Kenapa perlu minta maaf???

“Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”

Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroeversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.

Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas ‘kesalahannya’ yang tidak dibuatnya.

Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:

“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambahnya, “mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf.”

Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.

Terdahulu di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.

“Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.

“Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpinpemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.

“Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.

“Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu.

“Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana “tiada tempat untuk beliau bersembunyi.”

“Mana dia nak `pi. Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga,” katanya.

nota: Syabas Datuk Ahmad, penulis percaya ramai yang menyokong pendirian Datuk!!

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

60 responses to “Kenapa perlu minta maaf???

  1. BakaL PM

    Syabas Datuk Ahmad… UMNO dan org melayu sgt2 memerlukan pemimpin yg berani dan lantang seperti Datuk…. Kebanyakan pemimpin skarang hanya mementingkan kuasa & lupa pada sejarah silam… Semoga Datuk terus kekal meneraju UMNO hingga ke peringkat yang tertinggi…. Semoga org melayu terbela dgn adanya pemimpin seperti Datuk bukan pemimpin yang mengagung2kn pendatang….

  2. BakaL PM

    saya menyeru semua yang melayari blog ini memberikan sokongan dan ucapan tahniah kpd Datuk Ahmad kerana keberaniannya membela org melayu… x kirala kita dari PKR, UMNO atau pun PAS juga rakyat sabah & sarawak harus la menyokong pemimpin yang mempertahankan hak bumiputera…. ketepikan fahaman politik dan semaikan persaudaraan sesama bangsa…. Lihat saja bagaimana MCA & GERAKAN bersatu dgn DAP apabila Datuk Ahmad cuba menggingatkan sejarah lampau kedatangan mereka kesini… Kita juga boleh bersatu demi anak bangsa kita kerana kita la penduduk asal bumi bertuah ini… HIDUP MELAYU…..

  3. AbangTuah

    Salam,

    Kawan sokong.

    Kita tunjukan kita masih Si-Jantan yang bertelor, bukan Si Darai PAIH dan PKR yang berkokok tapi bertelor.

  4. Insan

    ye betul datukk…aku sokong…

    “depa” ni memang pendatang….ada hati nak hak yang sama ngn org melayu…

  5. tubir

    walau apa pun pandangan orang bukan melayu dan pribumi sabah dan serawak yang hakikatnya dan yang perlu diakuai memang betul dan terang orang cina ,india adalah bangsa pendatang dinegara kita .sebab negara ini adalah tanah melayu (nusuntara)indonisia brunai dan semenanjung tanah melayu .adalah gugusan kepulauan melayu.Sesiapa juga yang datang dan singah disini selain dari melayu adalah pendatang .Pendatang dari segi bukan penduduk asal gugusan ini.
    tiada salahnya YB datuk bercakap tentang ini sekarang atau dikemudian hari kelak .walaupun YB datuk mungkin mohon maaf ,akan ada dan lebih ramai orang melayu akan bercakap tentang ini ……Kenapa tak boleh bercakap tentang perkara ini .kenapa sampai nak siasat ……salah besar ke orang melayu bersuara sedikit?bagai mana pula bila orang cina ,india ,bengali,bercakap tentang kita , tentang ugama islam ….kenapa tak ambil tindakan …….Dah terang terang dia orang pelekehkan kita semua .Orang melayu dah bosan …..perkara ini boleh dipendekan …..dan boleh diperbesarkan …terpulang…….
    soal sokongan orang cina dan india ni kita dah sedia maklum………..kita dah jangka jika melayu dalam masalah dia orang akan buat helah……ada yang nak keluar dan tak mahu sokong ……tak pa ….kita bukan tak biasa susah ……….orang melayu tak kesah makan ubi kayu semula ….orang melayu tak kesah tak ada hawa dingin ,Melayu tak takut semua itu .
    mejoriti orang melayu tingal di sub bandar dan kampung .Orang cina tingal dibandar.Kerajaan memberi layanan berlebihan kepada kawasan bandar ………segalanya ada disediakan.walaupun kita tahu sokongan kepada kerajaan langsung tiada atau sekadar sindiwara.Orang melayu dikampung terus juga menyokong kerajaan walaupun kadang kadang dilupakan…….itulah orang melayu………jiwanya murni hati bersih ,,,,dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain …….Tapi nampaknya cacing dah naik kemata…………

  6. Sekolah Atap

    Saya pun sokong Datuk jugak…. Hidup melayu.. biar putih tulang jangan putih mata.. Agi Idup Agi Ngelaban..

  7. …….Ini adalah permainan sandiwara politik UMNO saja nak tunjukkan UMNO wira berani bersuara menjaga kepentingan dan hak orang melayu tapi dalam tak sedar ia membangkit perkara perkauman dan ini akan buat UMNO semakin rapuh…..

    Macam biasalah UMNO akan cipta masalah dan akan selesaikan masalah…….

    Jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena rujuk prinsip rukunnegara….Bukan nak tarik semula penyokong melayu sampai sanggup memperlaga-lagakan rakyat pelbagai kaum….UMNO dah cabulkan prisip setiakawan dalam B.N dan cabulkan prinsip warganegara…B.N dah goyah dan makin goyang…..PADAN MUKA B.N!!!!!

  8. BakaL PM

    pg mampus dgn fire down telow… dia bukan org melayu sejati… mungkin kacukan negro kita mana tau…. seruan untuk kaum melayu lagi…. hantarkan sokongan anda semua buat datuk ahmad demi mempertahankan prinsip dan kedaulatan org melayu….. Hidup Datuk Ahmad…

  9. Ahmad

    Kita pandang ke depan bukan pandang ke belakang, Kita manusia ini cuma tumpang duduk di benua dunia ini,suatu hari nanti kita pun mau mati kerani tua atau sakit. Buatlah kerja2 yg betul2 berfaedah.

  10. Nadrah

    Pasal apa Bakal PM mintak mahap ngan org cina, tak ker jatuh martabat u all, datuk Ahmad relaks jer….?

