Daily Archives: September 9, 2008

Ideology Politik Melayu diambang Kemusnahan Bangsa!!!

Nasionalis Melayu bermakna pencinta bangsa Melayu dan Melayu Islamis ialah Melayu yang ingin jadikan ideology politiknya mengikut sistem Pemerintahan Islam.Nationalist Melayu adalah seorang mempraktikan Agama Islam dan Ideologinya lebih bersifat sederhana dan berfahaman Demokratik Liberisma.Tetapi Idealogi seorang Melayu Islamismt adalah lebih berbentuk ideology pemerintahan Islam yang sebenar dan matlamatnya ialah melaksanakan hukum hudud dan lain-lain undang-undang syariah keatas rakyat yang dibawah pemerintahnya termasuk rakyat bukan Melayu.Memahami secara terperinci Nationalisma dan Islamisma adalah sukar sekali dan apa pulak untuk tajuk pendebatan.Tetapi pertembungan diantara kedua pihak ini seringkali berlaku.Walau pun Semenanjung Arab pada ‘amnya rakyat yang 99% Islam telah mengalami perubahan sosio-budaya pada awal tahun 1950, dengan menggulingkan Kerajaan Islamismt dengan kuasa Tentera untuk membentuk Negara bercorak Nasionalist!.Siri pengulingan kerajaan Islamist yang telah berlaku pada Negara-negara Arab seperti Mesir,Syria,Iraq,Yemen dan Algeria.Pembetukan kerajaan-kerajaan baru ini menukar sistem ideology pemerintahan dari Islamist kepada Pemerintahan Radikal atau pun Sosialist.Oleh kerana Pemerintahn dibawah kuasa Tentera pada dasarnya seringkali lemah dan tidak akan berfungsi kebanyakan negara-negara ini bertukar sistem pemerintahan memereka kepada Pemerintahan Kuku-Besi atau pun di panggil ‘Authoritarian governing’.

Namun demikian di Malaysia Orang Melayu selepas Negara Merdeka begitu lama selesa dan senang dalam keadaan Demokratik Liberisma;Kini majoriti orang Melayu mahu Negara ini diperintah mengikut Pemerintahan Islamist.Apa pun alasan mereka,sebenarnya mereka kurang jelas jenis pemerintahan Islamaist yang di anjurkan oleh parti pembangkang Khasnya Parti Pas .Parti itu sendirinya pun keliru tentang jenis pemerintahan Islamist yang perlu ikut!.Adakah Negara ini perlu diperintah mengikut Islam yang asal iaitu mengikut zaman Khalifah Rashidin terpilih? Atau nak memerintah mengikut Imam seperti Republik Islam Iran atau pun mengikut Wahabisma atau Salafisma (Salafiyya)?.Pemerintahan Whabisma adalah model pemerintahan Kerajaan Arab Saudi iaitu pemerintahan Authoritarian yang bersadur dengan Islam,Pemerintahan Khalifah dan dengan Majlis sura yang terakhir ialah Khalifah ottoman yang telah digulingkan pada tahun 1924.Sehingga kini belum ada Negara yang mengamalkan system Khalifah lagi!.Adakah Pemimpin Pas ingin Negara Islam seperti Negara Pakistan atau pun Negara Bangladesh yang digelar Negara Islam tapi bersadur dengan jenis pemikiran Barat?.Bangsa Melayu di Negara ini perlu dapatkan penjelasan yang tepat dan juga perlu ambil kira Kaum Bukan Melayu yang mencecah 49% itu.Kerana masih ramai Bumiputra yang belum memeluk Islam di Negara ini.

Pada Disember 15-18 ,2005 Patrcia Martinez dari Universiti Malaya telah secara rambang menjalankan kajian dan banci 1,000 orang Melayu dewasa tentang hala tuju Nasionalisma Bangsa Melayu di Negara ini.lebih 80% tetapi hanya 57.3% mahu hukum Hudud dan Hukuman syariah perlu diamalkan di Negara ini.Hanya 14.4% orang Melayu mahu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.(Keputusan penuh sila rujuk NST Aug,10 & 31,2006).Pada dasarnya penyatuan Bangsa Melayu yang berpuak-puak Ideologi Politik amat berbahaya dan hasilnya boleh memusnahkan Bangsa Melayu itu sendiri di negara ini.

Kedua-dua golongan yang dipertikaikan Ideology ini perlu mengambil sikap lebih bertanggung jawab dalam menanggani isu ini tanpa memikirkan diri,Ideology atau pun kuasa dalam merealisasikan penyatuan bangsa Melayu itu sendiri.Kalau masih kita berdebat dimana nak letak agama atau negara dalam perjuangan samalah seperti kalau kita buat kajian ayam atau telur dulu?.Allah mencipatakan bumi selepas itu diciptanya Adam dan selepas di turunkan pulak Nabi,kemudian baru Al-Quran diturunkan untuk manusia sejagat sebagai agama ad-diin.Dengan itu negara adalah paling utama dalam konteks ini!.Pihak Parti UMNO dan Parti PAS perlu bersatu demi untuk masa depan Bangsa Melayu.UMNO juga perlu ikhlas dalam menerima pandangan-pandangan dan pemikiran Ulamak Pas untuk Negara ini.Perkongsian kuasa diantara kedua Parti Melayu ini perlu dibincangkan dengan serius untuk kemajuan Bangsa Melayu dan Negara ini.Natijahnya apabila Bangsa ini bersatu,orang Melayu akan merasai satu kekuatan Rohaniah yang kuat untuk maju bukan dari segi kemajuan mental tapi bersama dengan rohaniah yang memperkasa jati diri dan Iman setiap Muslim di negara ini.Akan bentuklah dengan sendirinya satu bangsa Melayu baru yang sukar diperlekehkan oleh bangsa lain didunia ini.Banyak sistem pemerintahan di dunia ini telah gagal untuk membentuk negara yang berwibawa seperti ini tapi Bangsa Melayu ini boleh lakukan.Kerana Melayu Boleh!!!Inilah satu perubahan yang rakyat kian lama menantikan dari pemimpin UMNO dan juga PAS.Semoga Allah merestui gabungan ikhlas ini dengan segera!.

