Tun Mahathir kembali ke UMNO?

sumber tidak rasmi memberitahu bahawa Tun Dr Mahathir akan kembali ke pangkuan UMNO. tujuannya ialah bagi sebagai memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. usaha memujuk TDM supaya kembali ke UMNO digerakkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

sekiranya berita ini dengar, selamat kembali TDM……

sementara itu, anak TDM yang juga MP Jerlun Mukhriz Mahathir sudah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO pada minggu lepas.

40 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

40 responses to “Tun Mahathir kembali ke UMNO?

  1. emy

    apa benar bagai dikata?…..
    alhamdulillah….., at least ada sedikit sinar perubahan dalam UMNO. Hidup UMNO!!!

  2. ALHAMDULILAH…. SYUKUR….

    PIT horeyyyyyyyyyy…………

    Lama tunggu berita ini… Letih Menunggu akhirnya dapat juga berita begini… Betul kata org sabar itu besar nikmatnya….

    Siapa Tun nak bantu itu bukan hal pokoknya.. yang pokoknya TUN mesti kembali dalam UMNO.

    Yang lain kita cerita kemudian

  3. politikus

    TDM seperti katak,hangat-hangat tahi ayam..

    betul kata TDM,melayu mudah lupa..

    atau mamak kuti ni takut akan 16 sept?
    nak kuatkan semula UMNO semula agaknya..
    dah terlambat,baik alsheikh hadhari mahupun mamak kuti,tidak mampu menandingi DSAI kini..

  4. AbangTuah

    Salam,

    SELAMAT KEMBALI KEPANGKUAN UMNO.

  5. Tun masuk cepat2. Kasi perbetul apa yang tak betul .Kami rakyat dah tak tahan dah.Semua pemimpin dok tunjuk handal. Pak Lah dok tak pa tak pa lagi.Sampai bila kita nak tunggu Pak Lah jadi keras .Dok lembik cam tu juga. Semua kaum dok pijak Pak Lah.Malaysia dah tak macam dulu.Tun buat lah balik magic yang Tun pakai dulu.Semua bangsa boleh bersatu dalam erti kata yang sebenarnya.Pak Lah terlalu berwaspada .Akibatnya rakyat mangsa. To be a leader must have ball. !!!!! Macam Tok Mat Bukit Bendera.

  6. BakaL PM

    selamat dtg pemimpin yg banyak berjasa…. semoga kehadiran TDM dapat melenyapkan terus angan2 mat jenin yg ntah kita x tahu untung nasibnya…. entah kedalam semula ker atau meroyan menangisi cita2 yg x kesampaian… Welcome Tun Bye2 mat jenin…..

  7. Wan

    Salam,

    Jika benar. Selamat kembali, harap suara lantang Tun dapat didengari oleh semua ahli UMNO.

    Kasi basuh semuanya.

  8. Macam mana dengan Ezam ye??? Dulu maki macam macam dekat Dr.M….tapi lani demi nak kuasa terpaksalah turut no….Dasar pengkhianat dan langsung tak boleh dibuat kawan……

  9. BakaL PM

    sifat pengkhianat dlm diri DSAI lg teruk nak dibandingkan dgn ezam…. Ibarat guru dgn anak murid apa yg cikgu ajar anak murid ikutla… x gitu??? Sekurang2nya ezam bukan pengkhianat kpd bangsa sendiri…. Mat jenin tu awal2 lg dah nak hapuskan status bumiputera bangsanya…

  10. Big8

    Salam semua..

    Terlebih dahulu diucapkan selamat kembali kpd pejuang bangsa. Biar lah walau ramai yg panggil mamak. Tapi cuba tanya org2 yg suka mencemuh itu, diorg masuk kedai mamak ke kedai cina. So, xyah cakap la saudara2 sekalian..setakat nk kondem baik buat ibadat. Bukan boleh tlg bangsa dan agama pun sikap mcm 2. Lagi menjahanamkan ada la.

    16 Sept 2008..
    wahai politikus…apakah yg saudara tahu tentang tarikh tersebut..apakah yg saudara paham? apakah saudara benar2 yakin?

    Cuba saudara fikir sejenak tanpa dipengaruhi pemikiran politik..cuma yg ada hanya Islam..
    BN: 140 MP (MP ISLAM – 89; MP Bukan ISLAM – 51)
    PR: 82 MP (MP ISLAM – 43; MP Bukan ISLAM – 39)
    Katakan lah 30 MP yang melompat, semua bukan ISLAM,
    maka MP PR, 43 MP ISLAM & 69 MP BUKAN ISLAM!!
    Jika 30 yang lompat, 5 ISLAM & 25 BUKAN ISLAM,
    maka PR jadi 48 MP ISLAM & 64 BUKAN ISLAM…

    Jika inilah yang DSAI mahukan, maka minoriti akan mewakili majoriti!
    Melayu adalah bangsa majoriti di Malaysia tapi kerajaan PR akan diwakili oleh Melayu yang akan menjadi minoriti dlm kerajaan tersebut..Apa yg Melayu dapat? Apa yg Islam dapat? Apakah ini keadilan yg cuba dibawa,dgn menyamakan Islam dgn agama lain? MasyaAllah..
    X usah berdalih atau berselindung, kenapa YB Zul diberi notis? di mana pejuang Islam(DSAI la sipolan itu) itu menyepi? Kalau setakat bergaya dipentas pidato…masuk pertandingan pidato sudah la..xperlu bercita-cita menjadi PM. Merosakkan bangsa saja.

    renung-renungkanlah..

  11. Insan

    aku tak paham laa ngan ko ni bakal PM..

    rate2 aku baca komen ko tak konsisten langsung…

    kejep bunyi macam sokong pembangkang…kejap kang macam sokong kerajaan…

    mane satu ko ni..jgn jadi lalang beb…

  12. BakaL PM

    Insan…
    Aku memangla sokong UMNO dan aku sesekali x akan berpaling pd pembangkang… Cuma aku bukan pak turut jer…. x kira la pembangkang atau kerajaan mana yang berjuang untuk bangsa dan agama itula yg aku sokong… x bolehla nak hipokrit… kalau apa yang pembangkat buat tu betul dan membela kita so kita bg galakan… jgn kita nak kondem kan jer…. Kerajaan plk kalau ada yg x betul kita tegur… TDM pun kalau dia rasa x berkenan dgn sesuatu isu dlm UMNO dia akan tegur walaupun akibatnya org lain akan jd benci tp xpela sekadar nak menyedarkan…. Kita kat sini kena nilai kalau betul ikut…. salah tegur ok….

  13. politikus

    “bakal PM”,namapun nak menyindir DSAI kononya lah ye..
    ayat pun tak kosisten..
    sekejap itu,sekejap ini..
    “x kira la pembangkang atau kerajaan mana yang berjuang untuk bangsa dan agama itula yg aku sokong”..ohh,golongan yang mencaci ulama itu kau kata pejuang agama eh?..
    golongon yang menjual tanah kepada singapura kau kata pejuang bangsa eh?.
    inilah lah dikatakan penyakit saraf turun temurun melayu.

