Polis Dunia panggil Duta Kita

Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur.

Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik.

Operasi itu dilancarkan ketika wujudnya kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancangkan melancarkan operasi penangkapan ketika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat.

“Pandangan dan bersuara mengenai politik secara aman merupakan satu hak asasi dan amat penting dalam demokrasi,” kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

“Amerika Syarikat percaya bahawa kerajaan Malaysia perlu menyediakan layanan dan proses sewajarnya, yang konsisten dengan undang-undang Malaysia dan standard antarabangsa,” kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebut.

“Kita mengharapkan negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang memperjuangkan kebebasan menyuarakan pandangan politik, tidak menyekat kebebasan tersebut,” katanya.

Ini adalah kali kedua Ilango dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika bulan ini.

Sebelum ini, beliau dipanggil selepas Anwar didakwa atas tuduhan liwat – satu tuduhan yang didakwa oleh ketua pembangkang itu, sengaja direka oleh kerajaan selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Rais Yatim sebelum ini mengecam Washington yang didakwanya telah campurtangan dalam urusan dalam negeri Malaysia.

Tetapi Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice berkata, Washington akan terus bersuara mengenai kes-kes yang membabitkan hak asasi manusia dan politik “dalam semangat hormatnya kepada Malaysia”.

nota” penulis tergelak dengan tindakan Amerika ini. Ibarat ketam mengajar anak berjalan. Apa beza ISA dengan Patriot Act milik Amerika? Bagaimana dengan tahanan di Guantanamo? Hak asasi mereka lebih terjamin ker? Siapa pak turut sekrang ini? Amerika atau DSAI?? lihat kenyataan ‘bold’. Amerika percaya cakap DSAI bulat2. Dasyat!!! Amerika…kalau nk ajar/suruh Malaysia ni hapuskan ISA, tutup laa guantanamo tu dulu….hapus kan patriot act tu…..bole??

sudah tentu ada rakyat yang bersorak gembira dengan panggilan ‘polis dunia’ ini. bagi mereka campur tangan kuasa asing itu satu petanda baik bagi kita. tetapi hakikatnya ia adalah petanda BURUK bagi Malaysia.

sedikit info mengenai patriot act dari wikipedia

The USA PATRIOT Act, commonly known as the Patriot Act, is a controversial Act of Congress that U.S. President George W. Bush signed into law on October 26, 2001. The contrived acronym stands for “Uniting and Strengthening America by Providing Appropriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act of 2001” (Public Law Pub.L. 107-56).

The act expands the authority of U.S. law enforcement agencies for the stated purpose of fighting terrorism in the United States and abroad. Among its provisions, the Act increases the ability of law enforcement agencies to search telephone, e-mail communications, medical, financial and other records; eases restrictions on foreign intelligence gathering within the United States; expands the Secretary of the Treasury’s authority to regulate financial transactions, particularly those involving foreign individuals and entities; and enhances the discretion of law enforcement and immigration authorities in detaining and deporting immigrants suspected of terrorism-related acts. The act also expands the definition of terrorism to include domestic terrorism, thus enlarging the number of activities to which the USA Patriot Act’s expanded law enforcement powers can be applied.

The Act was passed by wide margins in both houses of Congress and was supported by members of both the Republican and Democratic parties. Despite widespread congressional support, it has been criticized for weakening protections of civil liberties. In particular, opponents of the law have criticized its authorization of indefinite detentions of immigrants; searches through which law enforcement officers search a home or business without the owner’s or the occupant’s permission or knowledge; the expanded use of National Security Letters, which allows the FBI to search telephone, email and financial records without a court order; and the expanded access of law enforcement agencies to business records, including library and financial records. Since its passage, several legal challenges have been brought against the act, and Federal courts have ruled that a number of provisions are unconstitutional.

