Kenyataan Datuk Ahmad Ismail

Advertisement

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

37 responses to “Kenyataan Datuk Ahmad Ismail

  1. ikankecil

    salam…..
    tahniah atas pendirian kukuh datuk…….pemimpin begini yg UMNO perlukan skanrang ni…berani menegakkan kebenaran…..jgn jd lelaki yg tidak beranu…..huhuhuhuuhu……..

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam..

  2. Bakal PM

    Pstt… ikan kecil….
    kalau ada anu tp salah arah tuju pun masalah jgk…. so sendiri mau jaga yer…

  3. Big8

    Salam..

    Dari Bukit Bendera ke Putrajaya…
    Semoga teguh pendirian saudara..
    Biar jumpa Pak Lah, biar jumpa sapa-sapa la..
    Masih mantap pegangan saudara…

    Dari Pekan ke Putrajaya…
    Semoga cepat letak jawatan..
    Biar mohon seribu kemaafan…
    Kami tidak pernah merelakan..

    Dari Seberangjaya ke Putrajaya..
    Semoga sedar wahai sang tua..
    Jgn disekat pemimpin perwira..
    Agar Melayu terus bernyawa..

    Salam Melayu utk Melayu..

  4. unggun api

    tahniah datuk, teruskan usaha…tanpa umno siapa yang akan membela nasib org melayu…rakan2 dalam PKR dan PAS jangan dok diam bila isu MElayu dan Islam diperlekehkan dan dimainkan..Negara ada undang2 dan perlembagaan…Gerakan dah terpesong …bangkitlah wahai anak bangsa sekalian…takan wujud lagu “Anak Kecil Main Api” sekiranya bangsa kita bersatu…”Anak Kecil kita pada generasi akan datang perlu untuk menguasai Api” itu..Hidup Melayu, Aman Malaysia…(Malay di Asia)

  5. Ketika pra Merdeka, adakah semua Cina adalah menumpang seperti yang dinyatakan oleh dia?

    http://hasbullah.pit.my/2008/09/sebelum-merdeka-orang-cina-menumpang.html

  6. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Hakikat yang kita faham asal keturunan kaum cina dan india adalah dari golongan puak imigran tidak perlu dinafikan. Kerajaan British pada sekitar tahun 1870-an dahulu membawa masuk golongan ini beramai-ramai sebagai jalan alternatif atau penyelesaian untuk mereka mencari pekerja-pekerja yang berkualiti dalam bidang perlombongan serta pertanian kerana pada pandangan mereka kaum Melayu dan bumiputra ini dilihat sebagai malas dan tidak boleh diharap dalam kesungguhan untuk membantu menjana ekonomi mereka sebagaimana yang diharapkan. Hasilnya dengan bantuan beribu-ribu pendatang yang miskin terutamanya daripada tanah besar China, British dengan mudahnya dapat meraih hasil bumi dan mengaut segala khazanah serta aset-aset pribumi tanah melayu tanpa disedari faedahnya dan nikmatnya pun kepada orang Melayu pada ketika itu.

    Pada asalnya, golongan yang datang hampir kesemuanya lelaki dan mereka pulang ke tanah air apabila tempohnya. Namun sesetengah mereka pula berkahwin dengan penduduk tempatan dan kemudian sesetengahnya membawa pasangan dan keluarga mereka dari China lalu mendiami tanah Melayu, membina penempatan, tokong-tokong, sekolah-sekolah dan sebagainya bermula dari saat itu. Sewajarnya perkataan menumpang khas ditujukan bagi mereka yang tinggal sementara pada waktu mereka mendiami Tanah Melayu kerana asal sebenar mereka adalah dari Tanah Besar China. Bagaimanapun, kerana pada masa itu pihak dan kerajaan Inggeris tidak menghalangi kemasukan dan permastautin kaum dari luar ini, sehingga mereka berjaya membina bandar yang rata-ratanya orang cina. Inilah fakta yang diperkatakan kita berkaitan kaum pendatang dari segi sejarah. Cuba bayangkan jika kita pada masa itu mempunyai satu kerajaan sebagaimana sekarang ini. Tidakkah mereka itu sama sahaja dengan pendatang asing lain yang berstatus ‘PR’ (permanent Resident) sahaja? – yakni anugerah kewarganegaraan tetapi bukan hak yang boleh dituntut oleh warganegara asing.

