Tiada peralihan kuasa dalam perlembagaan UMNO – KULI

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu mempersoalkan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2010 terlalu lama.

Sebaliknya, beliau lebih terkejut dengan cadangan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno yang pada pendapatnya tidak ada dalam perlembagaan parti.

Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa.

“Ahli-ahli yang patut memilih pemimpin. Pemimpin tak boleh menentukan berapa lama nak duduk (memimpin), bila nak turun kecuali apabila dia nak berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 150 anak-anak yatim dari asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Muar di Masjid Jamek bandar Maharani di sini malam semalam.

Sebelum itu, beliau turut menghadiri majlis tahlil untuk bekas Pengerusi Tetap Umno, Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah bersama kariah masjid tersebut termasuk Datuk Kadar Shah, anak sulung Allahyarham.

Mengenai tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan bekas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun, Tengku Razaleigh turut tidak mahu mempersoal kewajaran tindakan itu.

“Kalau MT kata wajar, kita kena ikut kata wajar,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan MT Umno itu akan menyebabkan tiada lagi laungan ‘Hidup Melayu’ dalam mana-mana perjumpaan Umno, Tengku Razaleigh berkata, “Siapa kata tak boleh? Kalau kita orang Melayu tak berjuang untuk orang Melayu, kita nak berjuang untuk siapa? Memang kita berjuang untuk Malaysia tetapi kita mesti jaga orang Melayu. Umno adalah parti orang Melayu.”

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata cadangan supaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dalam Umno timbul apabila beliau menyarankan agar orang Melayu bergabung tenaga untuk mempertahankan hak mereka menerusi Umno.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan sendiri oleh Dr Mahathir semasa beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Umno.

“Dalam pertemuan itu, kita menyatakan kebimbangan kedudukan orang Melayu seolah-olah sudah tidak terjamin, kedudukan kerajaan sudah terumbang-ambing dengan adanya suara-suara yang mengatakan parti-parti komponen nak meninggalkan BN.

“Jadi Dr Mahathir minta supaya diadakan perjumpaan bagaimana menggabungkan tenaga kita untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu, kalau boleh menerusi Umno,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata oleh kerana Dr Mahathir bukan anggota Umno, maka timbullah cadangan supaya beliau kembali ke pangkuan parti.

“Dia kata, dia bersedia kembali kepada Umno pada bila-bila masa, syaratnya sebagaimana yang dia kata dahululah (apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri),” kata Tengku Razaleigh. – mstar

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Tiada peralihan kuasa dalam perlembagaan UMNO – KULI

  1. tubir

    hai semua
    Umno kena kembali kelandasan asal HIDUP MELAYU kerana laungan itu mempunyaai seribu makna .kenapa kita takut untuk melaungkanya.Kita tidak ganggu orang lain…..Bermacam macam dugaan telah umno tempuhi dengan jayanya ,walaupun sesetengahnya amat memilukan …Tidak dinafikan banyak sumbangan umno didalam membangunkan negara ini,begitu juga dengan komponen BN…..Cuma sekarang ini agak kabur pejuangan oleh kerana tamak dan hati yang tidak iklas.Harta kekayaan sudah membutakan pemimpin……yang susah dan tidak ketentuan adalah rayaat jelata…..mahukah kita melihat negara kita ini runtuh?kacau bilau…..ekonomi merudum……Dan mahukah orang cina hidup didalam tidak tenteram ?atau mahukah orang india rasa tidak selamat berjiran dgn orang melayu?Nah jawapanyan tentu tidak…….Marilah kita semua kembali hidup didalam MUHIBAH …..orang cina india dan melayu bersaing dengan sihat tiada ugutan …hormat menghormati.kita akan aman.
    TENTANG PERALIHAN KUASA MEMANG TIDAK UJUD DIDALAM PERLEMBAGAAN UMNO……DIMANA PROSES PEMILIHAN PUCUK KEPIMPINAN.KENAPA PEMIMPIN UMNO HARUS TAKUT UNTUK MELELUAI PROSES INI.KALAU SESEORANG PEMIMPIN ITU BAIK IKLAS ORANG AKAN NAMPAK DAN PILIH .UMNO ADA PEMIMPIN YANG HANDAL HANDAL DAN BERKEBOLEHAN.CONTOHNYA RAHIM TAMBICIK…..MUSA HITAM…….RAHIM TAMBICIK NI DAH LAMA DAN BANYAK PENGALAMAN…..YANG BOLEH DIPAKAI…..WALAUPUN BELIAU ADA MEMBUAT KESALAHAN DARI SEGI TINGKAH LAKU …TAPI BELIAU CEKAP MENTADBIR ……BELIAU TELAH DICANTAS OLEH ANUAR………..BELIAU TELAH MENERIMA HUKUMAN….BELIAU MASIH SETIA PADA UMNO………INILAH PEJUANG. SEKARANG INI AHLI UMNO TELAH JADI PAK TURUT ,TAKUT HILANG JAWATAN , KALAU HILANG JAWATAN HILANG LAH SUMBER KEKAYAAN DIRI.SEKARANG INI PEMIMPIN UMNO SANGUP MEMBERI RASUAH AGAR DIPILIH OLEH PERWAKILAN .DAH RAMAI CALUN YANG TELAH DITANGKAP KERANA MEMBERI RASUAH .ANTARANYA ISA SAMAD,ZAID IBRAHIM DAN RAMAI LAGI TAK MAMPU NAK DITULIS.
    UMNO ADALAH PATI TERAS ORANG MELAYU…..ORANG MELAYU MENUMPANG BERTEDUH DIBAWAHNYA ,WALAUPUN BUKAN AHLI UMNO ASALKAN ORANG MELAYU UMNO BANYAK JASANYA . KITA MEMERLUKAN SORANG PEMIMPIN YANG KUAT DAN MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN DAN DIYAKINI OLEH ORANG MELAYU SERTA BN .
    DENGAN MENETAPKAN SIAPA PENGANTI TAMPA PERSETUJUAN AKAR UMBI YANG SEBENARNYA .IA AKAN MENGHANCURKAN KEPECAYAAN AHLI.SEPATUTNYA SEMUA AHLI MEMBUAT KEPUTUSAN BUKAN KETUA BAHGIAN .BUAT LAH MACAM PILIHAN RAYA UMUM,SEMUA KELUAR MENGUNDI .KALAU YANG BERTANDING TU NAK BERI RASUAH BERILAH KEPADA SEMUA AHLI UMNO…….BANYAK KE DUIT DIA NAK RASUAH SEMUA ORANG ? SEKARANG ZAMAN MODEN BUKAN ZAMAN BATU LAGI…….BUATLAH PERUBAHAN DEMI KEBAIKAN .KEPADA YANG TAK MAMPU TU BERUNDURLAH CARA TERHORMAT, JANGAN SAMPAI DIPECAT OLEH AHLI SENDIRI.JANGAN BERBANGA DENGAN SOKONGAN PALSU TU…..DENGAN MENDAKWA MENDAPAT SOKONGAN KUAT .,,,,,AKARUMBI CAKAP LAIN PERWAKILAN CAKAP LAIN …..AHLI BAWAHAN UMNO DAH BOSAN.
    KEPADA TUN , TENGKU DAN MY BERJUANGLAH DENGAN JUJUR JANGAN ADA UDANG SEBALIK BATU.NIAT MESTI SUCI……DEMI MELAYU …..NEGARA DAN RAJA RAJA MELAYU.KITA TIADA RAJA CINA , RAJA INDIA DI MALAYSIA NI .OLEH ITU HIDUP MELAYU …….BUKAN MELAYU TUNGGUL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s