Pak Lah – Ulama dan Umara perlu bersatu elak perbalahan

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu para ulama dan umara (pentadbir) bersatu untuk mengukuhkan agama Islam sekaligus dapat mengelak daripada berlakunya perbalahan di kalangan umat Islam.

“Saya ingin lihat individu Islam bukan sahaja sebagai seorang profesional yang ada kerjaya, ada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, bukan setakat itu sahaja.

“Saya ingin lihat bahawa dia juga seorang yang cukup faham dalam ilmu berkaitan agamanya sendiri sedalam mungkin,” katanya pada sesi dialog Perdana Menteri bersama Ulama dan Umara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Abdullah berkata umat Islam perlu menghayati dan mendalami ajaran agama kerana umat yang baik tidak akan condong melakukan perkara yang tidak dituntut ajaran Islam seperti keganasan dan rusuhan.

“Tuhan tidak suka kita lakukan semua itu (keganasan dan rusuhan), kita mesti melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, oleh itu kita akan menjadi insan yang baik, sukakan keamanan, kejayaan dan tidak akan menjadi musuh kepada sesiapa,” katanya.

Beliau berkata tidak dinafikan terdapat pelbagai pendapat dan pandangan mengenai Islam yang boleh mengelirukan dan ia perlu dijelaskan untuk menghalang perkara seumpama itu daripada berlaku.

Oleh itu, Perdana Menteri berkata beliau memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang mengandungi 10 prinsip dengan kesemua prinsip itu tidak bertentangan dengan ajaran agama lain.

Abdullah berkata pendidikan juga merupakan elemen utama untuk seseorang memahami ajaran Islam.

“Kalau (dapat) didikan betul, dapat nasihat yang baik maka kita akan dapat kurangkan musuhmusuh yang kita hadapi, kalau ada kekuatan ini hasrat kita untuk mengurangkan musuh itu dapat dicapai,” katanya.

Katanya kerajaan menerusi Misi Nasional turut menekankan agar masyarakat mempunyai keghairahan dan semangat ijtihad untuk menambah nilai dalam diri masingmasing.

Beliau berkata persefahaman antara golongan profesional dengan para ulama akan dapat mengurangkan perbalahan seperti mengenai liberalisme dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kedudukan orang Islam di negara ini dan di seluruh dunia.

Majlis dialog di antara Perdana Menteri dengan para ulama, ilmuan dan badan bukan kerajaan itu menyentuh pelbagai isu agama dan cabaran yang dihadapi umat Islam masa kini. BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s