Wanita Gerakan desak tahan Ahmad bawah ISA

Wanita Gerakan hari ini mendesak supaya ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman.

Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe juga berkata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti memastikan segera yang Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memainkan isu perkauman.

Katanya, perbuatan Ahmad yang berterusan mengecam masyarakat Cina, menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau bimbang ia boleh mencetuskan rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Tan juga berkata, ahli-ahli Gerakan kecewa dan marah dengan tindak tanduk penyokong Ahmad semalam yang bertindak mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

“Bagaimana pula reaksi ahli-ahli Umno jika gambar presiden mereka dikoyak seperti itu,” tambahnya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Gerakan pagi ini.

Semalam, Ahmad meneruskan perang mulutnya terhadap Dr Koh dengan menuduh pemimpin Gerakan itu memainkan isu tersebut.

Ahmad juga mendesak supaya Barisan Nasional (BN) menyingkirkan Gerakan daripada BN.

Ahmad turut memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya jangan memainkan isu-isu mengenai orang Melayu.

Dalam reaksinya malam tadi, Abdullah mengecam tindak tanduk Ahmad dan akan bersemuka dengan ketua Umno Bukit Bendera itu hari ini.

nota: bagaimana pula dengan wartawan akhbar sin chew hit poh….main kasi lepas sahaja ke? bukankah beliau yang bertanggungjawab membesarkan isu ini. satu lagi ujian utk pak lah..

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Wanita Gerakan desak tahan Ahmad bawah ISA

  1. Bakal PM

    amboi2… Kita tgk org cina blm ada apa2 kuasa lg dia dah kerah kita buat itu ini ikut kehendak mak bapak dia jer… Kalau Sukun tu sendiri yg x cari pasal bersama2 DAP &MCA xkan isu ni jd besar… Ini xde, siasat pun tidak alih2 buat laporan… Boleh dia tanya balik tu kalau pemimpin kita punya gambar disiat2 kita marah x??? Selama ni DAP mainkan dan menghina sensitiviti org melayu dia xde pulak tanya kita marah x?? Wahai Gerakan blahla dari BN… Jgn cuba2 nak singkirkan walau seorang pun dari UMNO…. Ni namanya menumpang di dalam BN tanpa ada apa2 kuasa tp dah berlagak mcm tuan rumah… Harap PakLah jg sensitiviti org melayu sblm mengambil apa2 tindakan terhadap Datuk Ahmad… Jgn hanya mengharap ihsan sokongan masyarakat cina PakLah sanggup menjatuhkan maruah saudara sendiri…. Selesaikan dgn berkhemah bukan atas desakan mana2 pihak… Semoga TDM dpt membetulkan apa yg silap dalam BN skarang….

  2. ikankecil

    salam……

    datuk x perlu takot….kami orang2 melayu sentiasa menyokong pemimpin yg berani dan berkaliber seperti datuk…….semoga allah merahmati datuk….AMIN

    ikankecil berenang bebas…
    wasalam…

  3. PMK

    Salam Datuk
    Jangan sesekali mintak maaf Datuk ..kami orang Melayu Melaka sentiasa sokong Datuk..jangan cemarkan lg maruah orang Melayu yang sebelum ini pernah tercemar (kes cium keris)..jangan kita dipandang hina..kali ni apa nk jadik jadik la

  4. aberamly

    SABAR AJE LAH… MESTI DULU ADA U ORANG BUAT NANYA KAT TOK MAT NI. KALAU TIDAK TAKKAN DIA MENGAMUK. GERAKAN KENA STUDY JUGA PERASAAN “MELAYU” DI P PINANG TU.

  5. PMK

    wartawan akhbar sin chew jit poh yang sepatutnya kena ISA..sebab dia yg buat..kalu apa2 hal carik dia dulu…………..

  6. Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
    ———————————————————–

    Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
    sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

    Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah ” Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

    Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

    Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

    1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. – Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

    2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. – Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

    3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. – Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

    4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. – Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

    5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? – Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

    6. Wartawan dicabar dan lain-lain. – Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

    7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. – Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.

    http://patek1472.wordpress.com

  7. princeofpenang

    ish… ish… kesian semua orang UMNO kat sini,
    dok takut “ketuanan melayu hilang”.

    Allah s.w.t tak jadikan bumi Malaysia ni untuk orang melayu sahaja dan kaum lain hanya menumpang.

    Orang UMNO ingat bumi malaysia ni mereka yang buat ?

    Nabi Muhammad masa hijrah ke mekah dulu pun kira sebagai pendatang jugak ?? tanya kat Ustaz UMNO tengok apa dia jawab.

    Marilah kita bersatu padu untuk bersaing dengan dunia luar bukan bersaing sesama kaum di Malaysia.

    Marilah kita bersatu dan bersaing dengan negara luar habis-habisan barulah kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

  8. Sivajee

    Mad semangat tak kena tempat………….
    Ini jadi nya pemimpin tak sekolah tinggi………….
    Badan beso tapi otak tak ade………….

    Kalau apak lah tak pandai control hancussss Malaysia ini……… di kerjakan dek mamak pedukang ini…. Bukan Cina yang rosakkan negara tapi mamak tongkang pedukang laknat………

    Dah salah minta maaf je lah . ini tidak …pusing pusing mengalahkan ular je…………..

