Raja Petra ditahan di bawah ISA

Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangna politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Raja Petra ditahan di bawah ISA

  1. Isu Penahanan RPK di bawah ISA…

    Tindakan ini lebih jelas menggambarkan bahawa pihak kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri tidak ada wibawa untuk menghadapi pembuktian di mahkamah. RPK akan mendedahkan segala bukti-bukti dakwaan beliau di mahkamah bukan..?..Oleh itu mengapakah pihak bertanggung jawab begitu pengecut dan bacul untuk menghadapi proses mahkamah?.

    Alasan keselamatan negara ke atas RPK tidak relevan, kerana tindakan terhadap Ahmad Ismail wakil Bukit Bendera lebih “racist” sifatnya berbanding statement RPK. Tolong jangan diskriminasi dan melakukan perundangan dan kehakiman negara sewenang-wenang sahaja, hanya kerana untuk menyelamatkan kedudukan dua tiga kerat manusia.

    Rakyat akan menjadi saksi terhadap tindakan kamu wahai UMNO/BN. Jangan salahkan rakyat, jika kamu kecundang di pilihanraya umum ke 13 nanti. Sikap-sikap seperti inilah yang menghakis demokrasi dan kepercayaan rakyat dan pelabur luar negara terhadap kewibawaan perundangan dan ketelusan kehakiman di Malaysia.

    Enough is enpough…cukuplah sampai di sini sahaja. UMNO/BN akan menderita kehilangan kewibaannya di mata rakyat, terutama dalam arus perdana perubahan “HARAPAN BARU UNTUKMU MALAYSIA.” Insaflah…wahai bangsaku MELAYU.

    Arau

    PERLIS DARUS SUNNAH

  2. csi lover

    assalamualaikum saudara Abu Muhammad el-Merbawiy

    bagi saya penggunaan ISA wajar bagi sesiapa yang cuba mempersendakan agama sama ada agama ISLAM dan sebagainya.

    ISA masih lagi relevan di malaysia dengan mengambil kira tahap sensiviti perkauman di negara kita.

    adakah kita ingin melihat penulisan yang mempersendakan ISLAM berlegar di internet terutama penulisnya adalah seorang yang beragama ISLAM?>

    ya tidak dinafikan ketidakadilan ISA seperti penahanan tanpa bicara selama dua tahun atau tempoh tertentu. bukankah semasa penahanan tersebut kebajikan keluarga orang kena tahan ditanggung oleh kerajaan??

    pendekata tidak ada benda sempurna di dalam dunia. perlukah kita mempersendakan ISLAM utk menunjukan betapa liberalnya kita dengan agama lain?

  3. n u e x o

    saudara Abu Muhammad el-Merbawiy

    jgn risau…insyaAllah …PRU13 … umno akan mendapat sokongan org melayu semula …

    salah satu alasannya ialah jijik , bosan , sakit hati , meluat dan loya dgn sikap ADIL/DAP/PAS yg semakin galak mencabar hak melayu/bumiputera/islam…

    terlalu banyak untuk ditulis…. apetah lg sikap anwar yg terang2 merasuah dan membeli BN untuk menubuhkan kerajaan…. janji dia nak banteras rasuah dan anti rasuah… sekang dia lak raja segala rasuah ???

    hipokrit … munafiq …
    melayu dah bosan …

  4. FlakeyWriter

    Memang betul agama Islam perlu dipertahankan.. hukuman harus diberikan kepada mereka yang mempersendakannya..tapi dalam kes yang mendapat liputan umum seperti ini,kita lebih melihat kepada mesej yang ingin disampaikan, ‘moral of the story’ yang diambilkira..bagaimana kita mengatakan wajar tindakan ISA harus dikenakan kepada RKP atas nama menjaga kesucian Islam,sedangkan cara yang digunakan ini pun tidak berlandaskan Islam.Adakah Islam telah dipermainkan?

    Cukup jelas mesej yang sampai kepada umum; ‘tidak perlu bicara orang sebegini..hukum terus.. tidak perlukan bukti dan proses pengadilan yang betul..’..begini kah mesej yang hendak disampaikan pada umum?sedangkan umum mengetahui dalam Islam perlukan pengadilan yang sewajarnya,walaupun kes kecil seperti kecurian duit RM1..untuk apa undang-undang diwujudkan dalam Islam?sebagai menunjukkan yang segala apa jenis kesalahan dilakukan umat manusia perlulah melalui proses undang-undang yang betul sebelum dihukum..

