Daily Archives: September 5, 2008

Gerakan kaji kedudukan dalam BN

Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Sambil menegaskan Gerakan bukan parti “pak turut” dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi

“tempoh munasabah” sebelum mengambil sebarang tindakan.

Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

Koh berkata apa yang dituntut oleh Gerakan antaranya ialah perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN.

“Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa,” katanya.

Bagaimanapun, Koh mengakui perubahan telah mula berlaku dalam BN namun parti itu menganggap ia belum mencukupi.

“Kita sudah bermesyuarat lebih kerap dalam lima bulan yang lepas ini di peringkat Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Pengurusan BN berbandiing lima tahun dahulu.

“Ia satu permulaan yang baik. Kami bincang banyak isu tapi masih perlu buat perubahan. Tapi nak buat perubahan, bukanlah dalam masa sebulan dua,” katanya.

Koh berkata pepimpin BN juga perlu mendengar luahan hati rakyat dan suara tidak puas hati termasuk yang mula kedengaran dari dalam BN sendiri.

“Bukan senang untuk saya menangani perasaan ini. Suara-suara ini mesti diambil kira,” katanya.

nota: kenapa nk salahkan UMNO?? bukan kah kegagalan menamakan KM Penang yang baru pada pru yang lepas menjadi salah satu penyumbang kekalahan Gerakan di Penang??? penulis nasihatkan agar parti gerakan ‘bermuhasabah’ lah dulu sebelum menuding jari kepada UMNO.

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ahmad Tak Perlu Minta Maaf

Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta sejarah yang tidak patut diragui oleh mana-mana pihak. – Utusan.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 Sept vs 16 Sept

1. kedua-dua tarikh di atas adalah tarikh yang dinanti oleh rakyat Malaysia.

2. tarikh pertama ialah pendengaran kes liwar ‘bakal PM’ Malaysia yang baru iaitu DSAI.

3. tarikh kedua ialah naiknya pangkat DSAI sebagai ‘PM Malaysia yang baru.

4. tapi sebelum tarikh pertama MP BN semua pergi lawatan sambil belajar sampai 19 Sept.

5. boleh ke melompat dari luar negara??

6. atau mungkin MP yang nk melompat tak sanggup nk dengar kes liwat bakal ‘ketua baru’ mereka…

7. ayat popular bakal di dengar tanggal 10 Sept ini – “tak relevan”,”konspirasi politik” dan sbgnya….

8. ramai rakyat yang alpa…dek dilarikan perhatian ke 16 sept…..sebenarnya acara kemuncak bulan sept ini ialah 10 sept dan bukannya 16 sept….alkisah kes liwat ‘bakal PM Malaysia’ didengar dalam mahkamah….

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 Bahagian UMNO Sokong Ahmad Ismail

Seramai 11 ketua Umno Bahagian dijadual mengadakan sidang media di Georgetown, Pulau Pinang petang ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang kini menjadi kontroversi dalam isu melabel kaum Cina sebagai pendatang. Difahamkan sidang media akan diadakan jam 3.30 ptg ini.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laman blog baru

penulis baru menerima sms dari Pemuda UMNO Bukit Ukay. Dimaklumkan bahawa UMNO Cawangan Bukit Ukay sudah membuka laman blog mereka sendiri.

Tahniah!

sila layari http://www.umnobukitukay.blogspot.com

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Takziah buat keluarga Pak Samad

Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang Khamis kerana jangkitan paru-paru.Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar kepada Bernama.-

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenapa perlu minta maaf???

“Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”

Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroeversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.

Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas ‘kesalahannya’ yang tidak dibuatnya.

Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:

“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambahnya, “mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf.”

Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.

Terdahulu di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.

“Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.

“Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpinpemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.

“Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.

“Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu.

“Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana “tiada tempat untuk beliau bersembunyi.”

“Mana dia nak `pi. Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga,” katanya.

nota: Syabas Datuk Ahmad, penulis percaya ramai yang menyokong pendirian Datuk!!

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda