Mukhriz bertanding Ketua Pemuda UMNO

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Beliau yang juga ahli exco Pemuda Umno itu akan membuat pengumuman rasmi mengenainya Sabtu ini.

Mukhriz akan berbuat demikian dalam satu majlis di perkarangan Pondok Maharizan di Alor Star.

Menurut pembantunya, ketua-ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang akhbar serta majlis sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di Masjid Tok Kepak.

Selain Mukhriz beberapa pemimpin pergerakan itu, termasuk Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dijangka turut bertanding jawatan tersebut.

Seorang lagi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberitahu media sebelum ini yang beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob pula dilaporkan semalam, sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan itu.

Jawatan ketua Pemuda kosong selepas penyandangnya Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.

Tiada had umur dikenakan oleh mana-mana pemimpin untuk bertanding jawatan ketua Pemuda pusat. Juga tiada had umur bagi tempoh seseorang itu memegang jawatan tersebut. – mkini

nota: kemungkinan persaingan 4 penjuru untuk jawatan ini. KJ,KT,Adnan dan Mukriz. Tidak silap penulis, salah satu kriteria yang akan dikenakan terhadap calon yang ingin bertanding KP ialah mempunyai laman web sendiri. Tidak tahulah sama ada kriteria ini digunapakai atau tidak. Sehingga hari ini jawatan NKP masih tiada siapa yang bersuara ingin bertanding.

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Mukhriz bertanding Ketua Pemuda UMNO

  1. Mukhriz adalah pejuang melayu era moden… Pembangkang macam aku pun respek kat dia,dia tak takut bila bercakap biarpun risikonya mungkin kena buang dari UMNO,tak reti nak bodek dan kita kena ingat siapa dibelakangnya…… Bukan macam setengah pemimpin berkurap dan busuk UMNO yang lain,cakap sampai bersembur air liur tapi habuk pun tarak,cakap tadak fakta hanya sekadar pandai kelentong…
    Lepas ni mesti pecacai Khairy bubuh aku!!!!! Khairy si lahabau tu ingat dia penting sangat ka sampai ugut letak jawatan lepas 16 Sept???

  2. AbangTuah

    FireDownBelow,

    Tak payah nak puji ka apa ka. Kami tak sudi menerima pujian ka apa ka dari puak pembangkang PAIH dan PKR, kami malu bersaudara dengan puak yang tak ada telor, jual maruah bangsa dan agama.

  3. Well well abang tuah…
    Aku dah agak dah ada pecacai Khairy yang bengkeng cakap aku….Saja aku nak perangkap sapa sokong Khairy malaun tu disini…
    Ada dengaq dak orang PAIH bagi rasuah sebab nak jadi perwakilan,tadakkan…Dalam UMNO selalu terjadi kan… JADI sapa yang jual maruah agama dan bangsa disini??? Ahli Parti mana yang tadak teloq sampai rasuah anak bangsa dia,habaq mai sat……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s