  11. Insan

    fire down below…

    bende lain takpe kalau ko takna percaya…aku pon bebulu gak ngn geng2 umno..tapi kalau bab ketaunan melayu soriii beb…aku takde kompromi…kite semau melayu tak kira dari parti apa pon….blasah jee org yang tak sedar dek untung nieee…di beri betis nak pehaaa

  12. AbangTuah

    Nadrah,

    Awak ni Islam ke apa, kenapa boleh jadi batu api. Bukankah Islam galakan berbaik-baik antara satu sama lain, tak kira bangsa dan agama. Kita tidak akan memusuhi sesiapa selagi mereka tidak berniat memerangi kita.

    Insan, aku respek kau dari segi tu, sekiranya ramai puak pembangkang berfikiran seumpama kau ni, maka aku tak risau kedudukan Melayu dan Islam di Negara ni.

  13. mok

    Hindraf kutuk melayu menyebabkan mereka merempat ? Diam.. Gerakan suruh hapuskan Matrikulasi ? Diam.. Student kita kat Taiwan hina orang melayu dan Islam melalui lagu Negarakuku ? Diam.. Guan Eng nak cabut buang DEB ? Diam.. Hisham kena minta maaf fasal cium keris pusaka ? Diam.. Kit Siang boikot Sultan Perak ? Diam.. Adun Johor bantah arahan Sultan Johor pakai songkok ? Diam.. Kapal Sink sanggah Raja Muda Perak kes lantik YDP MAIP ? Diam..
    Tapi… baru sekali orang melayu cakap tentang fakta sejarah.. dalam khalayak melayu.. dan diputar belit oleh reporter akhbar cina.. tup-tup terus kena minta maaf. Tahniah Datuk Ahmad.. Kepada Dato’ Non.. cakap saja berapa bayaran guaman.. InsyaAllah kita sama-sama collect.

  14. Aku orang melayu tapi aku lebih senang tinggal dalam negara berbilang bangsa…Bagi Aku,orang cina dan india masih hormatkan Raja Melayu dan Agama Islam…Jadi kenapa kita masih buruk sangka?? Bagi aku Datuk Ahmad mungkin terlepas cakap dan pemberita pulak salah faham.UMNO ambil kesempatan mainkan isu ini sebagai POLITIK MURAHAN…
    Aku faham dan masak sangat dengan politik UMNO…Jangan la korang curahkan petrol kedalam api ,yang kena ISA korang bukannya Datuk Ahmad….Dan UMNO macam biasa ..LEPAS TANGAN

  15. BakaL PM

    fire down below…
    kau ni cakap main lps jer…. ok betul org cina & india masih hormatkan Raja melayu & agama islam tp bukan dari sekutu Pakatan Rakyat… Karpal singh pertikaikan sultan perak dalam perlantikan exco agama… lim kit siang menentang negara islam dan juga mempertikaikan keputusan sultan perak sehingga menghasut ahli2 DAP lain pulaukan istiadat perlantikan MB Perak…. azan x boleh kuat2… hak keistimewaan nak dihapuskan… apa tu x kurang sopan namanya… Yg bangsa cina & bangsa india kau kenal tu dia org dari MIC & MCA yg tau jasa2 pemimpin mereka yg terdahulu… tau pengorbanan org melayu…. bkn mcm PKR… HINDRAFF yang terang2 menghina sultan dan maruah org melayu itu yg mereka perjuangkan suruh Kerajaan bebaskan dari ISA…. Tp bila YB Zulkifli buat perhimpunan aman membantah forum masuk islam anjuran majlis peguam kena pulak surat tunjuk sebab…. Jd boleh kau terangkan sebenarnya Pakatan Rakyat ni berjuang untuk siapa & apa tujuannya???

  16. ikankecil

    salam……

    dah lame aku tgk firedowntelow ni……aku rase dieni mmg sekute kaum2 puak2 biaDAP n subangsa dgnnye ni…salam pown x bg…pastu asyik nk prtikaikan pasal hak orang melayu…ckp hanya berdasarkan perasaan tanpa berfikir dulu….bodoh sombong plak 2….ko egat ko je btul???tlg la….benang basah ko wat mcm ne pown xkan tegak blik……jgn jd dumb la……bulan pose ni egat xmau tmbah dosa tp melampau…..dammm…..

    ikankecil berenang bebas….
    wasalam…

  17. pandir

    org melayu yg boleh bantu org melayu. kalu sesama melayu apatah lagi sesama islam nak bergaduh… ini lah hasilnya…. kepala dah dipijak org. jgn hopokrit ler suka hidup berbilang kaum…. kalu org melayu je yg nak memahami perasaan org bukan islam…tapi org bukan islam buat tak reti jer….

  18. BakaL PM

    Pilihla pemimpin yang menjaga kebajikan kita bukan pemimpin yang nak menghapuskan hak kita…. Hidup UMNO…. Hidup PAS….

  19. Orang Cina

    Saya ni orang Cina yg berumur 21 thn..
    Saya amat sakit hati apabila situasi Malaysia hari ini sdh jadi racist.

    terus terang saya mempunyai ramai kawan baik org melayu.Semasa sekolah menengah, kwn melayu ajar saya tentang budaya mereka.Saya juga mengajar mrk main chess cina.masa tu kita bergaul dgn begitu baik dan gembira.
    saya juga selalu lawat ke rumah mrk terutamanya rumah syukri.Satu hari, saya jalan2 di psr pagi, mak syukri ternampak saya dan tarik tangan cakap:” chong datanglah rumah cik,lama x jumpa ni..nanti acik balik ckp dgn syuk,datang ya..”

    U orng tau.. apabila mak syukri ajak saya, hati saya amt gembira kerana saya amat bangga dpt bergaul dgn kaum lain dgn baik.Pada masa tu saya berasa kita cuma Malaysian tapi bkn orng cina atau org melayu..

