Daily Archives: September 7, 2008

Ramai pemimpin kanan Gerakan tinggalkan parti…adakah Parti Gerakan sudah tidak relevan?

1. terbaru bekas pengerusi Gerakan WP pula tinggalkan Gerakan dan masuk PKR. dia kata parti politik berasaskan perkauman tak relevan lagi. Bukan kah Gerakan sebuah parti ‘multi-racial’ macam PKR? kenapa kini baru nak lompat parti? parti perkauman tidak relevan atau Gerakan itu sendiri tidak relevan?

2. Pemangku Presiden Gerakan pula berkata Gerakan sedang mengkaji kedudukannya dalam BN.

3. Pada PRU yang lepas kerusi Gerakan di Penang hampir hangus semuanya. Ini gara-gara apa?

4. Kini Gerakan kata UMNO punca segalanya. Tak lupa MCA juga sebut perkara yang sama.

5. Kena ingat, ego UMNO ada jayanya. Masih ada lebih 60 kerusi di Parlimen. Parti komponen semenanjung lain macam mana?

6. Mungkin PKR akan alami nasib serupa dengan GERAKAN. Parti beridealogi – Multi Racial – …relevan kah dengan situasi politik negara kita? mungkin relevan hanya sementara. Kelak ramai akan melompat ke UMNO semula.

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teks wawancara Mohamad Sabu Dengan Malaysiakini

Tuan Haji sebut kemenangan besar PAS disebabkan peralihan undi dari bukan Melayu. Jadi, apakah makna peralihan undi ini kepada PAS?

Politik Malaysia ini lebih berdasarkan kaum, terutamanya selepas merdeka, memang parti Umno, walaupun memperjuangkan Melayu, tetapi orang-orang bukan Melayu merasakan mereka sebagai sahabat, sebagai kawan. Tetapi PAS memang ditakuti orang Melayu, terutamanya orang bukan Melayu.

Kita tahulah, pilihanraya, parti politik, ini atas persepsi. Kita boleh bercakap apa pun tetapi persepsi orang begitu, digambarkan begitu. Jadi, kita kata dua parti dominan pembangkang – PAS dengan DAP – selagi orang Melayu takut kepada DAP, selagi DAP takut kepada PAS, selagi itulah BN akan berkuasa.

Ini trend politk dalam negara kita. Sebab itu kita lihat pada tahun 1986, 1994 dan 1999, isunya banyak, tetapi kita hendak bawa orang Cina mengundi PAS, orang PAS mengundi DAP memang agak sukar, walaupun kami di peringkat pimpinan, boleh bertemu dan berbincang.
Oleh kerana berlaku peristiwa (perhimpunan besar) Bersih, Hindraf , kemudian dengan (krisis badan) kehakiman, (kes) VK Lingam, berlaku kenaikan harga minyak pada waktu tu, kenaikan harga barang, maka rakyat kali ini tidak peduli, sampai orang buat khidmat pesanan ringkas (SMS) mudah – ABU – Asalkan Bukan Umno – kita undi.

Tuan Haji lihat peralihan  undi daripada golongan Cina ini menggambarkan mereka mula menerima dasar-dasar PAS, bersifat sementara kerana tidak sukakan BN atau tanda demokrasi kita makin matang?

Saya melihat tanda demokrasi semakin matang. Perkara ini bukan jadi dengan begitu saja, walaupun ia tsunami. PAS sendiri membuat pendekatan dengan orang bukan Melayu ini secara agak agresif, bermula pada pilihanraya umum 1986 melalui Majlis Perundingan Cina (CCC). Tetapi oleh kerana badan itu kecil, ia kurang berjaya.

Kemudian, kita terus dengan DAP pada tahun 1999. Tetapi propaganda BN menyebabkan orang Tionghua sendiri takut untuk mengundi DAP. Disebarkan di Pulau Pinang (foto) Lim Kit Siang pakai serban dalam pilihanraya itu. Jadi, itu propaganda. Jadi, sampai bila rakyat Malaysia hendak berada dalam suasana itu? 

Sekarang ini rakyat Malaysia ada akses kepada internet, kepada laman-laman web, blog dan sebagainya.

Jadi, teknologi informasi membantu kemenangan PAS?

Ya, juga pendekatan PAS kebelakangan ini.

Tetapi adakah dasar-dasar PAS itu dapat diterima?

Kita tidak kata mereka menerima secara bulat. Sekarang ini mereka datang dengar penerangan langsung daripada kita. Dan saya rasa perubahan ini tidak sementara. Tetapi kita tidak boleh diam begitu sahaja. Kena teruskan pendekatan yang dibuat.

Bagaimana faktor Anwar Ibrahim memainkan peranan mengubah undi?

Faktor Anwar Ibrahim di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu.

Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan.

Bagaimana peranan beliau menggabungkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan?