  5. Hidup di bumi bertuah ini memang betul betul bertuah,yang terang tak payah bersuluh tak kena apa apa pun kerana ahli UMNO,yang dedah sana sini dalam blog kena tuduh sumbat masuk ISA…..
    Orang orang yang bijak berfikir…fikir fikirkanlah……Jadi perkara macam ni buat aku menyampah jadi rakyat Malaysia…Demokrasi dah hilang………

  6. csi lover,

    Saya tidak bantah penggunaannya yang tepat (tahan untuk membantu siasatan kemudian terus menunggu giliran dibicarakan di mahkamah), kerana mana ada sebuah negara yang bebas secara mutlak. Cuma perihatin saya ialah penyalahgunaannya itu menyekat prosedur perundangan dan penghakiman yang adil terhadap rakyat. Salah guna inilah yang bakal mengheret negara ini ke arah diktatorat. Rakyat akan jadi bacul dan takut bersuara, mahasiswa akan jadi ayam daging, minda rakyat tidak kritis, semuanya akan melentur generasi “yes men” dan yang paling bahaya – WUJUD BUDAYA DAN IDEOLOGI BEBALISMA (KETEGAAG – bhs utara). Inilah yang menjadikan Pakistan, Afghanistan, Iraq dan negara-negara minoriti Muslim tertindas meledakkan orang awam yang tidak berdosa dengan bom dan tembakan curi dan sebagainya.

    Apa salahnya dibicarakan…rugi ke?. Ketelusan perundangan dan kehakiman sangat disanjung oleh warga dunia dan Islam. Ini akan mengelakkan rakyat jadi bebal (tak ada ubat penyembuhan kecuali formula ajaran Nabi Muhammad saw atau kekejaman Fir’aun sahaja sebagai penyelasaiannya).

    Kalau menghina Islam, mahkamah Syariat ada menanti, jika tak cukup enakmen syarak, tambah dan bentang di parlimen agar dapat dibicarakan pesalah agama dengan adil. Begitu juga dengan pesalah sivil, akta dan enakmen serta statut sivil menunggu untuk dikenakan tindakan secara bermarwah dan bertamadun.

    Saudara boleh cakap kerajaan tanggung makan anak-anak dan keluarga, siapa yang akan meredakan penderitaan psikologi keluarga dan kerencatan pertumbuhan anak-anak yang ditinggalkan bapa begitu lama. Ada kes diancam lagi keluarga yang ditinggalkan ini oleh penyiasat-penyiasat yang tidak bertanggung jawab. Apa ni..? GESTAPO KE MOSAD..? ini Malaysialah kawan. Kisah-kisah ini boleh tanya kepada “Gerakan Menghapuskan ISA” – GMI. Mereka ada bukti-bukti dan fakta-fakta sekali. Tak payah nak tipu siapa.

    Cukuplah dengan perundangan kita; Sivil dan Syariahnya. Perkukuhkan institusi kehakiman tersebut dan kecekapan perlaksanaan undang-undang, nescaya negara kita berjaya meningkat cemerlang dan disegani di peringkat dunia. Ingat, rakyat kita sangat berpotensi cemerlang, cuma para pemimpin sahaja masih memakai order lama.

    Tkasih csi lover, fikirkanlah sedalam-dalamnya. Berbahas pun tak habis. Renungkanlah untuk masa depan agama Islam (agama-agama lain juga), bangsa (semua bangsa) dan Negara tercinta.

    Arau

    PERLIS DARUS SUNNAH

  7. Apai Ngelai

    Salam,

    Inilah kebebasan bersuara yang dilaungkan Pakatan Rakyat. Kerajaan umumnya tidak pernah menyekat apa jua bentuk pun pendapat mahupun luahan suara-suara rakyat pembangkang biarpun sering diselangi pelbagai kritikan-kritikan yang pedih serta tidak berasas.

    Namun demikian, ia tidak bermakna seseorang itu bebas menulis sehingga melampaui batas terutama berkaitan agama dan kenyataan yang mengancam kedaulatan negara. Mana ada negara di dunia ini yang memberikan kebebasan mutlak sewenang-wenangnya sehingga ia tidak boleh diambil tindakan?

    Cubalah buat perkara yang serupa di Singapura contohnya. Kita cabar sesiapa yang boleh memberi kenyataan kebebasan mutlak untuk sesiapapun bersuara tanpa kawalan.. apakah ia rasional? Negara mana yang mengamalkannya? Apakah kebaikan yang mereka perolehi? Di mana letaknya maruah kita jika kita biarkan orang lain sesuka hati membuat kenyataan yang mencemari kedaulatan negara serta agama kita?

    Berfikirlah sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh mengundang padah. Apabila tindakan dikenakan keatas penulis-penulis liar ini, janganlah kita pula menyalahkan kerajaan. Ia sepatutnya dijaga oleh semua rakyat yang bertanggungjawab.

  8. anggerik tari

    BN DAN PARTI PARTI LAIN SEDANG DIUJI TUHAN……………..KEBERHASILANNYA SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT. Tidak selamanya yang di atas akan kekal di atas , tuhan maha kaya bisa merubah segalanya.

  9. AbangTuah

    Salam,

    Makanya lenyaplah salah seorang si kuncuDajjal yang selalu menjadi pelesitjintanah di Negara Malaysia ini. Pelesitjintanah ini telah dibiarkan terlalu lama sehingga tanduknya menjadi terlalu panjang, dan kini matanya pula telah menjadi sepet sebelah, bagi menguatkan bukti bahawa dia juga dengan bangganya menjadi kapalakuncu kesayangan si Dajjal bin Amerikana itu.

    Maka, akan terkuborlah menu-menu hujah-hujahannya yang mengandungi segala macam juadah yang beracun yang di impot khas dari menu juadah neraka jahanam untuk melalaikan, menghayalkan,dan seterusnya menjadi pula santapan dan makananan puak-puak pengikut tentera Dajjal yang sentiasa kebulor untuk menelan melapah secara lahap dan membuta tuli segala tomahan, fitnah dan umpatan.

    Maka dengan kita ucapkan selamat bercuti kepada kapalakuncu dajjal ini.

  10. mzbml

    Baguslah, dan tepat sekali tindakan pencegahan ISA dikenakan kepada mereka yang tak bersyukur,yang suka melihat negara kacau bilau, orang semacam ini memang tidak diperlukan di Malaysia. tq kerana kami masih boleh bekrja dan ibadat tanpa takut.

  11. Salam,

    RPK ini bukanya seorang yang tak berakal.Dia tahu undang-undang ISA itu boleh dikenakan ke atasnya…dia faham seperti kebanyakan wartawan di negara ini berhati-hati dalam penulisan tentang agama Islam dan sentiviti orang Melayu!.Tapi dia ini terlalu taksub dengan Anwar!.Hampa ikutlah kisahnya mungkin memahami agendanya untuk menjadikan Anwar ini PM.Dia sengaja merosakan imej TPM dengan cerita-cerita karut yang tak masuk akal..dia takut kewibawaan TPM itu lebih dari PM sendiri.Peralihan kuasa itu mengambil masa dan jadi pun dalam pada itu dia lah punca merosakan imej TPM dengan kisah Perempuan Mongolia itu…pembunuhnya dah pun kena tangkap….kalau pembunuhnya diupah taakanlah si pembunuh ini tak cerita mengenai TPM untuk selamatkan lehernya dari tali gantung!.Cuba anda memikirkannya!.Kegiatan dia ini memang kerajaan cukup sabar…walu pun dia ini boleh dijamin sengaja masuk lokap untuk merosakan imej undang-undang negara kita untuk apa?.

    Cerita dan Fitnahnya terhadap TPM tak bawa hasil kerana TPM ini bijak mengetahui agenda dia ini..Dia beralih ke isu agama yang tahu orang Melayu ini tak akan toleransi terhadap penghinaan Agama!.Semata-mata nak burukan imej negara ini dia sengaja tulis atikel ini untuk ditangkap dibawah ISA.Sebenarnya dia mencabar kerajaan!.Orang seperti ini ialah penghianat bangsa dan malukan darah kerabat di rajanya!.Majlis raja-raja Melayu perlu melucutkan dan singkirkan nama ‘Raja” yang digunakannya.
    Jangan hampa pii sokong dia ini kerana untuk meraih undi bukan Melayu.Kisah dia ini tak patut dapat tempat diblog-blog Melayu kerana dia betul-betul penghianat bangsa yang cuba hancurkan nama baik kerajaan Malaysia.Orang Melayu yang sokong dia sama dengan bukan Melayu yang anti-Islam dan Anti- Ketuanan Melayu.Ini contoh yang nyata perosak bangsa Melayu dan awaslah diluar sana ramai orang seperti ini yang hanya ingin berkuasa tanpa memikirkan nasib cucu-cicit mereka yang dalam ambang kemusnahan.Wassalam.

  12. AbangTuah

    Beginilah akibatnya apabila sesaorang tu terlalu merasakan dirinye kebal, kena saman,ha,ha,samanka!! biasa aje. Lepas tu pula peminat setia bagi jacking lagi dengan kata-kata semangat seperti baguihbaguih, beraniberani,jaguhjaguh, hero-kebenaran, pejuang-jati. Jadi Mamat Bengkok ni pun lagi terangkatlah, dan bukan main lagi seronok apabila setiap kali kebalai atau mahkamah sentiasa urungi oleh VIPs. Wah, semakin menjadi-jadilah dia sehinggakan terlalu ashik menulis dan membidas terlupa bahawa dia sudah jauh melebihi batasan, sehingga nak mengatasi martabat Salmantapuluti Al-Rusdiegilahi pula.

    Maka akibatnya Mamat Bengkok ni tersungkorlah di pintu ISA serta tergarilah PENAnya agar tiada lagi kelancangannye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s