Advertisements

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Polis Dunia panggil Duta Kita

  1. Salam,
    Kini mereka jadi hero untuk menjaga hak asasi kaum minority pulak di luar negara.Mereka cuma nak DSAI jadi PM itulah natijahnya supaya boleh menyekat kekuasaan ketenteraan negara Cina semakin rumit bagi kapal-kapal perang Amerika bebas di perairan Laut China selatan!.Opportunist sialan!hidup senang dalam kesengsaraan bangsa lain!.
    “For over 80% U.S History ,American laws declared most people in the world legally ineligible to become full U.S citizens solely because of their race,original nationality or gender”!

    Sesiapa rakyat negara ini yang sokong amerika ini Pak Yatim boleh rekomen untuk jadi warga-negaraUSA!.Tapi ingatlah nasib keturunan cina Vietnam yang sokong bangsa amerika ini di eprang vietnam!.Jadi pelarian dilaut cina selatan yang jadi mangsa jerong dan lanun!.Hai hong!!!!siapa ingat peristiwa bot hai hong di pulau tenggol?.Ikhtibarlah wahai rakyat yang mengaku Malaysian tapi berhati perut busuk!.Geram Mamak !!!!

  2. AbangTuah

    Salam,

    Kami tidak memusuhi rakyat Amerika. Dasar yang baik kami sokong.

    Tapi:

    Kami membenci DASAR LUAR NEGARA AMERIKA yang suka mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara terutama negara Islam.

    Kami membenci kuasa ketenteraannya yang dikerah menyerang dan menghancurkan Negara2 Islam.

    Kami membenci kejahatan pihak perisikannya iaitu CIA yang sentiasa mengunakan tipu helah bagi menghalalkan agenda dan polisi mereka.

    Kami membenci sikap Amerika yang sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan pengaruhnya di negara Islam seperti Malaysia.

    Kami membenci polisi ketenteraannya yang sentisa mencari peluang untuk mendirikan penempatan ketenteraan dikawasan Asia Tenggara.

    Kami membenci sikap dan polisi Negara Amerika yang seolah-olah menjadi POLIS DUNIA, tetapi mereka sendiri yang melanggar segala peraturan dunia.

    Kami membenci kuasa VETOnya yang selalu tidak menyebelahi negara Islam.

    Kami membenci sikap double standardnya terhadap isu Palestin.

    Kami membenci sikap double-standardnya yang mengawal senjata nuklear, iaitu menyekat dan menghadkan kuasa nuklear dari pada di kuasai oleh negara Islam.

    Kami membenci Amerika menyerang Libya, Afganisytan, Iraq dan munkin Iran dan Syria.

    Kami membenci sikapnya membantu dan menyokong Israel membunuh masyrakat Islam Palestin, Iraq Libya, Afganistan.

    Kami membenci kepada sikap bongkak Presiden BUSH.

    Kami membenci sikap kejam yang dilakukan kepada tahanan Islam di Afgan Military Detention Camp dan Penjara Abu Ghairab.

    DAJJAL, ya bagaimana pulakah rupa seekor seorang, sebuah Dajjal:

    Dajjal adalah seorang atau mahluk atau kuasa yang amat jahat dan kejam, buruk perangai seumpama raksaksa.

    Mengaku Nabi yang membawa Syorga di tangan kanannya dan neraka ditangan kirinya. Mengaku mampu memberikan syorga kepada pengikutnya dan memberikan neraka yang digali dari perut bumi kepada penentangnya.

    Berasal dari timur tengah, Yahudi Zionis kah dia, Allahualam.

    Bermata satu, seolah-olah buta hatinya buta dalam kesesatan dari kebenaran agama samawi.

    Akhirnya diberitakan akan terbunuh ditangan Nabi Isa as.

    Ya Tuhan selamatkanlah kami umat Islam ini dari kejahatan DAJJAL dan rakannya Ya’juj dan Ma’juj.AMIN.