    Tetapi situasi Malaysia hari ini telah membimbangkan..Rasa benci telah ditaruhkan antara kaum lain .
    Saya mempunyai satu soalan dan harap saudara2 boleh jawap:- Bolehkah kita(melayu, cina, india) berganding bahu majukan negara ini?
    dan ingin saya ckp sini kebanyakan org cina di negara ini cuma pentingkan satu perkara saje—>dpt cari rezeki hidup <—–mrk cuma mahu negara ini maju.Negara maju= rakyat maju=kehidupan yg baik.
    And our PM sucks
    think…

  20. Insan

    salam sejahtera wahai org cina.

    ni pendapat aku laa…aku takdak masalh dengn org cina ni..asalkan baik dan tak beza2 kan kaum…kalau laa semua org cina dlm malaysia ni macam saudara,alangkah baiknya..dah tentu aman damai negara kita ni..

    apa yang menjadi masalh nya sekarang ni…mungkin segelintir org cina yang dah tak igt akan sejarah..ramai antara meraka yang lebih hidup perkauman…mereka yang membeza2 kan kaum ni yang amat dibenji..diskriminasi terhadap pekerja melayu dan sebagainya…

    ramai juga antara org cina ni yang seperti yang sya katakan tadi dah lupa sejarah..perlu diingat semasa pembentukan malaysia aka tanah melayu..bagai mana org melayu boleh menerima kedatangan org cina dan india ketanah melayu…dengan syarat hak dan ketuanan melayu tidak tercabar…alangkah indahnya kalau semau undang2 itu digunapakai..

    seperkara lagi saya rase org cina yang lahir di bumi malaysia ni sepatutnya dah fasih berbahasa melayu…dah 50 tahun kita merdeka..

    tapi saya berbangga masih ada lagi warga cina seperti saudara..saya benar2 berbangga…

  21. AbangTuah

    Dear friend orang CINA,

    I really proud of your view.

    Saya punya pandangan peribadi, saya suka kita semua hidup aman dan harmoni. Kita sepatutnya sama-sama menjayakan impian sebuah BANGSA MALAYSIA.

    Bilakah saat tersebut akan tiba, saat dimana Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bersikap benar-benar jujur antara satu sama lain. Tapi adalah tidak mustahil objektif tersebut akan tercapai.

    Tapi walau bagaimana pun pandangan saya dan Insan sama sebagai orang islam tetap kami mahu Malaysia sebagai Negara Islam, atau setidak-tidaknya agama resminya adalah agama Islam. Dan kami juga tak mahu Melayu terpinggir di Malaysia.

  22. ciktom

    cik MAD jangan le kamu ni jadik macam budok-budok. Yang kamu bior orang kamu pegi ngoyok gambor si sukun tu buat ape. Belajor aje tinggi-tinggi sampai tingkat lima tapi tak boleh nak bepikior macam sang kancil… amad……amad…. elok le kamu terenjun ke sungei dengan labu-labi kamu tu ajek……

  23. Nadrah

    Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri

    Sep 9, 08 12:33am
    Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

    Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

    Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.

    Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

    Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

    Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

    Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

    Segelintir orang umno yg BIADAP?

  24. Bangsa Malaysia-Malaysian Malaysia tak sama ke???

  25. BakaL PM

    salam sejahtera….
    buat org cina…. sy tinggal dikawasan perindustrian… kawasan kediaman saya boleh dikatakan seimbang antara cina dan melayu…. betul org cina mengutamakan ekonomi dan mahu mencari rezeki… tp tahukah saudara betapa besar jurang ekonomi org cina dan melayu??? Kami tidak salahkan org cina dalam hal ini cuma yg menjd masalah ialah knp pemimpin2 cina sekarang semakin berani mencabar dan menghapuskan hak kami??? Knp mereka mempertikaikan perlembagaan yang dirangka hasil dari permuafakatan pemimpin2 terdahulu??? Knp agama kami dipertikaikan?? Hak keistimewaan kami dinafikan??? Sultan kami tidak dihormati??? Kami tidak menindas pun kaum2 cina di malaysia ini tp sifat bertolak ansur kami langsung tidak di hargai…. sampai bila kami boleh berdiam seandainya kami sering dipertikaikan… Mengapa ketika mahukan Kerakyatan kaum2 asing boleh mengiktiraf hak bumiputera kami tp sesudah kita senang dan bebas semuanya ingin di ubah…. Ingat pepatah melayu…. Lembu dipegang pd tali , manusia pula berpegang pada janji…. Marila kita berpesan2 pada pemimpin kaum masing2…. kekalkan permuafakatan yg telah dipersetujui dan jgn la kita mengganggu sensitiviti antara satu sama lain….

  26. BakaL PM

    Fire Down Below …
    bangsa malaysia….malaysian mana boleh sama… bangsa tu kira bangsala… malaysia tu warganegara… knp Pakatan Rakyat x guna istilah Malayan Union jer kan senang bg org melayu paham…. Cuba tanya nenek moyang kau dulu apakah diaorg tentang atau tidak Malayan Union ni???

  27. BakaL PM

    ala sukun…. gambar pun bukan hensem sangat… adatla tu kalau org koyak… yela buat statement membabi buta… pastu sedap2 hati aje ajak DAP buat laporan polis… Bangsa kau sendiri yg cucuk jarum nak salahkan org melayu pulak… Tp Cik Nadrah betul ker berita ni??? Kalau betul aku suka sgt2 coz gerakan ni ibarat melukut ditepi gantang jer kat dalam BN ,x ada pun xpe ada lg la menyemak… agaknya kalau gerakan keluar nak ker pakatan Rakyat kutip???

  28. AbangTuah

    FireDownBelow

    Bangsa Malaysia dan Malaysian Malaysia

    Namanya memanglah nampak sama, konsepnya tak serupa.

    Jawapan, fikir sendiri…

  29. Untuk penulis Orang Cina…anda bacalah tulisan saya…..Dan anda boleh menilai tulisan orang pro UMNO..cuba buat perbezaan.Kan saya dah cakap orang cina dan india tetap akan menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan.Anda Orang Cina juga boleh menilai parti mana di era moden ini masih mengamalkan sentimen perkauman hanya untuk menarik pegundi bangsanya balik kepangkuannya. Ada penulis dalam blog ini cemuh dan kecam dengan prinsip saya tapi terus terang saya katakan saya benci permainan kotor ini.
    Macam mana parti dalam B.N nak bersatu jika saling dok curiga??? Bergaduh sampai koyak dan pijak gambar…Buat malu bangsa melayu je..Lagi satu orang UMNO sanggup kata orang melayu yang bukan dari UMNO adalah pengkhianat bangsa tapi anda bolehlah nilaikan sendiri siapa sebenarnya pengkhianat bangsa….

