16 September: Anwar tampil dengan ‘ skrip baru’

Bagi lebih 12,000 penyokong pakatan pembangkang yang hadir di Stadium Kelana Jaya Isnin malam…malam ini adalah malam penentuan.Harapan mereka tinggi mengunung untuk mendengar bukti dan fakta ‘yang boleh diterima akal’ menjelang pengistiharan kerajaan 16 September.

Namun seperti yang sudah dijangkakan mereka semua tetap pulang melopong diambang kononnya barisan pembangkang akan tawan Putrajaya Selasa menerusi tindakan para Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat parti.

Apapun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bergaya dan tidak menghampakan mereka apabila beliau tampil dengan ‘skrip baru’ yang dipercayai untuk menutup malunya tidak dapat mengotakan gembar gembur yang sudah didendangkan selama enam bulan lamanya.

Beliau mengakui pelan 16 September untuk mengambil alih kerajaan terpaksa diubah. Setelah sekian lama mendakwa beliau sudah ada the numbers yakni jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup…jalan cerita terbaru Penasihat PKR itu ialah beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi meminta perubahan kuasa kepadanya dilakukan secara aman dan teratur.

Ini bermaksud kini kerajaan Barisan Nasional yang ada 140 kerusi di Parlimen berbanding 82 kerusi pembangkang terpaksa tunduk kepada kehendaknya.

Bagaimanapun, dalam ucapannya hampir sejam di majlis Sambutan Hari Malaysia ke 45, itu, Anwar tidak menyebut langsung berapa jumlah ahli parlimen Barisan Nasional yang sudah set nak lompat dan siapa mereka.

Kata barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.
“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?…Ini kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Anwar turut menjadikan pemergian para Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan dan penahanan Ahli Parlimen DAP Seputeh yang juga Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alasan pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

“Kenapa 16 (Sept) tak jadi, macam mana nak jadi, sebab mereka bawa pelari ke Taiwan, seorang masuk tahanan ISA, kita ada 82 (ahli parlimen) dah kurang satu..Teresa Kok hilang. Tapi saya nak jelaskan, kita ada cukup jumlah nak kalahkan BN,” katanya.

Menurut Anwar, kenapa pembangkang tidak ubah kerajaan esok (16 Sept) adalah kerana tidak mahu memaksa mengheret mereka yakni kerajaan BN di Putrajaya turun.

“Sebab itu kita memilih untuk berunding dengan Datuk Dollah (Abdullah). Ini jumlahnya, ini kekuatan kita…bagaimana? ..nak seminggu (serah kerajaan)…nak dua minggu,” katanya.

Anwar turut menabur janji akan menurunkan 30 sen harga minyak pada hari sama pembangkang mengambil alih kerajaan, membebaskan semua tahanan ISA manakala 20 peratus royalti minyak akan diserahkan kepada Sabah dan Sarawak.

Pembangkang juga katanya ada memberi cuti umum pada 16 September sempena sambutan Kebangsaan selain cuti umum 31 Ogos bagi sambutan Kemerdekaan.
Apa yang jelas, majlis malam tadi tidak lain dan tidak bukan digunakan Anwar bagi menjelaskan kenapa pelan 16 September atau 916 yang disebut Kit Siang tidak jadi kenyataan.

Walaupun mendapat tepukan gemuruh orang ramai di stadium yang boleh memuatkan 30,000 orang itu, yang jelas 60 peratus daripada 12,000 yang hadir adalah masyarakat Cina.
Ini mengingatkan pada apa yang pernah dikatakan Naib Presiden PAS, Mat Sabu sebelum ini, bahawa Anwar sebenarnya hanya berjaya menarik pengundi Cina dan India sahaja.

Satu ketika dalam ucapannya, Anwar menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih taqwa berbanding orang UMNO.

Maka tidak hairanlah apabila mereka yang jawab pertanyaan apa khabar oleh Anwar lebih ramai berbanding yang menjawab salamnya.

Majlis malam tadi walaupun atas nama Sambutan Hari Malaysia, tetapi tumpuan ucapan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri banyak berlegar soal mansuhkan ISA.

Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng umpamanya menyentuh mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang letak jawatan kerana tidak sokong kerajaan melaksanakan ISA.

Sambil menyebut peribahasa mayarakat Tionghua mengenai ‘tukar langit’ , Kit Siang berkata, sudah tiba masa rakyat menukar kerajaan melalui pelan 916 bagi menghapuskan ISA.

Turut berucap di majlis itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan rumah sambutan.

Pihak penganjur telah menyediakan 1 juta bendera jalur gemilang dan 1 juta gelang tangan getah untuk diedarkan kepada mereka yang hadir.

