Asyik kita je….

1. bile lagu negaraku diolah menjadi rap ‘negarakuku’ oleh pencipta lagu Namewee….kenapa tidak ada permohonan maaf dari rakan sebangsa Namewee….

2. bila hindraf buat kenyataan palsu ‘ethnic cleansing’ oleh kerajaan pimpinan UMNO….kenapa tidak ada wakil dari rakan sebangsa hindraf mohon maaf….

3. bila kita buat kenyataan mengenai kepentingan orang melayu..kita digelar racist….

4. dulu kes kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video tapi didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

5. bila ada orang umno keluar kenyataan ‘pendatang’…kita cepat2 mohon ampun maaf….

6. bila bicara pasal perpaduan, surat khabar dan rancangan tv melayu je yang banyak keluarkan iklan…yang lain macam mana??

7. kita bukan lah racist…tapi kadang-kala terfikir juga, takkan kita sebagai melayu tak boleh nak bersuara lebih??….asyik lebih kurang je….silap-silap nanti bangsa melayu yang terkurang…bangsa lain yang lebih….atas semangat lebih kurang, tu yang ekonomi orang melayu asyik kurang….

8. bila terlalu menekan akan hak kita, dikatakan kita racist….bila bangsa lain tekan hak dorang…kita diam je…tak pula kita kata depa racist….

9. kenapa jadi begini, kadang-kala penulis berasa inilah uniknya politik Malaysia. Lain dari yang lain. Pendek kata, tidak ada pendekatan yang ‘generic’ yang digunapakai di negara lain boleh kita guna di Malaysia.

10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua.

11. Hak melayu sama juga dengan hak bumiputra, yakni saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. Jangan lah cerita pasal hak melayu je. Hapus hak melayu maka terhapuslah hak bumiputra juga.

12. Yang bercakap nak hapuskan hak istimewa orang melayu ni, pendek kata pentingkan diri sendiri. Yelah duit dah berkoyan(banyak), anak cucu cicit dia boleh ‘survive’ tanpa hak-hak ini. Macam mana dengan saudara sebangsa yang lain, boleh ‘survive’ ker??

13. Hari ni kecoh pasal kronologi pembentukan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan 16 September nanti. Entah betul entah tidak. nanti penulis kongsikan bersama.

14. Satu persoalan, apa jaminan kerajaan baru ini kepada rakyat. Dok janji ni janji tu….kene ingat…lembu diikat pada tali..manusia diikat pada janji….tak tunai janji nt sapa yang rugi….yang dok jadi PM baru takpelah….nnt tukar kerajaan balik dia makan pencen..yang kita rakyat ni..makan apa??? makan hati???

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Asyik kita je….

  1. emy

    Saya setuju sangat. kenapa perlunya kita yang asyik beralah. Nampak sangat orang lain menekan kita dan tidak menghormati sesitiviti orang melayu. Tapi, sampai bila nak berteusan begini. Biarla kes Dato Ahmad ismail ini menjadi batu sempadan untuk kita sesama kaum ingat -mengingati… Jangan ingat mereka sahaja yang ada perasaan.. Malah kita juga ada perasaan dan maruah.
    To pemudaenggang, Tahniah atas penulisan anda .
    Saya akan mengikutinya selalu selepas ini. Harap betambah mantap dan boleh betukar pendpat.

    T.K dan salam ramadhan,
    emy
    kpu3 Melaka.

  2. Big8 Jr.

    Salam penulis..

    Saya amat setuju dgn pandangan dr saudara. Sama2 lah kita menjaga hak Melayu/Bumiputra. InsyaAllah. Jgn biarkan hak kita dirampas dr org yg tamak.

    Saya dah bosan berlemah lembut…Saya dah bosan berbaik-baik…Bangkitlah Melayu..Allahuakbar..

  3. AbangTuah

    Salam Big8,

    Kawan rasa melayu tak akan bangkit. Melayu UMNO berebut telor, Melayu PR lansung tak ada telor.

  4. Berebut apanyee..Bangkit apanyee..takan nak bunuh bangsa asing kot…memang kuno fikiran depa ni…

    Aku rasa kalau orang Pas atau PKR yang kata macam Adun mangkaq Bukit Bendera tu mesti dah kena ISA dah…..

    Awat sebelum ni masa Sammy ada kuasa, hangpa orang UMNO boleh diam bila orang India beragama Hindu bawak pelari anak melayu dan jadi murtad tapi lani baru hangpa main sentimen perkauman…nak tarik undi la tu..berlakun dan kata UMNO lah pejuang bangsa…
    Akhir kata TOYA lu

  5. takmemihakpadasesiapa

    btl 2 kata fire. dulu umno diam jer orang lain wat mcm2 kat melayu, masa mrsm diberikan kepada orang bukan melayu kenapa umno diam, kenapa hak bumiputera melayu dikurangkan umno diam, kenapa sekarang baru diorang nak cakap mcm2. pkr lah kalaulah umno itu untuk melayu umno akan bela melayu bukan bela orang-orang yang ada kepentingan kerajaan….

  6. AbangTuah

    Heiii..puak yang dah tak bertelor PAIH dan PKR,,

    UMNO bagi sikit2 aje, kau orang telor kau orang pun nak bagi fasal nak jaga hati puak biaDAP tu.

  7. Insan

    aloo bang tuah..bab hak keistimewaan melayu aku tak sokong mane2 parti…aku hanya sokong org melayu+islam…

    jgn biarkan hak kita dirampas seperti yang dah berlaku sebelum ni dibawak kepimpinnan kerajaan dulu dan sekarang..tolong laa lindungi hak kami bumiputra..cepat sgt najib mintak maaf…ape yang najib tunduk sgt kat mate sepet ni…kalau depa ckp macam2, majlis peguam cuba nak pertikaikan hak org islam,masing2 cuma bagi nasehat…tak berani langsung nak melawan…

    dah laa tu..banayk tanah org melayu dag tergadai…banyak hak islam tergadai…tanda2 jalan semau dah tak de tulisan jawi tapi takpe laa ade tulisan melayu lagi…MRSM dah bukak kat org bukan bumiputra…lepas ni apa lagii…???

    tolonglaaaa wahai pemimpinnn…ape yang korang buat selama niii….sipan teloiq dlm peti sejuk keee…

  8. maw

    eleh apa umno tak buat pada orang melayu bukan setakat jual telor orang melayu.maruah melayu pon digadaikan kat bangsa asing.lihatlah sendiri tanpa malu mengalibabakan projek2 kebangsa bukan melayu.menaik gahkan bahasa ingeris.umno sanggup jual tanah melayu.bila puak melayu yang sedar menulis menegur umno terima padah isa osa.berulangkali ketuanan melayu,sekarang siapa tuan?sikap umnolah yang membuat melayu melata jadi hamba bagi umno yang mengalibabakan tanah melayu kuasa melayu

  9. penangkia

    Abg Tuah,
    Bulan posa kalu teloq masin laku la utk sahur.Apa kata bln yg mulia ni kita control bahasa sikit, ok tak?

  10. AbangTuah

    Penangkia,

    Aku kena hormat juga kalau orang kata tak selisa, ok, no problem.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s