16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh

PAS yakin tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada Selasa ini sebagaimana digariskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak enam bulan yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, analisis beliau menunjukkan bahawa perubahan yang dirancang tidak akan berlaku disebabkan faktor teknikal dan politik.

“Sekarang, sepanjang Ramadan, Parlimen tidak bersidang. Dan apabila Parlimen tidak bersidang bagaimana kerajaan boleh bertukar?

“Kerana pertukaran kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang baru mesti melalui proses demokrasi. Kerajaan yang ada mesti digulingkan, barulah sebuah kerajaan baru didirikan,” kata beliau yang Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam temu bual dengan Harakah.

Temu bual itu akan diterbitkan dalam edisi esok.

Semalam, Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedang menimbangkang kemungkinan beranjak jika terhadap halangan untuk merealisasikan sasaran 16 September.

Temu bual itu diadakan awal minggu ini.

Anwar berkata, jika bukan 16 September, pihaknya akan memilih 20 September bagi mencapai matlamat mereka ketika segala perancangan berjalan dengan lancar.

Meskipun Mustafa tidak lagi memegang jawatan terpenting dalam PAS, namun pandangan dan tanggapannya terhadap perkembangan politik sentiasa dinanti banyak pihak.

“Saya bercakap tidak mewakili PAS tetapi mewakili peribadi saya… 16 September akan berlaku. Tidak mungkin tarikh melompat dari 15 September kepada 17!

“Tetapi perubahan terancang tidak akan berlaku, berdasarkan dua faktor (politik dan teknikal),” kata Mustafa.

Jelas beliau, dalam keadaan Parlimen tidak bersidang tidak boleh diadakan undi tidak percaya dan kerajaan semasa tidak boleh digulingkan sekali pun bilangan wakil rakyat mungkin cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

“Dari segi teknikal ia mungkin tidak berlaku. Saya tidak tahu siapa yang memilih tarikh 16 September,” katanya.

Malah, kata beliau, dari segi politik, timbul pelbagai spekulasi mengenai bilangan ahli Parlimen yang hendak melompat parti.

“Ada yang kata sudah ada angka 30, angka 40 dan beberapa angka lagi, yakni jumlah mereka yang akan meninggalkan BN dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya tidak yakin sebab tidak mudah bagi seorang ahli Parlimen daripada parti yang memerintah hendak menyeberang kepada parti bukan kerajaan,” katanya lagi.

Tambah beliau, dalam sejarah negara ini, pernah berlaku cross over masa lalu iaitu daripada parti pembangkang kepada parti memerintah.

“Dan tidak pernah berlaku daripada parti memerintah kepada parti pembangkang. Berdasarkan proses demokrasi di Malaysia selama ini, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Mengenai tarikh 16 September, beliau berkata, “dalam konteks 16 September tidak mungkin berlaku.”

“Tarikh lain kita tengok nanti. Apa yang berlaku dalam parti-parti komponen BN mempunyai dinamika tersendiri.

“Gerakan nak reviu kedudukan dalam BN. Berdasarkan pengamatan saya, Gerakan akan meninggalkan BN. Namun MCA tidak mungkin meninggalkan BN.

“MCA adalah pengasas Perikatan dahulu. Kalau kenyataan Setiausaha Agungnya boleh dipakai, MCA tidak akan meninggalkan BN. Mengenai soal lawatan, ia merupakan satu reaksi melampau dan dan panik yang tak tentu pasal,” katanya lagi.

Mengenai pendirian PAS, kata beliau, “sebenarnya saya tidak sempat kaji siapa orang dalam PAS yang ghairah dengan 16 September dan siapa yang tidak.’

Ini kerana, jelas beliau, pihaknya tidak pernah membincangkan secara serius mengenai hal berkenaan.

“Bagaimanapun, hari ini (Ahad lalu), Lim Kit Siang ada buat kenyataan, jika orang yang hendak lompat ini ada kepentingan peribadi, beliau tidak bersetuju. Karpal Singh juga pernah buat kenyataan serupa. Dari segi ini, nampak DAP juga tidak ghairah sekiranya lompat itu didorong kepentingan diri,” katanya.

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh

  1. Salam,

    Tentang ikatan antara PKR dan PAS ini Mamak teringat PKR menjaja poster “Air Mata” Tuan.Guru Nik Aziz di PR Kecil Permatang Pauh; seola-olah tuan Guru berdoakan untuk anwar menang diiringi air matanya!.Entah apa lagilah PKR ini akan menjaja PAS ini dimasa akan datang nak lariskan jualan mereka ditepi jalan nanti!.

    Nasi kandar Mamak tak perlukan iklan…bau yang harum je cukup untuk mengoda pelangan yang lalu-lalang dalam bulan puasa ini!!!!.Wassalam.

  2. Big8

    Salam mamak,

    Jaja menjaja ‘tokoh lama’ perkara biasa bagi pendatang baru. Kata org kedah ‘budak kanyaq’. Manalah diorg ni ada identiti sendiri. Bukan apa, sebab mereka sendiri pun masih samar2 dgn perjuangan sendiri. Kalau benar2 ikhlas/teguh sasaranya, xperlu menggunakan populariti org lain. Mujur lah dah bergabung dgn PAS, boleh juga la dok berdagang gambar Nik 2…Kalau tidak, ntah2 gambar Karpal atau Kit Siang jd pilihan. Manalah tahu kan…
    Mamak..Nasi kandaq satu..kuah lebih aa..

  3. capek

    bagus lagi nik aziz doakan pkr dr bn.bn penipuan dh terang2 melalui fakta…
    anak muda dh x sokong bn.percayalah.kita dh maju.zaman dh berubah.bkn duk belakang punggung saiful tu…hahaha

  4. Big8

    Salam capek,

    Mungkin Nik turut sama mendoakan PKR. BN hanya berdoa sendiri. Mengapa Nik x berdoa utk BN. Itu bukan persoalannya. Tapi mengapa ada pula cerdik pandai agama memimpin utk berdoa kehancuran umat Islam lain. Masyaallah. Nik xtegur ke?

    Saudara pembaca sekalian…belum pun membentuk kerajaan, dah ada kekurangan dlm proses perancangan. Macam mana nk wujudkan kepimpinan berkualiti sedangkan perancangan begitu pun x mampu disempurnakan. Lemah. Apakah rasionalnya DSAI pilh bulan September (Ramadhan). Agaknya lah..boleh berlaku ke peralihan kuasa dlm bulan Ramadhan. kpd bijak pandai PKR sekalian, cuba terang/hurai sikit kpd kami para pembaca. Terima kasih.

  5. penyapoo

    Salam semua,

    ni penyapoo dapat dari email, so penyapoo rase penulisannya sangat bermakna

    jadi penyapoo pun panjang2kan utuk sahabat2 penyapoo tak kira umno, pkr atau pas

    pikir2kan laa

    Salam ramadhan….

    Renung-renungkan lah…..

    Paklah tertekan..
    Pembangkang menekan…
    Melayu same melayu bermusuhan..
    Cina n India bertepuk tangan…
    Nak takluk Malaysia DA lama dorang idamkan…
    Hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan…
    Cina ngan India dah jadik Johan!

    Pkr mengganas…
    Anwar kuarkan idea ‘bernas’…
    Orang umno hati panas…
    MCA n MIC pandai nak kipas…
    DAP tetap pilihan cina n India yang teratas…
    Dorang sokong PKR TU ader ‘nas’…

    Pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata…
    Saya luar saja BN….dalam hati DAP juga..
    Kenapa melayu buta Mata?
    Gaduh je yang dorang suke..
    Kenapa?…nak tunjuk yang korang berkuasa?
    Padehal negara di hujung nyawa..
    Bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya…
    Itu ke yang orang melayu suka?
    Demonstrasi sini sana …
    Bikin kacau bilau satu negara…
    Cina India duduk rumah gelak2 tgk brita…
    Betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
    Mane melayu di masa muka?
    Anak cucu korang gak yang jadi mangsa..

    Di perak satu hal…
    Cina diberi tanah hak milik kekal…
    Di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal…
    Skrg melayu yg rugi n tertinggal…
    MB pun satu…rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal…
    Jangan buat keputusan yang tak masuk akal…
    Smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..

    Cina India otak bijak..
    Skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan DA jatuh,dorang akan pijak!

