Giliran Muhyidin Yassin di Singkirkan dari UMNO?

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

“Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan kabinet, ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)…tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

“Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?

Apa dah jadi dengan politik UMNO sekarang?.Apa kah dendam menguasai diri Pemimpin UMNO sekarang tanpa memikirkan perasaam ahli akar umbi?.

Mamak Penang.

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Giliran Muhyidin Yassin di Singkirkan dari UMNO?

  1. AbangTuah

    Aku bukan taksub kepartian dan aku juga tidak terlalu memuja kepimpinan. Yang baik aku terima yang tak betul tetap aku sanggah.

    Kalau berlaku yang korup aku harap ianya dapat dibenteras dan dibetulkan segera. Kasi spray semua itu nyamok2 dengan BAYGON atau apa-apa racun yang paling berkesan.

    Tapi aku harap kita ni kena jugalah seimbang dan rational dalam membuat sesuatu penilaian terhadap kerajaan. Kerajaan sekarang ni dah terlalu diasak dengan perbagai masalah, terlalu sibuk menjawab persoalan, seribu satu macam kesalahan yang dilontarkan, diketengahkan oleh pihak dalaman sendiri mau pun pihak lawan. Sekiranya sesuatu tuduhan itu benar aku pun tak kisah. Tapi yang aku lihat banyak juga yang remeh-temeh dan terdapat juga sesuatu isu itu sengaja diada-adakah atau pun diperbesar-besarkan bagi bertujuan melihat integriti kerajaan ini pudar dimata rakyat dan tak kurang juga gemar melihat kerajaan ini lumpuh terus sehingga tidak bermaya.

    Aku khuatir sekiranya kerajaan gagal bertindak segera atau ditewaskan maka strategi pihak lawan ini yang teryata amat berkesan seterusnya mungkin boleh menghancurkan sedikit kekuatan yang masih ada.

    Jadi kita sebagai rakyat yang inginkan melihat kerajaan kembali pulih, baik dari segi kekuatan, kewibawaan dan berkemampuan maka hendaklah kita membantu memberikan feedback yang positif bagi memperbetulkan agar usaha penambahbaikan dari pihak kerajaan dapat berjalan lancar. So sekiranya kita masih sayangkan kerajaan yang baik ini maka diharap agar feedback yang kita berikan itu janganlah lebih menambahkan lemahkan dan seterusnya menjadi lebih beracun sehingga membunuh kerajaan itu sendiri.

    Aku kuatir sekiranya kerajaan ini tumbang dan pemerintahan baru pula gagal meneruskan pentabiran dan pemerintahan dengan baik makanya kitalah sebagai rakyat jelata yang akan lebih teruk menderita.

    Walaubagaimana, pun dari kaca mata dan penganalisaan aku, masih tak jelas kelihatan lagi mana-mana pihak yang mampu menerajui Malaysia ini sebaik BN. Itu sahajalah pandangan aku yang buta ini.

  2. tubir

    Apa hal dengan si zahid ni……….apa kalau TMY disingkirkan dia ada peluang untuk naik setakuk lagi ……Hem Jangan banyak sedu dari kuah …….sedar lah diri tu siapa ………..nasib baik lah pak lah kutip kalau tidak jadi penchacai taik….cubalah selak sedikit kesah lama u tu……..eeeeeeeeeeeeee geli teman .
    satu hal lagi kenapa pak lah kutip si zahid ni…..????kenapa ya ………cuba kita korek nanti kita tau jawapan nya ………….haaaaaaaaa busuknya umno bermula dari atas ……….rosak nya umno bermula dari akar umbinya …….jadi umno dah berbau busuk dan telah rosak……..

