20 September Tarikh Baru Kerajaan Anwar Ibrahim?

Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

“Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak… kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

“Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

“Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September,” katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

“Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan ‘menghayati Ramadan’ di Taiwan kita perlu tunggu dahulu,” katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

“Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita,” katanya.

nota: sekiranya tarikh baru ini juga gagal dicapai, pihak BN tidak seharusnya memandang remeh kegagalan DSAI untuk membentuk kerajaan baru. Ini kerana DSAI mempunyai lebih dari 3 tahun masa untuk membentuk kerajaan dengan menjemput MP BN utk ‘melompat’. Tetapi DSAI jangan pula ‘overconfident’ kerana tidak mustahil 8 MP PR pula yang melompat seterusnya memberi mandat 2/3 kepada BN.

Advertisements

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “20 September Tarikh Baru Kerajaan Anwar Ibrahim?

  1. Bakal PM

    Keh…keh..kehh…
    ala mat jenin ni x reti malu agaknya… lps 16 september x jd dia kataa 20 september pulak… aritu masa umumkan 16 september konon2 nak tarik MP sabah/sarawak konon2nya hari merdeka mereka… kalau 20 september kena cari pulakla apa keistimewaan tarikh tu untuk DSAI rampas kerajaan… baik cakap SEBELUM DUNIA KIAMAT pakatan rakyat akan dapat tubuhkan kerajaan baru… baru la senang mcm ni… x payah ubah2 tarikh…

  2. Mohd Rahman

    Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?
    Perwatakan dan gaya Dato’ Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – “Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya.”
    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

  3. Bakal PM

    apa ni mohd rahman topik lain kupas lain… Topik Datuk Ahmad kat ruangan lain la… org cerita skarang angan2 mat jenin yg nak tunggu kiamat baru rampas kerajaan… tp xpe… betul ker isu kat atas tu??

  4. Anwar nie bukan takat mat jenin lagi…si luncai pun boleh..la nie dok kendong labu-labu dia p sana sini..dok canang kata dia nie nak jadi tauke labu 16 September..dok tak dok tambah pulak 4 hari..jadi 20 September..sat lagi labu dah pecah, meniaga rugi baru kalut nak terjun perigi..angkut sekali dengan labu-labu tak berkualiti dia tu..

    Kalau nak cakap pasai gula-gula..kurang2 gula-gula Pak Lah boleh bagi kita senang sikit..walaupun takat 2,3 hari..jadi lah daripada tak rasa langsung..kurang-kurang Pak Lah bagi duit bonus..tak baguih pun tak pa la..duit tu hak kita..amik dan pakai la bijak-bijak..tapi kalau gula-gula anwar nie lain mcm sikit..dia dok janji nak bagi gula-gula paling sedap..tapi last-last dengan dia sekali kena kencing manis..abis semua berulat..tak tau buat apa..boh dia dalam labu dia, buang kat sungai..

    Bukan calang-calang orang Anwar nie..habis semua orang kena kencing bergula dari dia..tengok la dari Tn Haji Yusuf Rawa, presiden PAS dulu..sanggup nak bagi kerusi dia kat anwar sebab termakan gula-gula anwar..ingat baik sangat..rupa-rupanya..masyaAllah..belum cerita lagi pasai Mat Sabu, Wan Azizah????