    Sultan-sultan melayu pada masa itu memberikan kerjasama yang erat kepada British dan orang cina bagi menjana ekomoni tanah melayu serta mendedahkan anak-anak muda melayu kepada pendidikan barat. Bagaimanapun, malangnya dikatakan bahawa sultan-sultan melayu ketika itu terlalu boros dalam perbelanjaan mereka sehingga menyebabkan mereka berhutang dengan bank-bank yang dikuasai oleh orang-orang cina. Bagi meringankan beban hutang, maka akhirnya sultan melayu terpaksa menerima satu keputusan bersyarat kaum cina iaitu memberikan hak yang tidak dipunyai oleh orang-orang mereka sejak pendudukan mereka di tanah melayu. Bermula dari saat itulah kaum cina ini telah mendapat hak dalam urusan ekonomi dan juga kuasa dalam bidang politik sebagai ganti kepada penyelesaian permasalahan hutang sultan-sultan melayu tersebut.

    Dalam keadaan pemimpin-pemimpin dan orang tempatan tanah Melayu yang sungguh lemah inilah, peluang bagi kaum cina mendirikan penempatan-penempatan dan struktur kemudahan yang seakan-akan satu empayar begitu luas dan tiada penghalang. Inilah yang membuatkan mereka seperti berada di tanahair sendiri dan enggan pulang ke tempat asal. Masakan pula mereka hendak meninggalkan satu penghidupan yang selesa di tanah melayu dan serba-serbi cukup serta lebih baik jika dibandingkan dengan kampung halaman mereka.

    Sekarang setelah melalui pelbagai kenyataan dan suara orang Melayu akan hak penduduk asal sejak sebelum merdeka lagi, mereka mencuba pula untuk menghapuskan taraf bumiputra agar tuntutan yang lain serta kuota pemilikan tanah dapat diperluaskan secara lembut dan manfaat2 keistimewaan bumiputra dapat dikecapi bersama sebagaimana Singapura. Ini akan melengkapkan segala keperluan dan hak-hak yang mereka pertikaikan sejak dari nenek moyang mereka lagi. Tujuan utama MALAYSIAN MALAYSIA yang dicanangkan nereka adalah supaya tidak lagi timbul persoalan tentang siapakah penduduk asal yang lebih berhak terhadap sesuatu tuntutan jika ia melibatkan pertelingkahan kaum. Sejarah juga tidak akan dilihat sebagai satu perkara yang memberikan kelebihan bagi kaum melayu. Soal monopoli tanah, harta dan kuasa juga dapat ditentukan dengan pengaruh dalam bidang ekonomi yang selama ini dikuasai mereka. Apakah wang itu menentukan dan menyelesaikan segala permasalahan? Tepuklah dada Tanya selera, sesungguhnya kaum melayu dan bumiputra tidak mempunyai daya kekuatan untuk menangkis masalah ini. Jika tidak dikawal dan tiada kuota yang mempertahankan hak bumiputra, pastinya terlebih dahulu kita dipinggirkan sebagaimana melayu Singapura.

    Seandainya ini berlaku, kita sebagai kaum bumiputra dan bangsa melayu tidak mempunyai apa-apa mekanisme yang menpertahankan hak keistimewaan penduduk asal lagi sedangkan apa yang ada sekarang inipun tidak banyak disyukuri nikmatnya oleh sebahagian orang-orang kita sendiri. Hakikatnya, nikmat yang ada sekarang tidaklah ianya nampak pada mata kasar dalam bentuk keuntungan bagi orang perseorangan dan ia bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi orang bumiputra tertentu semata-mata, sebagaimana disangka oleh sesetengah pihak. Hak bumiputra ini sebenarnya tidak sedikitpun mengancam serta menghimpit peluang masyarakat kaum lain untuk berjaya. Tidak pernah kita mendengar satu ancaman pun dari kaum bumiputra dan melayu disebabkan monopoli perniagaan oleh kaum cina dan lain-lain yang berjaya. Mengapa pula hak bumiputra dipersoal?

