Tan Sri Sanusi – Dr M sokong Ku Li; Muhyiddin Regu Tg Razaleigh??

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

“Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh,” kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.

nota: sudah lama tiada pertandingan merebut jawatan tertinggi UMNO. sudah pasti pemilihan akan datang menarik perhatian ramai pihak.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Tan Sri Sanusi – Dr M sokong Ku Li; Muhyiddin Regu Tg Razaleigh??

  1. Mohd Rahman

    Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?
    Perwatakan dan gaya Dato’ Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – “Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya.”
    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

  2. Salam,
    Tengku Li + Tan Sri Muhidin Yasin v/s Pak Lah + Datuk Najib….macam kat bergu di thomas cup!.Jurulatih bagi team Tengku adalah TDM.Untuk bergu Pak lah pulak Mohamad Taib atau KJ kot?.Team Tengku Li belum ada handicap tapi bergu Pak lah Handicap adalah PR12 dan Pilhanraya kecil Permatang Pauh!.Tapi yang kita belum faham adalah teknik dan strategi team Tengku Li belum ada?.Kalau team Pak Lah yang sedia kita tahu Gemilang,…entah apa benda yang dua itu dah lupa (maklum sajalah dalam bulan puasa ini asyik memikirkan Dalca,kurmak,Ayam kapitan).Kalau dulu TDM bawak “Malaysia Boleh” kali ini mamak rasa tengku li akan bawak slongan “Anwar tak Boleh”!!!!.Kalau pemudaenggang ada manifesto Tengku Li untuk pertandingan Thomas Cup ini tolong siarkan.Ramai-ramai kita ‘kongsi’ pendapat!.

    Dalam kekecohan antara UMNO,Gerakan dan MCA ini Bila teringat ‘kongsi’ ini mamak teringat kongsi Raya dulu tapi kali Kita kongsi Raya dengan “Hantu Raya” pulak!,

    tapi kena awas kat Jalan Raya terutama kalau ke KL perlu awasi lingkaran MR2.Esok lusa runtuh baru kita buat Suruhanjaya Di-Raja untuk mengetahui kenapa benda ini runtuh; lepas itu kita diam macam Jetty runtuh kat Pulau Pinang dulu!.
    Lagi satu pasai nak menang jangan bagi “Duit Raya” kat orang untuk sokong anda dalam pemilihan parti nanti!.

    Tentang Raya ini juga Mamak teringat imiginasi”Melayu Raya” mendiang presiden sukarno dulu dah terkubur!.

    Berapa punya Rayalah kita….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s