    Senang cerita lagu nie la..mcmana dia nak perintah negara kalau asyik harapkan sokongan CINA? Melayu pun bukan berapa kerat sangat nak sokong dia..Melainkan bila dia dah jadi PM esok (kalau bulan jatuh ke riba dia la kot gamaknya) dia bagi jawatan TPM kat Lim Kit Siang, Menteri Pertahanan kat Karpal Singh, Menteri Kewangan bagi kat Khalid la..sebab dia nak pakai banyak duit nak besarkan ladang babi dia tu..Menteri Pelancongan bagi kat Lim Guan Eng, kot-kot baru dia nak buat jambatan P.Pinang ke2..Menteri Perumahan kena bagi kat Nizar sebab dia banyak lagi plan nak bagi tanah kat puak-puak Cina buat rumah dengan sekolah..yang kawasan bandar simpan kat CINA..yang MELAYU nie tak pa la kalau bagi kawasan tepi sungai..senang sikit nak kena banjir..pastu baru boleh tunjuk prihatin..suruh dok sekolah lama2..kalau masa tu anwar buat semua tu, baru MAKMUR negara nie..pastu baru boleh jadi mcm singapura..balaci amerika..tengok la nasib melayu kat sana..ini kalau pakai sistem kasta nie dah tahap paria dah tau tak melayu kat sana..

    Semoga mimpi anwar itu hanya sekadar mimpi seorang anak muda yang baru nak baligh (mimpi basah bersama si sepol)

  5. zamzam

    alah…kalau tak jadi 16/9 ni kita tunggu tarikh lain.senang cerita..anwar pun bukan tuhan yang boleh cakap kun fayakun..dia cuma ramal ja macam nujum pak belalang..itupun nak mengelabah.kalau kerajaan bn profesional..kenapa suruh mp dia pergi taiwan sampai 17/9 ni.takut sangat ke..ala kerajaan lagi kaki menipu.dulu kata minyak naik bulan 8 tapi tiba tiba naik bulan 6.siapa nak jawap tu..hah sokong lagi lah kerajaan bn kalau duit korang dah banyak sangat untuk beli barang barang engkau..baru anwar nak ramal korang dah kecoh macam beruk makan belacan.dia bukan naikkan minyak nak susahkan rakyat..tapi kerajaan bn yang dah terbukti menaikkan minyak sekarang ni yang patut korang cemuh..hampeh..tak faham faham

  6. Memang la anwar tak susahkan rakyat lagi sebab dia belum berkesempatan..lagipun duit dia tengah berlambak..secara logiknya mana PKR dapat duit untuk survival masa PR2004 sedangkan masa tu anwar kat dalam? Bukan subsidi amerika & sekutu-sekutu ker?

    Mana anwar dapat duit nak beli rumah bernilai RM6 juta sedangkan dia barujer keluar dari penjara, kalau bukan duit-duit gelap dia tu? Kenapa anwar jugak tak bersikap profesional, selesaikan masalah dia dengan sepol sebelum sibuk nak tarik MP2 BN masuk PR? Pasaipa jugak anwar tak bersikap profesional dengan membela dirinya secara Islam, yakni bersumpah? Kenapa sampai sekarang tak dinyatakan siapakah ulama bijak pandai yang menasihatkan dia supaya jangan bersumpah? Kenapa sampai sekarang anwar masih tak berani memecah tembelang Ezam yang belot padanya? Mengapa anwar tak jawab secara langsung tuduhan Nala yang kononnya dia menerima wang dari Magnum? Halalkah wang magnum tu? atau penyokong-penyokong anwar pun turut sama ada saham dalam magnum?

    Kalau dah tau anwar bukan Tuhan, tak boleh dan tak layak nak cakap Kun Fa Ya Kun untuk menjadikan sesuatu benda, tak payahlah bagi alasan palsu pada rakyat. Saya sedar, kebanyakan penyokong anwar sudah ditumpulkan mindanya oleh kepetahan anwar berbicara..tak terfikirkah wahai penyokong anwar, walaupun dia belum dibuktikan bersalah atas tuduhan liwat, tapi dia adalah duri dalam daging bagi konteks pembangunan negara..pengkhianat ekonomi malaysia..

    Korang tau tak berapa ramai yang takut nak melawat malaysia sebab risaukan keselamatan..biasalah kalau situasi rusuhan berlaku apabila kerajaan digulingkan..ribuan pelancong batalkan niat nak melawat malaysia sebab nakberjaga-jaga..baguskah semua tu untuk ekonomi…

    Pelabur asing juga ada yang sudah menimbangkan untuk mencari destinasi pelaburan baru..terutama dari negara arad (kalau korang nak tahu, negara arab banyak yang dah tahu tembelang anwar nie)..mereka tak sanggup menanggung risiko untuk melabur di negara yang tidak tentu hala tuju politiknya..dalam erti kata lain TAK STABIL..dipermudahkan lagi untuk penyokong anwar yang dah berotak tumpul..TAK SELAMAT…

    Yang aku peliknya, korang beria-ia membela anwar, kononnya dek kerana kesusahan korang sekarang..tapi korang tak terfikir ke, cemana pulak di tengah kesusahan korang, anwar bebas ke sana sini..terbang pakai MAS..sapa yang tanggung..banyak pulak duit anwar yer..tapi peliknya..ada dia ingat kat korang..ada dia bagi duit dia kat korang? bonus istimewa untuk penyokong PKR ke? Ada? Aku rasa setakat JANJI adala…

  7. asssalamuaikum semua!

    ADaKER BOLEH UBAH-UBAH TARIKH….LIDAH BERCABANG BETUILER….MEMANG KAKI KENCING BETUI…tapi yg kena kencing percaya gila pulak tu
    kalau macam tu teman pun boleh cakap …anuar tumbang 20 hb ni…he he he he….marilah ramai-ramai orang melayu sokong UMNO….HIDUP MELAYU!

  8. anwar ingat dia tuhan ker?……. pelik
    tapi yang lebih pelik

    yang kena kencing dgn dia …tak kira basah tetap nyokong giler-giler….. betuiler dema kata nasi kangkang ni power

    sedorler yop…. jangan jadi cangak bangak…angguk2 geleng2 jangan kena tipu lagi…udah ler sekali …belajorler yop!

    sekupang dua masih ingat sampai sekarang kononya ayat keramat …… ‘HARI NI KITA MENANG ESOK … KITA TURUN HARGA MINYAK!… sampai skrg ni lima buah negeri ni tak turun2 pun harga minyak….. habis org perak yang naik minyak angin dibuatnya….. isk..isk…isk….camna kena kecing ni…..

  9. Sekupangduas ooi udoh udoh le..minyak bukannye kerajaan negeri yang jage..menatang minyak ni kerajaan pusat yang jage,barang kawalan lagi…manele boleh kerajaan negeri mandai mandai nak turun rege…jijeh la mikome ni…..

  10. AbangTuah

    Salam,

    Hrmm nukilan dimalam Ramaddan…

    Kebelakangan ini ramai yang berkata orang Asli adalah penduduk asal Malaysia bukannya Bangsa Melayu. Pada pandangan saya itu kurang tepat. Orang asli juga sebenarnya pendatang terawal, nenek moyang mereka dikenali sebagai Melayu Deutro dan Melayu Proto datang ke Tanah Melayu melalui dua gelombang penghijrahan. Yang awal Melayu Deutro dan terkemudian Melayu Proto. Ada juga kajian mengatakan kaum Asli Negrito berasal dari Afrika melalui penghijrahan berperingkat yang bermula ribuan tahun dahulu melalui jalan darat menyusur persisiran pantai Afrika, Arab, India, Burma dan akhirnya itu mereka sampai ke Tanah Melayu dan Australia.

    Maka begitu juga kaum Melayu Keturunan Polinesia, adalah diantara pendatang terawal lebih kurang 2000- 2500 tahun dahulu, cuma lewat sedikit dari orang Asli. Mereka ini dipercayai datang dari arah Yunan sebagai pelarian kerana pengluasan jajahan takluk Negara China. Melayu keturunan Polinesia ni datang, membuat penempatan dan seterusnya memajukan tanah ini sehingga menjadi Kerajaan, dan seterusnya menjadi pemerintah di Semenanjung Tanah Melayu ini.

    Manakala orang Asli pula yang datang lebih awal sedikit dari Melayu, hanya membuat penempatan di hutan-hutan, dan tidak pula memajukan dan membangunkan kerajaan dan pemerintah.

