Kenyataan Penuh Anwar Ibrahim – 16 September

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Leadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

nota: DSAI, kegawatan ekonomi yang melanda sekrg ini adalah masalah global. hubungan antara kaum tegang akibat beberapa ‘endorsement’ pembangkang yang dibuat semasa pru yang lepas. tiada lagi ketuanan melayu membangkitkan amarah bangsa melayu. begitu juga dengan tindakan ‘meng’iya’kan kenyataan Hindraff mengenai ‘ethnic cleansing’. jangan lah kerana kuasa, kita gembira melihat negara kucar kacir.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Kenyataan Penuh Anwar Ibrahim – 16 September

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Peralihan kuasa pentadbiran negara kepada Mat Jenin adalah satu permintaan yang paling kolot sekali pada abad ini. Apakah hak Pakatan Rakyat untuk mencadangkan peralihan kuasa secara aman tanpa apa-apa persoalan oleh kerajaan yang memerintah?

    Kita hairan dengan tingkahlaku DSAI, mengapa perlu menunjukkan kekalutan diri dalam keadaan tersangat gopoh-gapah hendakkan kuasa. Tak semua rakyat suka pada beliau. Apa hak beliau untuk merampas takhta kerajaan tanpa mandat dari rakyat? Jika perlakuan ahli-ahli parlimen untuk melompat parti bagi membentuk sebuah kerajaan adalah sah, untuk apakah Pilihanraya diadakan? Untuk apa kita mengundi? Siapakah yang lebih berhak menentukan kerajaan, rakyatkah atau ahli Parlimen? Apa bentuk sistem demokrasi yang diguna pakai PKR ini?

    Kita tidak akan sekali-kali merelakan negara ini dihancurkan oleh kumpulan yang gila kuasa, kedudukan, pangkat dan harta. Inilah agenda mereka yang sebenar. Siapakah sebenarnya yang mengapi-ngapikan retorik berbau perkauman di negara sebelum ini? Apakah selama ini kita mengalami masalah yang berkaitan kaum sehingga ada antara mereka yang ditahan ISA?

    Kes liwat DSAI pun belum selesai lagi, akuan bersumpah pun selalu dielak, cerita bunuh ke atas dirinya menjadi misteri, kompromi dan janji kepada DAP terhadap hak melayu dijaja, bersahabat baik dengan pembunuh umat Islam, membiarkan agama rasmi ditentukan oleh kumpulan Pakatan yang lain dan banyak lagi langkah-langkah sumbang beliau, namun tetap
    dibela oleh penyokong-penyokongnya yang taksub. Sepatutnya, tempat beliau adalah dalam penjara. Lebih baik beliau duduk dalam tempat sedemikian dari menjadi perosak bangsa dan agama.

  2. Sebenarnya mengenai azan di Puchong bukan lah dihapuskan tetapi dikurangkan kekuatan suara…ketahuilah agama Islam bukanlah agama cari pasal…islam adalah agama yang mementingkan hak orang lain…kita harus hormat adab kejiranan seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa setiap jiran ada haknya..jiran Islam ada hak…Jiran bukan Islam juga ada hak…dulu soal Azan tak lah menjadi isu sebab azan zaman nabi bukan guna loud speaker yang mengganggu kententeraman orang lain….Saya berharap marilah kita orang-orang Islam hidup mengamalkan prinsip Islam sebenarnya….jangan kuat cari pasal…tapis segala kritikan agama lain…kita hormati…barulah Islam di hormati….Disebabkan kita selalu besar kepala akibat tergolong dalam kumpulan majoriti maka Islam selalu lupa landasan…buat sesuka hati, pokoknya majoriti….pentingkan diri sendiri…akhirnya kita menjadi musuh dunia…..Nabi kita SAW menjadi tohmahan punca….ini akibat orang kita….oleh itu marilah kita menjadi betul-betul umat Islam sejati….Islam hati, Islam fikiran, Islam pertimbangan,Islam budi pekerti…semoga kekeruhan agama Islam sedunia dapat kita jernihkan…prasangka buruk terhadap Islam dapat kita elakkan….

  3. Bakal PM

    Salam …
    Saudara Salmin Jais… Awas kalau ingin berkata2…

    ‘dulu soal Azan tak lah menjadi isu sebab azan zaman nabi bukan guna loud speaker yang mengganggu kententeraman orang lain….’