Setakat ini, kita di peringkat jawatankuasa penyelaras. Sudah ada di peringkat pusat. Ia berjalan dengan baik di Perak dan di lain-lain negeri. Kita buat dalam bentuk mesyuarat. Pertama sekali, Pakatan ini berjalan dengan baik walaupun kita, majoritinya kecil di Perak ini, tetapi berjalan dengan baik.

Selain itu ada dakwaan PKR mendominasi Pakatan sedangkan semua parti-parti yang bergabung bersetuju tiada pihak lebih besar dalam Pakatan.

Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka merasa mereka hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak. Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, keadilan yang
terbanyak (dengan) 31 kerusi, DAP 28 kerusi, PAS 22 kerusi. Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu, tidak ada masalah. Sebab dia masa sekarang ini mendahului daripada sudut jumlah kerusi.
Tetapi dominan saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti (PAS) ini.

Anwar Ibrahim yang dominan membuat kenyataan bagi pihak Pakatan, adakah itu juga pandangan bersama PAS dan DAP bersama?

Kenyataan Anwar dalam bentuk umum, kita kata itu pandangan beliaulah. Jadi, beliau sendiri pun jarang membuat kenyataan di atas nama Pakatan Rakyat, di atas nama peribadi dia. Tetapi kenyataan
misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah.

PAS setuju bincang dengan DAP dan masalahnya persepsi media?

Orang Melayu tidak ada masalah dah sejak tahun 1999 lagi. Tetapi kita faham masalah DAP ini, orang Cina takut kepada negara Islam. Sebab itu kita kata, persefahaman, perundingan itu banyak berlaku dan orang tengahnya adalah PKR.

Persefahaman parti-parti dalam Pakatan dikatakan sebagai “tersimpul mati”?

(Ketawa) Tidak sampai “tersimpul mati”. Itu bahasa saya. Itu hendak gambarkan perpaduan, sebab dalam politik ini, payah hendak baca. Buat masa sekarang, Pakatan itu makin baik.

Maksudnya PAS masih merisaukan hubungan dalam Pakatan di masa akan datang? Begitu? Tidak “tersimpul mati” itu maksudnya ada kerisauan lagi.

Ya, Kita kena terbukalah. Sikap parti politik ini memang begitu keadaannya.

Tetapi kerunsingan utama PAS atas dasar apa?

Politik ini adalah saingan kuasa. Dan PAS tidak dapat lari, kelangsungannya selama 57 tahun di atas dasar Islam. Sebab itu kita hendak mempertahankan dasar, dalam masa yang sama bekerjasama dengan orang lain. Bila ahli kita melihat PAS tidak lagi memperdulikan soal dasar dan sebagainya, itulah yang merunsingkan kita.

Jadi, jaminan hendak mempertahankan perlembagaan PAS, sebab apabila tandatangan saja borang PAS, kalau dia seorang cikgu, mungkin dia kena tukar. Kalau dia pegawai, mungkin tidak naik pangkat. Dan dia memilih PAS kerana dia menjunjung dasar yang kita janjikan.

Sebab dalam Pakatan, kita hendak berkawan dan bagaimana dengan mempertahankan dasar kita itu. Ini yang menjadi, bukan kerunsingan, tetapi antara cabaran yang kita kena (hadapi)…

Oleh kerana hubungan persefahaman yang kuat setakat ini, kenapa ada suara-suara dalam PAS ingin berunding dengan Umno?

Begini, berunding bukan hendak berkuasa bersama. Sebab ada di kalangan pemimpin dan ahli-ali PAS melihat orang-orang Islam berpolitik, bergaduh dalam semua perkara.

Kita lihat misalnya kalau di kalangan parti-parti politik bukan Melayu ini, ini fikiran orang yang hendak berbincang dengan Umno, kita lihat dalam isu pelajaran, DAP dan MCA berlainan parti tetapi bercakap
mempertahankan hak bangsa, kaum mereka senada. Ada juga di kalangan intelektual Melayu senada, kenapa  orang Islam tidak boleh buat begitu?

Dalam Pakatan, apa masalah lain yang dihadapi untuk ke depan?

Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam dan DAP yang secara terang menyebut mereka menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bnekerjasama. Ini
merupakan cabaran yang besar kepada kami. Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai.

Yang paling penting sekali ialah bersedia duduk semeja berunding. Itu yang paling penting.

Macam mana hendak selesai? Baru-baru ini, dalam kongres DAP, beberapa perwakilan mendakwa PAS tidak menghargai undi bukan Melayu kerana hendak melaksanakam undang-undang Islam, sedangkan DAP tetap dari dulu hingga sekarang menolak sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teokratik. Bagaimana kita hendak mempertemukan kedua-dua pandangan itu?

Ini satu cabaran kepada kita. (Penyelesaian objektif) A, B, C, D tidak boleh. Ini soalan kemanusiaan, soal persepsi. Bagi kita, pencapaian setakat ini pun orang PAS mengundi calon DAP, orang Cina
mengundi calon PAS. Itu sudah besar. Jadi yang lain-lain, prosesnya mesti melalui pertemuan dan perundingan. Akan ada pantang laranglah.

Setakat mana PAS boleh bertolak ansur tentang dasar, undang-undang Islam?

Sekurang-kurangnya paling minimum ialah perlembagaaan, Islam agama rasmi, kuasa Islam di peringkat negeri dan sebagainya. Dan saya rasa DAP pun tidak ada masalah. Di sini ada pertemuan. Dan kita pun sebut, kalau di peringkat persamaan undang-undang syariat, dia akan kena pada orang Islam.

Iyalah, tetapi itu pun tidak dapat diterima oleh DAP untuk penguatkuasaan undang-undang Islam itu?

Tidak mengapa. Dari masa ke semasa kita bincang teruslah, kalau kita hendak menjadi parti pemerintah. Tidak menjadi masalah kepada kita untuk terus berbincang. Macam sekarang ini, kita boleh berjalan di Perak, di Selangor.

Jadi, adakah Tuan Haji melihat sebuah jalan yang sukar oleh PAS dalam Pakatan untuk tempoh akan datang?

Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar, benda-benda seperti ini.

Sekarang ini PAS disebut-sebut mempunyai dua aliran, pertama moderat, kedua konservatif. Apa komen Tuan Haji?

Itu biasa dalam mana-mana parti politik dan aliran pemikiran. Jadi, parti politik yang mencecah sejuta, aliran-alirannya itu adalah perkara biasa. Tetapi sudah tentu keputusan parti, keputusan muktamar itu yang didokong bersama. Aliran pemikiran tidak ada masalah.

Maksudnya wujud?

Dalam mana-mana parti politik biasalah. Macam Umno dulu, kononnya ada aliran kiri, ada aliran kanan. Tetapi mereka itu Umno-lah. Ini pun semacamlah, ada dikatakan aliran keras, ada aliran sederhana. Tetapi semuanya mendokong dasar Islam. Bagi saya berlainan pendekatan itu lumrah.

Sebenarnya, berapa aliran dalam PAS setakat ini?

(Ketawa) Satu aliran saja, aliran Islam.

Apa perbezaan antara kedua-dua aliran tadi (konservatif dan moderat)?

Kalau di sebelah Pantai Barat, tentulah kecenderungan hendak mendekatkan ideologi Islam kepada non-muslim menjadi agenda utama. Kalau di sebelah Pantai Timur, bagaimana hendak mendekatkan Islam kepada orang yang sudah Islam menjadi agenda utama.

Jadi, kalau kita lihat, secara individunya, orang-orang itu, tidak ada perbezaan sama ada satu kumpulan menerima pandangan komunis (contohnya) atau satu kumpulan pandangan Islam. Tidak ada sampai ke peringkat itu.

(Ketawa) macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.

Tuan Haji dengar, baru-baru ini ada satu kumpulan dalam PAS dikenali sebagai Kumpulan Erdogan disebut dalam sebuah blog.  Katanya Kumpulan Erdogan ini diketuai Datu Husam Musa.  Beberapa pemimpin PAS diletakkan dalam kategori ini?

Saya berpendapat, begitulah, kalau ada, pandangan-pandangan peribadi, tetapi semuanya bekerja dalam konsep tidak lari daripada dasar Islam tadi.

Tetapi kumpulan ini wujud atau tidak dari segi kesefahaman, ideologi dan pendekatan yang serupa?

Tidak ada, tidak ada. Saya tidak nampak ada.

sumber mkini

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad.

“Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP — dalam pilihanraya umum lalu.

Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”.

Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu.

“Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami.

“Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kisah antara Wolfowitz,SAI,CIA dan DSAI

Salam,

Skandal yang melibatkan Bank dunia yang telah dilakukan bersama oleh Wolfowitz – Riza -Cleveland dan Bakal PM Mat Jenin (Pinjam kata-kata Tuan Guru Hadi Awang) DSAI amat diheboh-hebohkan di serata dunia semasa pemilihan Pengerusi Bank Dunia.

Dalam lewat tahun 2000 pihak pengurusan University JohnsHopkins di Amerika telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan ke atas Dean School of Advanced International Studies(SAIS) iaitu Wolfowitz kerana telah mendapati telah lakukan hubungan sulit (Improper Sexual relation) dengan salah seorang staf SAIS.Tindakan disiplin keatas telah terhenti dengan Wolfowitz akan tinggalkan University tersebut yang akan menjawat jawatan dalam kerajaan Presiden Bush.