    Bagi kaum yang bukan bumiputra pula, nikmat kemerdekaan dan kesejahteraan hidup harmoni dalam pelbagai kemasyarakatan janganlah dirosakkan oleh tuntutan-tuntutan yang melampaui batas terhadap maruah dan agama kaum yang kependudukannya majoriti dalam negara. Cukuplah dengan kejayaan dalam bidang ekonomi dan taraf pendidikan yang cemerlang, pemilikan besar-besaran aset-aset, harta peribadi dan perniagaan-perniagaan yang hampir dimonopoli oleh kaum cina dan sehingga kini tidak mampu disaingi oleh orang melayu serta bumiputra malah tidak pula dipertikaikan sedikitpun. Oleh yang demikian, janganlah diperbesarkan perkara-perkara lain yang remeh yang menyinggung perasaan kaum bumiputra.

  7. nadrah

    “itu ammat ada pegang mendela ka? tiga tawwun kena ngantung… lebeh baik duduk atas pokok dekat bukit mendela………..

  8. Bakal PM

    elok lg kena gantung tiga tawwun… Jgn nanti meroyan seumur hidup coz hajat & angan2 mat jenin x kesampaian…. Kesian…

  9. jim...

    hebat datuk..mmg bagus..saya sokong 1000%

  10. mok

    salam.

    Takpa Dato’ Ahmad. Inilah pejuang sejati berprinsip. Sekarang kita tunggu dan lihat.. kalau ada suku sakan sukun dan jumeng yang buka mulut celupar.. kita ajar.

  11. Apai Ngelai

    Salam,

    PKR sungguh bijak mengeksploitasikan alasan perkauman dalam ketuanan melayu sebagai senjata untuk membentuk dunia impiannya. Sejak dari merdeka, kita hidup dalam aman damai mengapa sekarang ini dilaungkan pula sikap ketidakadilan kita yang menyebabkan ketegangan di antara kaum-kaum lain?

    Jika DSAI hendak mengambil alih kerajaan pun atau merasakan sangat layak menerajui kepimpinan negara, apa perlunya beliau mencanang sesuatu isu yang tidak sepatutnya menjadi kemarahan kaum-kaum lain untuk menjatuhkan parti kerajaan? Di manakah rasionalnya tindakan seorang pemimpin yang suka menghasut dan memecahbelahkan umat seagama dan sebangsanya?

    Dunia sudah di akhir zaman. Ajal dan maut di tangan tuhan. Jika ditakdirkan kita mati dalam keadaan ini, apakah alasan kita nanti untuk membenarkan perpecahan sesama Islam sehingga sanggup bergandingan dengan musuh-musuh dan pembunuh umat Islam bagi menjatuhkan sebuah kerajaan Islam?

    Kepada penolong-penolong pembangkang yang anti-Islam secara terang-terangan… Kepentingan duniawi anda nampaknya lebih utama dari perbicaraan selepas mati kelak. Pernahkah anda mempertikaikan perbuatan puak-puak kafiruun mempersendakan islam selama ini jika dibandingkan dengan pertikaian anda terhadap kedudukan saudara seagama sendiri dalam pemerintahan sebuah kerajaan? Fikirlah, yang mana lebih berat, mudah-mudahan anda semua beringat..

  12. Pejuang sejati emendenye….Takpele dok dalam UMNO kebai tak kena ISA,kalau Dato Ahmad tu orang PKR atau PAS dah lama dah kena ISA…..Berprinsip toya harap pandai cakap ja sapa pun boleh….anak bangsa kat air itam/bukit bendera hidup merana…

  13. Assalamualaikum…..
    Al-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah mengajak rakyat memerangi khurafat yang dibawa Umno di kalangan orang Melayu, iaitu dengan mendakwa hanya Umno boleh memerintah.

    Al-marhum sendiri yang menamakan dakwaan itu sebagai khurafat, iaitu amalan atau kefahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Khurafat besar itu berakar umbi dalam kefahaman orang Melayu sejak sekian lama.

    Hasil penerangan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah pejuang PAS, khurafat itu makin hari makin terhakis. Hari ini sekurang-kurangnya enam buah negeri di Semenanjung pernah menolak fahaman khurafat tersebut.

    Setelah terbukti di depan mata bahawa Umno boleh untuk tidak jadi pemerintah, maka fahaman songsang itu tidak lagi dijaja di kalangan orang Melayu.