    Jgn lg saudara kata laungan azan tu mengganggu kententeraman org lain yer sebab azan merupakan seruan untuk kita menunaikan solat dan menuju ke mercu kejayaan… Jgn saudara mengiakan kata2 org2 kafir yg sentiasa mempertikaikn islam…

  4. Ini lagi kelemahan orang kita…selalu komen tanpa pengetahuan….baru dengar berita dah percaya….Soal 16 sept. umpamanya…sekiranya tukang komen betul betul pentokong BN, buat apa melatah….buat apa rendahkan statement DSAI, bukankah lebih baik kita muhasabah diri…kita lihat dimana kekurangan BN, kalau ada kita terus hantar kepada PM cadangan kita melalui warkah untuk PM….Kamu tahu kah dengan cara komen kamu akan lebih mengeruhkan lagi suasana politik Negara kita….Orang BN hentam PKR, PKR hentam BN…Buka maruah sana sini….dalam Malaysia kita bangga hakikatnya di luar Malaysia kita jadi bahan ketawa orang…..Apa yang saya nampak kebanyakan para tukang komen pengetahuan dan taktik politik mereka kampungan lah….Sebenarnya jatuh bangun PM dan BN sekarang tergantung pada kita semua….Biasanya ketua Politik atau parti akan jatuh bukan akibat serangan dari luar tetapi adalah akibat penyokong dalaman dungu yang hanya berfungsi seperti sokong bawa rebah…..Dalam BN juga harus hati-hati…kebanyakan penyokong ingin berjalan seiring dengan pemimpin, tak mau dibelakan atau di hadapan….kenapa ? sebab sambil jalan dengan pemimpin matanya sentiasa selirik poket YB…ada duit kah tiada….selagi YB ada duit wah puji sana puji sini…sokong rela mati…esok bila dah tak kena bagi duit…mula lah….busuk sana, busuk sini…itu tak kena ini tak jadi…Bagi saya lebih baik kita diam berbakti pada Negara mengikut Kerajaan yang memerintah…..Jadilah macam Jururawat Hospital,Pesakit Bergelumang tahikah, Berpekungkah…tetap dok layan dengan mesra..tak kira dari parti apa..yang mereka utamakan pelanggan mereka manusia…Polis tembak penjenayah nak bai mati…tapi cedera tak mati…hantar Hospital…Eh…Jururawat rawat penjenayah bagi hidup balik…Semoga Tuhan rahmati semua Jururawat…semoga ahli politik semua ada hati macam Jururawat….Kerana Jururawat tu kuasa besar…dia boleh pohon jururawat di Negara Arab dan seluruh dunia…menteri mana bolih pohon jawatan menteri di Negara Arab dan seluruh dunia…Gila apa…

  5. Salam Untuk Bakal PM…

    Maaf…saya bercakap melalui hati Islam…tiada busuk…tempat saya bertugas sekarang tiada masjid tiada surau…..namun saya dapat juga dengar azan melalui Radio….tak ganggu sesiapa…teman serumah pun tak terganggu….saya tahu azan panggil umat untuk solat…..tetapi kalau salah praktik dia juga boleh panggil musuh…saya seru diri sendiri dan anda supaya sentiasa ingat…Islam agama kedamaian…..lembut…..tetapi bukan penakut…Umat islam yang sejati tak dengar azan pun dia pasti ingat waktu dan masa untuk solat….ikut sejarah sebelum Bilal melaungkan azan. Bilal orang pertama cipta azan…panggilan solat juga melalui pukulan loceng…

    Untuk teladan sila anda baca sejarah Saidina Abas mengusir Yahudi kerana tapak rumahnya hendak dibangunkan masjid…apa bila yahudi mengadu kepada Saidina Umar a.s. apa kesudahan sejarah….semoga anda sedar dan terselit nur kelembutan islam dalam hati anda…

  6. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di depan Ketua Pembengkeng. Dalam Berita Harian hari ini 18Sept (Sila baca laman nasional), Najib dan Pak Lah telah pun membuat keputusan agar Peralihan Kuasa ini diterima oleh segenap lapisan rakyat dalam Malaysia. Pihak Pakatan Rakyat sekarang mungkin telah berpuas hati. Keadaan telah berubah. Pihak Umno tidak dapat berbuat apa-apa lagi terhadap desakan rakyat yang meminta perubahan. KEPUTUSAN PERALIHAN KUASA AKAN BERKUATKUASA pada 2010 di mana Datuk Najib akan mengambil alih tanggungjawab sebagai PM dari Pak Lah.

    Sementara pada waktu yang sama pula, Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun selamat ditabalkan menjadi Perdana Menteri ‘Trial run’ oleh pihak pembangkang dalam KERAJAAN LANGIT yang sebelum ini telah ditinggalkan Ayah Pin…. Lim Kit Siang dan Guan Eng telah dilantik selaku TPM manakala Karpal Singh pula dilantik sebagai Imam Besar berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Tuan Guru PAS yang telah dipecat kesemuanya kerana sudah habis madu menjadi hamPAS dan tidak diperlukan lagi.

    Kahkahkah……..mudah-mudahan kesemua penyokong PKR dan DAP berpuas hati dengan perlantikan itu. Kita kat Umno ingin mengucapkan Segulung Tahniah di atas kejayaan mereka bersempena ‘Tukar Kerajaan 16Sept2008’ tajaan DSAI. Semoga semua bergulung tikar PRU13 nanti…Amiiinnn.