    Maka 2000 hingga 2500 tahun dahulu Bangsa Melayu telah membuat penempatan dan Kerajaan di Tanah Melayu ini maka tidak berhak lagi kah Melayu diikhtiraf sebagai penduduk terawal dan orang Asli pula sebagai penduduk peribumi.Maka tidak berhak lagi kah bangsa Melayu ini di beri status BUMIPUTRA. Cuba kita pergi kata pada orang Negara India dan China yang telah menghuni India dan China selama 3000 tahun mereka tu pendatang!!! Hmm sudah tentu kita kena penendang.

    Tahukah kita berapa lama 2000 hingga 2500 tahun tu. Kita biasa menonton cerita TROY kan, ha, semasa keujudan TROY, Bangsa Melayu telah mula membuat penempatan, dan belayar sehingga ke Australia dan Madagaska. Kita tahu tak ketika 500bc – 100 bc, Melayu telah pun menjadi pelayar yang hebat dan baik.

    Kita sebenarnya lupa bahawa ribuan tahun dahulu telah ujud kerajaan Melayu yang hebat, lengkap dengan pelabuhan dan kota-kota. Kerajaan tersebut adalah Pan-Pan, Tambralinga, langkasuka, Phe-Heng, Chi-Lan-tan. Mereka ini juga telah menerokai jalan pintas di daratan dari Kapal dagang di Telok Benggal merentas Segenting Kra bagi membawa barangan dagangan ke Teluk Siam. Mereka ini juga telah pun berdagang dengan bangsa Arab dan India ketika itu. Kita juga patut berbangga bahawa keturunan Melayu Polinesia ini ujud lebih awal sebelum Bangsa Thais, Tibetan-Burma, Vietnam, dan seusia bangsa Melayu Srivijaya.

    Memang benar itu Kerajaan pengaruh HINDU, tapi mereka bukan berketurunan orang India, mereka beragama hindu, tetapi sebenarnya merekalah orang MELAYU!!!,MELAYU!!!,MELAYU!!!, Haaaa, itulah moyang terawal bangsa Melayu, beragama HINDU. Tak percaya lihat bukti candi yang ada di Lembah Bujang.

    Tujuan aku menulis berkaitan asal usul keturunan Melayu adalah dengan kesedaran setelah melihatkan akhir-akhir ini Melayu telah semakin hilang jati diri mereka akibat terkeliru oleh dakyah golongan tertentu. Jadi bagi mengigatkan semula pada bangsa aku agar jangan lagi tertipu, jangan terpedaya dengan pihak yang mengatakan bahawa Melayu hilang kelayakan hak-haknya, dipertikaikan statusnya di tanah warisan nenek moyang Bangsa Melayu sendiri.

    Perjuangan tetap perjuangan, ya, perjuangan mempertahan agama, bangsa dan negara, mujur lalu melintang tetap patah, tetap kujadikan perpatah diri ku. Hey kesani, mengalirlah dikau, mengisi belikat tubuh ku, agar bisa aku berdiri, tegap dan gagah bagaikan laksamana Melayu.

    Aku tetap teguh berdiri dengan pendirian aku, tetap teguh dengan kedegilan aku, bukan degil kerana mempertahan pemimpin parti, bukan degil kerana ketabsuban kepada kepartian, bukan degil kerana hasutan sesiapa, bukan degil kerana nasihat sesiapa, bukan degil kerana dengar-dengaran sahaja, bukan degil dengan pandang-pandangan sahaja, tetapi tetap degil dengan keyakinan aku, degil dengan kepercayaan aku, degil dengan penganalisaan aku dan seterusnya degil tetap dengan pandangan aku.

    Tetap aku mengatakan bahawa Kerajaan BNlah yang paling sesuai, paling terbaik, paling terjamin, paling teguh, paling berwawasan, paling jujur, paling berkebolehan, paling jitu di antara lain-lain parti atau gabungan parti yang ada. Sekiranya ujud parti yang boleh menjamin dan mempertahankan survival bangsa dan agama ini maka sekiranya ia lebih baik dari kerajaan yang ada maka aku tidak akan teragak memberikan sokongan padu dan tak berbelah bagi.

    Aku percaya sekiranya kerajaan yang ada ini dapat mengembalikan momentumnya seperti sediakala tentu ianya masih dapat menjamin keutuhan bangsa, keselamatan dan kesejasteraan negara, pembangunan rohani dan jasmani masyarakat serta perpaduan masyarakat majmuk bagi menuju kearah Negara Islam Maju 2020.

    Bukanlah aku ini terlalu racist atau terlalu assobiyah terhadap bangsa ini, tetapi aku mempunyai pandangan tersendiri berkaitan perjuangan ini. Aku percaya aku bukan kesaorangan didalam meniti landasan perjuangan bagi keutuhan bangsa ini, malah ada jutaan lagi yang berpandangan seperti aku.

    Pada aku tiada akan berjaya perjuangan agama sekiranya kekuatan bangsa dan negara ini goyah. Aku percaya sekiranya kuat Bangsa Melayu maka kuat jugalah agama Islam yang dianuti kerana difaham bahawa rata-rata Melayu beragama Islam.

    Survival, adalah setepat-tepat perkataan yang dapat di istilahkan bagi menterjemahkan situasi terkini. Ya, survival adalah tabii semulajadi kepada bangsa manusia mau pun bangsa binatang begitu juga bangsa tumbuhan. Sekiranya kita ertikan survival ini kepada kontek kebangsaan maka memperkuatkan dan mempertahankan semangat perjuangan bangsa adalah setepat-tepat pengertian yang aku madsudkan.

    Bangsa perlu kuat, cuba kita lihat banyak contohnya disekeliling kita. Cuba lihat bangsa Melayu Patani, Melayu Moro, Melayu Singapura, Melayu Campa. Dengan mengambil iktibar dan tauladan dari kelemahan pada bangsa tersebut sehingga tiada tapak yang pasti bagi mereka ini membangun, jauh sekali dari maju ketamadunannya maka jelas kelihatan adalah terlalu sukar bagi mereka menegakan syiar Islam atau menuju Daulah Islamiah yang dicitakan.

    Bahkan, sehingga kini mereka masih tetap berjuang diatas dasar nama bangsa mereka, maruah bangsa mereka. Boleh kita ambil beberapa contoh, isitu MNLF-Moro National Liberation Front, PULO – Patani United Liberation Organisation, PLO – Palestin Liberation Organisation. Bukankah jelas mereka menuntut kebebasan atau kemerdekaan diatas nama bangsa, kerana mereka faham kuat bangsa maka kuat jugalah perjuangan Islam mereka.

    Aku juga masih yakin bahawa sekiranya Bangsa Melayu tergugat maka akhirnya kesemua Melayu tetap akan bertaut kembali diatas nama Melayu tanpa mengira ideology yang dibawa, kerana akhirnya mereka tetap akan faham bahawa survival kepada agama ini juga terletak kepada usaha mempertahankan maruah bangsa ini. Kalau tidak masakan parti PAS serta PKR retak dua, bebelah bagi terpinga-pinga mencari erti dan arah perjuangan sebenar.

    Oleh itu, bagi mengulung hujahan ini maka sekali lagi aku tegaskan bahawa perjuangan memperkuatkan Bangsa Melayu juga dapat diertikan sebagai kunci kekuatan serta landasan perjuangan kearah Daulah Islamiah.

  11. iwanz_newton

    Sekarang apa yg berlaku didalam kekacauan politik di negara kita adalah,lemahnya bangsa melayu yang mudah tunduk dan tidak bersikap patriotisme terhadap bangsa sendiri.Ini dapat dibuktikan jika berlaku salah faham antara kaum,tanpa usul periksa bangsa melayu adalah yg terdahulu memohon maaf.Contohnya yang berlaku terhadap pemimpin kita.Teresa koh menghina tulisan jawi,namun apa tindakan kita?jwapanya ialah tiada apa2 yg dilakukan.Teresa koh ingin menghentikan laungan azan..apakah tindakan uma islam di malaysia?jwpanya tiada.Mufti juga senyap…Sbg bangsa melayu,apakah yang diperjuangkan..?Kita bangsa melayu dan bumiputera sabah sarawak harus memikul beban ini bersama.Tunjukkan keprihatinan kita terhadap negara ini.Jika berlaku salah faham,kita rujuk kpd yg berkenaan dan bukanya terus memohon maaf kerana perilaku sedemikian menunjukkan kelemahan dan ketakutan kita terhadap bangsa terssebut.Jgn kerana sibuk untuk mengejar pangkat dan nama kita gadai segalanya.Perdana Menteri harus lebih bersikap tegas.Percaya atau tidak apa2 perkara yang berlaku di msia adalah kesalahan anda.

  12. assalamualaikum semua!

    FireDownBelow……. ituler sebabnya teman nak miker tau ..kalau dah tak boleh jangan berjanji… tapi ada jugak yang yang nak percaya termasuk miker kan? betui ler teman cakap kalau dah kena kencing pun masih tak percaya lagi

    elok ler tu kalau dah sedo apa lagi jom masuk umno..hidup melayu!

    sekupang dua tengah memikior mana peginya yang teman cabor kalau betul jadi 16 hb teman orang pertama keluor dulu tapi kalau tak betui … lomer yang kena kencing masuk umno…… banyak benor orang PKR dengan PAS masa tu ..tapi sekarang mana lebohnya dema….. hilang dema dengan telor2 nya sekali ker?

  13. gerrard

    akm…sedar2 r rakyat malaysia sumer..jgn duk kena tipu kat anwar lg..dia just pentingkan dr sendr…dia hanya gilerkan kuasa n pangkat..kalau dia btl2 berjuangkan melayu …knp xbg kat tuan guru haji hadi jd PM?cuba jawab?korang sume tau x masa dia blajar dulu…dialah yg telah menentang kerajaan dgn mempengaruhi budak2 universiti.

    lps 2, dia jugak yang jadi menteri…kata x sokong..tp bik gak jawatan…tu bukan nama giler pangkat n kuasa ke..pikir lah ckit rakyat malaysia oi….anwar ni nak bls dendam je sbb kena duk dlm penjara dulu….

    puok2 demo pikir sendiri r….anwar ni sekutu nga amerika…kalu dia jd PM..jawabnya,,,kena cucuk hidung ko amerika r jawabnya..nk ko jadi macam afganistan n amerika?

    sedar2 r umat melayu sekalian
    bangsa asing tgh intai nk jd tuan malaysia..xkan tu pun xsedar2 lg

  14. rakyat malaysia

    aduhaiii…..sedihla aku tgkn negara aku ni…lagi sedih bila aku baca komen2 korang semua…yg sorang sokong, sorang x sokong, kesannya sesama kita rakyat malaysia bertelagah. pada aku kita x yahla nk btekak sesama sendiri..coz x guna, hnya ibarat ‘anjing menyalak bukit’…sudah2 la tu..kita setakat ambik tahu sudahla..jgn kita pulak bertelagah, coz kita rakyat malaysia…POLITIK BIAR DENGAN DUNIA POLITIK…kita yg kt bawah ni kekalkn perpaduan tnpa mngira fahaman politik..sindiri simpan sudahla..x yah gaduh2..biarlah pemimpin yg selesaikan semua ni..coz kita setiap kwasan dh ade wakil dlm kerajaan…ape yang penting kita sebagai rakyat malaysia kekalkan perpaduan dan trus berdoa untuk kesejahteraan negara…bolehkn…TERIMA KASIH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s