Ucapan Dimanipulasi

Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail hari ini menjelaskan bahawa beliau bukan seorang bersikap perkauman dan kekecohan yang timbul ekoran kenyataannya mengenai masyarakat Cina baru-baru ini berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Beliau mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman pra merdeka semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh 23 Ogos lalu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat komen melulu tanpa usul periksa.

Katanya adalah tidak adil beliau dibicarakan di dalam mahkamah media dan didapati bersalah serta dihukum tanpa penjelasan diperoleh daripadanya dan pemberita berkenaanlah yang seharusnya dipersalahkan kerana menjadikan ia sebagai perkauman.

Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri 13 ketua dan wakil Umno bahagian di Pulau Pinang serta para penyokong parti di Menara Umno di sini, Ahmad kesal kerana ceramahnya mengenai fakta sejarah bagi membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu dan anggota Umno mengenai perjuangan bangsa Melayu disalah lapor oleh pemberita berkenaan.

“Saya tidak akan meminta maaf di atas kesalahan yang dibuat oleh pemberita berkenaan. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang Cina adalah penumpang di Tanah Melayu sebelum merdeka dan sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang di sini ketika itu,” katanya.

Ahmad berkata beliau berdiam diri selama ini kerana mahu menilai dan melihat perkembangan isu ini dan kebetulan beliau berada di Bangkok kerana membawa pasukan sepak takraw negara menyertai Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai.

“Saya membuat keputusan tidak mahu terburu-buru memberikan kenyataan balas seperti mana beberapa pemimpin Cina yang membuat komen melulu dan tidak berasas yang menampakkan ketidakmatangan mereka dan memanaskan isu yang tidak berasas ini,” katanya.

Ahmad berkata ucapan itu dibuat sebagai penjelasan kepada masyarakat Melayu mengenai pentingnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikekalkan berikutan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan DEB dan kononnya mahukan kesamarataan.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata ucapannya menceritakan bagaimana British menjajah Tanah Melayu dan membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah dan India di ladang-ladang getah.

“Kemudian British telah membangunkan kawasan yang didiami oleh orang Cina dan membina klinik, hospital dan juga sekolah di kawasan itu sehingga membolehkan orang Cina mendapat pelajaran lebih awal daripada orang Melayu.

Selepas 10 tahun merdeka pula, katanya jurang ekonomi antara kaum Melayu dan Cina begitu ketara sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 yang meninggalkan kesan mendalam dan pahit kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Semasa menuntut kemerdekaan, orang Melayu telah rela dan sanggup memberi hak kewarganegaraan kepada orang Cina dan orang Cina juga bersetuju hak dan ketuanan Melayu tidak boleh dipertikaikan dan agama Islam menjadi agama rasmi negara. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui,” katanya.

“Maka, saya tidak bersikap perkauman. Saya mempunyai ramai kawan Cina dan India bukan sahaja dalam politik, sukan dan perniagaan tetapi dalam kehidupan seharian. Saya tiada masalah hubungan dengan mereka.

“Saya tidak akan meminta maaf dan saya juga tidak mempunyai sebab untuk meminta maaf dengan sesiapa pun dalam isu ini. Saya tidak membuat apaapa kesalahan,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya beliau meminta maaf dalam tempoh seminggu ini, Ahmad menegaskan: “Perdana Menteri selaku pemimpin besar kita dan juga Pengerusi BN terpaksa menjaga hati parti-parti komponen. Walaupun saya menyokong Perdana Menteri dan sayangkan beliau, saya kena mempertahankan prinsip saya dan semua ketuaketua bahagian di Pulau Pinang bahawa saya tidak akan meminta maaf.”

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Ucapan Dimanipulasi

  1. Salam,

    Dimana-mana juga sentimen perkauman adalah dianggap perkara yang paling sensitif.Kadangkala ucapan kita perlu teliti dan jangan terburu dalam kata-kata semasa sentuh isu perkauman hakikatnya wartawan dan pihak surat khabar yang mahu berita sensasi akan manupulasikan fakta dan juga hakikat sebenar!.Itu adalah norm dalam arena politik Malaysia.Yang perlu kita memahami sekarang adakah Fakta sejarah ini salah atau betul.Mamak rasa sebutan “Pendatang”itulah bawa kepada isu sekarang.Kasar bunyi bahasanya yang telah digunakan oleh Datuk Ahmad Said.Pada dewasa ini kita sering gunakan perkataan’Pendatang’itu untuk Pendatang tanpa izin!.Dengan secara langsung perkataan itu menjadi satu perkataan yang tidak dapat diterima siapa jua yang mengaku Rakyat Negara ini.Ini puncanya kaum Cina marah dengan Datuk Ahmad.Apa yang Datuk Ahmad perlu buat ialah mohon maaf keatas perkataan yang kasar yang telah gunakan dan bukan atas Fakta sejarah.Fakta sejarah tidak boleh dipertikaikan oleh siapa jua!.Di Amerika sehingga kini mereka gunakan perkataan ‘Chinese Immigrant’ walaun orang China di Amerika telah menjadi rakyat Amerika lebih lama dari Negara ini.Di Britain mereka selalu suka menggunakan perkataan’British Subject’ kepada rakyat British yang behijrah ke Negara itu.

