Peguam harap kes liwat Anwar digugur

Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula minggu depan.

“Kami masih mengekalkan pendirian kami bahawa memang tiada kes, tiada bukti. Kes ini merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

“Oleh itu kami berharap kes ini akan digugurkan,” kata salah seorang peguamnya, Sankara Nair ketika dihubungi.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sankara menambah, tiada peruntukan membolehkan pihaknya memfailkan agar kes berkenaan digugurkan.

Cuma, jelas beliau, pihaknya telah menyatakan wujudnya alibi dan juga kandungan akuan bersumpah doktor yang memeriksan Saiful bagi membolehkan kes berkenaan ditolak.

“Kami tidak boleh membuat permohonan rasmi. Pendakwaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mendakwa seseorang ataupun tidak,” kata beliau yang tetap yakin kes berkenaan akan diketepikan.

Malah, Anwar ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang seringkali menyatakan bahawa kes yang dibawa terhadap tidak mempunyai bukti dan ia harus diketepikan.

nota: atas dasar apa ingin kes ini digugurkan? tiada kes dan tiada bukti? siapa anda untuk tentukan?? negara ini ada sistem kehakiman, biarlah mahkamah yang tentukan.

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Peguam harap kes liwat Anwar digugur

  1. Insan

    akalaaahh penulis….kat kay ats tu cakap: errkk jap aku copy past lagi senang…hehe

    Kami tidak boleh membuat permohonan rasmi. Pendakwaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mendakwa seseorang ataupun tidak,” kata beliau yang tetap yakin kes berkenaan akan diketepikan.

    kan die ckp die berharap namun depa ni takdak hak nak memohon…terserah kepada makamah…adoii laaa aii

  2. zack

    ada cerita baru yang hendak dikongsikan bersama
    yang penting derita panas?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s