    Namun tidak bermakna usaha menyambung hayat kuasa melalui fahaman khurafat yang diterapkan di kalangan orang Melayu dihentikan.

    Mereka menukar pula fahaman yang ditolak tadi kepada kenyataan baru iaitu kuasa Melayu-Islam terhakis jika Umno hilang kuasa.

    Selepas pilihan raya umum ke-12 Umno mencanangkan Melayu hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Nasib Melayu dan Islam akan terancam.

    Negara dikejutkan dengan kenyataan seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mendakwa masyarakat Cina hanyalah penumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan Bumiputera. Ucapan itu dibuat dalam siri kempen BN di Permatang Pauh.

    Setelah disergah parti komponen BN dari kalangan Cina, Umno jadi gelabah dan Timbalan Presidennya, Najib Tun Razak sepantas kilat menuntut maaf kepada masyarakat Cina atas perlakuan yang bukan dilakukannya.

    Ahmad lalu menjelaskan bahawa apa yang disampaikan beliau adalah pernyataan di zaman British. Beliau hanya menyampaikan fakta sejarah, bukan berniat mahu memusuhi orang Cina.

    Soalnya mengapa kuliah sejarah itu diadakan sewatu berlangsung pilihanraya kecil Permatang Pauh, di hadapan pengundi Melayu?

    Bukankah kerana mahu memberitahu orang Melayu bahawa ketuanan serta hak istimewa mereka akan hilang jika mengangkat manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lantaran beliau bersekongkol dengan DAP yang kononnya mahu mensaksamakan hak-hak rakyat jelata negara ini berasaskan Malaysian Malaysia?

    Alangkah lebih baik jika Ahmad menjelaskan begitu dari berputar-belit ke hulu ke hilir menyalahkan wartawan kononnya menyalahtafsirkan kenyataannya.

    Isu besar yang diprojekkan ke benak pemikiran orang Melayu pasca-pilihanraya umum ke-12 ialah Melayu kehilangan kuasa politik, sekurang-kurangnya di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

    Kehilangan kuasa Melayu, ditakrifkan Umno sebagai keadaan di mana Umno tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

    PAS dan Melayu KeADILan tidak sempurna Melayunya. Umno sahaja barangkali yang lebih Melayu dari orang Melayu. Isu yang dibawa Umno selepas mereka hilang kuasa ialah isu berasaskan asobiyyah kaum.

    Sejak Umno hilang kuasa di lima negeri, isu-isu yang mereka ketengahkan sentiasa berbaur perkauman. Isu kandang khinzir, pemberian tanah kepada masyarakat bukan Melayu, pelajar bukan Melayu di UiTM, pemberian projek tidak berasaskan kronisme DEB adalah antara yang dimainkan Umno.

    Persoalan besarnya ialah mengapa isu ‘memperjuangkan’ Melayu hanya bergegar selepas Umnohilang kuasa. Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, masih terdapat orang Melayu yang merempat di pinggir bandaraya.

    Ahmad Ismail pun tentu menyaksikan sendiri satu demi satu tanah milik Melayu Pulau Pinang tergadai kepada orang lain. Tanah orang Melayu yang menguasai Balik Pulau 30 tahun dulu, sekarang apa dah jadi?

    Isu Melayu Pulau Pinang sudah jelak untuk diperkatakan. Semakin diulas semakin menyakitkan hati.

    Sepanjang separuh abad Umno-BN berkuasa di negeri itu, tidak ada satu hari di mana ekuiti orang Melayu bertambah dari sebelumnya (berbanding bukan Melayu) melainkan terus berkurang dan berkurang.

    Umno ternyata gagal membangunkan Melayu sewaktu berkuasa. Mengapa sekarang, waktu hilang kuasa, baru terhegeh-hegeh nak perjuang hak Melayu yang terhakis?

    Semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang didominasi Gerakan. Penasihat Gerakan Tun Dr Lim Kheng Yaik sewaktu bersama Umno pun menyampah dengan gelagat parti itu. “Kami menghadapi Umno yang paling bongkak sekali ekoran keputusan pilihanraya 2004.

    Penyalahgunaan kuasa, rasuah, tender secara perundingan yang kebanyakannya diperolehi syarikat yang ada kaitannya dengan Umno,” kata Lim Kheng Yaik dalam temubualnya dengan The Edge.

