Dr. Osman pertahan akuan bersumpah periksa Saiful

Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor perubatan pertama  yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula hari ini selepas menghilangkan diri lebih sebulan dengan mempertahankan kandungan akuan bersumpahnya bahawa tiada kesan dia diliwat.

Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.

Pada sidang media di Majlis Peguam hari ini, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan olehnya menunjukkan tiada kesan Saiful dilihwat.

Akuan bersumpah beliau telah dihebahkan secara meluas pada 28 Julai lali dalam laman web Malaysia Today, yang telah disambung perkhidmatannya semalam selepas dikenakan halangan kira-kira seminggu.

Kata Dr. Mohamaed Osman, akuan bersumpah tersebut adalah dibuat oleh beliau sebelum meninggalkan Malaysia.

Dr. Mohamed Osman merupakan rakyat Myanmar telah berkhidmat di beberapa hospital di negara ini lebih satu dekad.

Beliau bagaimanapun menegaskan, penyebaran akuan bersumpah tersebut adalah di luar pengetahuannya.

Dalam akuan bersumpahnya itu, Dr. Mohamed Osman tetap berpegang kepada laporan perubatan berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas Saiful.

Dr. Mohamed Osman berkata, beliau telah mengambil cuti ekoran tekanan yang dialaminya selepas disoal siasat oleh polis.

Beliau menolak bimbang dengan keselamatannya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi berkata Dr. Mohamed Osman belum kembali bertugas.

“Belum, dia belum kembali bertugas,” katanya.

Ketika ditanya sama ada doktor berkenaan masih berkhidmat di hospital itu beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Maaf, saya tidak boleh komen,” kata beliau sambil menambah, tindakan susulan bergantung sama ada Dr. Mohamed Osman melaporkan diri ataupun sebaliknya.

nota: Dr. osman, sekiranya yakin saiful tak meliwat, kenapa pergi mengadu dengan Raja Petra (malaysia today)? Siapa dia?? atau Dr Osman dah kene ‘gula-gula’. Yelah Dr Osman pun bukan warganegara sini, senang nak buat kes ‘langgar lari’. Macam hari tu, lepas buat pengakuan bersumpah terus lari sembunyi diri. Berani kerana Benar Doktor!!…Apakata doktor buat pengakuan bersumpah dalam masjid Waallahi, Wabillahi dan Watallahi.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Dr. Osman pertahan akuan bersumpah periksa Saiful

  1. Big8 Jr.

    Salam penulis..

    Sebenarnya bukan masalah betul atau salah. Yang menjadi persoalan sekarang ini adalah siapa yg bercakap. Kalau org dr UMNO yg bercakap, nescaya akan dianggap mainan politik kotor. Tetapi kalau dr mulut ‘suci’ DSAI atau segerombolan golongannya, maka setiap patah adalah benar. Walau DSAI mengatakan ayam jantan bertelur sekali pun, ianya tetap benar ditelinga perosak2 Melayu itu..Maaf.

  2. Insan

    hahhaha…korang nieee…..tunggu jeee laaaa….
    same jee Umno ngn PKR..

    kalau Keluar dari mulot umno PKR kate tipuu…

    Kalau dari mulut PKR umno kate Tipooo…

    hahah last sekali penyokong kedua2 parti yang tertipoooo…hhahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s