    Isu ini sebenarnya adalah salah guna perkataan yang bersesuaian.Mamak yakin,seperti pengakuan Datuk itu, beliau sebenarnya bukanlah seorang ‘racist’ seperti yang digembar-gemburkan itu.Bagi parti DAP yang kian lama suka manipulasi isu ‘Malaysian Malaysia’itu isu ini menjadi ‘Seperti orang mengantuk disorong bantal’!!!.Kononya merekalah pendukung kaum Cina”.Parti Gerakan pula tiada jalan lain selain bersama DAP dalam perkara ini.Mamak kecewa dengan Pengerusi Gerakan Tan Sri Koh yang mengambil jalan pintas tanpa secara peribadi menemui Datuk Ahmad dan mendapatkan fakta yang betul!.Kepada no.1 dan no.2 dalam UMNO pula terlalu terburu-buru memohon maaf sebelum mendapat penjelasan dari pihak Datuk itu dan juga pandangan MT!.Perkara mohon maaf oleh mereka ini lebih mengeruhkan keadaan dari asal.Sebagai pemimpin jangan cepat mohon maaf kerana ia menunjukkan sikap kita yang lemah dan juga tidak kewibawaan dalam memimpin negara!.Biarkan isu ini diselesaikan oleh UMNO Pulau Pinang itu sendiri kalau mereka yakin dengan ini mereka tak taburkan pasir kedalam periok nasi mereka sendiri!.Bagi kita di Pulau Pinang tak perlulah isu ini diberpanjangkan lagi kerana isu ini adalah terpinggir sekali.Bagi surat khabar tak perlulah mengheboh-hebohkan perkara ini seperti orang kata”jangan curah petrol ke atas api sedang nyala”..kalau nak laku surat khabar buatlah cerita lain!.sudah sampai masanya KDN memberi amaran kepada semua surat khabar berhenti menyiarkan perkara ini dengan segera!.Mamak pun tak tahulah apa peranan surat khabar di Malaysia ini!.

    p/s:Bahasa orang penang ini memang kasak sikit.Memang itulah hakikat!.Orang Johor pantang sebut ‘Aku’tetapi kat penang itu perkara biasa!.Jadi orang Johor dengan Selangor jangan ambil hati nooo..dialect orang penang ini…terutama Mamak Tongkang!!!Wassalam.

  2. Anwarwood Productions – The Biggest Blockbuster Show on Earth!
    (Anwarwood Produksi – Tayangan Paling Besar dan Hebat di Dunia!)
    ————————————————————

    Awas! Politik bukan permainan untuk mereka yang berlemah hati di Malaysia. Rakyat Malaysia akan sakit jantung apabila melihat kesudahannya. Jika pun tidak, anda akan terkena strok atau darah tinggi. Kenapa? Tayangan Titanic 2 kali ini yang diarah dan diskripkan oleh Anwarwood Produksi akan bersambung dengan adegan-adegan berikut:

    1. Little Napoleon akan meneruskan dengan ungkapan “Matalamat Menghalalkan Cara-Caranya” dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka.
    2. Sebilangan penumpang-penumpang akan kehilangan kewarasan dan kemanusiaan apabila kapal sedang tenggelam.
    3. Semua orang akan merebut-rebut naik bot-bot penyelamat.
    4. Wang digunakan untuk membeli apa sahaja untuk menyelematkan diri daripada kehampaan yang akan menimpa.
    5. Pelakon dan Pembantu-pembantu Seniman dan Seniwati Terbaik serta Kuda-kuda Trojan akhirnya dipertontonkan pada kesudahan tayangannya.