  14. Pak ya kuala gris

    Terasa macam ada semangat baru bila dengar Tun akan masuk semula UMNO. Sejak Tun bersara terasa negara ini tak ubah macam pasaraya. Rioh rendah tak menentu. Tak rioh rendah macam mana, semua orang bawa anak menantu masuk pasaraya. Yang tua menguap yang muda melatah. Yang tua lambat bertindak yang muda laju berlari sehingga orang ramai tak tahu kemana nak pergi. Baik Tun pegang jawatan PM semula. Tak apa Tun. Kita orang tahu Tun keletehan. Tun duduk saja pun tak apa. nilai duduk bersahaja Tun itu lebih berharga daripada orang yang muda berlari tapi tak tahu apa tujuan. Kesianlah Tun kepada kita orang. terasa kita orang tak ada negeri. Kita orang dah hilang kepercayaan kepada dia orang. Mereka belum buka lagi kita orang dah kata kita tak percaya. Penafian tidak benar adalah tanda benar. Pengakuan benar adalah tanda pembohongan. Tun pun tahu bila baca surat khabar, semua orang nak cakap, kalau yang tua hebat tak apalah. tapi yang muda tah apa-apa buat kenyataan. Dah jadi budaya gila microfon. Yang tak nak bertanding pun dok sibok buat kenyataan. Kalau tak nak bertanding dok diam je lah. Buat apa bagi alasan. Si Ezam tu dah masok UMNO, kalau kita orang memang kita tak setuju dia masuk UMNO. Mana ada pejuang keluar masuk kem sendiri dan kem musoh. Tun lain pula kesnya. Kita angkat tangan. Tun keluar UMNO kerana prinsip. Tapi tak masuk kem lain. Tak macam Ezam tu. Orang yang keluar masuk parti tanda orang tak ada prinsip. Jenis manusia tak boleh dijadikan pemimpin. Kita mesti orang yang ikhlas, otak geliga dan berpandangan jauh untuk jadi pemimpin kita. Kalau otak sekadar dapat berfikir sama jauhnya dengan pandangan mata tak payah lah jadi pemimpin kita orang. Jenis ini akan selalu menyebut-nyebut benda yang ada dihadapan mata je. Ya lah jenis otak kecil.

  15. Pak ya kuala gris

    UMNO mana ada rasuah. Dia orang bersih. Dia orang dari keturunan orang baik-baik. Kalau tak percaya dengarlah bila mereka bercakap. Kalau tak percaya lagi kena tengoklah apa yang mereka buat. kalau tak percaya lagi kenalah tengok apa yang mereka dapat.

  16. BakaL PM

    hello pilitikus…
    kau kata aku sokong golongan yg mencaci ulama…. dalam konteks mana kau takrifkan seseorang tu ULAMA… apakah kalau tinggal dalam rumah buruk dikatakan ulama?? pakai serban itu ulama…??? ULAMA itu perwaris nabi… cuba kau bg contoh ulama mana yang kena caci itu ada menunjukkan sifat2 sebagai PEWARIS NABI??? Bg ceramah kalau xde burukkan org x sah… Doakan org islam lain supaya ditimpa musibah pun ulama ker?? Org islam ajak berkerjasama dia xnak… tp kalau kafir ajak cepat jer setuju …. Nabi bersifat pemaaf so knp Ulama kau tu x blh bersikap pemaaf jgk?? Org buat sumpah atas nama tuhan pun ulama kau kata x sah…. Tp x nak pulak bimbing mcm mana nak angkat sumpah yg betul… So kesimpulan nya skarang aku xsuka nak kutuk ulama tp kau yang beranggapan Pemimpin2 kau dalam Pakatan Rakyat tu taraf2 ulama konon2nya maka aku nak la minta kau explain…

  17. dablos

    BN or PEMBANGKANG dua2 xbtul…ade clap masing2 aku rs..bkn rsla tp mmg btul..tp skang nmpak BN yg makin x btul..yg menipu..ah..hidup PEMBANGKANG KOt!

  18. PMK

    Salam
    aku sokong kenyataan Big8 dan ianya tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita bangsa Melayu lupa diri, lupa di bumi mana kita memijak kita akan jadi hamba di bumi sendiri..cth pun byk kite tgk sebelah kt negeri belah2 arab pun cukup,jadikan tauladan, kalu ini yg kita mahu..teruskan orang Melayu yang lupa diri..dan kena ingat bangsa asing terutamanya (AMERIKA)tidak akan dok diam, akan cuba mencari salah kita(KERAJAAN) untuk terus membantu pihak pembangkang menjadi KUASA REPUBLIK

  19. KLON DSAI

    Wahai blogger …
    Bakal PM tu memang orang UMNO la…. Dia memang anti gila ngan aku… aku je yg gila kuasa…