Ikut ceritanya Anwar akan bagi sidang akhbar khas di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya pagi Selasa.

Apa pula skripnya pada hari yang sepatutnya jadi D-Day iaitu 16 September ? – agendadaily

nota: kan lebih elok sekiranya malam tadi DSAI mengajak pengikutnya yang beragama ISLAM utk bertadarus sempenan Ramadan Al Mubarak. Sudah lah DSAI, banyakkan beramal dalam bulan mulia ini dan bukannya banyak berangan. Banyak berangan selalu buat manusia jadi alpa.

Advertisements

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

30 responses to “16 September: Anwar tampil dengan ‘ skrip baru’

  1. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Ini Datok Anwar suka bergurau jer….. 16Sept dah nak lepas, tak tukak-tukak jugak. Esok 20hb pun sama jugak. Tak tukak-tukak. Bulan depan kalau cakap pun tak tukak-tukak juga. Alasan dia tak jadi macam-macam dalam berbagai versi. Cukuplah…. tak perlu nak saiko-saiko orang lagi dah! Ilmu Tai Chi kat rakyat nih, lama-lama luntur. Esok lusa, jangan lak pakat nak buat demonstrasi pulak pasai dah kemaruk gila nakkan kuasa…

    Amerika dan Yahudi sedang memerhati saat ini dengan air kopi kat tangan kiri, donat kat tangan kanan. News depa sejak bulan lepas dah canang kiri kanan depan belakang yang DSAI ni komfom akan ambil alih kepimpinan kerajaan dan membentuk Republik of Malaychi ari ni. Memang jadi pun 16Sept, hari ni dalam sejarah. Sejarah Pakatan Pembangkang dengan angkatan DSAI menjadi satu bahan ketawa seluruh galaksi dengan sketsa Mat Jeninnya. Kehkehkeh…. Apara punya pemimpin…!

  2. Nadrah

    Hehehe Sekarang ler baru aku tengok PAK LAh jaga…. kalau tidak dok tido jer…
    nak tidor 2 than lagi ker? Senang betul jadi PM… samapai X tau apa-apa….
    Nak kata tak Ceredik Marah….. Apara…………

  3. Bakal PM

    Kah…kehh… kihhh… kuii….
    Mat Jenin dgn minah jenin(NADRAH)… angan2 jela x sudah2…. tunggula je sampai kiamat yer…. Sian aku tgk…. Tebal aku rasa muka budak nadrah ni kalau org tau rupa dia…. maklumla angan2 x kesampaian….

  4. assalamuaikum semua!

    Siapa yang habis …orang UMNO… atau pun orang PKR pas kena kencing…. he he he..dah cakap kena kencing… apalagi mai le perjuangkan bangsa..mai lah join UMNO… hidup melayu

    SEKUPANG DUA…..untuk semua yang hampa DAN BENGKAK HATI dapatkan borang UMNO dari teman secara PERCUMA ! …. HIDUP MELAYU!

  5. waris79

    Anwar pandai menipu…
    lagi pandai main belakang….
    hanya pandai mengampu orang cina…
    meminta simpati tak kesampaian…
    tarikh akan berlalu tanpa perubahan…
    anwar masih menipu…

  6. kuntakinte

    Salam, Nadrah Pak Lah tidor sebab letih kerja, sebab dia tidor kau hidup sampai sekarang,

    Anwar lagi teruk semalam tidor di tangga Parlimen sebab kemaruk nak jadi PM 16 Sept kah..kah…..

    eh…eh… Anwar dah jadi PM ke ha…. dah kut jadi PM kerajaan ghaib he…he… malu nya aku sebab kemaruk sangat.

  7. Pak Lah

    Aku tengah duk ketaq ni…… dah nak terkucil lagi ni…. ish ish ish…….

  8. Nadrah ini suka cakap pasal tiduk buat apa?Mak jan kot?.Sabar jelah Nadrah…nanti ada jejaka tampil ajak tiduk sama!.Pak Lah dah yang punya…!.

    Cuma nak ketawakan 12,000 penonton sandiwara DSAI macam biasa “house full”terlopong sampai air liur basi meleleh!.Entah berapa banyak US Dollar habis tak tahulah…tapi saham menjunam semalam…untuk pengundi PKR Permatang Pauh tunggu lagi apa cerita dsai akan bawak untuk PR-13….tak serik hampa!.Tolong bersihkanlah poster-poster dan bendera keadilan yang lusuh itu yang terbiak di Jalan itu yang menjolok mata itu dan jadi bahan ketawa…ha!ha!ha!.Lupakan tentang memerintah negara itu dan lebih baik tumpukan pembangunan kawasan parlimen itu lebih baik manfaat….sekurang-kurangnya parti keadilan buat moreh kat Mesjid-Mesjid Permatang Pauh lagi berfaedah dan dapat pahla dalam bulan ramadhan ini.

