Gerakan Penang Putus Hubungan Dengan UMNO Penang

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.
Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

nota: penulis merasakan bahawa masalah ini merupakan masalah ‘peribadi’ di antara Koh Tsu Koon dan Ahmad Ismail. Mungkin dendam sudah lama terbuku, hanya menunggu masa utk ‘meletup’ dan kini sudah pun meletup. atau adakah ini permainan politik DSAI. sila rujuk komen pembaca (ketua bahagian) di bawah.

ketua umno bahagian
September 5, 2008 at 3:41 pm · Edit

inilah kerja umno bila ada apa-apa semua sokong…dulu masa tun pun semua sokong last2 apa jadi pada tuan….semua orang buat dia macam sampah…..dalam hal ni kita kena tau sapa sebenarnya md.ismail…dulu masa anwar jadi Pengerusi Badan perhubungan umno p.pg, dia adalah orang kepercayaan anwar…dia juga macam nak masuk dalam seluaq anwar bila anwar balik ke penang…aku percaya ini adalah strategi dia dan anwar untuk pecah MCA dan gerakan supaya masuk PR….aku blh kompom abg md.ismail ni setiap malam ada tempat anwar ceramah….

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Gerakan Penang Putus Hubungan Dengan UMNO Penang

  1. Big8

    adoi..

    takutnya!!! Gerakan dah putus hubungan dgn UMNO Penang..hahahaha….Awat hangpa xkeluaq terus dari BN. Ingat hangpa 2 berguna sgt ke? Keluaq Malaysia terus lagi bagus. Selamat tinggal

  2. AbangTuah

    Salam,

    Mungkin betul juga kata ketua UMNO bahagian tu.
    Datok Ahmad Ismail got something to do with Anwar.

  3. Salam,
    Mamak bukan tak setuju dengan Datok Ahmad dengan mengeluarkan pendapatnya begitu tapi bila fikir macam Ketua Bahagian itu timbul pulak prasangka pada Datuk ini.Seperti sedia maklum UMNO dan BN perlukan sokongan undi yang kuat daripada pengundi Cina.Dan PR kcil Permatang Pauh diantara Keadilan dan BN dan pengundi Majoriti adalah Melayu!.DAP yang kita tahu penyokong kuat Anwar tapi mamak heran satu bentuk poster atau bendera DAP tak kelihatan semasa kempen kenapadi sini?.Memang semua ketahui DAP ini anti Melayu dan Melayu anti DAP!.Tapi heran bin ajaib Datuk ini pii cerita pasai Cina pasai apa?.Tak ada benda lain ke?.Kalau cerita pasai Karpal Takut kena saman gaknyalah.

    Satu perkara yang Mamak tahu memang UMNO tanjung ini pulaukan YB Arif Shah.Mereka kononnya tak bantu berkempen!.Dan berkali-kali Pak lah dah beritahu kat Datuk dan Lain-lain.Close the topik tapi dia ini masih nak hentam Koh Su Kun pasai apa?.Tak tahulah UMNO tanjung ini makin lama makin hapraak dah!perlu tindakan segera dari pucuk pimpinan atau MT kerana tak tahu hormat ketua atau saja nak lawan bagi lingkup UMNO lagi!.

  4. assalamuaikum semua!

    teman setuju dengan pendapat mamak .. bior ler dema tetap dengan pendirian dema yang tak ber salah …dalam skop lain selama berbelas hari teman di permatang pauh yang ketara dan menyedihkan sebenornya…. kebanyakan bahagian mempunyai masaalah dalaman, paling terkejut apabila teman sepanjang disana tak pernah sekali pun wakil bahagian… tak pun ajk bahagian ker…ajk pemuda ker.. malah puteri pun tak pernah melawat walau sekali pun sepanjang pilihanraya permatang pauh …isk..isk teman rasa masaallah nyer komer sendiri bukan main lantang bersuara tapi kenapa semasa pilihanraya tu tak pulak lantang .. yang ada beberapa kerat jer… itu pun dah pulak jadi isu pulak…macam dato’ ahmad…

    teman rasa tak payah ler nak pertegakan pendirian miker… miker ingat miker sentuh pasal kaum cina macam ler yang kami ni tak ada pendirian pulak. teman ..tuah …big8… mamak pun dah jelak mendengorkan masaallah gerakan ker, mca ker, mic ker, ppp ker…. alo yop bukan miker jer tau tapi teman dan kengkawan cukup perit dengan dema apatah lagi kekalahan PRU 12 tentu puncanya dema.. beringatler…. jangan ler lantang bersuara nak menegakkan betui benor kononya… noleh ler belakang .. nengokler bangsa sendiri yang yang tengah ketengah ketepi…perbetui itu ler dulu..lantangler menyatukan bangsa dari melenting tak tentu hala………

    sekupang dua pening jugak idak ker dia (dato’) perasan atau nampak dengan biji mata nyer yang kedudukan bangsa…atau tak perasaan sebab tengah hafal ucapan……… buang yang keroh cedok yang jernih nin. HIDUP MELAYU!

  5. Bakal PM

    Entah la….Bila dah banyak sgt kekacauan kita x tahu sapa lawan dan sapa kawan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s