  20. PMK

    Selamat datang TDM

    Selamatkan bangsa MELAYU

  21. PKR Insaf

    Terima Kasih buat PAK YA Kuala Gris kerana kata2nya yg meyakinkan itu… sy rasa sgt insaf dan dgn ini sy mengumumkan untuk keluar dari pakatan rakyat dan menyertai UMNO… Semuanya atas jasa baik dan penerangan yang sungguh detail dari pakya…. Hidup UMNO…

  22. ikankecil

    salam……..

    tahniah kalau berita ini menjadi kenyataan………

    hidup UMNO hidup MELAYU……

    ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam.

  23. Big8

    Salam..

    Hehehe..Syabas saudara Pak ya kuala gris..teruskan menghantar pandangan saudara agar dapat dikongsi bersama. Bersama memulihkan pemikiran Melayu. Bersama memulihkan persaudaraan Melayu. Bersama kita bersatu. InsyaAllah…

  24. PMK

    Marilah pemuda bangsa Melayu Islam
    kukuhkan barisan jangan biar kita diganggu gugat oleh anasir barat(jahat)
    HIDUP MELAYU!!!!!!!!!
    AKU ANAK MELAYU!!!

  25. PMK

    Salam
    Aku sokong kenyataan PAKYA, kalu setakat ezam tk payah la..mmg org camtu tkd pendirian..hati tak tetap..

    to blogger,
    apa yg dicakapkan oleh big8 kita jangan pandang remeh..terlalu banyak perkara yang tidak diingini sekiranya terjadi kerajaan PR pada 16 Sept.DETIK KEMUSNAHAN MELAYU…..!!!!!!(kegusaran ini turut dinyatakan oleh DATUK IBRAHIM ALI(PASIRMAS)pada UtsnMlys 9/9/08)
    kalu melayu menjadi minoriti di tanah melayu sendiri, persiapkan dirimu wahai pejuang bangsa Melayu..kerana kita akan berdepan dengan perkara yang menghancurkan masa depan negara, agama dan bangsa.

    Sekiranya majoriti memihak lebih kepada DAP, apa yang PKR boleh lakukan..nk kasi DAP jadi PM..
    mustahil..tp bagi negara demokrasi sperti Malaysia tk mustahil sebab kalu masuk mahkamah antarabangsa(AS) mesti diorang (DAP)menang punye, dan tk mustahil sekiranya perkara berdarah 16 Mei akan berulang kembali, dan tk mustahil keadaan negara akan bertambah menjadi huru – hara , mundur, dengan pemberontakan secara besar- besaran dan macam – mcam lagi la ..
    tak dapat nk dibayangkan…..

    Renungkanlah…………………….
    SELAMAT KAN BUMI MALAYSIA
    SELAMATKAN UMAT ISLAM
    SELAMATKAN BANGSA MELAYU
    SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA

  26. layla witra

    salam, saudara politikus.

    Kau ni betullah macam tikus bawah tempurung…kalau kau kata TDM tu mamak kuti, takkan kau tak tau yg pemimpin yg kau taksub sangat tu (si nuar) tu pun berketurunan India.!!!!!.lengkali check dulu susur galur pemimpin yg kau puja2 sebelum mengata orang.

  27. layla witra

    salam
    politikus, aku ade kawan kerja di Pejabat Tanah Selangor, kalau kau nak tau kawan aku tu cakap, si MB Selangor (Khalid) tu memang pengkhianat bangsa….sekarang ni cina nak beli tanah rezab melayu tak payah rayuan lagi…terus lulus.kalau kerajaan dulu, 3 kali rayuan pun belum tentu lulus…renung2 kanlah..ini bukan fitnah…

  28. Assalamualaikum……….
    Aku pun boleh kata kawan aku kerja kat pejabat tanah atau lebih hebat aku boleh kata kawan aku perdana menteri….alo layla witra lani cakap kena ada bukti,tadak bukti jadi omongan kosong silap gaya jadi fitnah…..

