawan jangan jadi samdol,negara kita berbilang bangsa,Islam pun suruh kita bersatu…
    Orkespear…..
    LU memang pejuang UMNO sejati,lu adalah petualang bangsa yang hebat dan lu kira penuh kan perut lu saja….Memang dasar bajingan kurap UMNO memperlekehkan bangsa sendiri,macam tu ka dipanggil pejuang bangsa???Akhir sekali aku nak kata TOYA HANG

  13. Big8 Jr.

    Salam FireDownBelow,

    Sejarah? Hehehe..Maaf mungkin saya x sepandai saudara. Mungkin ilmu sejarah saudara lebih mendalam sedalam-dalamnya..hehe..saudara sedarkah bahawa sejarah tetap sejarah..baiklah, di sini saya memohon jasa baik saudara menerangkan apa yg tidak terang kepada kami yg saudara sebut ‘TOYA’ 2..

    Saudara..apa yg parti pahaman saudara telah lakukan? xde dlm sejarah pon..
    Saudara tahukah sejarah Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation (KAF)?
    Saudara tahukah sejarah KAF itu?..atau saudara buat2 xtahu demi yg seorg 2…
    Jgn kerana menghidupkan seorg, kita terpaksa membunuh 1000 org…

    Semoga saudara dpt menjelaskan kpd para pembaca kerana kami ni’TOYA’ sikit dr pandangan saudara lah..Tolong lah ye..Betoi ka Melayu Penang mcm 2? nanti saya singgah tengok..hehe

  14. AbangTuah

    Salam’

    Kahkahkah…si FireDownBelow, tergeliat lidah nak jawab;

    ‘Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation’

    Deii, FireDownBelow boleh belahlah dengan kau punya temberang..kau jawab3!!!

  15. Haa.haa.haaa
    Apala eja Konrad pun salah nak tanya orang konon,Memang Konrad dari parti CDU tapi politik foundation dia lani tak kira agamala,tapi kalau UMNO bunuh orang melayu di Memali demi kepentingan politik takpa no….Jadi macam biasalah pecacai UMNO akan kata Anwar talibarut Israel…

    Tang TOYA tu nanti hang jumpa Abang TUAH,muka dia macam TOYA jadi itulah TOYA….Mamak Penang takleh cakap sebab dia tau benda apa toya tu……

    Memang Jasa orang dari Parti berhaluan kiri takan ditulis dalam sejarah Malaysia tapi anda kena ingat apa jasa Anwar semasa dalam kerajaan….mesti ingat betul dak sebab time tu hangpa pun bodek dia sakan…….

  16. Big8 Jr.

    salam..

    xkan banyak 2 saja komen dr org ‘pandai’ mcm sedara. xnampak tera langsung. hehe.. xkira agama, politik foundation…mungkin itu yg depa dok bagi tau kt hang kot no..ala,depa yg hang dok sanjung la ni la..jgn sampai xkira agama jadi mcm indonesia bang oi..hang tau ka apa hubungan DSAI dgn IFC..hehe..cuba hang nyatakan apadia CDU 2…awat, dok rasa xdak apa2 lagi ka..jgn sampai tumpang sembahyang dlm gereja sudah la..
    Sedara xmau cerita ka pasai pa KAF dok pulun dgn DSAI je..kenapa x pulun tolong PAS. PAS dah lama dah berjuang kt malaysia ni. hehe..
    Apa jasa DSAI..cuba cerita sikit..yg saya ingat..kt pangkal nama dia ada dato..haha..Saya xtau la bila saya dok bodek dia..xmau la..takut juga nk bodek org mcm dia 2..
    Lagi satu..hang rasa puak2 kafir 2 ikhlas sgt ka tolong DSAI. xkan xdak janji2 dr DSAI utk depa. kalau x, xkan dok pulun sampai mcm 2..Pandai la dok cakap tunku dulu janji mcm2 kt inggeris nk dpt merdeka. Tapi xpa la, kita boleh merdeka. Yg DSAI ni janji, apa yg kita akan dapat. Cuba sedara bagi tau kt kami sikit..Maklumla..kami ni ‘TOYA’..Kita nk tau juga pandangan Melayu Penang punya pendapat. Adakah sama dgn Melayu Singapura. Hehe..

