Berani Berubah!! – YB Dato’ Mukhriz Mahathir – Calon KP UMNO Malaysia

Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.

Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

YB Dato’ Mukhriz Mahathir

6 September 2008, bersamaan 6 Ramadhan 1429

Pondok Maharizan, Titi Gajah

nota: harap YB Mukhriz boleh berblog dengan segera. kami ahli akar umbi ingin mengikuti perkembangan YB dengan lebih dekat.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Berani Berubah!! – YB Dato’ Mukhriz Mahathir – Calon KP UMNO Malaysia

  1. Assalamulaikum…
    Aku doakan Dato’ Mukhriz berjaya jadi ketua pemuda…Selain Anwar,Mukhriz adalah simbol pemimpin melayu…Bagitau kat aku ada dak orang dari parti PAS sokong selain dari Mukhriz???
    Aku harap Mukhriz dapat benamkan karier politik Khairy,benamkan Hisham….jangan percaya pada Ezam,potong Najib…Mereka mereka inilah yang hancurkan UMNO,melayu
    dan negara bertuah ini…….
    Aku mahukan pemimpin dan pembangkang yang kuat,baru negara boleh maju…..Kita tengok apa pecacai Khairy dengan Najib kata pulak

  2. Bakal PM

    Sy x nmpk kekalahan PRU12 dulu adalah disebabkan oleh UMNO krn kebanyakan tempat yg ditandingi wakil UMNO hampir semuanya dimenangi … yg kalah adalah kerusi parti2 komponen lain iaitu gerakan (paling x guna), mca & mic… ini mungkin didorong oleh sentimen perkauman yg dilaung2kn oleh pembangkang dan dilaksanankan dgn jayanya oleh HINDRAFF sebelum pilihanraya membuatkan bangsa lain termakan hasutan yg mereka tertindas di tanah melayu ini…. Org melayu pula kecewa apabila tiada ketegasan yg diambil dalam menangani isu krn mereka merasakan maruah mereka dicabar oleh HINDRAFF dan kerajaan tidak bertegas menghukum kumpulan yg cuba meniupkan sentimen perkauman… Seperti kata TDM selepas PRU12 BN tidak kalah cuma rakyat meluahkan rasa kecewa dgn memprotes PRU tersebut dgn mempunyai dua pilihan sahaja… Pertama tidak keluar mengundi…. kedua mengundi pembangkang… Apapun sy berharap pucuk pimpinan dapat berubah agar tiada mana2 pihak yg boleh memainkan sentimen perkauman dgn sesuka hati… Didalam Era TDM perkara ini amat terkawal dan kita lihat perpaduan pd saat itu sungguh utuh…. Selamat kembali buat Tun Dr Mahatir…

  3. Assalammualaikum bloggers

    Nampaknya terbukti ke nasi juga kuah ditumpahkan..YB Mukhriz pada pendapat peribadi aku, dilihat sebagai seorang yang bersikap telus dan BERPENDIRIAN…sentiasa berterus terang akan kemahuan dan keinginan diri..segala perancangan dibuat secara terbuka..menzahirkan keberanian untuk menghadapi segala kemungkinan..

    Amat payah di zaman global atau glokal ini untuk melihat seorang pemimpin yang berkualiti seperti YB Mukhriz..lihat saja cara dia mendaki tangga politik negara..bermula dari bawah (tak selayaknya bagi seorang anak bekas pemimpin ulung negara)..bertarung seorang diri tanpa sokongan rakan-rakan seangkatan..bertempur di kawasan hitam (dah nama pun Air Hitam) yang majoritinya bukan melayu..tapi dek kerana kualiti kepimpinannya dan juga tempias nama baik ayahandanya, maka hari ini YB Mukhriz selayaknya dibariskan sebagai pelapis kepimpinan negara…

    Semoga kita rakyat Malaysia terutama orang MELAYU terus memberi sokongan kepada beliau walaupun kita ini bukan orang Kedah atau utara..kerana nikmat pembangunan tidak mengenal sempadan dan bangsa..

    Walaupun tidak dinafikan ada lagi calon-calon “favourite” yang menanti untuk menggantikan jawatan YB Hisham, tapi janganlah dinafikan juga hak anak Tun M ini..berilah beliau peluang..bertandinglah secara adil dan jujur..hanya pemimpin TERBAIK yang layak untuk memimpin sayap kanan UMNO itu..bukan yang TERKAYA..wassalam

  4. Tahniah YB..kami akan sentiasa menyokong YB dari belakang kerana PEMUDA kini memerlukan perubahan yang benar2 drastik utk memantapkan jentera kami..

  5. Tahniah Dato, kerana dato berani berhadapan dengan mereka yang banyak menjadi belatuk tua untuk si merga tua dan sudah pasti nyayuk dan tersasul dek kerana mimpi dapat tidur di riba bulan gerhana.

    Keputusan Dato untuk bertanding KP amat kami akar umbi persetujui, sebagai anak kecil umno cawangan, telah saya maklumkan untuk mengundi orang yang berani, kerana yang berani sahaja yang sanggup mati untuk negara dan bukan mati untuk buat harta dan keturunan kaya raya.

    Belatuk dan merga tua dah nyayuk dan sering tersasul, nyayuk yang membuat rakyat sengsara, bukan rakyat sokong pembangkang tapi cemuih… meluat…kepada merga tua dan juga belatuk- belatuk yang tak ada maruah, minta maaf tanpa sebab yang jelas menjatuhkan martabat bangsaaaa.

    Protes meluat kepada belatuk dan yang utama merga tua, yang sepatutnya dah masuk muzium awal untuk jadi koleksi dan bukan jadi pemerintah. Tapi kerana dah Janji Allah kot, UMNO nak merudum di tangan merga tua ini, yang belagak tak faham kehendak rakyat.

    Jadi kami melihat hanya Dato dan Muhyidin yang berani kritik untuk kebaikan UMNO, yang lain kalau boleh disebut ” Al Mangkuk Ayun”. Jadi dato jangan undur ke belakang, saya juga akan ke sana untuk membantu dato untuk jadi pemimpin pemuda…….

    Dato teruskan, kalau dato undur UMNO akan musnah di tangan merga tua yang dah selayaknya masuk muzium untuk jadi patung lilin.

  6. mok

    Hidup YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.
    [Revenge of UMNO Lion II ]

  7. Big8

    Salam dari utara..

    Sebagai rakyat Kedah…Org Jerlun pulak 2…100% utk YB Dato’ Mukhriz Mahathir..Semoga berjaya. Selamatkan maruah Melayu. Jadilah pemimpin yg boleh memimpin. Jauhi sifat menjaga perut sendiri.

  8. Big8..pejabat UMNO jerlun tu cantikkan..jalan jerlun tu pun memang rata elok..siap ada line untuk motorist tu..caya lah..

    Aku orang Jitra..pun 100% sokong YB Datuk Mukhriz Mahathir jadi Ketua Pemuda UMNO..aku dah rasa air tangan pembangunan bapak dia – Tun Che Det kat Kubang Pasu..memang berbaloi jadi wakil..

    Apa pun..semoga Che Det dah suntik vaksin nak cegah virus PHD, kering hati, kepala batu & busuk hati dari terjangkit pada YB Mukhriz..semoga barah dalam UMNO dapat ditawarkan (barah orang pembangkang biaq p la..kot2 anwar boleh tabibkan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s