Datuk Ahmad Ismail Kena Gantung 3 Tahun

Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) parti yang bermesyuarat hari ini berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Hukuman itu adalah mengikut Perkara 20.9 perlembagaan parti, kata Abdullah, yang juga Presiden Umno, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat selama dua jam itu di sini hari ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos lepas dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

“Apa-apa jawatan yang dia (Ahmad Ismail) pegang sekarang ini yang bersabit dengan parti atau memihak kepada rakyat ataupun yang mewakili parti akan digugurkan,” kata Abdullah, yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya jika ketua bahagian Bukit Bendera itu boleh merayu atas hukuman yang dikenakan, beliau berkata: “Biasanya semua ada hak merayu.”

Kepada soalan lain jika tindakan akan dikenakan ke atas akhbar yang melapor kenyataan Ahmad, beliau berkata keputusan itu akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Hal-hal yang berkaitan dengan akhbar, hal-hal yang berkaitan dengan tindakan orang yang di luar dari parti kita sebagaimana yang saya katakan tadi, ini tentulah sekali akan dibuat keputusan oleh jabatan-jabatan kerajaan atau kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan jabatan-jabatan lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata, parti-parti politik tidak boleh mengambil tindakan dan jika parti-parti politik menyedari sesuatu perkara yang berlaku itu berpotensi menimbulkan keadaan yang tidak baik dalam negara, maka tidak ada kesalahan bagi parti-parti yang berkenaan untuk membuat laporan polis.

Begitu juga tidak ada kesalahan bagi mana-mana rakyat Malaysia yang merasakan sesuatu yang tidak baik telah berlaku untuk membuat laporan kepada polis dan menyatakan sesuatu yang perlu diambil tindakan undang-undang yang dipakai pada waktu itu, katanya.

Sementara itu, MT Umno juga berpendapat semua parti komponen BN perlu bertindak tegas dan mengenakan hukuman disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang bertindak atau membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan serta menjejaskan hubungan antara parti dalam BN.

Abdullah berkata, jemaah menteri dalam mesyuaratnya pagi tadi, telah berbincang mengenai situasi berkaitan hubungan kaum di negara ini dan berpendapat bahawa situasi hubungan dalam negara ini telah menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik dan mungkin menyebabkan ketegangan pada hubungan kaum.

“Seterusnya apabila banyak perkara yang ditimbulkan, yang dicakap mengenai perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum-kaum dalam negara ini… isu-isu yang tidak biasa ditimbulkan telah ditimbulkan dan menjadi isu. Perkara yang tak sepatutnya dibincang juga nak dibincang jadi ini menimbulkan pelbagai reaksi,” kata Abdullah.

Selama ini, kata beliau, kerajaan dapat mengawal keadaan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini namun situasi seperti itu tidak boleh dibiarkan berterusan memandangkan ia dapat menegangkan keadaan dan merosakkan ketenteraman awam.

“Ini adalah satu keadaan yang kita harap tidak akan berlaku dalam negara kita,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah “Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.

Mereka berada di hadapan Menara Datuk Onn itu selama hampir 10 minit sebelum bersurai sebaik Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sampai untuk mempengerusikan mesyuarat khas MT pada kira-kira jam 2.45petang.

nota: keputusan yang telah dijangkakan oleh ramai pihak. cuma diharap jangan lah hanya dihukum ahli yang membuat isu ‘panas’ secara terang-terangan. turun dan pandanglah ke akar umbi,nescaya ramai lagi ahli UMNO yang boleh digantung keahlian mereka.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Datuk Ahmad Ismail Kena Gantung 3 Tahun

  1. Assalamualaikum….
    Dalam tempoh bercuti selama 3 tahun ni dah tiba masanya Datuk Ahmad meninjau kembali kawasannya.Walaupun bukan wakil rakyat tapi Datuk masih mempunyai pengaruh.Tak guna melaungkan HIDUP MELAYU jika orang melayu di kawasan Datuk sendiri masih ketinggalan.Air Itam dan Bukit Bendera terkenal dengan kawasan hitamnya(Ini fakta bukan fitnah)Disinilah terdapatnya kepala gangster cina,samseng india dan tokan melayu…Perkara dadah dari dadah klasik(ganja)dadah retro hinggalah dadah moden(ice) semuanya ada disini.Di kawasan Datuk juga kita boleh tengok bapa dan anak berkongsi dapuq(Isap ganja),mak dan anak bawak balik boyfriend,budak budak baru akil baligh dating tang tangga flet.Tahap pendidikan orang melayu pun masih ketinggalan walaupun kawasan Datuk adalah kawasan bandar.Datuk sedarkan macammana kadar jenayah di kawasan Datuk.Rancangan T.V3,999 pun pernah buat liputan dikawasan Datuk.Datuk dan orang UMNO lain kena sedar,perjuangan dalam UMNO bukan sekadar untuk dapatkan kontrak…
    Api perkauman yang Datuk dan orang orang Datuk laungkan amat merbahaya..bayangkan kalau terjadi rusuhan kaum di Air Itam dan Bukit Bendera,bangsa apa yang akan kena teruk???Takan mat mat lalok nak berparang,nak angkat parang pun tak larat.Jadi sekarang dalam tempoh bercuti, Datuk perkasakanlah orang melayu,mamak dan mami dikawasan Datuk.Putihkanlah kawasan Datuk…….Tak guna cakap pung pang tapi bangsa sendiri tak terbela

    P/s:Hensem Mamak Penang malam tadi keluaq T.V no,satu Tanjung heboh!!

  2. memang lantang bila dato’ mamak nie bercakap kat tv. kalau itam sebut la itam. kalau putih sebut la putih. nie nak cakap sendiri yang betol jer. orang lain semua tak betol. tempat sendiri pon tak terurus tapi nak jaga tepi kain orang. dato’ mamak nie keje aper ek? miskin sangat ker die nie? dato’ mamak kite nie ader keta merz itam klas S. nak tau jugak mane dapat duit beli keta tu. badan sihat muka gempal. makan tak abis kot. dato’ mamak nie memang best bila cakap perjuang hak orang melayu. memang semangat bila cakap menegakkan agama islam. aper jasa dato’ mamak telah buat pada bangsa melayu selama nie? dato’ mamak nie jer yang kaya. dato’ mamak nie jer yang dapat kontrak. dato’ mamak idup macam raja. bangsa sendiri merana mane mamak nie tau.

    NAK BAGITAU DATO’ MAMAK NIE SIKIT. ORANG MELAYU LEMAH BUKAN SEBAB BANGSA LAIN. BANGSA LAIN KERJA KUAT DENGAN APER YANG ADER. ORANG MELAYU LEMAH SEBAB ORANG2 MACAM DATO’ MAMAK. APER GOMEN BAGI, ORANG2 MACAM DATO’ MAMAK SAPU ABIS. TINGGAL SAMPAH BARU NAK BAGI ORANG LAIN.
    ORANG MELAYU MEMANG AKAN BERSATU. BERSATU BUKAN MENENTANG KAUM LAIN. TETAPI BERSATU MEMBUANG ORANG2 MACAM DATO’ MAMAK NIE!!!! MELAYU MACAM DATO’ MAMAK NIE MEMANG ADALAH PENYANGAK/PEROMPAK/PENCABUL/PENDERHAKA/PERASUAH/PEROGOL HARTA BANGSA MELAYU.

    majoriti orang melayu boleh idup aman dengan bangsa cina, india dll di malaysia. kiter RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    DATO’ MAMAK nie MINORITI. jangan harap dapat undi saya dahulu, kini dan selamanyer!!!!!!!!!

    semua kawan2 saya ah chong, mamat, siva, albert, kamal, buphinder singh, john anak antang, silvia, nasir, nini, chee wah, izan, cheniah, mandy, noni, jason, jesse, shukor, carol, atie, ida, shafiq, dollah, lim, iwan, megat, nana, sofie, oseh, jc dan sejuta rakyat pulau pinang ingin mengucapkan SELAMAT TINGGAL DATO’ MAMAK RACIST TAK BERTEMPAT!

    ASKM DAN SELAMAT BERPUASA.

  3. kenapakoracist

    setuju dengan comment kat atas.. sikap racist yg tak bertempat.. pda aku itu pandangan peribadi pemimpin ni sbb aku tak penah nak racist dgn achong, maniam sbb hari hari aku layan teh tarik (kecuali pose lee hehe) roti canai etc.. pada aku majunya seseorang tu sbb atas usaha tangan sendiri. Allah berfirman dalam al-quran mafhumnya yang sesuatu kaum itu takkan maju selagi mereka sendiri yang memajukan diri sendiri..

    sekian.. no racism in this planet

  4. Atila

    3tahun kena gantung……Allahswt telah takdir semua ini dengan HikmahNYA.

    Dalam tempoh tiga tahun ini, Dato’ perlu lihat, kaji dimanakah arah tuju anak Melayu di dalam kawasan Bukit Bendera dan Pulau Pinang.

    Dengan semangat Dato’ begitu berkobar2 malam itu sampai kena gantung 3 tahun, maka sudah tentu Dato’ bersemangat hendak membantu Melayu Pulau Pinang yang telah di “anak-tirikan” GERAKAN sekian lama 38tahun.

    Bertambah teruk di bawah Koh Tsu Koon selama 18tahun. Agenda GERAKAN, kita dah tahu, tapi kita kena agenda kita sendiri membantu anak Melayu sekarang.

    Dato’ masih boleh lagi berperanan di dalam membantu masyarakat Melayu Pulau Pinang dengan platform2 NGO.

    Tiga tahun berehat ini jelas dilihat Allahswt beri tempoh untuk Dato berehat dari politik dan at least beramal, bermakna contribute sincerely to society especially kepada anak2 Melayu yang jauh ketinggalan berbanding kaum Cina di Pulau Pinang.

    Dato’ mungkin ada sedikit masa sekarang untuk drive ke muka pintu2 sekolah kebangsaan dan perhati berapa ramai anak Melayu tidak makan tengahari kerana ibubapa terpaksa kerja.

    Anak2 Melayu ini lazimnya dalam golongan perkapita gaji RM1,500 ke bawah. Perhatilah, anak2 Melayu ini makan apa…ada yang singgah kedai runcit Cina dan beli Maggi Mee sementara ibubapa mereka pulang jam 3.30 dari kilang FTZ.
    Makan Maggi hari2 macam mana nak cerdik?

    Ini lah kajian di dua buah sekolah di dua buah daerah yang berlainan di Pulau Pinang.
    Saya tertanya2 “dimana kan peranan UMNO peringkat cawangan”.

    Kedua, masalah anak2 Melayu disleksia menyumbang kepada mereka drop out from schools.

    Ini baru sedikit masalah disebut disini yang melaut luas di kalangan anak Melayu Pulau Pinang.

    Saya ingin membantu dan ramai yang mahu, tetapi UMNO Penang tidak menyediakan platform sebegini.

    Yang ada “program lambak dan program tanpa sasar kepada kelemahan” peringkat UMNO bahagian tiap2 tahun pada sekolah2 iaitu motivasi, cara2 menjawab soalan peperiksaan, etc.
    What a bore, lack of initiative, creativity and no problem solving!!

    Dato’ tolonglah kaji semula dengan serious.
    I am more than willing to help you.

    Thank you.

  5. Ini la hero hindustan tak kena tempat.
    Meniaga tipu orang sana sini..
    jadi umno tempat cari makan.
    lantik pula jadi pengerusi sepak takraw malaysia..
    elok lah tu dengan sepak raga dia telan..
    memang dasar perompak..memang betul kata FIRE DOWN BELOW mamak ni masih jadi pemimpin umno kawasan kalau dia ..akan hancusss semua melayu.

    Orang jadi umno dia nak jadi umno….
    cucuk sana sini macam mami jarum…
    cina tak bagi hutang tuduh cina penumpang la itu ini,pada hal dia nak telan cina orang tak tahu.

    dasar mamak kepala ikan….

    kalau gaduh satu malaysia… mamak nie kita pergi ludah muka dia dulu.

    dah buat salah tak mau mengaku…fakta sejarah konon.
    kalau betul pun fakta sejarah tak payah sebut ..semua orang tahu ….. tapi kalau nak cucuk bagi gaduh pandai….

    pedukang betol lah

    berani tak kena tempat.

    lograt punya mamak tongkang.

    entah dia tu ada ic ke guna splp je…

    Raayat malaysia cintakan aman damai. la.

    pergi sekolah dulu sebelum cakap.

  6. Cat ci bor

    Belum apa apa lagi dah nak mengalah, biar tengok apa nak jadi, orang Melayu perlu lebih sensitif ke atas nasib bangsa, biar lah depa nak marah camana pun nanti lain kali depa beringat sikit. Melayu dah terlebih mengalah, politik takpa, bagi semua bagi, salah pun Melayu tanggung, susah pun Melayu tanggung, takpa give and take hah. Kalau di Pulau Pinang memang Melayu patut bersuara dengan lebih lantang, suara Melayu suara minoriti. Bila orang kecik suara mesti dikuatkan supaya orang perasan. Bagi saya ini satu titik tolak kebangkitan Melayu baru yang berani, lantang dan penuh keyakinan. Tahniah Dato’ Ahmad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s