  17. AbangTuah

    FireDownBelow,

    Ape kau ni dah tak ada modal ungkit fasal Memali. Deii, Mamat aku nak tanya kalau orang serang kau dengan senjata kau nak buat apa. Lagi-lagi kau salahkan kerajaan, kau tahu apa orang Memali istihar ‘PERANG’. Ramai yang aku kenal terbabit, menyesal tak habis.

    Kau suruh kita orang respek Komunis…puhii…kau tahu berapa ramai melayu mati disembelih, heii budak-budak, kau tahu tak perjanjian di Thailand, Komunis meletak perjuangan bersenjata sahaja. Jangan2 kau ni komunis jenis baru agaknya.

  18. CDU memang sebuah parti kristian tapi sebagai pemimpin Anwar perlu ada kawan dalam semua pergerakan…Yang UMNO berbaik dengan Pairin tu takpa,cuba bagitau sapa Pairin tu,siapa pulak Joe Fernandez y.b B.N yang kena tembak tu….
    Hangpa Orang UMNO saja nak takut kan orang melayu tapi hangpa tak sedaq kami ni dah sedaq…Hangpa boleh pejam mata bila orang yang jadi Y.B B.N memurtadkan orang melayu…Memang patut hang mengaku hang muka toya….Takpe,toya walaupun kecik mak datin suka sampai sanggup bunuh bunuh….tapi janganla toya takde te%$^#q

  19. Sapa kata aku penyokong komunis???Tapi takpe aku paham bajingan kolumnis UMNO akan putar belit cerita….Aku hairan kenapa korang dah bangkit kan isu perkauman???Aku dah send alamat web ni kat MCA dengan MIC baru depa tau melayu dalam UMNO tak ikhlas kawan dengan depa….Aku heran pikiran hangpa kuno….kalau gaduh antara kaum sapa yang susah???UMNO harap keris ja tapi tajam nya tidak…

    Dalam hal Memali,habaq mai sat sapa yang kata menyesai tak habis??…Sapa yang serang dulu ??siap bawak kereta kebai serang orang kampung…Setakat dengaq ulasan dalam T.V tak payah cakapla….

    Kesian.masih ada orang lupa jasa Anwar dalam kerajaan,Simbol RM pada duit yang hangpa dok guna tu sapa yang bagi cadangan??sapa yang perjuangkan Bahasa Melayu..sistem perbankan Islam…UIA….

    Macam biasa,UMNO akan cipta masalah dan UMNO akan selesaikan masalah….saja nak tunjuk UMNO ada buat kerja….TOYA UMNO

  20. AbangTuah

    Cittt…

    Bahasa Melayu ‘BAKU’..bikin phening da!!!

    Memali tu cite lama aku malas nak ungkit, kau masih pakai pampes lagi masa tu..lagi pun Polis tak pakai kete Kebai..nampak sangat tipu….kehkehkhe

  21. Habis keta kancil kot yang polis guna masa rempuh pagaq Al-Syahid Ibrahim Libya???? O.k kita tutup peristiwa Memali nanti kena ISA pulak…

    Bahasa Melayu baku boleh depa kata pening???Memang jakun la depa ni

    P/s:FireDownBelow ada dimana mana,mungkin isteri anda,mungkin bapa mertua anda

  22. Nadrah

    Hehehe lawak ler Datuk Ahmad Ismail tak mintak mahap…

    Si Najib ni pi mintak mahap….. hehehe pelik kan?
    sebab aper…… SEBAB….ader orang tu nak jadi PM 2 thn lagi…..

    Umno… dulu, kini, selamanya mangkuk ayun….

  23. Nadrah

    Sebab apa? Nak jadi Perdana Menteri……..

  24. Salam Firedownbelow!

    Mamak fahami hati kamu yang membara dengan tidak dapat pembelaan Ideologi hang!.Cuma renungkan sejenak adakah salah UMNO mengamalkan din al-hayah(cara hidup)yang bersesuian tanpa menganggu cara hidup kaum lain yang beragama macam-macam!.Selama UMNO dan BN memerintah ini cuma dua insiden buruk berkenaan agama telah berlaku di negara ini.Iaitu Insiden Memali November 1985 dan Al-Ma’unah july 2000 wal hal kerajaan telah berjaya membendung 12 puak militant yang aktif sejak 1967 cuba menghancurkan sistem pemerintahan multi-racial di negara ini yang memang diakui oleh dunia iaitu satu sistem pemerintahan yang terbaik untuk negara multi-racial.