    Paling menarik ialah pembongkaran beliau mengenai budaya politik wang Umno yang turut memberi kesan kepada parti komponen BN yang lain. “Semuanya wang, wang, wang dan wang,” ujar Kheng Yaik.

    Amat memalukan apabila rakan bukan Melayu Umno yang mendedahkan perangai buruk mereka yang meletakkan duit sebagai mauduk perjuangan.

    Jelaslah, dakwaan bahawa kuasa Melayu hilang ekoran kekalahan Umno adalah khurafat kedua yang mesti diperangi. Khurafat itu pula mereka peralatkan untuk menagih kuasa.

    Teruk benar Umno, bukan setakat ‘sumpah’ mereka peralatkan, ‘khurafat’ pun mahu diperalatkan.

  14. mok

    Salam,

    Bagi melayu perasan yang dah lupa diri.. wirid mereka yang berbertih di mulut adalah :
    “UMNO..DEB ..KONTRAKTOR..WANG..,UMNO..DEB ..KONTRAKTOR..WANG..,UMNO..DEB ..KONTRAKTOR..WANG..,UMNO..DEB ..KONTRAKTOR..WANG..”.
    Ahli UMNO ada berjuta.. yang jadi kontraktor berapa orang ? Majoriti Pemimpin PKR pun adalah bekas ahli UMNO. Ramai kontraktor juga. Itu hanyalah sekelumit daripada laba DEB. Asal nama awak melayu.. awak berhak menikmati keistimewaan DEB.
    Jangan munafik mengatakan keistimewaan melayu hanya untuk melayu UMNO. Jangan hipokrit mengatakan keistimewaan menikmati biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak dinikmati oleh melayu penyokong PAS dan PKR. Jangan menipu diri bahawa keistimewaan kuota kemasukkan ke IPTA dinikmati oleh melayu tanpa mengira ideologi. Jangan pejam mata keistimewaan untuk melayu mudah menjawat jawatan perkhidmatan awam turut diisi berduyun-duyun oleh simpatisan pembangkang.
    Namun.. buatlah sebaik mana dasar pun untuk membantu melayu, akhirnya kuasa ekonomi yang dipegang cina tetap juga berkuasa. Kerana mereka adalah pemodal, tauke kilang dan firma swasta. Awak datang interview ke kilang dengan ijazah universiti terkemuka UK, tapi yang dapat kerja adalah anak saudara sahabat tauke yang baru pulang dari Taiwan dengan berbekalkan hanya segulung ijazah yang tidak diiktiraf. Alasannya.. hanya kerana dia fasih berbahasa mandarin.
    Dalam situasi begini.. kita masih berlagak, perasan tak sedar diri dan minta segalanya disamaratakan. Maka jawabnya.. segala kuota dan peluang melanjutkan pelajaran atau menjawat jawatan awam akan menyempit. Tanpa biasiswa pun.. mereka ramai belajar di luar negara kerana kekukuhan ekonomi, apatah lagi jika hak minikmati biasiswa adalah sama rata. Tapi apa yang berlaku.. lulusan melayu yang pulang inilah yang jadi kacang lupakan kulit. Awak dah menikmati.. sekarang bila dah senang.. baru terfikir tentang kesamarataan. Tenyata sikap ini, TIADA Keadilan.. walaupun memperjuang Keadilan.

  15. AbangTuah

    FiredownBelow,

    Silap salah kerajaan memang senang dicari, lagi mudah kebaikan disembunyi!!!

  16. jefry03

    Salam Tahniah Saudara fire down below,

    Apa yg saudara ckpkan itu semuanya benar..saya setuju 100 peratus, org yg hati dia dah gelap dan ada kepentingan je yg akan berdolak dalih, zaman nenek dan atuk aku dulu belajar ada pulak biasiswa, ramai yg dapt balajar ke luar negara ketika itu, zaman skrg ni peruntukan biasiswa dah takda, saya belajar pun duit pinjam pastu ada interest pulak tu.. pemerintahan Bend banyak hutang.. tak pandai urus duit sedangkan negara kita ni begitu kaya.. mcm2 ader.. dan sepatutnya org melayu lah yg kaya sepanjang pemerintahan UmNO ini tidak org cina juga yg kaya,
    ok lah hidup pakatan rakyat.. mari semua org2 umno kita pakat ramai2 buat perubahan kalau hidup nak senang…selamat berpuasa n selamat hari raya.. pada semua pembaca.