  30. Big8

    Salam pembaca…
    Hoi..sukun.

    U pikir u punya marah je..Melayu punya marah u xpenah pikir?
    U ni dah lama dlm politik..tapi apa pun xtahu..yg u tau, bodek sana bodek sini..pantang PM turun padang u pun tunjuk muka..kerja?hampeh.
    Org cina penah cakap pada saya, org cina yg ada TAN pada pangkal nama x guna punya org..nampaknya kena tambah lagi, yg ada KOH lagi xguna..hehe..Opps..lupa, nama dia pun ada TAN..Tan Sri Dr Koh Tsu Koon..patut la xguna.ada Tan rupanya..Terima kasih kpd org cina yg sudi memberitahu rahsia bangsa anda. Hee..hee

  31. mohd.azhan

    dia orang memang cam ni, lihat skrg ni lagi banyak yang dia demand, oleh kerana kita dah berpecah 3, dia orang dah naik tocang….x nak jadi seperti orang melayu singapura yang x boleh dapat tempat dalam parlimen . Jangan asyik tunduk je ikut kehendak dia orang,MELAYU JANGAN LAYU, SEDARLAH ,BANGUNLAH. tak terpatah dek tangan seikat lidi

  32. PMK

    Salam

    to firedownbelow

    aku rasa ko ni baik pg campur org negeri pakistan lebih baik,jangan dok kt tanah melayu..tk ingat ke kes SUQIU..kes HINDRAFT..KIT SIANG..GUANG ENG..KARPAL SING.. hina raja,hina org melayu terang2, azan subuh mengganggu ketenteraman awam..(org cina dh betul la tk sembahyang subuh..kan azan tu nk kasi org bangun tido,suh solat subuh), mana maruah org melayu (PKR) ketika org2 ni mengutuk dan menghina raja melayu kita dan mempertikaikan agama ISLAM , suh la DSAI mintak maaf bagi pihak diorang..kn kawan2 dia??

  33. PMK

    Salam FireDB,

    yg byk mainkan sentimen kaum ni ,DAP,sapa yg dalam DAP??kalu tk silap aku ada sorang mamat melayu dlm MT DAP tu?? ada pengaruh la jgk!!tp muke cam cine je!! itu pun orang Melayu kite banyak tolak ansur..kalu PKR tu betul2 nk bela bangsa melayu tk pyh la UMNO bertegang lidah nk mempertahankan kedaulatan melayu..mana diaorg (PKR) bila kedaulatan melayu diganggu gugat..pg mampus la sama PKR..bile cik mat cakp ckit ..ko tgk gerakan melenting..DAP bt apa ..tepuk tangan la..suke tk lama lg gerakan masuk DAP bertambah la ahli dia ..org kita berpecah belah

  34. BakaL PM

    aku berharap sangat gerakan ni keluar melutut mintak masuk DAP biar duduk diam2 dlm tu x lg menysahkan BN… Selagi ada gerakan ni selagi itu BN kucar-kacir… Gerakan xbnyak sumbangan pun dalam BN… Saja memenuhkan parti jer…

  35. Nadrah

    Melayu sebenarnya patut bela UMNO…. sebab UMNO dah rosak…..

    Bukan UMNO nak bela rakyat, diaorang nak mentekedarah duit rakyat ader ler….

    Pemimpin UMNO sekarang ni Kaya, Bongkak dan Angkuh, Rasuah !

    Melayu…. selamatkan UMNO sebab UMNO nak karam…………….

  36. Nadrah

    Apadah jadi Permintaan Bakal Perdana Menteri Datuk Najib?………………… malu jer…..
    tak mau main sumpah sumpah lagi ker?
    AhAks……….

  37. anti-racist

    generasi pertama cina adalah imigran…maka wajar mereka hormati hak orang melayu…

    generasi kedua cina LAHIR di Malaysia bersama-sama dengan generasi melayu yang kedua…kenapa hak mereka tidak dapat hak yang sama sedangkan mereka sama-sama lahir di Malaysia…

    Malaysia@Tanah Melayu bukan hak Melayu…Allah yang berkuasa dan berhak atas segala-galanya…Malaysia adalah hak Allah…

  38. Anti-racist…..
    Aku sokong pendapat kamu,nampaknya aku tak keseorangan…aku bukan pengkhianat bangsa tapi aku cintakan negara aku..Aku benci pada tulisan yang ada unsur perkauman….Melayu,Cina,India sama sama bangunkan Malaysia dan jadi member kita dah…Awat,bangsa melayu terlalu gagah ke sampai nak gaduh dengan bangsa lain?? Malam tadi pun panglima tentera darat pun marah sentimen perkauman ni…Aku kesal dengan UMNO,lebih lebih lagi UMNO Penang sanggup bermain api. Aku rasa ada sebab lain kot depa jadi macam ni sebab masa Koh Tsu Koon jadi ketua menteri lahabau lahabau ni pakat bodek sakan almaklumlah nak dapat kontrak…
    Jangan la jadi habis madu sepah dibuang,tapi jangan risau kata sumpah adalah permainan lelaki……

  39. Big8

    Salam anti-racist

    Apa yg saudara faham dgn perkataan ‘racist’ itu sehingga saudara menggelarkan diri sbg anti-racist. Apakah sifat2 yg menjadi seseorg itu racist. Boleh saudara tolong huraikan agar kekeliruan ini dpt difahami bersama. Terima kasih.

    Saudara, dari penulisan saudara, saudara seolah membenci hak/keistimewaan yg diperolehi oleh nenek moyang saudara. Saudara rasa saudara boleh mencapai sehingga ketahap sekarang sekiranya kita tidak mempunyai hak-hak istimewa itu. Saudara rasa waris2 saudara boleh bersenang lenang spt saudara sekiranya tiada hak-hak itu semua. Kita tidak perlu menipu diri sendiri, masih ramai Melayu yg kurang daya saingnya. Bantulah mereka utk belajar bersaing bukan terus mematikan semangat mereka. Adilkah sekiranya geran tanah saudara diagih2 kpd cina. Bagus lah jika saudara xkisah. Tetapi saudara jgn lupa dgn kami, kami xsuka. Jadi jgn samakan saudara dgn kami. Anak2 kami masih memerlukan keistimewaan tersebut. Lainlah anak saudara.
    Saudara, pernahkah saudara jumpa kaum cina yg tidak tahu bercakap bahasa melayu? Betulkah mereka ini lahir di Malaysia. Saudara pasti?