    Apakah DSAI ini yang disanjung oleh kaum bukan Melayu dan Melayu Islam ini boleh membawa negara ini kepada lebih aman daripada apa yang kita telah merasai sekarang?.
    DSAI semasa ketua ABIM pernah melawat Ayotullah Khomeini Iran dan melawat Zia -ul-Haq Pakistan untuk wujudkan Negara ini sebagai Revolusi Kerajaan Islam yang mana ia kan gugat kedaulatan Raja-Raja Melayu!.Dan DSAI juga dilantik sebagai wakil Asia-Pacific ataupun Nama singkatan WAMY(World Assembly Of Muslim Youth) untuk tujuan mengembangkan Revolusi Islam ‘ala Iran di rantau ini.

    Parti PAS juga pernah hantar graduan-graduan ke-Iran dan pernah buat rancangan untuk jadikan negara ini memerintah menggunankan ‘Sistem Mullah’seperti Syiah Iran.Dimana letaknya logik anda bahawa parti-parti ini mendukung Institusi Raja-Raja Melayu?.Mungkin saudara kata itu dulu sekarang lain.Tapi apa buktinya mereka in dah berubah?.Ideology susah nak berubah sama macam sikap!.

    Adakah adil tuduhan saudara, UMNO gugat kedaulatan raja-raja Melayu!.Bukankah UMNO ini telah membuktikan pendukung Institusi raja-raja selama ini?.

    Mahukah saudara Insiden-Insiden seperti Kes Kerling 1978 dan Juga Kes Batu Pahat,Johor 1980 sentiasa berulang dan menghancurkan negara ini dalam sentimen perkauman.

    Tentang Islam Hadahari yang kamu semua cemuh itu bukankah Dunia Islam keseluruhannya menerima amat baik dan mereka juga ingin mempraktikannya di Negara mereka!.Bukankah itu satu kemegahan bagi orang Melayu yang menjadi teraju dalam dunia Islam yang moden!.Tetapi PAS bercanggah kenapa?mereka tak sanggup terima hakikat bahawa UMNO membawanya dan mereka sengaja memutarbelitkan maknanya dengan berkata sepatutnya ‘Hadrah Islamiyyah’ bukan Islam Hadhari’.Kalau kita alih bahasakan dalam bahasa Inggeris yang mana mempunyai lebih perbendaharan kata dari bahasa Melayu ” Hadrah Islamiyyah” bermaksud Islamic Civilisation dan “Hadahari” bermakna Civilisational Islam.Mamak harap para pembaca faham maksudnya diantara “Civilisation” dan Juga “Civilisational” itu sendiri!.Maka PAS mungkin faham tapi tak ada perkataan Melayu yang bersesuain untuk memahami maksudnya!.

    Kenapa Insiden Al-Maunah terjadi?.Pas kata ia komplot UMNO untuk memburukan imej PAS kerana semua anggotanya yang terlibat adalah orang-orang PAS!.Betulkah itu?.Bukankah ketua kumpulan itu yang bernama Amin itu nak membalas dendam terhadap Insiden Memali yang menjadi topik untuk PAS meracuni fikiran orang Melayu terhadap UMNO dan kerajaan.Amin adalah kesan pemikiran Racun yang diracuni oleh puak PAS!.Apakah kesannya Al-maunah kepada multi-racial society di negara ini.Mereka mengebom kuil Batu Cave dan Kilang arak carlsberg di PJ!.Bukankah ini boleh mengakibatkan rusuhan kaum?.

    Jadi mamak tak faham dengan bukan Melayu negara ini sekarang, terlalu bencikan UMNO dengan disebabkan seorang lelaki yang ego nak memerintah meracuni fikiran mereka dengan gula-gula hak persamaan.Kini bukan Melayu yang digulai itu sokong pula puak-puak yang sentiasa ingin menghancurkan mereka pada suatu ketika dulu.Kesannya adalah kekesalan yang nyata menunggu mereka!.Mewujudkan satu Bangsa Malaysia perlukan masa dan kesabaran dari semua kaum termasuk orang Melayu sendiri!.Empayar ROM tidak terbina dengan 50 tahun tapi ia mengambil masa lebih 100 tahun!.50 tahun adalah masa yang singkat dan Negara ini perlukan masa untuk perubahan.Mamak juga teringat membaca sebuah buku bertajuk “Indian Commuties in Southeast Asia”karangan kernell Singh dan A.Mani:
    “The Malays have acquired the distict impression over the years that the Indians political and emotional link with India has remained in eradicably strong.As result the Malays are won’t to regard the Indians’as still very much an immigrant group in Malaysia”.daripada ini orang-orang Immigran perlu memahami perasaan Melayu terhadap diri mereka.

