Lim Kit Siang Pun Mohon Maaf – Malaysiakini

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang petang ini menarik balik kenyataannya yang mendakwa akhbar arus perdana, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian, tidak menyiarkan berita Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf atas kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berunsur perkauman.

Lim juga memohon maaf atas kesilapannya itu selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua akhbar tersebut turut menyiarkan berita berkenaan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Lim mempertikaikan keikhlasan permohonan maaf Najib kerana beliau mendakwa berita mengenainya tidak disiarkan oleh akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Lim juga lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama turut memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Lim kemudiannya menghubungi Malaysiakini petang ini untuk menarik kenyataanya mengenai perkara itu dan memohon maaf di atas kesilapannya itu.

nota: penulis sarankan supaya Utusan dan Berita Harian menolak permohonan maaf ini. Ini kerana kenyataan awal Lim Kit Siang dibuat secara membuta tuli tanpa usul periksa. Kedua parti pembangkang sendiri melancarkan boikot terhadap Utusan dan Berita Harian yang menjejaskan pendapatan syarikat seterusnya mengganggu produktiviti pekerja syarikat.

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Lim Kit Siang Pun Mohon Maaf – Malaysiakini

  1. Big8 Jr.

    Salam Ramadhan..

    Sekiranya aku terpaksa memilih untuk menyelamatkan Lim kit Siang atau anjingnya yg bernama Lim Kid Malam yg sedang lemas..

    Aku tidak perlu berfikir terlalu lama, akan ku selamatkan anjing itu…

    Kerana binatang pun tahu menghargai budi..
    Kerana Bangsa yg xtahu mengenang budi..
    Kerana aku xmungkin berbudi lagi..
    Kerana semangat perkauman ku telah menjadi-jadi..

    p/s: Pemimpin2 Melayu – xperlu lagi berhemah, kerana hanya melayu yg selalu berhemah, dan melayu juga semakin lemah. Aku dah bosan. MAAF.

  2. Sekolah Atap

    Saya bersetuju dengan Big8 Jr… Melayu semakin lemah, melayu semakin hilang taringnya, melayu semakin kehilangan keistimewaannya. Perpecahan semakin menjadi-jadi. Punca hanya satu… `KUASA’..

  3. Kusye

    bosan aku ngan sorang ni…… wat statement pun biar la usul periksa dulu…. main belasah jer….. kn dah malu sendiri… mcm si khalid plak…. fikir dulu baru wat statement, bkn wat statement dulu baru fikir…

    p/s : PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI……..

  4. Anak Melayu

    salam ramadhan..saya sokong kata dari Big8 Jr..lepas satu2 depa paksa kita semua..harap Melayu je yang nk tunduk pada mereka, ayuh bangun bangsaku..pertahankan demi maruah kita bersama dan seboleh2nya elakkan pertumpahan darah..fikir rasional..tapi kalau terpaksa akan ku gagahkan jua..walaupun kakiku tinggal sekerat, kan ku panjatkan biar larat.HIDUP MELAYU DULU KINI DAN SELAMANYA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s