  40. keris silau

    Salam buat semua Sahabat,

    agak lama juga aku tidak menukilkan sebaris dua dalam blog ini. lantaran batasan masa dan tempat yg tidak mengizinkan. sekali masuk kali ni, semakin bersemarak blog ini dgn kehadiran sahabat2 lama dan tidak lupa sahabat2 baru. apa pun, ingatlah, gunakanlah ruang yg sedia terbuka ini utk sama2 menyatakan pendapat dgn bijak tanpa mengundang walau sekelip api kebencian. jika dapat kita lakukan sedemikian, InsyaAllah, Malaysia akan mempunyai satu bangsa yang maju dan berilmiah yang mampu memacu negara ke arah kejayaan, kemajuan dan kemakmuran.
    berkenaan isu kenyataan dato ahmad ini, aku agak terkilan juga lah di saat perpaduan negara yg dilanda tsunami dan usaha kerajaan dalam menyatupadukan negara (selari dgn tema kemerdekaan ke-51, Perpaduan Teras Kejayaan) tidak sepatutnya kenyataan itu keluar daripada mulut dato ahmad. walaupun beliau dgn tegas mengatakan bhw itu hanyalah fakta sejarah pra kemerdekaan tetapi di saat perpaduan menjadi taruhan pemimpin BN dalam menyatukan bangsa2 dan faktor2 parti pembangkang, kenyataan seperti itu amatlah sensitif. percayalah, kerana adanya imigran ini jugalah, yg sama2 menggembeling tenaga menentang Malayan Union dan memerdekakan Tanah Melayu drpd British. walaupun sebahagian besar “Imigran”2 ini telah tiada dan telah diganti dgn waris2 mereka yg darah mereka tumpah di Bumi bertuah ini, janganlah kita dgn senang2 menyangkal akan hak dan kepentingan mereka atau mempertikai asal usul mereka. bukanlah niat aku menyebelahi golongan cina ini, cuma sekadar ingin melihat bangsaku dapat keluar dari kepompong keselesaan yg telah dikecapi selama 51 tahun ini. atas rasa keselesaan itulah yg selama ini telah menenggelamkan kehebatan bangsa Melayu ku. kehebatan zaman kegemilangan melayu melaka, johor lama sudah amat jauh dari singgah di persekitaran hidup Melayu Malayisa sekarang. renung kembali, keterbukaan dan penerimaan Melayu kedua-dua zaman itu terhadap kehadiran pendatang2 yg mencari rezeki di melaka atau johor lama. sikap itulah yg mejadi faktor kejayaan melayu zaman itu.
    bukanlah kita kena mengundur untuk berjaya, tetapi kita perlu pandang ke hadapan dgn mengambil iktibar akan apa yg telah berlaku di belakang kita. jangan kerana keselesaan dan hak yg telah kita perolehi selama 51 tahun ini, membuat kita LEKA, SENANG HATI dan TANPA PREJUDIS yang akhirnya tidak memajukan Melayu itu.
    aku cukup senang dgn bicara Orang Cina. keharmonian dan kedamaian sudah semakin sukar dirasai dewasa ini. tidak salah melayu memperjuangkan hak2 keistimewaan Melayu, tetapi jgnlah sampai lupa utk memajukan Melayu. memang tidak enak andainya bangsa lain mempertikaikan hak2 keistimewaan melayu kerana ianya telah diterimapakai sejak 51 tahun yg lalu dan bukannya tidak boleh disuarakan pendapat bangsa bukan melayu, tetapi janganlah pula seperti cuba menangguk di air yg keruh. hujah la secara hikmah dan berilmu dan bukan menurut nafsu dan amarah.
    sekali lagi, jika dinilai budaya org melayu, kita ada adap sopan. hatta dalam silat dahulu jika dikaji, tiada penggunaan buah kaki ke arah lawan. atau lebih mudah, tiada sepakan ke arah lawan terutama dari bahagian pinggang ke atas. itu menunjukkan, walau dalam menentang musuh, budaya melayu tetap memelihara kesopanan dan maruah lawan mereka. maka agak tersimpang juga sekarang ini melayu semakin aggresif dari ciri2 melayu yg sebenar. cacian, kecaman dan carutan bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada budaya melayu. tindakan seperti mengoyak dan memijak gambar seseorang tidak mencerminkan identiti bangsa melayu yg dahulu gah didokong oleh dato laksamana hang tuah. kenapa perlu melenting hingga tercetusnya keadaan seperti itu. ungkapan maaf bukanlah menandakan kekalahan ianya lebih sekadar jati diri melayu yg baik adab dan santunnya. tiada ruginya meminta maaf kerana sesungguhnya dosa sesama makhluk adalah amat sukar dihapus walau setulus mana kita bertaubat kepada Allah, hatta dosa itu kpd org bukan islam. dan tidak jatuh maruah seseorang itu dgn meminta maaf kerana nabi kita sendiri seringkali meminta maaf walau bukan kesalahan baginda.
    apapun, semoga kita sama2 dapat bersatu padu dalam melaksanakan aspirasi dan impian kerajaan dan juga rakyat sempena hari kemerdekaan ke-51.

    “perpaduan teras kejayaan”

    wassalam…

    p/s: AbangTuah, bicara saudara semakin tenang dan matang, Alhamdulillah. teruskan saudaraku.