  3. Dhalcar

    melayu,memang taksub bersama tuannya,demi kuasa,demi wang,segalanya akan digadai..oleh sebab itu melayu dijajah 500 tahun..
    taksub akan tuannya..
    parti seperti ini perlu kita elakkan supaya melayu tidak lenyap dan terus diperhambakan di muka bumi ini..
    pada melayu ang berfikir,carilah satu parti yang benar-benar ikhlas tentang agama dan melayu,parti yang mempunyai kebebasan bersuara..

    jangan jadi seperti “TUAH” hulubalang melayu yang begitu patuh,taat akan tuannya..haha..

  4. AbangTuah

    Dhalcar,

    Ini menu kegemaran Mamak haji, mesti mau ada.

    Beginilah saudara ku Dhalcar, bukankan berulah kali aku nyatakan aku tidak taksub kepartian aku juga tidak mengagungkan pemimpin, aku juga tidak bertuhankan Ulama.

    Sekira kau lihat kerajaan yang ada ini kurang baik, tapi dari kaca mata aku PAIh dan PKR lebih buruk.

    Jadi kau fikir aku akan pilih mana, yang kurang baik atau pun yang buruk. Begitulah jawapan aku, senang sahaja!!!

  5. Assalamualaikum…..
    Dalam UMNO,presiden dah jadi macam firaun yang menganggap dirinya tuhan,tak boleh ditegur langsung… Dan ramai yang bacul dalam UMNO,sikit sikit nak bodek,nak ambil tindakan pada siapa yang teguq presiden….Nampaknya memang sibacul UMNO ni takda t*^%q!!!!
    Masa dizaman firaun,beliau akan menangkap sesiapa sahaja yang menggugat pemerintahannya….Dan nampaknya zaman itu dah berulang di Malaysia……UMNO dan B.N adalah kerajaan firaun!!!

  6. Apai Ngelai

    Firekatbawah,

    Tak usahlah awak blajar nak bagi salam kalau kat akhir ayat awak tuh, awak kafirkan kerajaan orang Islam tu balik. Apakah awak rasa, sesiapa pun boleh dan tidak ada salahnya menggugat pemerintahan sesebuah kerajaan? Dan kalau tangkap itu maknanya amalan kerajaan Fir’aunlah? Pecayalah, kalau pemikiran sebegini terdapat kat pemerintah kita sekarang, negara kita secepat kilat akan setaraf Timur Leste /Papua New Guinea. Tak ada penangkapan di situ.. suma harap kat PBB.

    Siapa kata UMNO itu bacul takda t*^%q? Kalau betul tak da dah lama dah depa nih join Pakatan Rakyat Al Kafiruun untuk mendapatkan kuasa.

    Berapa ramai Parti yang nak lawan Umno satu orang? Yang korang tau pakat belasah main balun jer – cara pengecut. Kalau pakai Cap Parti satu orang, belum tentu lagi korang berani cakap besaq nak ambik kerajaan, konon. Sampai sanggup lak londeh semua taraf bumiputra, hak suma bagi sama rata asal janji dapat undi parti lain.

    Kasian….Puak pembangkang melayu ni lah malang. DSAI tu kaya, dia apa kira! harta yang Amerika bagi cukup untuk dia pakai idup sampai bercucu bercicit. Korang apa dapat? Hak melayucinaindia tidoq bersekelambu.

    Eloknya UMNO nih kita sokong tak kira sapa ketua dia, pasai perjuangan dia tetap sama. Jauh sekali nak anggap pemimpin itu kiblat bagi parti macam PKR tu hah! Penyokong suma ganas, beremosi dan tidak pernah berprasangka baik dengan parti lawan. Elok tinggalkanlah dakyah songsang korang tuh, buat rugi bangsa sendiri jer..

  7. abg misai

    selamat berpuasa dan berhari raya tak lama lagi, bermaafan la..tak baik kutuk mengutuk, kata mengata, ambil yang jernih buangkan yang keruh.insyaalah segala kekusutan, kakalutan, kesasatan akan dapat disetelkan apabila kita kembali pada jalan ALLAH. ayuh kita sama2 berjihad pada jalan ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s