    Tak jadi 13 mei tak ape …. Kalau jadi engkau dulu kami cari………..

    Ketua tak bertamdun.

  9. Bakal PM

    patek1472…
    dengar sini…
    1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. – Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?
    -Cuba kau pg Negara Luar kau mcm Sri Lanka nak tgk kau ni pendatang ker tuan tanah…

    2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. – Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi.
    -yg sensitif tu kaum cina.. Sebut skit nak melenting

    3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. – Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.
    -sepatutnya mereka bersyukur dgn sikap lebih kurang bangsa melayu slama ni… bg betis nak peha plk…

    4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. – Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.
    – DSAI langsung x memihak pd org melayu beragama islam … Dia wakil DAP…

    5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? – Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?
    -x semestinya kena jd Ulama baru boleh berjuang untuk Islam… Sblm bergabung dgn DAP kita blh nmpk perjuangan Tok Guru tp bila bersatu dgn DAP yg nmpk perjuangan DAP jer…

    6. Wartawan dicabar dan lain-lain. – Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.
    -Pendapat sy sbg rakyat Malaysia BN terutama UMNO membela org Melayu dan menjaga kebajikan bangsa lain…

    7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. – Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.
    – Doa org munafik… Mendoakan kemusnahan saudara sendiri… Bnyk cantik kau nak hapuskan pemimpin2 BN…

  10. Halo Mr.sivajee!
    Daripada nama kamu Mamak sudah tahu lu ini memang suka sama itu PKR!.Pasai itu anuar pun suka itu filem sivajee!.Lu kasi simpan lu punya filem tamil punya ceritalah…lebih baik tolong sama itu gagak-gagak prai lebih baik!.Lu baca ini artikal lepas itu lu baik-baik fikir minum satu gelas air…jangan minum air lain nanti mabuk mau gaduh sama mamak…mamak tak kuat lawan macam lu orang tapi dulu masuk hutan cari gaduh sama itu komunis adalah sikit kena tembak!.

    Indian Communities In Southeast Asia-written by Kernial singh Sandhu and A.Mani.

    “The Malays have acquired the distinct impression over the years that the Indians political and emotional link with India has remained in eradicably strong.As result,the Malays are wont to regard the Indians as still very much an immigrant group in Malaysia.”

    Ini Melayu punya wayang selalu tengoklah baru tau sikit itu Melayu punya hati macam mana.Mamak suka lu mari sini kasi antam sama Mamak.Tapi ini blog bukan macam blog lain sikit antam sama itu parti lawan tak masuk!.Lu tengok kita terima lu punya pendapat tapi sebelum masuk sini lu baca itu blog atas ada”Ucapan-Ucapan Mantan Presiden MCA dan MIC”.Baru lu paham apa ini cerita semua..ok…Kool sikitlah!.Ini Mamak Penang very liberal punya oranglah!.Mana betul betulah tapi Rumah lu punya tapi itu tanah orang melayu punyalah!.Ini kena faham…lu mau bikin apa pun sama lu punya rumah bikin itu tuan tanah tak marah punya..tapi lepas itu lu jangan ceritalah “saya manyak susah bikin ini rumah,manyak sudah belanja ini rumah punya pasai..ini tanah kasilah…Nanti Melayu kasi penendang sama lu orang!.Mamak tak apa,kita mamak punya orang tarak suka sama tanah orang tapi mau itu Restoren Nasi kandar 10 pun mau lagi!.Lu mai penang nanti mamak belanja itu kurmak kambing..best punya!.Jangan marah-marah ha!

  11. assalamuaikum semua!

    princeofpenang… teman rasa miker jangan menyampok ler … nak ghaz orang oulak belagak alim tapi terang2 hina bangsa melayu … teman tahu ler miker tu bangsa keling… nak dakwahkan orang ker? kalau bijak sangat pasal agama jangan menyibuk pasal kain orang… cuba ler miker bentangkan hadis dan nas yang betui benor ler yang complete dengan surah dan ayat berapa…. jangan sedap mulut mereka macam orang pkr sedap mulut bentang nas & hadis dimulut dema …ayat dema… lepas tu nak semua orang percaya sebijik-sebijik… macam miker ler …. katakan,

    Allah s.w.t tak jadikan bumi Malaysia ni untuk orang melayu sahaja dan kaum lain hanya menumpang.

    yanag sebenornya tuhan tidak akan menolong memajukan bangsa kamu melainkan bangsa kamu yang memajukan bangsa kamu sendiri………… leceh ler buang masa dengan miker kot yer pun nak jadi alim (Puasa ..ha..ha.hee) dlm ramadhan ni tak per CUBA MIKER hurai hadis & nas (quran & kitab…jangan main pakai tembak .. cam pkr) dengan tajuk yang teman bagi ni ANTARA ANUAR .. MAIN BELAKANG…. SUMPAH LAKNAT… ANUAR BILER PULAK….. miker suka mana jer ler……

    buat sivajee tukor ler nama lain…getek teman dengornyer… tambah bila si nuar nyebutnyer….geli geleman rasenyer

    sekupang dua ingat …baik buat dono dengan al pekara2 pening ni ….baik rancang cari duit raya….hmmm cadangan pertama….jual lemang…sebatang …rm ..buluh…santan…z.z.zzzzzzzzzzz!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s