  41. Bakal PM

    wahaila anti-racist…
    jd kamu sendiri akui generasi pertama cina adalah imigran jd wajar mereka hormati hak melayu sbg bumiputera… Generasi cina ke-2 lahir di Malaysia tp knp mereka x hormati lg apa yg nenek moyang mereka akui suatu ketika dulu??? Apa mereka ingat senang2 je mereka boleh dilahirkan dimalaysia??? Kalau dahulu mereka tidak diberikan taraf warganegara jgn harap mak bapak mereka boleh beranak pinak kat sini ye… Krn permuafakatan yg dicapaila membolehkan org2 cina sesuka hati beranak kat tanah melayu ni… Kalau kau dilahirkan kat afrika tengah pun blm tentu kau dapat jd warganegara afrika… macam indon, bangladesh, vietnam, nepal yang kerja di malaysia ada jugak yg beranak pinak kat sini. So kalau kau kata semuanya harus diberi hak yg sama knp tidak kau berjuang untuk mereka skali… Jd kesimpulannya tiada kumpulan2 generasi dalam hal ni… walaupun mereka bukan bumiputera mereka tetap dapat keistimewaan sebagai warganegara berbanding dengan indon, nepal dan sebagainya… Apa yg dah dipersetujui jgn dipertikaikan lg…

  42. Bakal PM

    wahai keris silau…
    bg kami bg mengekalkan perpaduan jgnla disentuh apa yg telah dipersetujui… org melayu memang kaya dgn adab sopan x mungkin kami melenting andai kami tidak dipertikaikan… Jd x perlu diubah apa yg termaktub kerana setiap rakyat dijanjikan kemudahan sebagai warganegara didalam malaysia ini…

  43. keris silau

    Salam buat BakalPM,

    aku memang setuju akan kenyataan kau itu. apapun, tindakan melayu itu sendiri juga perlu dijaga. untuk lebih maju, kita kena berubah dan adakala untuk lebih maju, ade yg perlu kita korbankan. bukan aku suarakan agar hak melayu dikorbankan, cuma sikap org melayu kini yg perlu dikorbankan utk lebih maju dan berdaya saing. jangan terlalu taksub mempertahankan hak sahaja tanpa ada usaha utk memajukan diri. sudahnya Melayu akan ditakuk itu juga. perlunya penekanan diberi dalam memajukan sikap melayu itu sendiri. tindak balas yg negatif bukanlah jalan penyelesaian kerana itu bukanlah sebahagian sikap hadhari. semai dan tanam sikap saling bergantungan sesama bangsa agar kita akan mendapat manafaatnya. sesungguhnya, ada byk yg berlebihan di dunia ini utk dikongsi bersama sesama makhluk. tidak perlu tamak kerana hanya dgn sedemikian kita tidak akan menjadi bangsa yg maju. bukakan pintu muafakat agar sama2 dapat menyumbang tenaga dan idea ke arah mencapai kejayaan dan kemakmuran. luaskan pemikiran dgn menggauli bangsa-bangsa lain agar sama2 dapat menutup dan memperbaiki kelemahan yg ada. sesungguhnya, setiap insan itu tiada beza di sisi Allah swt baik Melayu, Arab, Cina, India, eropah, org asli. tiada jua allah itu melihat akan status ketuanan sesuatu bangsa itu dalam memberi rezeki dan hidayah. adapun iman dan taqwa jualah yg membezakan sesama manusia. fikirkanlah sedalam-dalamnya, apa kemahuan kita? adakah kita telah melakukan yg sepatutnya dalam memenuhi impian dan kehendak kita? adakah kita telah menegakkan yg HAK dan telah meninggalkan yg BATHIL? apakah apa yg kita lakukan itu adalah yg HAK dan apa yg kita tentang itu adalah yg BATHIL? sebijak manakah kita dalam menilai kedua-duanya ini? wallahualam…

    wassalam…

  44. mok

    Semenjak 1511 hingga 1957 kita kena jajah. Selama itu melayu tertindas dan jauh ketinggalan. Kita daif serba-serbi. Duduk pun hanya di luar bandar.. yang tarafnya pedalaman, tiada kemudahan asas (elektrik, air & jalanraya). Cina tinggal di pusat pertumbuhan.. lombong menjadi bandar lengkap serba serbi termasuk persekolahan maju dan akses perdagangan hingga ke luar negara. India di estet cukup kemudahan asas walau tak mewah tetapi tidak sebangsat melayu. Bila British nak wujudkan negara Malayan Union.. yang menentang hanyalah Melayu. Hanya Melayu. Kaum lain suka la.. sebab dapat hak dan kerakyatan sama. Kalau ini terjadi.. kalau hari ini negara ini adalah Malayan Union.. melayu-melayu yang tak sedar diri.. yang asyik mengutuk perjuangan tok nenek, pasti.. pasti hari ini merempat.. papa kedana.. tak berpelajaran. Itu sebabnya pejuang meletakkan syarat ada hak keistimewaan.. bukan boleh kejar dah kekayaan cina, dari Perlis hingga ke Sabah semua gedung besar deorang punya. Masalah sekarang.. bukan deorang yang terpinggir, bukan deorang yang tertindas tapi mealyu. Melayu teraniaya semenjak British. Itu sebab terjadinya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Masa tu Parti Gerakan, DAP dan sekutunya menang besar macam gaya PRU 2008 la. Deorang naik tocang.. suadah la Ekonomi mereka cengkam, politik pun nak sapu. Mujur Tun Razak dan barisan pimpinan gubal DEB. Haa.. hasil DEB inilah, baru orang melayu mula bernafas sedikit dalam lumpur kedaifan. Aku yakin seyakin-yakinnya.. melayu tak sedar diuntung yang sekarang boleh berbangga dengan tahap ekonomi lebih baik, pelajaran lebih baik adalah produk DEB. Awak dah sapu semua keistimewaan.. awak dah senang, dah mula tumbuh bulu pelepah.. tiba-tiba jadi Si Tanggang. Perasan kononnya tak perlukan keistimewaan.. inginkan kesamarataan. Puiii… jangan berangan nak kejar kekayaan dan kekuatan ekonomi cina. Awak kerja sekuat mana pun.. mereka juga akan kerja kuat seperti sedia ada. Akhirnya status quo akan terus kekal. Oleh kerana melayu perasan.. sudahlah ekonomi ala kadar aja.. keistimewaan yang penting hendak dibuang atas sentimen kesamarataan.. betul ke tindakan itu ? Orang cina dulu faham kesusahan bila berlaku rusuhan kaum.. susah cari makan kata mereka. Jadi mereka terima DEB untuk menyusun semula masyarakat. Namun generasi baru sekarang.. tak kira melayu, cina, india dah mula nak lupa sejarah. Berwaspadalah !