  17. AbangTuah

    Jefry03,

    Kerajaan dah tanggung atuk nenek, mak bapak melayu termasuk kau belajar dari sejak kau berumur 7 tahun.

    Bila nak belajar peringkat tinggi kena buat pinjaman pun kau dah merungut macammana keadaannya kau nak menghadapi konsep yang ideal dan meritokrasi kelak!!!

    Temberanglah!!!

  18. mok

    salam.
    Sekarang pun masih ada tawaran biasiswa (JPA/MARA/Petronas dll.) untuk study abroad esp dalam bidang yang kritikal seperti medic dan kejut. Tapi syaratnya awak kena dapat straight ‘A’ dulu baru ditimbang. Keutamaan pelajar melayu, itu yang pembangkang marah sebab tak faham sejarah. bagi yang lain.. ada sesetengah course.. pinjaman boleh convert jd biasiswa kalau CGPA tinggi. Bukan apa.. biar anak melayu alert dan mengejar kecemerlangan. Cuba check belanjawan.. interest tinggal berapa % ?

  19. Nadrah

    Bayangkan…. habis belajar diploma hutang 30k?
    kalau degree 50k-60k?

    Muda-muda hutang dah banyak…
    keluar keje gaji dapatlah RM1000 sebab experience tadak…
    inilah realiti….

    Duit nak bagi Mak Bapak lagi…..
    Nak bayar interest ptptn lagi….

    Aku tak heran ler budak SPM dapat banyak A pun…
    last-last kerajaan juga untung…
    siap boleh tidor lagi, duit pun masuk…
    haram betul!

  20. Nadrah

    Sebab ape orang muda lani tak nak sokong UMNo?

    Sebabnya HUTANG BANYAK!

  21. Apai Ngelai

    Sungguh bijak,

    Hutang hanya akan langsai dengan menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin janji DSAI sempena menyambut hari bersejarah dengan terbentuknya Malaysia PKR-DAP dalam khayalan.

    Nadrah,
    Sememangnya awak ini adalah dari golongan yang berintelektual, mahir berpolitik dan sangat bijak, mungkin awak ini bekerja sebagai seorang doktor falsafah di Universiti tempatan.
    Nampaknya barulah kita tahu kenapa orang muda lani tak nak sokong UMNo – Rupa-rupanya disebabkan HUTANG BANYAK!

    Tak pasti pulak dari mana awak dapat idea mengatakan orang blajar pakai hutang, kerajaan pulak yang untung…. duit pun masok, siap boleh tido lagi tuh! Apa mende yang awak cakap nih? Apa plak orang blajar berhutang pastu duit masok, kerajaan untung siap boleh tido? Apa jenis falsafah ni?

    AbangTuah,
    Tolong perjelaskan bagi pihak dia ni… Bantulah dia pada kadar segera sementara masih sempat! Ni dah peringkat sasau nampaknya…..

  22. Bakal PM

    sebab apa hutang bnyak … sebab pinjam…. Yang pinjam tu korang yg bayar korang la… x kan mak bapak korang pulak yg bayar… jgn nak tipu la kerajaan bermurah hati tolong bg pinjaman kat korang sebab tau mak bapak korang x mampu…. So kerajaan xnak bg korang jd bangang kalau x sambung pelajaran…. Tp yg nyata budak2 U skarang dapat jer duit pinjaman kebanyakannya bukan nak utamakan nak beli buku, bayar yuran…. yg diaorg utamakan beli moto, belanja awek, beli hphone, pasang badan konon2 nak kurus (ala maybe nadrah pun buat agaknya) & mcm2 benda yg xde faedah… pstu duit habis mintak kat mak bapak lg…. Ingat skit bangsa lain tu sambung blajar kat IPTS pulak lg tinggi yuran dia tp xde la membazir… Diaorg pun pinjam jgk tp xla sebanyak yg student melayu pinjam… Kesimpulannya kerajaan bnyk membantu kaum bumiputera….