    Kalau dalam tahun 2008 masih lagi ada orang dari kaum bukan Melayu masih lagi mempersoalkan memakai songkok untuk istiadat Sultan; tak boleh pakai kerana itu adalah kebudayaan Melayu!!!.wakil Rakyat macam ini kena hantar ke Indonesia atau Burma yang mana Nama kaum pun tak boleh pakai baru tau!.Haiya!.Sanggupkah Sesiapa Melayu diluar sana menerima mereka ini sebagai Rakyat Tulin Malaysia?.Salah siapa?.Orang putih kata”If you in Rome,Do as the Roman do”!.

    p/s:Untuk firedown below Mamak memang berfikiran kuno tapi perkara kuno-lah jadi tauladan untuk yang baru!seperti cerita firaun,karun didalam Al-Quran.Banyakanlah mengaji kitab Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini supaya Allah memberi hidayah kepada kamu!.Wassalam.

  25. BakaL PM

    wahai org melayu kalau orang nak tau fire down below ni adala tali barut komunis yang hakiki…. dia sendiri mengaku td send web ni kat MCA & MIC…. nampak sgt dia tali barut… kita kat sini penat berhujah nak membela org melayu tp dia jd petualang send apa yang kita perjuangkan kat kominis moden… pengkhianat bangsa….. kau tu bangsa kacukan negro aku tau jgn nak tipu…

  26. Nadrah

    Bakal PM

    Hehehe lawak ler Datuk Ahmad Ismail tak mintak mahap…

    Si Najib ni pi mintak mahap….. hehehe pelik kan?
    sebab aper…… SEBAB….ader orang tu nak jadi PM 2 thn lagi…..

    Umno… dulu, kini, selamanya mangkuk ayun….

  27. Salam Bakal PM,

    Dia mungkin terbawak-bawa ideologi PAPERI nama singkatan bagi Persatuan Persaudaraan Islam yang mana pada tahun 1981 Bekas Pengerusi CPM-Parti Komunis Malaya semasa menyerah diri ada beritahu bahawa unsur propaganda Komunis untuk Melayu di sadurkan dengan Agama.Dia juga telah akui Komunisma senang diserapi dalam extreme agama.CPM juga pernah menarik ramai Cendikiawan Melayu melalui agenda atau propaganda menggunakan agama!.Kita kena lebih berwaspada pada mereka yang lebih extreme!.Wassalam.

  28. AbangTuah

    Bakal PM,

    Aku sokong, aku dah kata dia memang komunis, penyokong perjuang haluan kiri. Pejuang haluan kiri kau respek semasa menentang British, tapi lepas British keluar maka sertalah dengan kerajaan bina Negara tapi jadi penganas pula. Kau jangan sebut perkataan Komunis tu depan Mamak Haji, naya kau kena tenyeh dengan pewira bangsa tu.

    Firedownbelow, aku tahu fasal apa api yang terpendam dalam diri kau tu tak pernah terpadam, kerana kau nak Malaysian ni jadi negara komunis tak beragama.

    Deii orang Negara Cina dah tolak Komunisma, ingat medan Tinamen. Kau dimana masa tu, pakai lampin lagi ke???

    Kete Kebal dan kete Perisai berbeza faham tak!!!

  29. AbangTuah

    Si Nadrah

    Dia ni adalah pengikut PR yang tak tahu apa-apa, TPM mestilah next jawatannya PM.

    Kompius betullah Mak Cik kampung ni.

  30. Anak Malaysia

    MELAYU MUNDUR ANGKARA UMNO DAN PERKASA

    Bangsa Cina gemilang dimana – mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

    Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

    Cuba kita renung kembali siapa yang mula – mula merampas kuasa hak raja – raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak – anak Melayu? Siapa yang terus – meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

    Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus – menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas – kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus – meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

    Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

    Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

    Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja – raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

    Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus – menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s