  45. anti-racist

    “Apa yg saudara faham dgn perkataan ‘racist’ itu sehingga saudara menggelarkan diri sbg anti-racist. Apakah sifat2 yg menjadi seseorg itu racist.”

    Racist ialah perasaan bangga terhadap kaum atau etnik diri yang berlebih-lebihan dan melampau yang mampu membawa kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang lain.

    “Kita tidak perlu menipu diri sendiri, masih ramai Melayu yg kurang daya saingnya. Bantulah mereka utk belajar bersaing bukan terus mematikan semangat mereka.”

    Melayu masih kurang berdaya saing kerana kita asyik disuap atau tidak berdikari. Contoh, Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1970. Salah satu tujuannya ialah agar Melayu dapat menguasai sekurang-kurangnya 30% daripada sektor ekonomi di negara ini. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). Hakikatnya, kita masih tak dapat nak capai angka 30%. Masih ramai Malayu terpinggir. Yang dapat faedah adalah orang-orang yang dekat dengan kerajaan. Tender yang diperoleh pun jual pada orang Cina. Timbul persoalan, mengapa Jepun dapat majukan bangsanya dalam masa 30 tahun lepas kalah perang, tapi bangsa Melayu tidak dapat contohi bangsa Jepun walaupun selepas lebih setengah abad kita merdeka?

    “Saudara, pernahkah saudara jumpa kaum cina yg tidak tahu bercakap bahasa melayu? Betulkah mereka ini lahir di Malaysia. Saudara pasti?”

    Ya, pernah. Meraka bukan tak tahu cakap Bahasa Melayu, cuma tak fasih. Berkenaan adakah mereka yang tidak fasih bercakap Bahasa Melayu lahir di Malaysia atau tidak, adakah saudara merujuk kepada golongan Cina tua atau Cina muda. Kalau Cina Tua, mungkin mereka adalah imigran dan Cina muda sudah hampir pasti lahir di Malaysia. Saya tak faham mengapa saudara nak pertikai sama ada mereka lahir di sini atau tidak. Berkenaan isu bahasa, mengapa kita tidak galakkan anak-anak Melayu sendiri untuk menggunakan Bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda kita sendiri. Kalau orang Cina tak fasih berbahasa Melayu, kita perlu lihat daripada sudut pandangan seorang ahli linguistik. Persekitaran mereka yang mengehadkan tahap penguasaan mereka. Tetapi semua itu boleh diubah. Kita boleh ajar mereka. Tapi kalau mentaliti kita yang asyik disuap mungkin susah sikit nak berubah.

    “Generasi cina ke-2 lahir di Malaysia tp knp mereka x hormati lg apa yg nenek moyang mereka akui suatu ketika dulu??? Apa mereka ingat senang2 je mereka boleh dilahirkan dimalaysia???”

    Apa maksud saudara mereka tidak hormat apa yang nenek moyang mereka akui. Adakah dengan mempertikaikan hak orang istimewa Melayu dikatakan mereka sebagai tidak hormat. Telah saya katakan kontrak sosial yang kita ungkitkan itu relevan pada masa sebelum merdeka atau zaman awal lepas merdeka kerana kebanyakan Cina adalah imigran. Kita asyik menyebut tentang ketuanan Melayu. Tapi kita lupa tuan sebenar bukan kita tapi Allah. Tanah hak Allah. Berkenaan pasal senang-senang mereka lahir di sini, sebenarnya pada zaman Sultan Melaka dulu pun dah ada orang Cina. Cuma kedatangan mereka menjadi lebih besar pada tahun 1920-an.

    “Kalau kau dilahirkan kat afrika tengah pun blm tentu kau dapat jd warganegara afrika… macam indon, bangladesh, vietnam, nepal yang kerja di malaysia ada jugak yg beranak pinak kat sini.”

    Kalau tak silap saya, ada orang Melayu Afrika.
    Berkenaan warga asing yang kerja di Malaysia, mereka yang beranak pinak pun tak adalah sampai ada cucu-cicit meraka di Malaysia. Lagipun, mereka cari duit di sini. Lepas tu, mereka baliklah ke negara asal mereka seperti Cina imigran pada satu ketika dahulu. Tapi Cina sekarang bukan imigran lagi. Mereka tumpukan taat setia mereka terhadap negara ini. Lepas ni kalau nak persoalkan taat setia mereka, jawab dulu golongan Melayu kita sendiri yang berhijrah ke luar negara. Malahan, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menyuarakan hasrat beliau untuk berhijrah ke luar sekiranya kerajaan bertukar tangan.

    Sekiranya lepas ni nak pertikaikan mengapa Cina sekarang dah macam Yahudi, kita tanya diri kita dulu, adakah mereka rampas tanah air orang seperti yang terjadi di Palestin. Mereka cuba kuasai ekonomi dan politik pula? Malaysia amalkan dasar Laisez-Faire ataupun perdagangan bebas. Semua orang bersaing secara adil, itulah dasar Laisez-Faire. Berkenaan politik pula, tahukah saudara Alberto Fujimori adalah anak kepada imigran Jepun. Tapi dia jadi perdana menteri Peru. Ada sesiapa yang pertikaikan. Orang
    Cina kuasai politik di Singapura? Kalau tak silap saya presiden pertama mereka adalah orang Melayu yang bernama Nazri Abdullah. Orang India pun pernah jawat jawatan ini di singapura. Mereka tak gaduh-gaduh. Cuma di Malaysia sahaja yang belum bersedia untuk berbuat demikian.

    Sebagai anti-racist, saya tak sokong mana-mana parti politik. Kerana motif hampir setiap parti adalah untuk menjaga kepentingan kaum sendiri. Jika sesebuah parti itu mendakwa mereka perjuangkan hak semua bangsa pun akhirnya kita lihat kaum-kaum tertentu mendominasikan parti-parti berkenaan. Contoh, Keadilan didominasikan oleh kaum Melayu. Gerakan dan DAP dan SUPP pula kaum Cina. Parti Progresif Rakyat (PPP) pula India. Sebenarnya parti-parti berkenaan dibuka keahlian kepada semua kaum tapi akhirnya satu kaum sahaja yang dominasikan parti berkenaan. Parti-parti macam UMNO, MCA dan MIC pula memang berasaskan kepentingan kaum kaum tertentu.