    Jika adapun emosi yang tinggal pada akhir tayangan tersebut, harus ingat bahawa ia cuma sebuah tayangan sama seperti gelagat-gelagat politik. Realiti kehidupan bersama masih berterusan di tanah air ini.

    http://patek172.wordpress.com

  3. aberamly

    KITA SEMUA BELAJAR AGAMA, SEMUA AGAMA. MANA ADA AGAMA YANG AJAR KITA SUPAYA JADI SYAITAN ATAU IBLIS DENGAN PERANGAI TAMAK, GELOJOH, TERBURU, TAK USUL PERIKSA, IKUT KATA HATI,DENDAM KESUMAT,IKUT NAFSU MARAH SAHAJA. HARI INI DISEBUT DESPERADO?

    CONTUHNYA BILA BACA DALAM bernama.com BARULAH KITA FAHAM UJUNG PANGKAL KISAH RIBUT KONONNYA SEORANG KETUA UMNO DI PULAU PINANG TU PERKAUMAN. BELIAU JELAS TELAH MENCABAR SESIAPA SAHAJA UNTUK MENOLAK HUJAHNYA TERMASUK AKHBAR YANG DIDAKWA SALAH LAPOR BAHAWA UCAPANNYA MENGENAI ISU “PENDATANG” TU ADALAH BERDASARKAN FAKTA SEJARAH. KATANYA IKUT SEJARAH SEBELUM MERDEKA ORANG CINA DAN INDIA DI TANAH MELAYU BUKANLAH PENDUDUK SAMA TARAF DISEGI UNDANG-UNDANG DENGAN MELAYU. LEPAS ITU MENGIKUT UNDANG-UNDANG MEREKA JADI WARGANEGARA DAN TANAH MELAYU MENJADI “MALAYSIA.”

    NAMPAKNYA SEJARAH INI BUKTI YANG KUKUH DALAM MAHKAMAH ATAU PERUNDANGAN KITA. ABE SUKA SEBAB ABE GRADUAN SEJARAH. DULU ORANG CAKAP BUAT APA BELAJAR SEJARAH SEBAB TAK ADA MASA DEPAN. HMMM… MASA DEPAN KITA KHASNYA HAK ISTIMEWA RUPANYA AKAN SELAMANYA DITENTUKAN OLEH SEJARAH!

    ABE HARAP PEMIMPIN DAN CERDIKIAWAN TIDAK LAGI HINA ORANG ATAU MATA PELAJARAN SEJARAH. PENTINGNYA SEJARAH SEBAGAI HUJAH DALAM DEBAT DAN DI MAHKAMAH. SEJARAH JUGA ADALAH SEBAGAI FORMULA UNTUK KITA SELESAIKAN MASAALAH SEMASA. SEBABNYA SEMUA KEJADIAN DALAM DUNIA NI ADALAH ULANGAN. CUMA PELAKONNYA SAJA YANG BERTUKAR. CONTUHNYA KRISIS PERKAUMAN NI… ULANGAN SAJA. TETAPI KALAU KITA TAK ADA FAKTA SEJARAH MAKA KITA TEWAS. CONTUHNYA BERAPA KALI ORANG BUKAN MELAYU BANGKIT TENTANG SENSITIVITI PERKAUMAN? BERAPA KALI PULA ORANG MELAYU MAAFKAN? BEGITULAH SEBALIKNYA. TANPA FAKTA SEJARAH NAMPAKNYA MELAYU DIPIHAK YANG KALAH DAN KENA TOLAK … DAN BERANSUR!

    CUKUPLAH DULU DIK SEBAB ABE NAK ULAS BUDAYA TERGOPOH-GAPAH DAN DESPERADO YANG MERUPAKAN TSUNAMI SAKIT JIWA RAKYAT KITA SEKARANG. NAMPAKNYA SEMUA KITA TAK SABAR DAN CEPAT MELENTING TAK PASAL-PASAL TANPA FIKIR PANJANG. BUKTINYA KES ISU PERKAUMAN DI PULAU PINANG NI… DAH MALULAH TU! DAN KALAU PERANGAI INI YANG TAK MATANG ADA PADA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN DAN KAWAN-KAWANNYA MAKA MALAYSIA TIDAK MACAM HARI INI. SEBABNYA MASA ITU ADA KOMUNIS, ADA BINTANG TIGA,ADA HALUAN KIRI, PERKAUMAN, PELAMPAU AGAMA DAN LAIN-LAIN YANG BERSAING NAK MERDEKAKAN TANAH MELAYU IKUT ACUAN MEREKA. TAPI MEREKA DESPERADO MAKA ALLAH TAK IZINKAN. OLEH ITU TAK USAHLAH DIPERTIKAI SEJARAH 31 OGOS 1957 LAGI. JANGANLAH NAK JADIKAN MEREKA YANG GAGAL MENCIPTA SEJARAH TU SEBAGAI HERO ATAU PEJUANG TULIN PULAK.

