Sudah..Cukuplah…

1. Semlm tak sampai 12jam, 3 orang kena ISA…

2. Selalu isu kena tahan ISA, bukan kecil sebabnya…..apa2 tunggu kenyataan rasmi dari pihak berwajib ok!!….jangan buat andaian sendiri.tapi apa yang dilaporkan oleh media, penahanan bagi membolehkan siasatan lanjut.

3. Sejak kebelakangan ini, tak habis-habis isu berbaur perkauman…tak kira dari parti mana pun….isu berbaur perkauman ini amat sensitif. jagalah kebebasan bersuara yang ada.

4. Apa kata kita tutup isu-isu yang berbaur perkauman ini, bersatu membangunkan negara. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan bangsa-bangsa lain , kita bersatu tak kira parti bangunkan negara demi anak cucu kita.

5. Sejarah telah menunjukkan bahawa isu perkauman selalu membawa kepada kemusnahan.

6. Bukan apa, takut yang mainkan isu-isu sebegini adalah orang-orang yang ada kepentingan sendiri.

7. Jadi saranan penulis, Sudah!!..Cukuplah!!!…..tutup isu perkauman…kita sebumbung selantai….tolak ansur itu penting…!!

8. Hidup Malaysia!!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Sudah..Cukuplah…

  1. Apai Ngelai

    Salam moderator,

    Saranan tuan kita junjung tinggi, masalah ni hanya akan memburukkan orang melayu saja tak kira apa pun ideologi politik mereka.

    Tolak ansur itu kalau di pihak kita, tiada masalah. Masalahnya pembangkang sengaja mengapi-ngapikan topik ini supaya kita yang dilihat sebagai racist. Ini adalah sebahagian strategi mereka untuk membuatkan kaum lain membenci Umno dan BN.

    Kenyataan Datuk Ahmad dieksploitasi. BN dikecam. Ketuanan melayu disalah-ertikan. Pemimpin difitnah. Hasil yang diharap dengan segala tindakan itu ialah supaya harga barang turun, minyak turun, Paklah turun, Najib turun. Semuanya dituntut turun dari kerajaan. Yang naik nak mereka semua jer.

    Kalau diperhatikan, perjuangan mereka ni semuanya bersifat materialistik semata-mata. Memfitnah pemimpin-pemimpin kita gilakan pangkat bagi menjamin kepentingan diri. Tapi tak sedar mereka sebenarnya paku dulang paku serpih. Mereka tak sedar, orang lain perhati tingkah laku mereka selama ni. Hakikatnya, semua nakkan kuasa, semua nakkan harta…. mana tak nya semua benda pun sanggup dibuat kalau dah gila dengan KESEMUA tersebut.

  2. sai

    Mengapa reporter kena ISA? Tapi Ahmad Ismail tak kena? Hairan juga kan?

  3. Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.
    ———————————————————-

    Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

    Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

    Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

    Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

    Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.

    Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
    mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

    Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

    Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.

    Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

    Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

    Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

    http://patek1472.wordpress.com

  4. politikus

    nak tahan orang di bawah ISA konon..
    peegidah!
    tolong,rakyat kini semakin cerdik..

  5. #4 & #7 is veru good! well said!

  6. Salam,
    Memang patut pun….wartawan perlu ada tanggung jawab untuk menjaga ketenteraman dengan jangan tulis isu-isu berkenaan yang timbulkan rusuhan kaum.Pihak penerbit perlu tapis berita perkauman…ini tidak; sengaja cari publisiti kononya surat khabar merekalah yang menjaga kepentingan untuk menjaga hak kaum mereka!.Yang India ini pun sibuk sekali…kononnya jadi hero surat khabar!.Dia yang kat SUN memang lama mamak taran dia nie..masa kes dandruf pun dia yang paling sibuk sekali…kes TPM pun dialah puncanya….kerana terlalu anti kerajaan dan Melayu!.Memang padan muka…yang melayu dok sokong puak depa ini buat ape?.jangan jadi penjilat bontot bukan Melayu lah!.Datuk itu cuma kata saja…macam awak dan saya…yang kena patut yang jadi punca buat besar-besar hal ini!.Datuk itu cuba nak sedarkan orang bukan Melayu!.Yang melayu lain tak berani!.Diam sudahlah kalau tak berani!.Ini jadi penyokong depa pulak!.Pak lah dah mula naik angin…hampa kutuk dia tidur….kan sekarang hampa tau siapa dia…yang diam itu bukan pegecut…yang cakap besar itu bukan berani…hampa siaplah..dia dah mula…waking a sleeping tiger?. Hampa semua yang melayu ada masa lawat blog http://susanloone.wordpress.com tau-lah bukan melayu ini kutuk melayu macam mana?.Tak athu malu kah?support kafiak dan hantam Muslim?.

  7. Bakal PM

    patek 1472
    jgn la jd org yg bodoh & jgn nak memperbodoh2kn org lain… nak kebebasan bersuara konon…. org suruh bersuara untuk kebaikan, cerita benda yg betul…. bukan nak mengapi2kn sampai keadan jd huru – hara…. lg satu memang rakyat mengharapkn ISA diguna pakai dalam menangani isu2 hasutan supaya ianya tidak menjadi semakin berleluasa…. Siapa yg memberi mandat & kuasa kpd kerajaan??? Rakyatla…. tau x … kalau bkn rakyat yg undi sapa lg???? So kami ni golongan majoroti menyokong kerajaan yg minoriti tu kamu dgn geng2 kamu yg suka tgk konsert tayang punggung x lama dulu???Ingat lg x??? Bila nak anjurkn konsert tu lg?? Dgr cite 16 september ni betul ker?? Kerajaan skarang lebih telus berbanding Pembangkang yg ibarat anjing dgn bayang2… Cuba nak rampas kuasa dgn rasuah dan merayu2 or MP kerajaan lompat kpd mereka…. Sian la aku tgk…. X malu ker???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s