    Kesimpulannya, saya tak akan mengundi dalam pilihanraya-piliharaya Malaysia yang akan datang. Biarlah siapa yang jadi kerajaan sekalipun, asalkan negara ini tidak terjual dan semua orang hidup aman, bahagia serta tanpa berprasangka terhadap orang-orang lain.

  46. Salam Mok,

    Oleh kerana kita ini suka makan sambal belacan yang pedas….. kita menyesal kejab je!nanti nak rasa juga walu pun tahu sambal itu pedas!.Orang tua-tua kata taubat sambal belacan.Dah kelu lidah depa…telingga pulak asyik pekak je!.Tak caya nanti ada specsisi yang bangkang dan mangkak yang masih tak setuju kat Mok nanti walapun Mok bantai otak depa ini!.lain kali kita pakai c4 kat otak mereka kerana senang nak sepai!.Wassalam mok….. great article!.

  47. Nadrah

    Aku x Paham ngan Datok Ahmad Ismail….

    Yang lawan kt P44 Arif Shah ngan Anwar…..
    Pasai apa nak cerita masyarakat Cina merupakan pendatang?

    Memang ada agenda tersembunyi ni …………….

  48. AbangTuah

    Salam Keris Silau, Bakal PM dan Mok.

    Ulasan yang mantap.

  49. Assalamualaikum…
    Dulu masa mula perlaksanaan DEB okey. Tapi lani masa sekarang ni,bagitau saya sat apa faedahnya DEB kepada ratusan ribu pekerja kilang…Bagitau saya sat sekarang ni berapa jumlah kontraktor melayu dibandingkan dengan jumlah operator kilang melayu yang gajinya 7-8 ratus sebulan…Apakah DEB ini memberi diskaun tuisyen anak bangsa melayu??Apakah DEB ini memudahkan anak melayu senang dapatkan kerja?? Dah lebih 30tahun DEB dilancar,majoriti yang tinggal dirumah kos rendah dan disetinggan adalah bangsa melayu jadi tolong bagitau sat relevan tak DEB buat masa sekarang ni tahun 2008 ni..Jangan bagi alasan melayu malas nak berusaha….sebab yang tinggal dipenempatan situ beratus ribu orang berbangsa melayu……

  50. Nadrah

    Semasa UMNO memerintah dulu 1957 kedudukan ekonomi Orang Melayu no 2,

    Lepas UMNO perintah 51 thn………
    kedudukan ekonomi Orang Melayu no 3………….

    Maksudnya Puak UMNO je kaya raya….
    Orang Melayu masih ramai yang miskin….

    Apahal????……. Bela Melayu konon……….

  51. penyapoo

    Salam nadrah

    Puak UMNO pun melayu gak,

    Sebagai melayu takkan kite nak menadah tangan jer untuk jadi kaya, kena usaha cik nadrah oiiii

    ko pikir kalau pkr memerintah ko boleh jadi kaye sekelip mata ker??????

    jangan2 makin melarat

  52. nadrah

    bagi perintah lama lagi, silap-silap bumiputera sabah, serawak pintas kita lak………….

  53. Bakal PM

    alahai Cik Nadrah…
    yg benci sgt kat UMNO knp?? Sebab org melayu masih ketinggalan? Ok cuba explain skit apa yg Mat Jenin tu janjikan utk org melayu bila berkuasa kelak?? Sekurang2nya UMNO ada jugak garis panduan dan tetapkan hak2 istimewa org melayu tp mat jenin tu xde janjikn apa2 pun… yg dia janji untuk DAP jer… belum ada kuasa lg kroni2 DAP dah dapat habuan… Kalau Mat Jenin tu adala janji hatta skit pun dasar yg boleh menjanjikan kemajuan untuk org melayu sy rasa x salah sy sokong tp malangnya xde… yg ada untuk ubah malaysia ni jd malaysian malaysia dan ubah hak istimewa org melayu bukan ubah taraf hidup org melayu…. org melayu yg xsedar diri , x tahu apa asasnya mereka menyokong pembangkang pasti akan menyesal satu hari kelak….

  54. Big8

    Salam

    nadrah,
    kamu pun tahu perempuan xboleh jadi pemimpin yg baik. Salah satu sebabnya adalah emosi. Saya nk tanya, kenapa marah sgt kt UMNO?

    BakalPM,
    tulis lah banyak mana pun, org mcm nadrah ni xkan paham. Kalau xcaya cuba ckp kpd org2 PKR dan PAS kt opis saudara, boleh terima ke pendapat saudara. Mesti diorg xterima punya. kita boleh lihat sikap diorg ni dgn jelas bila diorg baca srt khabar. Kalau dari harakah, terus je terima.Kalau dari akhbar lain, ada saja yg tak kena…Saya ingat la, kalau diorang ni tgk iklan kt akhbar selain harakah mesti xbetul juga. Mungkin je..Lagi satu, diorg ni semua pandai2 belaka..kalau xpercaya, ajak lah berborak kt kedai kopi..boleh sembang berjam-jam. Xpayah buat kerja bang oi..

  55. Bakal PM

    aik??? Big 8 mana kau tahu aku keja dlm ofis???

  56. Big8*

    salah ke? aku agak je…ko keje ape?

  57. Nadrah

    dah 51thn. no 3 jer…… apehal?
    explain sikit pasal apa?

  58. Nadrah

    mungkin tahun 2057 boleh dapat balik no 1 kot?

  59. Big8*

    Salam,

    Nadrah…bukan dpt balik yg no 1..kita pernah jadi yg no 1 ke?

  60. keris silau

    Salam,

    ntahnye nadrah, bila plak org Melayu menguasai ekonomi di tanah melayu? setahu aku kalau abad 12 sampai 15 tu, mmg la org Melayu conquer ekonomi.
    hmm… apa pun mudah mudahan makbul la apa yg ko harapkan walaupun pada tahun 2057. yg penting Melayu menerajui ekonomi negara. insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s