    Kalau anwar jadi perdana menteri…
    Jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati…
    Sape yang akan mengganti?
    Ahli tertinggi PKR,cina Dan India sedia menanti…
    Orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti….
    Last2 cina India jadi perdana menteri..
    Hak melayu slama-lamanya dinafi..
    Di Malaysia melayu jadi kuli..
    Cina India suke hati lagi..
    Ha melayu…nak sengih lagi?
    Ade hati nak demonstrasi lagi?
    Mase TU sape pun tak pduli
    Pade dorang…lbih baik mlayu mati..

    Skarang cina India tgh menanti..
    Paklah undur,najib jadi pengganti…
    Tapi bila najib jadi perdana menteri..
    Cina/India dah buat prangkap lagi…
    Najib akan terjerat oleh skandal sendiri…
    Tyme in cina n India hentam najib sparuh mati…
    Hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri…

    Krajaan pade mase itu takkan dihormati…
    Peristiwa 13 mei akan berlaku lagi…

    Ha melayu…gelak la lagi..
    Bergaduh la sesame sendiri…

    Tak mustahil org melayu Malaysia akan jadi spt org melayu di singapura…
    Disekat keistimewaan di mana2..
    Terabai seperti bangkai bernyawa..

    SEDARLAH ORANG MELAYU…
    TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
    TAK KISAHLA BN KE….PAS KE…
    TOLONG LA BERSATU PADU..
    NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ…TETAPI PASAL MARUAH BANGSA…
    PKR TU BONEKA JE..
    CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI…

    TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
    TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN…
    FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..

    DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU… ORANG MELAYU …NAME PUN TANAH MELAYU OII…

    SEDARLAH SIKIT…
    SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
    SAPE????????
    CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU…KORANG JE YANG TERHARAP2…

    MELAYU AKAN BELA MELAYU..
    TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER…TERUKNYE PERSONALITI DIER..
    JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..

    SEDARLA…
    FIKIR SKET ANAK CUCU…JANGAN FIKIRKAN KITE JE…

    TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU…

    SLMTKAN MARUAH MELAYU..

    UBAHLAH SEKARANG….

    PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA….
    BERSATU LAAA ORANG MELAYU….

  6. HS

    HS setuju apa yg dikata oleh penyapoo… marilh kita bersatu. jgn suatu hari nanti kita akan kehilangan hak org melayu… HS pun bimbang takut peristiwa 13 mei akan berulang…. Ya Allah Ya Tuhankan, lindungilah hamba-hamba Mu ni dan bantulah hamba-hamba Mu dan permudahkanlah segalah urusan2 hamba-hamba Mu ni…Semoga Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman damai.. Amin ….

  7. Apai Ngelai

    PAS, berterus teranglah…… Katakanlah yang korang sebenarnya tidak setuju dengan 16Sept mahupun 20Sept. Kerena yang menang itu (jika benar akan menang walaupun DSAI sendiri kebingungan) itu bukannya disebabkan kehebatan engkorang.

    Engkorang tu cuma ibarat tempias air kat atas lumpur yang hanya mengotorkan lantai di kala hujan. Nampak kotor tapi disapu hilang. Tak ada apa-apa kelebihan pun engkorang dapat memburukkan saudara sendiri. Tak meninggalkan kesan kat UMNO pun. Dapat dosa adalaa…. DAP dengan PKR kalau ikutkan lama dulu dah tendang korang ni kat sungai golok. Hanya depa nak pakai undi korang untuk ambil alih kerajaan.

    Dah dilempang kat tengah muka pun masih termenggelabah nak cam sapa dia kawan dan sapa dia lawan yang sebenarnya. Hairan, masih lagi tak nampak rupanya. Sudah terang lagi bersuluh. DAP punya ideologi bertentangan korang tuh. UMNO yang seiras perjuangan korang, korang tolak.

    Kalau ingat nak gunakan PR untuk lawan BN, tak dak untungnye kat perjuangan korang. Menang pun, takat Pangkat MB mungkin boleh dapat. Perjuangan Islam dalam parti korang, mana pegi? Haprak….sampah suma tu. Mainan politik.

    Apa, mungkin korang ingat boleh jadi hero tamil yang muncul macam kat TV pada saat ketika si heroin dia hampir nak kene rogol? Boleh merampas pemerintahan dari DAP/PKR kalau BN tumbang demi pemerintahan Islam….? Betui ke, bukan laung Islam jer kuat…tapi hati menghadap apa?

  8. AbangTuah

    Salam apai ngelai,

    PAIh tu sebenarnya tak mahu 16 sept, tapi malu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s