  29. Assalamualaikum kepada semua yang layak menjawab salam..

    Khabar gembira untuk aku selepas buka posa semalam..Tun Che Det menimbangkan kemungkinan untuk kembali ke UMNO..alhamdulillah..semoga Pak Lah dan ahli MT yang lain dapat mengamalkan keterbukaan..jangan dipengaruhi perasaan marah dan dendam..kerana jika itu berlaku..tiada bezalah antara kita dengan Anwar & PKR..lahir atas sikap dendam..

  30. Big8

    Salam

    layla witra,
    Betulkah berita yg saudara tulis itu? Tahniahlah selangor. Namun akan wujud manusia yg masih menyokong tindakan MB itu. Hehe..yg kenyang MB 2..korang apa dpt. Cuba fikir, kenapa Melayu susah dpt dn cina mudah pula dpt. Biasa la org bisnes, mesti mau untung. Yg penting untung, yg rugi xperlu tahu. Agak2 berapa dia dapat hah!

  31. zaia

    Hehe…aik ingatkan dah nak pack beg satu kontena nak berhijrah. tup tup nak masuk umno balik? tak malu ke?

  32. layla witra

    Salam

    Mr FireDown below, ko ni faham tak statement aku ? kan aku dah cakap “ini bukan fitnah”.kalau ko tak percaya, sila tanye orang yg keje kat pejabat tanah…. tapi untuk sedapkan hati ko lagi… jangan tanye orang UMNO tanye orang PAS…AKU CABAR.

  33. Big8

    Salam zaia..

    Kenapa awak dan golongan awak suka menghalau Melayu dari Tanah Melayu(Malaysia). Dah bosan berjiran dgn Melayu ke? Dok berkira-kira nk berjiran dgn puak kafir ke? Kenapa? Dah bosan dgr tangisan anak2 org Melayu ke? Awak lebih selesa dgr salakan anjing2 peliharaan puak2 kafir 2 ke…

  34. Salam layla witra…..
    ha…ha…haaa..layla witra…tanya orang keje kat pejabat tanah?? …ha..ha…haaa….tanya depa???!!ha…haa.haaa…Udah udah le layla witra …..

  35. AbangTuah

    FireDownBelow,

    Bukan begitu caranya sehingga memperlekeh kenyataan Layla witra, dia ada kenyataan. Awak kena hormati, sekiranya sangsi kemukan soalan, bukan tegelak-gelak macam kureng aje.

  36. noni

    saya penyokong mantan perdana menteri,tun dr mahatdir..selamat kembali tun

  37. PMK

    Salam

    Aku rasa la ni Mr.FireDownBelow ni la yg bagi tanah rizab orng melayu pada cina ni..kepala lutut punye budak!!!

  38. A7x

    kOrang suMe xya cite politik laa…aku menyampah tgk korang begadoh..kan senang bepiker sndri lps tu pK yg tebaek utk diundi…tggu plhn raye akn dtg…mcm manepun,Islam pilihanku…

  39. Putera81

    Salam

    Sedara A7x..terima kasih kerana mengutamakan Islam..

    Sememangnya blog nie wujud untuk membicarakan tentang suasana dan isu politik negara serta memberikan pendapat dan pandangan..dengan wujudnya blog ini maka semua orang dapat berdebat dan berhujah dengan percuma dan selamat!!!

    Jadi kiranya hang tidak selesa dengan kami yang “suka bergaduh” nie rasanya tak perlulah kami tunjukkan jalan keluar..ibarat datang tidak dijemput, pergi tak disuruh..kalau nak makan KFC, janganlah masuk McDonalds..kalau tak suka berenang, tak payahla masuk swimming pool..kalau tak mau dengar isu politik sila masuk sitinurhaliza.com..

    p/s: kadangkala “bergaduh” nie elok juga untuk menajamkan fikiran dan memaksa otak lebih banyak bekerja dan berfikir..kerana orang yang otaknya malas berfungsi itu tidak akan dapat memajukan hidupnya dan lembik ketika menghadapi masalah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s