  3. Apai Ngelai

    Salam,

    Amerika ni cukup sibuk dengan orang lain punya pertadbiran. Sedangkan masalah luar mereka berkaitan Iraq, Afghnistan dan Korea Utara belum selesai pun dan mereka pun tak tahu apakah jalan penyelesaiannya. Dan perlu ingat Amerika sangat jahat, apakah hak mereka untuk menekan negara lain dengan ugutan sekatan ekonomi sepertimana
    yang dilakukannya terhadap Iran?

    Dunia sentiasa memerhatikan mereka. Semasa perang menakluki Iraq, mereka dah terlebih budget. Tidak cukup dengan itu, mereka menyalah gunakan peruntukan untuk pembangunan dan kebajikan rakyatnya bagi menjayakan kerja-kerja jahat mereka ini.

    Hampir-hampir mereka muflis, dengan hutang tertunggak berjumlah puluhan bilion dollar, bagaimanapun kerana Amerika adalah ‘pengecop duit’ bagi wang kertas dan matawang mereka digunakan sebagai pertukaran dunia. Mereka mencetak wang mereka dengan banyak sekali laksana ‘duit pisang Jepun’ bagi menstabilkan ekonomi mereka yang hampir punah oleh kemajuan peperangan mereka sendiri. Inilah contoh terbaik mereka.

    Tak perlulah menunjukkan keprihatinan kepada negara lain. Mana dia keprihatinan kepada rakyat mereka sendiri kepada mangsa taufan Katrina tempoh hari? Mengapa whitehouse senyap dan amat liat untuk memberi bantuan kepada rakyat sendiri? Biarkanlah mereka menyebok, tak perlu dilayan sangat. Jika mereka tidak mempunyai kepentingan terhadap penahanan RPK berkaitan
    isu ISA ini, masakan pula mereka hendak campur tangan.

  4. dhalcar

    ini adalah satu penghinaan kepada rakyat malaysia..disebabkan seorang dua pemimpin yang sayangkan kuasa,rakyat terpaksa menghadapi risiko yang sama oleh negara negara yang menjadi boneka AS..

    Malaysia adalah negara kecil,begitu kerdil kalau dibandingkan dengan AS,tetapi pemimpin malaysia begitu sayang akan kuasanya,seperti di malaysia mereka lah raja..Malaysia sebenarnya telah lama berhubungan dengan AS dalam sedar atau tak sedar melalui tindakan ekonomi, hubungan diplomatik dan sebagainya. Tetapi akibat pemimpin Malaysia yang lemah (tidak licik dalam membuat keputusan) dan penakut (tidak tegas), AS telah mengambil kesempatan menggunakan secukupnya kelemahan pemimpin Malaysia sehingga kelebihan (sumber-sumber asli) Malaysia menjadi punca keuntungan AS hasil hubungan ekonomi peringkat global..

    saya percaya,Pak Lah dan Najib tidak merasai kegentaran ini,duit mereka banyak,andai sesuatu yang buruk terjadi,mereka akan bercuti di luar negara..tapi malang bagi rakyat marhaen..

    UMNO telah membawa imej negatif terhadap bangsa melayu..hanya “JAGUH KAMPUNG”,di malaysia bukan main hebat menggunakan polis dan segala macam jentera kerajaan,malanganya tidak mampu berkata-kata apabila diherdik pihak luar,dengan SINGAPURA malaysia diperbudak budakkan,apatah lagi dengan AS..

    lupakah kita bagaimana UMNO berdepan LEE KUAN YEUW?sehingga menggagadai sebuah pulau..apa pula akan digadaikan UMNO apabila berdepan AS kini..

    jangan sudah tergadai,hendak menuding jari..saranan yang baik kepada kawan-kawan,tukarlah pemerintahan di negara ini..

  5. AbangTuah

    dhalcar,

    Ish..ish..finatik sungguh awak pada kepimpinan puak PR tu ye. Awak kena ingat Anuarlah yang mencari si Dajjal Amerika tu untuk membela dia. Jangan putar belitkan fakta ok!!!

