YB Zul Kulim Diberi Notis Sebab Bantah Forum Memeluk Islam

Inilah perjuangan PKR. Entah bertunjangkan apa pun tak tau lah. YB Zul..lompatlah ke UMNO atau PAS…lagi bagus..berikut adalah petikan dari blog beliau. Penulis menyokong tindakan YB yang mengepalai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos yang lalu. Tidak salah berfikiran liberal di dalam politik tetapi harus ingat tiada kompromi sekiranya ia melibatkan isu agama apatah lagi agama Islam.

Assalamua’laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.

Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum “Masuk Islam: Artikel 121(1A)” yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.

Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

Adios..

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “YB Zul Kulim Diberi Notis Sebab Bantah Forum Memeluk Islam

  1. BakaL PM

    Alhamdulillah….
    Sy rasa terharu krn selama ini sy x sangka ada umat islam yang benar2 memperjuangkan kesuciaan agama islam… Sy berharap sgt agar saudara YB Zul Kulim dapat terus berkhidmat kpd masyarakat x kira walaupun sebagai pembangkang ataupun kerajaan kerana pendirian teguh YB Zul Kulim mengenai islam x goyah walaupun diancam oleh golongan atasan…. Benar kadangkala kita akan bercanggah pendirian dgn ketua kita namun apa yang penting kepentingan agama dan bangsa adalah mesti diutamakan… Sy menyokong penuh YB Zul Kulim …. Ketepikan fahaman politik dan utamakan kepentingan agama…

  2. Big8 Jr.

    Salam perjuangan..

    Tahniah di atas kesedaran yg ada dlm diri saudara. Terima kasih kerana sanggup menjaga agama Islam. Bersyukur kerana masih ada pemimpin yg benar2 ikhlas. Saudara, usah gentar berdepan dgn musuh Allah atau kaum2 munafik itu, kami sentiasa menyokong anda. Allah sentiasa merestui anda. Jauhilah diri saudara dari sifat munafik dan org2 munafik..Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s