    Sedari Salmin Jais,

    Biarpun sedari meletakkan ‘JAIS’ pada nick sedari, kita tak fikir ia satu keputusan atau pendapat Jabatan Agama Islam Sabah. Disebabkan sedari mungkin orang islam dan sedang berpuasa, maka saya tidak berlaku keras biarpun saya sangat kecewa dan kecil hati dengan ‘statement’ sedari tentang azan. Seandainya ia keluar dari mulut seorang kafir, pasti saya tidak akan teragak-agak untuk berlaku bengis dan berkelakuan paling kasar dalam blog ini. Tiada kata hormat serta sopan untuk orang sebegini.

    Salmin, jika benar awak berkata dari hati seorang Islam, awak juga harus faham hati-hati orang lain seagama awak sebelum awak memberi pendapat yang boleh membuatkan orang sakit hati dan membenci awak. Awak mungkin ingin menjaga hati jiran awak yang bukan Islam, tetapi awak harus melebihkan hak umat seagama awak dan apa sahaja syiar yang membesarkan/ mengagungkan agama kita lebih dari agama orang lain.

    Kerana pendapat awak menggambarkan ia seolah-olah untuk kepentingan orang-orang dan kumpulan tertentu sedangkan ia dilakukan kerana Allah S.W.T. Apakah awak berpendapat sunah agama tersebut hanya boleh dilakukan pada sukatan tertentu bergantung kepada redha masyarakat sekitar?
    Sejak bila agama mendidik kita untuk takut dan berjaga-jaga kepada perasaan marah orang apabila kita memuji Allah dalam syiar agama kita?

    Bukankah sunat bagi kita melaungkan suara sejauh mungkin agar dapat didengari orang-orang islam yang lain? Cuba perjelaskan di mana logiknya azan boleh disalah praktikkan? Buktikan sejak bila Azan di Malaysia ini mampu mengundang musuh dan orang-orang berbunuhan kerananya? Selama 51 tahun ini, berapa ramaikah orang yang telah mati kerana azan yang selama 2-3minit itu? Mu’azin selalunya melaungkan azan dengan suara semerdu yang boleh, bukan dengan berteriak dan bukan juga melalak. Apakah nilai jemputan Allah S.W.T kepada kita berbanding dengan rungutan orang bukan Islam?

    Sedari, Bilal disuruh oleh nabi kita azan, tujuannya untuk menyeru umat Islam yang lain kepada sembahyang berjemaah di masjid dan untuk memberitahu telah masuk waktunya sembahyang. Jika awak secara bijaknya memberitahu kita bahawa umat islam yang sejati tak payah dengar azan pun pasti ingat waktu dan masa untuk bersolat, maka tidak perlulah nabi menyuruh bilal mengazan. Untuk apa, wahai ahlil bijakpandai? Bukankah waktu sembahyang itu sentiasa beralih dari masa ke semasa?

    Di mana logiknya awak hendak bersembahyang dengan hanya berpandukan azan melalui radio sahaja? Sekiranya orang yang azan di corong radio itu berada di Wilayah Persekutuan, apakah awak selama ini terus saja angkat takbir sambil lafaz niat fardhu di rumah awak sedangkan waktu masuk sembahyang berbeza di sesetengah negeri dan tempat? Seperkara yang saya hendak tekankan, tidak semua umat islam itu mempunyai kalendar jadual waktu menandakan masuknya waktu-waktu sembahyang di tempat-tempat mereka. Jadi bagaimana mereka hendak tahu bila masa sembahyang? Bukankah melalui azan?

    Laungan azan dari masjid atau surau merupakan satu-satunya kelebihan yang tidak ternilai, amat berguna sekali kepada mereka yang tidak buta hati dan patuh kepada tuntutan Allah. Jangan sekali-kali meremehkannya hanya kerana kita hendak menjaga hati orang yang bukan Islam. Ia tidak sedikitpun memudaratkan mahupun merosakkan perpaduan di antara kaum, melainkan bagi mereka yang sememangnya memusuhi Islam.

    Dunia sekarang telah banyak berubah. Agama Islam sekarang sebenarnya bukan dirosakkan oleh umat agama lain, tetapi oleh perbuatan umatnya sendiri yang jahil dan gemar mempermudahkan urusannya bagi menyeimbangkan dengan tuntutan keduniaan yang lain. Janganlah kita mudah mengalah kepada desakan-desakan yang melemahkan agama kita oleh orang-orang kafir yang sememangnya tiada berpengetahuan di dalam amalan dan ajaran Islam. Sesungguhnya, menjaga kesucian agama itu adalah tanggungjawab kita bersama. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s