Ramai pemimpin kanan Gerakan tinggalkan parti…adakah Parti Gerakan sudah tidak relevan?

1. terbaru bekas pengerusi Gerakan WP pula tinggalkan Gerakan dan masuk PKR. dia kata parti politik berasaskan perkauman tak relevan lagi. Bukan kah Gerakan sebuah parti ‘multi-racial’ macam PKR? kenapa kini baru nak lompat parti? parti perkauman tidak relevan atau Gerakan itu sendiri tidak relevan?

2. Pemangku Presiden Gerakan pula berkata Gerakan sedang mengkaji kedudukannya dalam BN.

3. Pada PRU yang lepas kerusi Gerakan di Penang hampir hangus semuanya. Ini gara-gara apa?

4. Kini Gerakan kata UMNO punca segalanya. Tak lupa MCA juga sebut perkara yang sama.

5. Kena ingat, ego UMNO ada jayanya. Masih ada lebih 60 kerusi di Parlimen. Parti komponen semenanjung lain macam mana?

6. Mungkin PKR akan alami nasib serupa dengan GERAKAN. Parti beridealogi – Multi Racial – …relevan kah dengan situasi politik negara kita? mungkin relevan hanya sementara. Kelak ramai akan melompat ke UMNO semula.

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Ramai pemimpin kanan Gerakan tinggalkan parti…adakah Parti Gerakan sudah tidak relevan?

  1. Agak agak Anwar akan join UMNO kembali ?

    Moga dijauhkan Allah !

  2. Salam,
    Mereka yang keluar itu memang orang-orang yang tamak haloba dengan kedudukan dan pangkat.PKR sebuah parti yang cuma dikongkong oleh DSAI dan ia akan jadi sebuah parti autokrasi yang mana akan ikut telunjuk DSAI itulah natijahnya.Parti gerakan walau pun sebuah parti multi racial pada dasarnya tetapi ia adalah sebuah parti yang mendukung kaum Cina.Cuma dalam sejarah gerakan baru seorang dari kaum lain dilantik sebagai pengerusi Gerakan Negeri (Selangor) kita tak tahu apa pula muslihat di belakang perlantikan ini.Seperti TDM kata mereka ini lebih perkauman dari UMNO itu adalah kenyataan yang benar.UMNO seringkali sedia mohon maaf apa jua keterlanjuran ahli partinya dengan ikhlas tetapi adakah wakil-wakil kaum lain yang pernah sentuh sensitiviti Melayu atau Islam pernah memohon maaf?.Kita tak perlukan kaum lain hancurkan bangsa Melayu ini tetapi musuh bangsa Melayu adalah Melayu itu sendiri!.Sekian lama orang Melayu ini cuma menjadi alat untuk kaum lain untuk mencucuk mata kaum mereka sendiri.Kita boleh lihat dengan kepala mata kita sendiri di sekitar kita kenapa bangsa Melayu ini tak maju?.Kerana apa?.Kerana ada Melayu yang berjawatan dan berpengaruh sengaja mahu bangsa sendiri mundur dengan itu mereka boleh kecapi kesenangan untuk dirinya,keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya.Datang dan lihatlah Permatang Pauh yang sekeian lama dikuasainya…cuma sehari hujan banjir sudah pun menimpa orang kampung disini!.Hari ini mamak sedih ,terutama Bukit Mertajam,Kampung-kampung Melayu sepanjang Jalan Baru,Permatang Pasir dan lain kampung disini di naiki air paras lutut.Orang Melayu sini cuma bersuka-ria dan sibuk menjala ikan dalam sungai yang melimpah itu.Langgsung tidak memikirkan keadaan yang disekitar sedang dinaiki banjir!.lihat dan renungkanlah keadaan Melayu sini sekian lama DSAI berkuasa apa yang dibuatnya untuk orang-orang sini?.Apabila Mamak tanya salah seorang orang kampung kuat kempen sini;
    Mamak:”PakCik wakil rakyat sini tak turun padang kah?”.
    Pak Cik:”Dia sibuk kat Jakarta!”.
    Mamak:”Kenapa undi dia…kalau dia selalu sibuk dan masa nak undi je kemari”.
    Pak Cik:”dia ini bagus jaga orang kampung”.
    Mamak:”Apa yang dijaga Pak Cik?”.
    Pak Cik:”Kalau dia jadi PM,dia boleh turunkan harga minyak!”.
    Mamak:”Pak Cik ini pakai kereta kah?”.
    Pak Cik:”Idak hei…pak cik cuma pakai basikal je!.tak mampu beli kereta!!!.
    Mamak:”Pak Cik kerja apa?”.
    Pak Cik:”Pak cik makan pencen je!.Anak Pak Cik niaga kat Perai, jual nasi kat depan kilang je!”.
    Mamak:”Kenapa tak undi UMNO?”.
    Pak Cik:”Tak tahulah Pak Chik, anak Pak Cik kata kalau Anwar jadi PM nanti kampung ini senang!”.
    Mamak:”Dulukan Anwar jadi Timbalan PM kenapa orang kampung sini tak senang?.
    Pak Cik:”Dulu itu Mahatir kacau dia; pasai itulah dia tak dapat jadi PM”.
    Mamak:”Pak Cik kalau jadi PM baru boleh orang kampung sini senangkah?”…
    Pak Cik:”Gamaknya macam itulah”.

    Mamak nak ketawa pun ada ,sedih pun ada mengenangkan nasib orang kampung Permatang Pauh”.Renungkanlah saudara-saudari salah satu pemikiran insan yang lurus bendul ini!.

  3. Banjir ada dimana mana,tak kira dikawasan UMNO,PAS atau parti parti lain….Selama ini pun B.N dan UMNO serta parti pembangkang jika berkuasa tidak akan memberi kereta percuma kepada rakyatnya kecuali kepada exco dan pak menterinya sahaja. Kesusahan rakyat juga ada dimana mana….Jadi sebagai pemimpin yang baik,dia takan utamakan kawasannya sahaja..kerana ia termasuk dan termaktub dalam kategori salah guna kuasa.
    Memang melayu yang tindas nasib bangsanya,cuba fikirkan nasib peneroka sebuah felda diPahang..Tanah mereka diambil oleh kerajaan Negeri Pahang kerana tanah tersebut terlibat dengan perjanjian air dengan Selangor dan anda sendiri tahukan berapa para peneroka dari Pahang itu dapat..

  4. BakaL PM

    kalau si luncai nak terjun dgn labu2nya…. Biarkanla….. BN x rugi apa pun… bnyak mana la sgt kerusi yg gerakan menang PRU 12 lps??? Rasanya semua bungkus… So bungkus kain baju blah je la gerakan… buat menyemak parti je buat apa….

  5. aberamly

    GERAKAN NI PARTI BERBAGAI KAUM. MAKA ADALAH TEMPATNYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s