DAP Tolak MP Melompat

DAP menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan ‘periuk nasi politik’ mereka.

Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

“Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

“Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “DAP Tolak MP Melompat

  1. BakaL PM

    bagusla tu… dah ada pun alasan nak bg sebab org tau x kan adanya pertukaran kerajaan 16 september ni… jd dari malu besar cari la alasan2 yang mcm ni awal2… nak tgk jgk alasan PKR & PAS nanti lps 16 september…. malu sendiri la kawan….

  2. Apai Ngelai

    Salam,

    Satu lagi kenyataan dan caturan kelam kabut ciptaan PR sendiri. Nampaknya tapir2 dungu PKR semua mengharapkan MP talibarut untuk melompat 16Sept ini seperti diimpikan oleh pemimpin Mat Jenin mereka. DSAI amat mengharapkan aksi MP2 yang tamak untuk melompat parti, tetapi malangnya pada masa yang sama pula cuba ditolak mentah-mentah oleh DAP.

    Cukup tinggi angan-angan LKSiang kononnya mengharapkan orang yang benar ikhlas dalam perjuangan politik untuk bersama mereka. Samalah keadaan seperti perangai DSAI a.k.a Mat Jenin juga adanya.
    Terimalah hakikat, Perikatan Rakyat itu sendiri pun tidak pernah ikhlas dalam penggabungan parti-parti mereka melainkan hanya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

    Orang yang paling layak digelar pejuang mereka adalah mereka dari jenis manusia yang sangat lantang dan bijak sekali berkata-kata dalam blog ini kerana mereka amat ikhlas untuk DAP dalam niat untuk mengehadkan laungan azan, memansuhkan satu dasar yang melindungi majoriti melayu yang lemah serta menghalang islam dari menjadi agama rasmi negara. Mereka inilah orang PR yang mengharapkan sanjungan dari orang lain. Hakikatnya mereka semua ini tidak tahu apa yang diperjuangkan. Apakah penyokong perikatan rakyat ini melihat DAP sepertimana mereka melihat PKR? Ikhlas…….?

    Percanggahan itu membawa kemakmuran. Berbeza ideologi politik itu satu kelebihan dalam pembentukan sesuatu kerajaan. Kompromi melampau yang dicanangkan PKR terhadap dasar kerajaan sekarang berkaitan maruah bangsa dan agama mudah diterima penyokong-penyokong mereka yang pendek akal. Semua itu ada dalam PR. Sedikit pun tiada kerisauan akan akibat2 yang bakal berlaku selepas zaman DSAI jika PR masih menaungi kerajaan.

    Orang2 melayu dan bumiputra adalah antara kaum yang paling bodoh, mereka lebih sanggup menjilat kasut kaum lain dari memakaikan pakaian ke badan bangsa mereka sendiri. Mengagung-agungkan bangsa lain, mementingkan hak orang lain dan melupakan hak bangsa dan agama sendiri. Jahanam PKR. Mereka inilah yang paling lantang bersuara menuntut hak untuk kaum lain, sedangkan kaum tersebut tidak sedikit pun pernah rasa terancam selama ini jauh sekali merasa kerugian. Juga antara kaum yang paling maju dan terkaya di antara kita semua.

    Hasad dengki dan sifat tidak boleh melihat rumpun sendiri maju adalah darah daging orang kita. Ubahlah sifat keji ini, sebelum kita menjadi lebih hina daripada keadaan sifat semulajadi yang terdapat dalam masyarakat kita.

  3. ikankecil

    salam…..

    hahahahahaha….tergelak aku….cina pown tau beretika…….xpayah la nk bermimpi…xkan jdnye…sma2 la kite saksikan……..betul 2 bakal PM tgk je ape alasannye..masenye dah makin dekat x sabo plak teman….

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam/..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s