    INGAT PESAN ABE SELAKU PAKAR SEJARAH… SEJARAH ADALAH BENDA HIDUP MACAM MAHKAMAH JUGA. SESIAPA YANG BOLEH MEMBUKTIKAN FAKTA DIA BENAR BERDASARKAN MASA, TARIKH, TEMPAT DAN SEBAGAINYA DIA AKAN MENANG KES. SEJARAH ATAU KEPUTUSAN MAHKAMAH BOLEH DICABAR SEKIRANYA KITA ADA FAKTA ATAU BUKTI BARU. OLEH ITU CINTALAH SEJARAH. DAN DATUK AHMAD ISMAIL, PULAU PINANG TU BUATLAH MAJLIS DEBAT UNTUK BUKTIKAN FAKTA SEJARAH DATUK TU, ABE BOLEH JADI FASILITATOR. BACANYA bernama.com!

    datuk-ahmad-ismail-isu-perkauman

  4. Insan

    walau pon ko umno..dan aku tak sebulu ngn org umno…tapi kalau bab melayu dan hak2 melayu…aku berdiri dibelakang mu….

    sejarah dah tercatit..muka2 lu orang semua dtg dari tanah besar…sedar laaa sikit mata sepet….sikap cina zaman merdeka terlalu berbeza dgn cina zaman sekarang yang dah banyak lupakan sejarah…merdeka dah 51 tahun,lahir pula di bumi bertuah malaysia tapi masih tak fasih bertutur bahasa melayu…poraahhh

  5. OZman

    It’s unthinkable that someone your stature would even utter such a thing in the first place, Mr. Ahmad Ismail. With the political situation in Malaysia in such shambles, I think you should review your position as an MP, why bother saying such things? So that UMNO can get political mileage? If you want mileage, seek to improve the people in your constituency and listen to their grouses. What has been done, has been done and what you’ve said is not helping at all. Forget about referring to history, of course we learn from history but not to repeat it. Would you like it if a person of different race tell you that you don’t deserve to be in this country and you’re a second class citizen? Please, there are more pressing issues at hand now, your statements are only digging your own grave even deeper. The Malaysian Chinese and Indians have feelings, they’re are Malaysians and if you don’t like it, well, you’re in the wrong place man and position. Stop this colonial thinking that was forced upon us more than 50 years ago, the same kind of thinking that you and your party are trying to get rid off. Seriously, Malaysia has come a long way, don’t spoil it just because of such thinking.

  6. nelson

    itu la dunia sekarang, media sangat sentive dlm isu macam ini. ahmad, jaga perkataan la kau ni. cakap nonsense ah? aiyo.. sekarang dunia gobalisasi, bukan dulu.. kau kenapa lagi anggap situasi macam dulu.
    kepada mamak penang, jangan anggap sini american la, sini MALAYSIA. saya mengaku saya orang cina ,malaysian chinese. not chinese immigrant, china bukan negara saya. saya bangga jadi malaysian .
    kepada insan, jaga perkataan anda. apa “mata sepet” sama taraf dgn ahmad saja, cakap nonsense.
    lupa sejarah? siapa jadikan situasi macam ini? kerajaan yang tetapkan sistem kuorta dlm pendidikan.
    kesimpulannya, dalam impian saya, saya harap UMNO dgn kerajaan lebih menghadapi kenyataan, sekarang dunia ini penting kepada bakat, siapa bijak, siapa dpt peluang jadi leader, bukan “bijak konon”.

  7. melayu

    nelson…. siapa pun you, you are chinese. not malay. kenyataan ini hanya untuk you bukan malaysia secara keseluruhannya. ada perkara yang perlu diutamakan untuk Melayu. Kerana Malaysia asalnya Tanah Melayu… you kena ingat.

  8. Assalamulaikum…

    Orang UMNO lebih suka metafora dan retorik. Jangan cabar hak-hak orang Melayu dan jangan pertikaikan DEB, itu semua bagi UMNO lebih penting biarpun negara dan bangsa menjadi tunggang-langgang
    Udahla UMNO,janganlah terus dengan budaya Pak Kadok. Janganlah asyik menang sorak sahaja last last kena gantung 3tahun….

    P/s:Cuba teka UiTM dengan UTAR.,kos yang sama tapi yuran mana antara dua U ini yang paling rendah?? DEB beb DEB!!!!

  9. Shah

    Tone down your language, senag kita marah satu sama lain. Tapi sopan santun lah, kalau tidak kita akan disamakan dgn makluk yg lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s