Anwar Nak Jumpa Pak Lah pasal ISA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.

Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin
Dalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.

Beliau mendakwa penahanan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dan rakyat dan jelas ia melanggar hak asasi seseorang.

Penahanan Teresa dan dua orang lagi – Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng – dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16 September depan. Tan dibebaskan hari ini.

Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan – cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa.

Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra.

Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan.

Anwar juga berkata, rancangan peralihan kuasa pada 16 September tidak ada kaitan dengan penahanan ISA, apabila ditanya sama ada beliau akan menangguhkan rancangannya itu untuk meredakan ketegangan politik ekoran kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat.

“Keutamaannya ialah kestabilan politik. Ianya bukan isu penangguhan, kita mempunyai jumlahnya untuk bergerak dan kita akan bergerak mengikut mandat. Kita tidak mahu membenarkan kerajaan mewujudkan ketidakstabilan politik dengan menggunakan isu kaum,” tegasnya.

Katanya, selain kestabilan politik, satu lagi isu utama yang perlu ditangani Pakatan ialah sejumlah besar ahli Parlimen BN berada di luar negeri, selepas mereka dihantar mengikuti lawatan sambil belajar mengenai pertanian di Taiwan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak.

nota: DSAI, macam mana ngan plan awal…16 Sept??? postponed ka??? nak tanya DSAI, kalau orang persenda soal agama, tak payah kena tindakan ker??? ISA kurang power ker??? kenapa tiada langsung kenyataan rasmi DSAI pasal kes RPK yang dok kutuk Nabi SAW? kenapa membisu seribu bahasa?

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Anwar Nak Jumpa Pak Lah pasal ISA

  1. penulis_cyber

    Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
    Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm
    Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

    Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.

    “Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”

    Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

    Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

    Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

    Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

    “Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

    “Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.

    Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

    Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

  2. tubir

    Sepatutnya anuar dimasuk kan sekali didalam tangkapan tersebut …..

  3. asalamuaikum !

    betui tu tubir…. patut anwar kedalam sekali …sebab dia boleh dikategori ancaman jugak… ada ker nak rampas kuasa.. tengok ler .. negara lain , apa jadi kalau rampasan kuasa.. negara tentu huru hara jadinya, jadi sebelum huru hara tangkap jer ..jeruk kan dia dengan benggali tu sekali ..banyak bunyi betui…bior merasa… kenalah tau ISA ni dibuat mencegah… tengok ler di amerika.. dah merusuh dah bergaduh …dah beratus mati..baru nak cegah ker?.. betuiler tu kat malaysia tangkap dulu sebelum ramai yang mati…..

    sekupang dua tahu yang puak nak hapuskan ISA adalah kerana inilah yang menjadi penghalang kepada pendurhaka yang nak porak porandakan negara… sekupangdua sampai sekarang ni aman je tak kena pun ISA … apa sebab dema nak tangkap!

    sekupang dua harap pak lah jangan layan anwar tu ..dia siapa… he he he he jangan harus bagi … ibarat mempelawa setan baik tak payah. sedangkan saiful pun bermacam ceritanya..ini pulak esok jadi cerita lain pulak.. paklah merayu ler… pak lah takut ler…maklumler memang pakar buat cerita… jangan ada kes juburan baru udah ler….. astagfirullah….

  4. Apai Ngelai

    Salam,

    Bukan main bebas lagi DSAI pegi ke hulu hilir tunjuk kehebatannya yang baru jadi Ahli Parlimen. Tak takut ke? Ari tu sampai lari macam tak cukup tanah bersembunyi kat kedutaan orang kata ada yang nak bunuh dia. Punyalaa takut, sampai tak sempat nak menjejak kedutaan AS, pigi plak berkubang kat kedutaan Turki. Dah kene tangkap suma keh yang nak bunuh dia tuh?

    Orang yang berbohong ni, cukup jelas perlakuan dia kemudian ari. Dia tak sedar, orang lain nampak tuh…. Apa punya alasanlah, kat kita semua tu bohong, boohong dan booohong. Macam ni punya orang ke jadi presiden Malaysia? Nak lawan kehebatan lidah bercabang Bush kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s