  6. Bakal PM

    Dhalchar….
    kalau nak tukar pemerintahan jgnla ditukarkan kerajaan tp tukarkanla pemimpin… sebab nak tukar pada pembangkang sy rasa pembangkang yg lebih memuja dan mengagungkn Amerika… Mereka yg cuba menarik amerika supaya turut serta didalam politik malaysia… Kerajaan sekarang menentang campur tangan asing didalam menangani isu dalaman…. Rumah kita biar kita yg selesaikan ok…

  7. khir toyo

    betul kata saudar dhalcar ni.. dah 51 tahun UMNO memerintah pemimpin kaya raya..rakyat miskin dan hidup susah… inilah dia hidup melayu Unggul…. hehee
    cerdik betul UMNO ni putar alam giler kuasa…

  8. It is the nature of Uncle Sam to intervene into any countries it wishes. However, there is philosophical foundations for this act. For further notation, visit
    http://drnell.wordpress.com/2008/09/13/us-trajectory-msian-politics/

  9. Apai Ngelai

    Para pembangkang,

    Minta maaf, terlalu nyata kalian semua sangat keliru dengan keadaan semasa. Janganlah terlalu ghairah menilik dan meneka semua kekurangan pihak pemimpin kerajaan sehinggakan segala yang buruk berlaku semuanya berpunca dari Umno sahaja.
    Kita peringatkan, mencari kesalahan pihak lain adalah jauh lebih mudah dari menghargai jasa dan budi mereka. Manusia selalunya suka menilai sesuatu dari sudut padangan negatif kerana itulah yang paling gemar diperkatakan terhadap orang lain.

    Lupakah kalian, bagaimana taraf kehidupan rakyat melayu di bawah kepimpinan Umno dalam keadaan ekonomi dikuasai kaum lain? Tanpa keutamaan yang diberikan kerajaan terhadap bangsa melayu dan bumiputra apakah kiranya masih ada tanah kampung, felda dan kebun yang dikuasai majoriti kaum melayu? Dan apabila kerajaan memberikan keutamaan untuk anak-anak bangsa kita mendapat tempat dalam perkhidmatan kerajaan, ada pula orang melayu lain yang mempertikaikan ketidakadilannya terhadap kaum cina dan india. Yang dituntut mereka adalah supaya anak-anak kita ini dihadkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan bermakna peluang mereka harus dipecahkan kepada orang lain. Sungguh adil dan saksama, selayaknya berputik dari pemikiran seorang bersifat Hasad kepada keuntungan dan kemajuan bangsa sendiri.

    Tidakkah kita pernah bertanyakan diri sendiri mengapa pula orang melayu yang paling lantang sekali memperjuangkan hak kesamarataan ini, bukannya orang lain? Apakah ertinya ini semua? Jika hendak menuntut kepimpinan baru dalam kerajaan, apa perlunya pembangkang PKR/PAS menggadaikan satu-satunya keistimewaan yang kita miliki selama ini?

    Bumiputra dan melayu adalah kaum yang tamak dan berfikiran singkat. Perasaan amarah itu selalu mendahului pemikiran rasional yang telah ditutup rapat oleh hati yang sudah dilaraskan untuk mencaci dan memburukkan kerajaan Umno. Inilah puncanya bila kita membaca luahan hati mereka, kebanyakannya mesti mempunyai kedua sifat-sifat ini. Sudah sinonim dengan karektor pembangkang yakni ‘Bengkeng’.

    Mereka meminta kita untuk menghormati pendirian mereka dan mempertimbangkan segala tomahan dan cacian yang dilemparkan agar kita mengikuti langkah mereka menukar kerajaan yang dianggap sudah tidak praktikal lagi. Mengapa perlu kita mencontohi mereka dengan menilai orang melalui tomahan dan cacian semata-mata bagi mendapatkan sesuatu yang baik? Fikir-fikirkanlah, mudah-mudahan kita tidak terpedaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s