  9. Nadrah

    Pak Lah nak kena juai…. timbang kati hahaha

  10. Bakal PM

    Minah Jenin (Nadrah) ni dah pandai nak join bisnes plk… nak jual2 Pak Lah pulak… Nanti berangan la dulu siap2 kalau bisnes untung nak buat apa plk lps 2… Keh…Kehhh… kuatnya berangan….

  11. “Breaking News”

    Khas untuk Ahli Pakatan Rakyat terutama Parti PKR dan PAS!,
    tanggal keramat 16 september 2008.

    Pada pukul 2.00pm tadi satu sidang Media diadakan di Taman Segambut,Datuk Sri Anwar Bin Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia dihadapan Menteri Besar Kelantan,Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Penang, di kediamaan rasminya, sebentar tadi!.Perdana Menteri baru ini menyeru semua rakyat terutama ahli parti PKR tenang dan jangan beremosional.Beliau juga menceritakan betapa susahnya beliau dapatkan kunci pintu parlimen daripada Pak Lah!.Sebagai Perdana Menteri beliau perlu kenalkan MP-MP Lompat katak kepada ahli-ahli parlimen lain.Beliau juga menceritakan beliau sanggup melutut untuk dapatkan kunci itu daripada Pak Lah!.Janji sekarang saya sudah jadi PM tak kisah semua itu!.Bagi kaum Cina yang begitu sokong saya…saya lantik ….gugup sebentar (kerana tatap wajah Menteri Besar Kelantan dan Bapak Ketua Menteri Pulau Pinang)….tunggu dulu…untuk tidak membawa mala petaka pada kerajaan saya…saya lantik anak saya jadi timbalan Perdana Menteri Malaysia……………..kerusi meja semua terbang…..huru-hara……hah!hah…ha!

    Satu jenaka yang terbaik dalam Milinium ini!!!!

  12. Battleship

    DSAI, kerajaan Langit Ayah Pin ada jawatan PM kosong…pi mintak cepat!

  13. Bakal PM

    Kah… Kah…. betul la Mamak Mat Jenin tu x pyh la berangan lg nak jd PM jd badut sarkas lg baik… Banyak kosong…. Kalau betul2 nak sgt jd PM sy boleh tolong…. Pg la Uganda ker, Bangladesh ker atau timur leste cuba try apply kat sana plk… agak2nya boleh kot capai impian dia yg ala2 mat jenin tu….

  14. Salam semua…..
    Yang anda semua terasa teruja berkaitan 916 tu buat apa…DSAI bohongkah, angan-angankah, apa kah..biaq lah…Jika anda semua berperasaan begini bermakna anda semua juga penakut…bagi kita penyokong BN setia bukan pelan 916 itu menjadi ujaan, tetapi menjadi pengajaran….kita usaha lagi camana nak tinggika prestasi BN…anda semua kalau tak tahu politik lebih baik diam…kalau tak dapat tolong BN pun just jadi pak pacak Tunggu dan Lihat…

    Bukan apa…kalau begini sikap anda semua, kondem PAKATAN…bukan bermakna kamu menunjukkan kelemahan mereka bahkan kamulah yang akan menaikkan semangat mereka agar lebih kuat berusaha untuk merealisasikan cita cita dan pelan 916 mereka…..anda semua ni dalam BN pejuangkah atau hanya tukang tampal poster ?…….orang yang benar-benar berani biasanya dok diam tapi berusaha menambahbaik……tapi orang penakut apabila dengar hasrat orang tak tercapai….pukul gendang…sama dengan suara mereka….GENDANG KOSONG….esok esok jadi kebenaran anda nak sembunyi kat mana….bayangan penakut anda akan sentiasa kejar bersama….last last anda akan mati sebelum ajal…..HIDUP DAN BERUSAHA MELAYU….BUKAN HIDUP TAPI LUMPUH….TAK DAK OTAK…

  15. DSAI…tak jadi PM pun memang dah kaya….yang korang semua…kokok berderai derai….bukan ekor ada tahi…tapi…mesikin muka kelabu….tah raya ni tebeli baju kah tak…kot kot bapak mamak yang tolong beli….eh udah le tu…mari kita sama sama fikir camana nak bantu kerajaan barisan untuk maju ke hadapan….camana kita nak tarik balik kerusi yang hilang…setakat ari ni kamu sedarkah kita dah hilang 3 kerusi….pensiangan, sanlang dan kerusi Datk. mohd. Zaid….Sanlang dan 100% milik pembangkang…pensiangan dan kerusi bekas Datuk Zaid belum tahu lagi…..Yang sebenonya bukan DSAI yang mat jenin…..kamu semua yang JENIN, KADOK, PANDIR DAN PAK BELALALNG.