  23. Bakal PM

    Buat Nadrah…
    kalau x nak dibebani hutang jgn berhutang yer…. Keja rajin2 simpan duit… bsk2 anak kau nak masuk U x pyh melutut kat kerajaaan mohon pinjaman….. yela nanti anak tu berhutang plk…. x sedar dek untung… nak tunggu Mat Jenin kasi biasiswa sampai kiamat pun belum tentu dapat…. angan2 dptla…

  24. waris79

    Salam Nadrah,
    Salah fakta tuh, kerana orang muda mudah lupa,
    tak pernah merasai untuk mencapai kemerdekaan..
    hanya selepas merdeka tahu mencari sesuap nasi namun tak tahu menghargai jasa orang lama yang susah nak dapatkan kemerdekaan ini…
    apabila hak tergadai baru nak terhegeh-hegeh nak bersatu….

  25. waris79

    abih dapat pinjam duit rakyat perlu bayar balik…
    bukan sorang jer nak p belajaq…
    duit yang telah digunakan perlu diberi kepada yang berhak….
    dah tau pakai tak tau nak bayar plak…
    belajaq tinggi-tinggi lepas hentam kerajaan…
    macam membunuh ibubapa yang dah menanggung hidup si anak membesar tapi tak tau nak menghargainya….
    Nampaklah siapa kamu yang sebenarnya….

  26. Nadrah

    Sebab dia UMNO…………………

  27. Nadrah

    Bakal PM, waris79, Apai Ngelai

    Hangpa seme boleh buat kajian tentang fakta aku ni….. hehehe

    Logik ker umur 21thn ader utang 30K?
    umur 24thn utang 60k?
    ni belum keje lagi……….

    Kalu keje pun, gaji pulak RM1000 jer ataupun cuma keje part time McD ker? KFC ker? cukup ker?

    Apa kamu ingat dengan Rm1000 mampu nak hidup zaman ni? Minyak naik, Beras naik, Barang naik, interest naik …..

    Kalau lagi ramai bebudak masuk U, makin cepatlah UMNO ni melingkup… sebab apa? depa tu dah x mau baca Utusan, Strait Times, Berita, depa aku surf net untuk dapatkan maklumat sebenar…

    Member aku ader beritau masa pilihanraya P44 P.Pauh, Banyak Masjid ngan surau diberikan Utusan percuma, satu lori mai agihkan kat Masjid n Surau punya banyak…. tapi member aku siap balik umah amik kete, amik seme sekali. kira nak lelong kat paper lama….. katanya buat beli pop-pop raya ni….

    Korang seme panggillah profesor2 suruh buat kajian tentang fakta aku tu……

    bukan x mau bayar utang,
    tapi melampau banyaknya…
    bukan x mau sokong UMno,
    Tapi tak mau terus ditipunya….

    Kalau x rasuah, x UMNO..
    Kalau x UMNO, x rasuah…

    Pi kejut Pak Lah woiiiiiiiiiiiiii

  28. Nadrah

    waris79.

    Abis tu Utang UMNO 218juta, masa pilihanraya 2004 waktu al fazil ustaz Pak Lah Al-tiduri menang besaq pun tak bayar lagi…

    Mungkin ader kengkawan disini yang dapat air mineral, baju, gula-gula, topi, bendera waktu tu…

    Ingat mende2 tu tak bayaq lagi tau….

  29. Nadrah

    Buat Bakal Pm

    Pinjam kena bayar kan? tu aku setuju…
    Tapi macammana Kerajaan Penang bwh Koh soo Khoon dulu jual tanah kat Pulau Jerejak, pastu boleh lupa pulak nak amik duit…… hebatkan?

  30. Nadrah

    Ada ker Orang UMNO kena tahan ISA waris79?

  31. pemerhati

    betul jugak ckp saudara nadrah ni.. alamat nak karamlah kapal umno ni,
    inalillahiragiun….