-oleh Mamak Penang

Advertisement

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

TS Muhyiddin Sahkan Tun Ingin Kembali Ke UMNO

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu.

Muhyiddin mendedahkan perkembangan tersebut di sini sebentar tadi berkata: “Dr. Mahathir sendiri menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno.”

Kata Muhyiddin, beliau telah menemui Dr. Mahathir atas permintaannya minggu lalu.

Malah, jelas Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.

nota: Ayuh TUN!! Selamatkan UMNO dan Melayu serta Malaysia seterusnya..

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Wanita Gerakan desak tahan Ahmad bawah ISA

Wanita Gerakan hari ini mendesak supaya ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman.

Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe juga berkata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti memastikan segera yang Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memainkan isu perkauman.

Katanya, perbuatan Ahmad yang berterusan mengecam masyarakat Cina, menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau bimbang ia boleh mencetuskan rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Tan juga berkata, ahli-ahli Gerakan kecewa dan marah dengan tindak tanduk penyokong Ahmad semalam yang bertindak mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

“Bagaimana pula reaksi ahli-ahli Umno jika gambar presiden mereka dikoyak seperti itu,” tambahnya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Gerakan pagi ini.

Semalam, Ahmad meneruskan perang mulutnya terhadap Dr Koh dengan menuduh pemimpin Gerakan itu memainkan isu tersebut.

Ahmad juga mendesak supaya Barisan Nasional (BN) menyingkirkan Gerakan daripada BN.

Ahmad turut memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya jangan memainkan isu-isu mengenai orang Melayu.

Dalam reaksinya malam tadi, Abdullah mengecam tindak tanduk Ahmad dan akan bersemuka dengan ketua Umno Bukit Bendera itu hari ini.

nota: bagaimana pula dengan wartawan akhbar sin chew hit poh….main kasi lepas sahaja ke? bukankah beliau yang bertanggungjawab membesarkan isu ini. satu lagi ujian utk pak lah..

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr M belum mohon masuk semula Umno, kata Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad belum lagi membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang didakwa sesetengah pihak, demikian di sahkan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Najib berkata setakat ini belum ada apa-apa lagi yang membuktikan cakap-cakap bahawa bekas presiden parti itu akan menyertai semula Umno adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Di tanya sama ada Dr Mahathir telah pun membuat permohonan rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Najib berkata: “Saya tidak tahu. Belum ada (permohonan) secara rasmi. (Setakat ini) belum ada apa-apa lagi.

Katanya beliau hanya akan mengulas lanjut isu itu selepas mendapat pengesahan yang lebih formal.

Cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan menyertai semula Umno kini tersebar kencang di kalangan ahli-ahli Umno, terutama melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Usaha membawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno dikatakan diusahakan beberapa pemimpin parti itu sendiri, termasuk salah seorang naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua lagi bekas pemimpin Umno yang dikatakan terlibat dalam usaha itu ialah bekas setiausaha agungnya Tan Sri Sanusi Junid yang turut keluar Umno bersama-sama Dr Mahathir Mei lalu dan seorang lagi bekas setiausaha agung parti Tan Sri Sabaruddin Chik.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan Datuk Ahmad Ismail

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gerakan Penang Putus Hubungan Dengan UMNO Penang

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.
Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

nota: penulis merasakan bahawa masalah ini merupakan masalah ‘peribadi’ di antara Koh Tsu Koon dan Ahmad Ismail. Mungkin dendam sudah lama terbuku, hanya menunggu masa utk ‘meletup’ dan kini sudah pun meletup. atau adakah ini permainan politik DSAI. sila rujuk komen pembaca (ketua bahagian) di bawah.

ketua umno bahagian
September 5, 2008 at 3:41 pm · Edit

inilah kerja umno bila ada apa-apa semua sokong…dulu masa tun pun semua sokong last2 apa jadi pada tuan….semua orang buat dia macam sampah…..dalam hal ni kita kena tau sapa sebenarnya md.ismail…dulu masa anwar jadi Pengerusi Badan perhubungan umno p.pg, dia adalah orang kepercayaan anwar…dia juga macam nak masuk dalam seluaq anwar bila anwar balik ke penang…aku percaya ini adalah strategi dia dan anwar untuk pecah MCA dan gerakan supaya masuk PR….aku blh kompom abg md.ismail ni setiap malam ada tempat anwar ceramah….

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda