Tengku Abdullah mahu UMNO kukuh institusi raja sebagai pelindung Melayu

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

“Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” titah baginda. – Bernama

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Tengku Abdullah mahu UMNO kukuh institusi raja sebagai pelindung Melayu

  1. tubir

    APA YANG DIKATANAK OLEH TENGKU MEMANG BETUL DAN KENA PADA MASANYA ….RAJA RAJA MELAYU MESTI BERADA DISATU TEMPAT YANG PALING TINGGI DIDALAM NEGARA .DAN KUASA ITU TIDAK BOLEH DICABAR OLEH SISIAPA JUGA KECUALI MAJLIS RAJA RAJA MELAYU,RAJA RAJA MELAYU MESTI WAJIB BERTINDAK DENGAN KEWAJARAN YANG TINGGI DEMI KTUANAN MELAYU DAN KEMAKMURAN NEGARA .KATA PEMUTUS ADALAH KUASA YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL OLEH SEMUA PARTI POLITIK.

  2. Apai Ngelai

    Salam Tubir,

    Memang indah cadangan yang dikemukakan sedara. Kalau tidak mustahil, kita sokong 100% tak perlu berfikir panjang lagi.

    Harus faham, orang yang pertama akan mati lemas akibat perlaksanaan sebegini adalah pemimpin-pemimpin DAP beserta pasukan Melayu yang seangkatan dengannya. Tentunya mereka akan bermati-matian menentang, paling tidakpun meminta bantuan ketenteraan AS dan Singapura.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s