  32. Bakal PM

    salam Cik Nadrah…
    pg td sy bangun tido sahur… pastu contact kwn2 tanya bila Mat Jenin tu nak angkat sumpah sbg PM Malaysia??? Tp xde sapa pun yg tau… semua pakat tergelak…. Badut sarkas pun x pandai buat lawak tahap cipan mcm Mat Jenin tu buat… Nanti kalau ada informasi bg lat au yer… Agaknya Mat Jenin tu bg tau 16 september jer tp tahun blm confirm kot…. ok la ingat dpt la tahun ni sambut raya dgn PM baru tp ala sedih nak ulas panjang lebar…. Buang duit je korang tempah frame gambar Anwar konon2 nak gantung kat dinding semalam tp last2 gambar PakLah lg yg korang tgk…. Gmbr Anwar yg dah frame tu buang kat sungai je sebab buat sakit hati jer hajat x kesampaian…. Malunya mana nak letak muka….Keh… Keh…

  33. Nadrah

    Dsai nak bagi tau 16 Sept tu hari penubuhan Malaysia….. bukan seme orang tahu….

    Tapi Bakal PM tunggu ler 2- 3 hari lagi….. mana tahu…… hehehe

    Since Pak Lah pun dah tukaq Portfolio Menteri Pertahanan….. Kalau tidoq lagi.. tergadai lah Malaysia….

    Ekonomi dah teruk… senang-senang jer dia pi tukaq porfolio, tak bertanggungjawab betul…. malulah…….

  34. Bakal PM

    Eh!!! Berita gempar ni cik Nadrah… Betul ker 2-3 hari lg??? Kan dah pesan sebut jela sebelum kiamat… Buat apa nak berbohong lg Mat Jenin oii… Dgr2 cerita sebab kemaruk sgt nak kerusi Mat Jenin tu dah dpt pun 30 kerusi tp beli kat IKEA sempena raya ada diskaun 30%… Keh… Keh… Cik Natrah ni x serik2 la kena kencing… Rasanya mat jenin tu sgtla sesuai jd hos Bang Bang Boom musim terbaru sebab dia pandai kenakan org… Ok la kalau sy dgn penuh teruja tunggu 2-3 hari lg ni, x jugakla dpt Mat Jenin tu jd PM mcm mana??? Cik Nadrah syg… malu skali xpe tp kalau malu berkali2 org sebut memang dah x tau malu….buek malu muko jo kata org nogori… Ok see U another 3 days… x sabar nak gelak lg…

  35. Nadrah

    Ingat…. Pakatan Rakyat dalam posisi menyerang…. setiap pergerakan Bee End kena Check, Menteri Di Jabatan PM dah kena makan…. ni tunggu Check Mate Pak Lah jer…… tak nampak ker?

    Lawakan MUKAPAKLAH sekarang ni ?

  36. Atila

    dah takde projek gomen di penang, kenelah main isu perkauman, desperate, macamle rakyat tak
    tahu. si ahmad ni pun rumahnya berjuta juta RM, ape pasal kau orang sokong membuta je.

    Apa sangat dia contribute pada melayu penang?

    Fikirlah. kite orang penang dah meluat pemimpin umno begini, DEB kontraktor wang rumah besau kereta besau rombongan makan kenduri…memperlembukan rakyat melayu penang.

  37. Kuntakinte

    Salam, hai nadrah & atila, kenapa lah busuk hati sangat, bila melayu rumah besar. kereta besar sikit2 main tuduh sembrono je kata rasuah sikit2 melayu rasuah, sikit2 melayu rasuah, walhal dia ada bisnes dia, dia kerja kuat… hang nak kaya duduk melengkok dalam rumah nak kaya… pi…. rah, bila cina dan keling kereta besor, rumah besor terbeliak bijik mata mulut ternganga jakun tengok, sebijik buah pun hangpa tak bercakap, ishh..ish… sedih sungguh teman tengok sang melayu makan nasik berlaukkan hati busuk berulamkan Phd….. Atila oi… mampuih lah dia selagi ada rakyat penang kena bagi duit buat rombongan hang buat lawak sungguh, kalau ye pun baguih la lagu tu dia pertolong persatuan2 buat rombongan bagi celik bijik mata orang penang sikit….

    Si Nadrah tu ha…. cara tulis pun tahu hati busuk, mulut busuk….. hidup sampai sekarang atas jasa sapa pun tak tau kan diri… celik bijik mata terus kata orang sini tak betul, orang sana tak betul, sebijik macam mami jarum… sat gi si An War tibai hang baru hang tau kan diri… he..he… gurau je jangan mare…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s