Daily Archives: September 15, 2008

Zaid Ibrahim Serah Surat Letak Jawatan!! Sah Letak Jawatan (updated)

dari nst

DATUK Zaid Ibrahim has tendered his resignation as the Minister in the Prime Minister’s Department. He has just submitted his letter to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

dari mstar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

“Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini,” katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan ‘dasar kerajaan’ itu.

“Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian,” katanya.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman itu berkata, beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Zaid merupakan peguam terkenal yang menyertai arena politik kemudian dan kini merupakan anggota Umno. Beliau menyertai Umno tahun 2000.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.

Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau tidak dipilih sebagai calon tetapi kemudian menyertai jemaah menteri selaku senator.

Advertisements

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Nak Jumpa Pak Lah pasal ISA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.

Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin
Dalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.

Beliau mendakwa penahanan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dan rakyat dan jelas ia melanggar hak asasi seseorang.

Penahanan Teresa dan dua orang lagi – Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng – dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16 September depan. Tan dibebaskan hari ini.

Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan – cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa.

Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra.

Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan.

Anwar juga berkata, rancangan peralihan kuasa pada 16 September tidak ada kaitan dengan penahanan ISA, apabila ditanya sama ada beliau akan menangguhkan rancangannya itu untuk meredakan ketegangan politik ekoran kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat.

“Keutamaannya ialah kestabilan politik. Ianya bukan isu penangguhan, kita mempunyai jumlahnya untuk bergerak dan kita akan bergerak mengikut mandat. Kita tidak mahu membenarkan kerajaan mewujudkan ketidakstabilan politik dengan menggunakan isu kaum,” tegasnya.

Katanya, selain kestabilan politik, satu lagi isu utama yang perlu ditangani Pakatan ialah sejumlah besar ahli Parlimen BN berada di luar negeri, selepas mereka dihantar mengikuti lawatan sambil belajar mengenai pertanian di Taiwan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak.

nota: DSAI, macam mana ngan plan awal…16 Sept??? postponed ka??? nak tanya DSAI, kalau orang persenda soal agama, tak payah kena tindakan ker??? ISA kurang power ker??? kenapa tiada langsung kenyataan rasmi DSAI pasal kes RPK yang dok kutuk Nabi SAW? kenapa membisu seribu bahasa?

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Menteri De Facto Undang-Undang Zaid Ibrahim Ugut Letak Jawatan?.

Kini giliran Dato’Zaid Ibrahim Menteri De Facto’ undang-undang di Jabatan Perdana Menteri telah ugut Perdana Menteri untuk letak Jawatan sekiranya kerajaan tidak membebaskan tahanan ISA ,MP DAP Teresa Kok Dan Blogger kontravasi Raja Petra Kamaruddin yang di tahan mengikut ISA pada Jumaat lepas.Dalam satu temu-ramah melalui talipon dengan Malaysiakini dari Kota Bahru Kelantan berkata:

“Sekiranya Perdana Menteri tidak setuju dengan saranan kedua-dua tahanan ISA itu tidak didakwa di Mahkamah saya akan letak jawatan”. (MalaysiaKini)

Untuk Pengetahuan:

Dato’Zaid Ibrahim tidak mempunyai sebarang Jawatan dalam UMNO sejak dipecat pada tahun 2004 atas tuduhan Politik Wang (kemudian dibebaskan),tidak bertanding di Pilihan Raya 12 dan menjadi Menteri atas pilihan Perdana Menteri seorang sahaja.Dia juga dengar khabar tidak pernah membantu BN atau pun UMNO dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Tidaklah wajar bagi Zaid sebagai orang yang terhutang budi kepada Pak Lah yang sepatutnya menjadi Pendekar Pak Lah tiba-tiba bertukar menjadi ……!.Fikirkanlah!!!.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda