Terdesak..!! PKR hantar 4 wakil ke Taiwan Pancing MP BN

Usaha Pakatan Rakyat ‘memburu’ ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi.

Mereka dijadual berlepas ke Taiwan petang esok.

Saifuddin bersama Naib Presiden PKR, Dr. Lee Boon Chye; Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

“Ya memang betul kita akan ke sana (Taiwan) esok,” kata Saifuddin yang juga anggota Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang kini mengetuai rombongan 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan berkata, beliau tidak risau dengan kedatangan pemimpin-pemimpin PKR esok, yang dikatakan bertujuan untuk ‘memburu’ dan ‘memujuk’ mereka.

“Apa nak risau…biarlah mereka datang. Negara ini (Taiwan) bebas untuk menerima kedatangan mereka,” kata beliau kepada mStar Online.

Sambil mengakui menyedari kedatangan empat pemimpin PKR itu, beliau menegaskan: “Datanglah… kita semua boleh bersalam dengan mereka.”

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (PKR) kata, mereka sudah ada sembilan nama Ahli Parlimen (BN), yang berada dalam rombongan kami, (kononnya) akan menyertai mereka.

“Kalau betul ada, saya harap sayalah orang pertama yang akan mereka memburu kerana mereka juga mendakwa saya sudah beberapa kali buat perjumpaan sulit dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim),” katanya.

Semalam, Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Ahli Parlimen BN yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar, beliau tidak putus hubungan dengan ahli-ahli Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

“(Tarikh) 16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 Ahli Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya.

Kumpulan BN-BBC akan pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

Bagaimanapun kelmarin Anwar memberitahu bahawa jika mereka menghadapi masalah untuk menubuhkan kerajaan baru menjelang 16 September, mereka akan cuba merealisasikan sasaran tersebut pada 20 September.

nota: adakah ini strategi politik Pakatan Rakyat atau PKR?? Kenapa sampai perlu menghantar wakil ke Taiwan?? Kata 20 september pun boleh. Kalau betul acara ‘melompat’ ini direstui oleh Pemimpin Pakatan Rakyat, mana pergi wakil PAS dan DAP?? Kenapa PKR hendak dominasi Pakatan Rakyat?? Mana datang dana untuk ke Taiwan dengan secara tiba-tiba?? Tidak mustahil sekiranya MP BN melompat,PAS dan DAP akan ‘pull of the plug’ dari Pakatan Rakyat. Menangis lah orang2 PKR!!

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Terdesak..!! PKR hantar 4 wakil ke Taiwan Pancing MP BN

  1. Apai Ngelai

    Lu orang pegi mana-mana pun kite cali.
    Why? Through PKR, we can introduce ‘Malaysian Malaysia’ concept maa…

    Lu orang pegi masuk PKR, kite DAP lagi suka sama-sama susah+sinang cali makan ooo.
    Why? For the sake of human rights maa….

    Lu orang pegi blah sama UMNO, kondem diolang punya lauyaa bos bosia sama kasi antam itu Islam UMNO. Diolang Islam jahat, Anwar Islam baik.
    Why? For PR Islam+Buddha+Christian, one religion concept maa…

    Itu UMNO racist kuat cakap itu bangsa, race and bangrace. Sikit-sikit bangsa, langsung tidak cool. 51 tahun ini kitaolang juta-juta sudah jadi gila sama miskin pasal racist punya hal melay selalu cakap-cakap. Kenapaaa? Tak pecayaa?
    Why? We should forget bangsa punya status when talk about politics . No DIFFERENT – We can understand your language easily but if u don’t understand ours its ok! At least we can share gossips among our people only, so that u wont know if we talk about your race. Apa mau heran bukan? Lu orang sama malay pun kuat gaduh juga maa….

    (PKR mix + PAS melay) / DAP chinese

    = 2PKRAS mixmelay / DAP chinese

    = PKRS mixmelay D chinese

    = Perantaraan Kaum Rakan Sahabat mixmelay Dominate by Chinese

    Itu Azan kasi speaker satu rumah melayu satu sudah la. Apa mau kasi kaciau orang mo tido? Itu PAS sama PKR pun tada cakap apa masa kitaolang protest tempoh hari – Diolang stuju juga apa… Apahai lu UMNO kuat bising juga?
    Why? Kalau join PR, negara pun aman, sejuk, sunyi, tenang pagi-pagi kuat aman maa…… U people dont like meh?

    Suka hati PKR la mau support us bina kandang bahagian satu. Diolang understand, we cant live without p*i*rk! Itu kuat nyaman, rugi lu orang tidak makan…
    Why? Negara untung, tidak perlu impot. Duit untong pun kasi PKR sama PAS juga. Here in PR, we share EVERYTHING. It’s our slogan maa…

    Apahal mau kasi beza bhumis status sama lain kaum? Lu orang melay ada untung apa? Tengok itu penyokong PKR dekat sini pun suma cakap mesti kasi sama status dengan kita cina sama india. Bodo……
    Why? UMNO people only think about their own race. Many thanks to those PKR people (the good ‘dumb’ guys) who are fighting very hard for us in order to obsolete the only mechanism that protect all melay and bhumis rights. They dont care whos who. DSAI – lead for eg. We demand multiracial standard, sama2 cari makan – sapa malas, mati lor… pandai2 laa mau hidup sendiri maa…. Bukankah adil itu macam?

    Melay majority means Nothing to us. Size doesnt matter. Walaupun DAP kecil saja, tapi bersatu suma serupa itu Vietnam. Sama GERAKAN ada contact, SAPP ada contact, MCA pun ada contact. Melay?
    Hahahaha… UMNO gado sama PKR, PKR waswas sama PAS, PAS ego sama UMNO, AKIM bikin sendiri punya hal – tidak campor sama orang lain. Last-last BN tinggai UMNO satu olang lawan PKR+DAP+PAS+GERAKAN+MCA+MIC+AKIM+ PaulWolf+GusGur+Jews+IMF+yakjud committees +Makjud associations+ kahkahkah..

    Kite rasalah.. kalau kite duduk kat tempat depa tuh, ni lah yang kitorang nak cakap kat depan batang idung rakyat PKR terutamanya yang tak mengenang budi orang melayu sendiri.
    Senang-senang cakap UMNO perosak bangsa. Siapa yang jadi kulat kat badan sendiri nih?

    Saja nak tanya, banyak sangat keh simpanan garam hangpa sampai nak tuang suma semata-mata nak bagi ayaq laut tu rasa cukup masin?

  2. Nadrah

    gelak dengar orang tua=tua p “study trip”….
    satu dunia gelakkan Malaysia…

    hehehe……………… apara?

  3. penyapoo

    da tu pemimpin ko pon sebok2 nak ikut p rombongan apahal??

  4. Big8*

    salam..

    secara peribadi, kesemua pemimpin tidak perlu mengambil tidakkan sedemikian. Tidak perlu. Secara seni kepimpinan, ianya adalah gagal. dan kenapa yg bergelar pemimpin ini lari dari kegagalan. Kenapa juga mereka membiarkan kegagalan terus mengejar mereka. Apakah tiada seorang pun dari kalangan yg bergelar pemimpin ini pandai menyelesaikannya. Betul-betul lucu..diharap perkara ini tidak ditulis sebagai secarah. Saya juga berharap, jenerasi akan dtg tidak pernah tahu sikap2 mereka ini.

    Pada mulanya saya menganggap sikap kebudak-budakkan ini hanya dari satu kelompok sahaja. Tidak sangka sama sekali golongan menentang juga mempunyai sikap keanak-anakan ini. Ternyata pangkat dan kedudukkan mampu membutakan mata dan hati seseorang. Semoga dijauhi sikap sebegini dlm diriku, keluargaku dan generasiku. Insyaallah.

    bagiku…belum ada yg benar2 layak…

  5. keris silau

    Assalamualaikum….

    bagi aku, dalam hal ni aku lihat kedua-dua pihak nampak terdesak. BN terdesak untuk melindungi MP mereka dengan melarikan mereka ke Taiwan atas alasan Group Study, manakala PR terdesak untuk memastikan Hari Malaysia 16 Sept seperti yg dicanang menjadi kenyataan.
    seperti kata Big8, tindakan ini seperti kebudak-budakan. macam main polis sentri atau main kejar2. hmm.. apa pun, semoga yg terbaik dapat diperolehi 49 MP kita di Taiwan dalam lawatan mereka dan dapat digunakan untuk kebaikan penduduk Malaysia.

    wassalam…

  6. keris silau,ko terbaik r…..aku sokong ko..mcm bodo je main kutuk same sendiri….kn?..16 sept tu bleh batalkn jelar…xde makne pn untuk kita..lg berpecah belah ade lar….as a malay,defend what is belongs to us..malaysia is ours..don’t lose it my friends..

  7. Apai Ngelai

    Salam keris silau,

    Khas buat PKR, DAP dan pas…………………………….

    Polis sentri want to jaga,
    Polis mati Karpal Singh bangga.

    One two three four,
    I Lawan U lapor.

    Gendang gendut tali kecapi,
    Mencanang mencarut memperli kemudian mengapi-ngapi.

    Kapal belayar dalam semak,
    Karpal punya loyar kita pendam dalam semak.

    Pat pat siku lipat,
    Undi tak dapat plan tak laku dengan MT lompat.

    Tua-tua keladi,
    Orang tua mcm DSAI, Karpal, LimKS hanya layak menjadi Caddy.

  8. politikus

    UMNO yang terdesak..
    kenyataan media taiwan menyatakan kerajaan malaysia mengurung APnya..
    lawatan sambil belajar,betul2 memalukan..

    Peegidah!!

  9. AbangTuah

    Katak oo katak ,
    Kenapa kau sembunyi,
    Macammana aku tak sembunyi,
    PKR buru aku,

    PKR oo PKR
    Kenapa kau buru katak,
    Macamana aku tak buru,
    Katak lepas lari

    Katak oo katak,
    Kenapa engkau lari,
    Macammana aku tak lari,
    Anu cari aku,

    Anu oo Anu,
    Kenapa cari katak,
    Macam mana aku tak cari,
    Memang makanan aku.

    Anu oo anu,
    Kenapa kau makan katak,
    Macammana aku tak makan,
    Perut aku lapar,

    Perut oo Perut,
    Kenapa engkau lapar,
    Bagaimana aku tak lapar,
    Katak semua lepas,

    Katak oo Katak,
    Kenapa engkau lepas,
    Macam mana aku tak lepas,
    Umpan tarak laku.

  10. Apai Ngelai

    Salam,

    Bersungguh-sungguh PKR ni nakkan hak kesamarataan. Macam PKM. Mungkin sama dari segi kesamarataan…. Cara nak luahkan perasaan pun, cara ganas. Melayu PKR ni tak puas hati sebab hak mereka melebihi kaum lain. Sungguh malang kita mempunyai rakyat bumiputra yang bersifat begini…. Semuanya demi DSAI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s