  16. Sudahla kau tu salmin jais….
    Esok tu bila yg kau sebut jd kebenaran??? Dah dasar pembohong kita ckpla je Mat Jenin tu memang pembohong…. Tp Mat Jenin tu memang x tahu malu…. kalau bab menipu memang confident siap letak tarikh last apa pun xde… Yg kau nak aku senyap apahal??? Seluruh rakyat dah kena tipu tu pun nak senyap lg??? Kalau nak senyap sampai ke tua baik kau duduk dalam hutan sorang2… campur dgn beruk tak payah ambik tau isu semasa… Ker kau ni antara yg kecewa sebab Mat Jenin tu x dpt naik???

  17. Tema Hari Ini: Mat Jenin @ Mat Ayam

    Lagi bagus layan Mat Jenin dalam tv..kurang2 jadi jugak projek reban ayam dia..daripada Mat Jenin sorang nie, dah macam ayam aku tengok..teloq baru sebiji, dah riuh sekampung..baru menang satu kerusi, dah bising mengalahkan menang satu negara..memang pemimpin Cap Ayam..kesian Mat Jenin..

  18. HAI SUKA ATIKU LA…sepatutnya kami diseberang ni tak payah masuk campur cara kamu…..tapi dek kerana BN kami terpaksa juga….Kami di bawah bayu belum open dengan PKR…yang kami tahu BN saja…sebab tu BN Sabah high class….tak teruk macam kamu disana….kami hilang 1 kerusi saja…..Negeri kamu hilang berapa kerusi BN ?….why because you all hipocrates.

  19. Nadrah

    Ha 1 lagi, Utang UMNO 218juta, masa pilihanraya 2004 waktu al fazil ustaz Pak Lah Al-tiduri menang besaq pun tak bayar lagi…

    Mungkin ader kengkawan disini yang dapat air mineral, baju, gula-gula, topi, bendera waktu tu…

    Ingat mende2 tu tak bayaq lagi tau…….

    Janganlah belagak sangat!

  20. Bakal PM

    ala biar kita berhutang xpe jgn jd pengemis mcm Pakatan Rakyat… Baru menang kat selangor kluar surat minta derma kat semua rakyat…. Pastu korang ingat kempen2 pilihanraya korang tu semua pakai duit sapa?? Dah tentu jawapannya Mat Jenin tu mengemis kat Amerika… sedarla parti baru setahun jagung mana nak dapat duit bnyk2 blanja masa kempen… Nak kata duit Mat Jenin tu mustahil… Kalau betul duit Mat Jenin tu yg kluar maknanya masa dia jd TPM dulu bnyk la duit dia kaut masuk kocek dia kot… Contohnya yg magnum bg tu kot…

  21. Ketua Pembangkang

    ala salmin Jais ni…
    org nak komen dia pun nak komen… Kat sini yg hilang kerusi bkn la UMNO tp GERAKAN, MCA & MIC… So kami ni org UMNO masih kuat dan mendapat sokongan penuh org melayu… Bangsa lain dah dijanjikan dgn keistimewaan yg x munasabah oleh Pakatan Rakyat so dah tentula ramai yg termakan tawaran tu… Jd sepatutnya parti komponen lain yg ada dlm barisan la yg perlu kaji knp diaorg kalah bukan UMNO…

  22. Salam

    Betul kata Ketua Pembangkang tu..(first time aku sokong “pembangkang”) hehe..UMNO maintain steady masa PRU lepas..cuma certain tempat ja yang kalah..itupun kubu kuat pembangkang..

    Yang patut dikaji adalah Gerakan..Koh Tsu Koon dah standby bertanding untuk Parlimen sebab kalau dia menang dia ada can ganti Dr Chua Soi Lek sebagai Menteri Kesihatan..tapi ketentuan Ilahi tiada sapa boleh menghalang..Gerakan terlalu banyak hilang kerusi..

    Otai-otai MCA pun banyak yang kalah..MIC dengan Samy Vellu nya lagi..tapi UMNO nie tetap berpegang teguh pada semangat kenegaraan dan kesatuan semua kaum, dengan harapan ingin melihat kemajuan dan keamanan di Malaysia..masih lagi menerima MCA, MIC & Gerakan..tak pulak kami pertikaikan keupayaan parti komponen lain sebagai pengayuh BN menentang arus pembangkang..sebab UMNO sedar kalah menang adat bertanding..rezeki bukan di tangan kita..

    Apa yang penting kembali bersatu dan memperbaiki segala kekurangan..bukan mcm SAPP yang berkawan hanya di kala senang..lagipun sekarang nie SAPP dah ada 2 team..satu team yang keluar BN satu lagi yang tak terima usul tu..dan kalau korang tengok, yang tak sokong SAPP tu keluar BN semua orang kuat i.e Timbalan Presiden, Ketua Pemuda..ini menunjukkan BN masih ada harapan..masih ada jalan..masih ada ruang untuk diterokai dan diperbaiki..

    Tak payahlah UMNO dijadikan kambing hitam akibat tsunami politik lepas..UMNO dah banyak berkorban demi menjamin kesejahteraan antara parti komponen..cuma kekadang mata yang tak mampu melihat..telinga yang tuli mendengar dan hati yang tak boleh menilai..

  23. asssalamuaikum semua!

    Nadrah… ini pakcik nak terangkan jgn ..tak paham nak ooiii. cerita ngantuk ni biasaler…tambah dalam bulan puasa ni ..silap-silap engkau pun kaki tido… itu tak penting tapi yang penting sebenornya tido ni tak ler seburuk dengan jubo.. miker paham tak .. tidur tak lah seburuk dengan sebutan jubur…dah muak dengor benda sama … mike tau ker sinuar pulak kalau tido tu mendengkor siap dgn ayor lior basi…miker tau ke..kalau tau pun bukan hal besor yong…silap-silap miker pun sama juger…. jadi idak ler keji beno tido ni …berbanding @#@jubor..he he he teman tak nyebut!

    kepada kengkawan semua teman dapat sms tengah pagi buta…ada juga manusia yang tergamak bagi teman, sms tu bunyinya……..

    DSAIpetang tadi mengankat sumpah jawatan perdana menteri dihadapan yang di pertuan agung. turut hadir Pemimpin tertinggi Parti PKR, DAP dan PAS
    beliau mengankat sumpah di hadapan GAMBAR YDP Agung yang digantungdi rumahnya di segambut.

    sekupang dua….apapun teman menyeru kepada semua PKR …udahlah tu.. kalau kita dah nampak salah..atau pun sesat..pulang je ke pangkal jalan.. jangan angkuh..pada kami UMNO tetap menanti mengkomer…kita bersatu bela bangsa dan negara yang tercinta …insyaallah…silakan…amin!

  24. Nadrah

    sekupang dua
    tengok mukapaklah….. hehehehe
    Pakatan Rakyat dalam posisi menyerang…..
    Dia bukan tido waktu bulan Posa….. dari tahun 2004 lagi……. ini fakta ler

    Bagi ler Paklah minum air cap badak….

    Alahai MUKAPAKLAH…………………….

  25. Nadrah

    Alahai MUKAPAKLAH………………..bukan muhabalah, bukan muzakarah, bukan muqabalah… Tetapi MUKAPAKLAH…….Mu dah nak kalah

    hehehehehe Cirit Paklah kali ni ngan Bebudak UMNO kat sini………………. kah kah kah

  26. Nadrah

    Pelik… Ketua Pembangkang Orang UMNO… praktis kot? Tahniahlah kalau macam tu…. rehearsel bebanyak…

  27. Nadrah

    Di cadangkan UMNO ditukar jadi Pekembar…………….

  28. Bakal PM

    Kesiannya Nadrah… Memang kami kat sini tau cik Nadrah ni teramatla malu setelah ditipu hidup2 oleh Mat Jenin… Jd dia seolah2 meracau2 & meroyan2 bila tau kebodohannya sehingga boleh ditipu & dikencing sedemikian rupa… Lepas tu boleh percaya pulak 2 lg 2 -3 hari mat jenin tu tetap jd PM… Alahai dah hari ke3 pun ni… X de berita pun Mat Jenin tu dpt jd PM… Agaknya bukan Pak Lah yg kuat tido tp Cik Nadrah ni yng x bangun2 dari tido… Mimpi panjang sgt… Jgn diharap pd yg menipu… Isi borang UMNO lg baik dari kena tipu sepanjang hayat…

  29. KETUA PEMBANGKANG

    Alo Cik Nadrah…
    aku org Kedah la so semestinya aku layak jd ketua pembangkang kat sini…

  30. Nadrah

    Ko tunggu ler sampai kiamat jadi KETUA PEMBANGKANG kat kedah, tak lama lagi negeri lain pulak menyusul…..

    Merendah diri gak ko ni… hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s