Dalam awal tahun 2001 Adminitrasi Presiden Bush bersedia mencalonkan Wolfowitz untuk Jawatan Pengarah CIA,tetapi isteri Wolfowitz telah menulis sepucuk surat kepada Presiden tentang Skandal seks suaminya dengan Staf SAIS dan juga Shaha Ali Reza,di mana wanita ini di NED (sebelum berpindah ke Bank Dunia pada 1999) yang mengatakan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang yang bukan warga negara Amerika.Scooter Libby telah memintas surat ini dan membatalkan pengarah CIA dan lantik wolfwitz sebagai Setiausaha Agensi DOD.Rumah Putih sentiasa mengetahui kelemahan peribadi Wolfowitz dan memileh menutup rahsianya agar boleh digunakan untuk peras-ugut di masa akan datang.Perkara begini memang amalan yang dilakukan oleh CIA Amerika.

3.Dalam bulan November 2006 Wolfowitz mengatur Datuk Anwar Ibrahim ….memberitahu Robin Cleveland pada October 2006 yang dia memileh Shaha Ali Riza untuk memegang Jawatan Pengarah Foundation For Future.DSAI seperti semua sedia maklum adalah kawan rapat Wolfowitz dan menjadi pengerusi Foundation for Future pada July 2006 selepas kontrak dengan Bank Dunia tamat.

Dengan ini saudara-saudari fikirkanlah siapa sebenar Wolfowitz?,Dan fikirkanlah kenapa DSAI dapat Jawatan sebagai pensyarah jemputan di University JohnHopkins selepas keluar dari Sg.Buluh?.Maka fikir-fikirkanlah agenda tersembunyi Negara Asing terhadap kemajuan Negara Malaysia!.Kenapa DSAI berkawan rapat dengan seorang yang telah dicalonkan ke Jawatan Pengarah CIA Amerika!!!!.Wassalam.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Umno Akan keseorangan dalam membela Nasib Melayu?

Apabila isu demi isu perlu ditangani dalam mempertahankan Kedaulatan ketuanan Melayu di Negara ini mungkin UMNO terpaksa lakukan keseorangan!.Kebanyakan kaum bukan Melayu begitu senang dengan parti pelbagai kaum (multi racial parties) sebagai pilihan dan nescaya parti-parti berunsurkan menjaga kepentingan satu kaum akan dipinggirkan oleh kaum bukan Melayu dan ramai Melayu yang celaru dengan ketua mereka yang gila kuasa.Walau pun PR12 telah lalu selama 6 bulan pucuk pimpinan UMNO tidak lakukan sebarang langkah memulihkan keadaan.Ini terbukti dengan pilhan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.Hak Melayu di bumi ini sedikit demi sedikit dikikis oleh seorang yang tamak haloba ingin berkuasa.Bagi orang ini kuasa adalah segala-galanya tanpa memikirkan keadaan masa depan bangsanya sendiri.Semakin lama semakin kuasa Melayu berkurangan di tanah airnya sendiri.Kaum-kaum bukan Melayu mula mengorak langkah untuk menghapuskan ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja Perlembagaan yang sekian lama telah dipupuk oleh UMNO.

Sokongan Parti-parti komponan Barisan Nasional semakin berkurangan disebabkan pemikiran ahli-ahli parti komponen BN yang telah diracuni dengan slongan“menyokong Barisan Nasional bererti menyokong UMNO”, yang dtiupkan oleh parti pembangkang DAP pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.Pucuk pimpinan UMNO perlu bertindak cepat dan tidak boleh menunggu esok untuk melaksanakan dasar baru dalam UMNO dan dalam menerajui kepimpinan Negara.Sekiranya sayangkan masa depan Melayu lakukan sesuatu yang boleh mengembalikan keyakinan Bangsa Melayu terhadap UMNO kembali dan ‘Amnya pada kerajaan.Berkorbanlah untuk Bangsa niscaya pengorbanan itu akan dikenang sepanjang hayat oleh orang akan datang.Sekiranya majority orang-orang Melayu berkehendakan perubahan dalam UMNO pucuk pimpinan perlulah undur segera sebelum parti ini hancur kerana kedegilan yang tidak bermanfaat lagi.Fitnah ke atas pemimpin telah banyak menghancurkan Negara dalam dunia ini.Fitnah juga sukar dibendung dan mengelak, dengan itu apa yang perlu buat ialah mengundurkan diri sementara waktu untuk memulihkan keadaan.Kalau masih lagi bersikap degil tunggu dan lihat akan merosakan lagi keadaan dari memulihkan keadaan.Tak perlu alasan peralihan kuasa atau pun lain-lain muslihat lagi.Kita perlu terima hakikat sebenarnya kita dah tak termampu untuk memimpin lagi!.Itulah hakikat sebenarnaya.Demi untuk Bangsa Melayu dan Negara yang tercinta!.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda