Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad.

“Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP — dalam pilihanraya umum lalu.

Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”.

Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu.

“Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami.

“Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s