Pas hipokrit!

Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan Pas Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Malah, katanya, kerajaan Kelantan Pas pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 September 1963.

“Nasib baik mahkamah telah menolaknya, kalau tidak mungkin Malaysia tidak akan terbentuk seperti yang ada sekarang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

“Janganlah hanya untuk mendapatkan ‘secalit perhatian’ dalam permainan politik, mereka sanggup menjadi hipokrit dengan menyatakan persetujuan cadangan itu.

“Jangan juga hanya kerana untuk mendapatkan mata dalam permainan politik, mereka lupa akan sejarah dan pendirian mereka suatu ketika dahulu,” katanya. – utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Pas hipokrit!

  1. BakaL PM

    salam Ramadhan….
    Sebenarnya sy x suka nak komen lebih2 tentang tok guru ni …. sebab sbg seorg ulama kita kena jaga dia supaya org2 kafir hormat kat agama islam bila imej ulama tu bersih dan disegani…. Tp sy terkilan kerana sikap PAS baru2 ni bila bersekongkol dgn DAP dan KEADILAN … PAS seolah2 hilang kredebiliti dan hala tuju perjuangan yang mereka laung2 kan selama ini…. Apa saja yang DAP buat untuk mehapuskan keistimewaan org melayu mereka sokong…… Berbalik dgn topik atas ni…. Tuan Guru kata kesalahan lampau UMNO x boleh dilupakan jd undangan UMNO untuk berbincang topik kepentingan agama islam & org melayu TUAN GURU x sertai pun…. Berbeza dgn TUAN GURU HADI AWANG yg lebih bersikap terbuka….. Syabas buat T.G Hadi Awang yang masih syg anak bangsanya dan membela agama selaras dgn perjuangan PAS selama ini…. Knp PAS kelantan sanggup mengikut sahaja telunjuk PKR & DAP sehingga sanggup memberi cuti seperti yg diminta??? Mereka boleh melupakan perbuatan lampau mereka menentang kemasukan sabah & Sarawak tp mereka x boleh lupakan persengketaan sesama bangsa ketika waktu dulu?? Kita manusia biasa pasti ada kesalahan tp kita x harus hanyut dalam kesilapan… Syg kan lah bangsa & agama lbh daripada mengejar kemewahan berpolitik… Sedarla bahawa semakin hari keistimewaan kita semakin hilang di tanah air sendiri….

  2. Insan

    si menteri peneerangan ni hebat…tak habis2 suka ungkit cerita lama2…bak kata abang tuah…manusia ni ibarat pepasir di pantai..sekali air bah sekali pantai berubah….

    bang ayak liur tu keluart jgn jilat..batal kang pose..hehehe oyeee oyeee

  3. AbangTuah

    Salam Insan,

    Lama tak berinteraksi dengan awak. Betul manusia ni ibarat pepasir di pantai..sekali air bah sekali pantai berubah tapi PAIH bukan aje berubah, malah bingung “Bagai Langau Di ekor Gajah”…keh..keh..keh.

  4. Big8 Jr.8

    Salam Insan..

    BAnyak juga la ayaq liuq..Tapi xkan dia nk jilat kot en insan oii.. perkara asas dlm puasa xkan dia xtahu.. kalau batal pon..puasa dia yg batal, betul x? Jadi, jgn lah kita yg konon bijak beragama dok mengata kat dia..kerana dia begitu pon adalah kejadian Allah. Apakah hak kita hendak mempermainkan kejadian Allah. Adakah itu yg diajar oleh pemimpin saudara? Maaf

  5. Insan

    salam abg tuah..

    maaf laa sejak 2 menjak ni sibuk sikit…ade mase nnti kite berinteraksi laa ekk..hehehe

    untuk big 8 jr..

    jgn salah paham..sya cume memberi peringatan…bukan ke kite kene selalu ignt mengingati…hehehe saye tak tuduh pon puasa die batal..cuma jgn laa die isap balik air liur die tu..heheh

  6. Big8 Jr.

    Salam BakalPM,

    sebenarnya kenyataan/keputusan yg dibuat oleh Nik Aziz sekarang ni bukan lg keputusan yg tercetus dr benak fikiran ilmiah beliau. Mursyidul am pas itu tidak lg seperti dahulu. Dulu lain sekarang lain..hehe..Kita kena tengok org yg berada dkt dgnnya. Siapa setiausahanya. Bukan kah Anual Bakri Haron. Siapa pula Anual Bakri Haron ini. tanyalah pengikut2 PKR. tanyalah DSAI. Memang hebat perancangan yg dibuat. Cuba baca harakahdaily, apa yg tertulis dilamannya. Pro PKR ke Pro PAS. mcm dah lain je isu2 yg dibawa. Siapa pula taukeh harakahdaily? Kamaruddin Jaafar. Siapa pula Kamaruddin Jaafar?Tentu pengikut2 PKR dan PAS lebih mengenali beliau. Jadi xperlulah saya menjelaskannya. Jadi fikir2kan lah. Jgn dipengaruhi emosi kebencian sesama umat.

    Mari bersatu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s