Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Berikutan tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia adalah antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

“Anwar mahu melingkupkan negara dan mengeksploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,” kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.

“Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi,” katanya.

Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.

Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar.

Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.

“Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada,” katanya.

Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya pada Isnin lalu hanya menyentuh soal keselamatan negara, masalah moral dan politik negara.

“Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat,” katanya. -bharian

nota – sepatutnya DSAI sebagai ketua pembangkang harus berganding bahu dengan kerajaan utk memajukan negara dan bukan utk menghancurkan negara. Tindakan memburukkan negara adalah satu tindakan khianat. Sekiranya negara ini tidak elok, kenapa dsai terhegeh2 hendak menjadi PM?

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

  1. Salam,

    Pak lah…Pak Lah baru sedar agaknya…berbuih opps sakit jari-jari ini kita nak bagi fahaman bahawa Anwar ini ada muslihat dengan para kapatalis barat terutamanya cerita kawan baiknya di Bank Dunia..yang kita tulis atikel tentang hububungan CIA,Wolfowitz dan cerita Univerisity JohnHopkins itu bukan rekaan mamak dan fitnah….!!! ia adalah bukti semasa pemilihan Pengerusi Bank Dunia…sampai di Amerika cerita DSAI ini dikatakan terlalu rapat dengan Wolowitz ini dan wolowitz ini pulak adalah salah seorang yang dicalonkan untuk memegang jawatan Pengarah CIA….kenapalah seorang pemimpin negara berkawan baik dengan orang macam Wolowitz ini.Bahagian Risikan Tentera atau pun Polis perlu buat penyelinapan susulan.Tak heranlah SB kita satu masa dulu berkerja untuk anwar untuk kes peribadi sahaja.Mengenangkan ini semua mamak rasa geram dan benci kat orang UMNO sendiri!.Kadangkala nak kata memang betul orang PAS kata kat UMNO memang betul!.

    Ini berkali-kali TDM kata Pak lah lembab..lembab tak ambil tindakan segera..memikirkan periok nasi sendiri ada pemimpin UMNO sokong dia ?.Mana pergi rasional pemimpin UMNO sekarang?.Sampai ketua bahgian pun tak mahu respect pucuk pimpinan kita?kenapa?.Pasai depa tahu dah pucuk pimpinan sekarang Hapraak!.Mamak jugak kena…kononnya mamak ini lebih dari Melayu!.Kaum Mamak ini sebenarnya kaum yang cerdik kat UMNO kerana darah campuran memang anak yang cerdik ini kajian sains.Perhatikanlah sejarah UMNO ini dimana kaum Jawi ini memainkan peranan yang besar yang dalam UMNO!.Orang Muda diluar sana mana hampa tahu pengorbanan Mamak-Mamak Penang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang umumkan Nak Hapuskan DEB siapa yang bangun menentang cuma mamak-mamak..pasai itu orang Cina kat Penang ini jarang kunjung kedai nasi kandar sekarang.Yang Melayu kat PKR kutuk Mamak adalah tak tahu DEB untuk siapa?.Kononya cina bawak sistem baru lagi baik!.Yang India itu pii lah tanya kat orang estate apa tawkey cina buat kat depa?.Dulu kutuk ceti India apa pasal tak kutuk Ah Long cina?Ada ceti India ugut melayu sampai bunuh diri kah?.Pikiaklah sikit kaum Melayu yang ada dalam ambang Mala petaka..gejala-gejala Si Anwar ini ..bangkitlah Melayu..bangkit Demi agama dan negara…Ada orang cina masuk kedai Melayu?ada cina beli produk Melayu?Ada salesman kereta Melayu boleh jual kereta kat Cina?sedarlah sikit Melayu oii!Siapa Racist di Malaysia yang sebenar?.Hampa belajak sikit pasai politik sains orang putih cakap pasai rasist!.Hampa terikut-ikut …Mat Salleh itu lagi kuat rasist..piilah duduk tempat Mat Salleh kamu akan tahu …apa makna black people itu!Jangan kutuk Mamak…Mamak cuma Bumiputera sahaja macam orang sabah,portugis,nyonya dan lain-lain…hampa pi tanya kat India Tamil adakah mereka suka kat mamak..tidak… pasai apa? pasai agama!.Siapa racist bukan Hindraf kah?.Ini nak bantu depa pulak?.Siapa yang sebenarnya racist di Negara ini?. macam Mamak Haji ini bukan nak apa pun balasan..kerana Mamak cuma fikir Apa yang Mamak buat ini adalah untuk Bangsa Melayu yang begitu baik dengan kaum Jawi Penang ini.Satu cara balasan budi bukan kejar pangkat atau pun wang..kerana wang bukan segala-galanya dalam dunia ini.Mamak dah senang sekarang dengan hasil usaha mamak sendiri dan dengan UMNO yang begitu prihatian terhadap kaum Jawi Penang ini.Kami ambil kesempatan berniaga.Kalau kita ingin berniaga kita perlukan ekonomi negara dalam keadaan baik dan iklim politik perlu dalam keadaan stabil…ini rahmat selama ini UMNO bawak untuk negara ini.Tapi kebelakangan ini kamu semua tengoklah orang muda yang gila-gila termasuk kaum cina dan India adalah mereka memperdulikan Negara?Ambik kisah dengan ekonomi negara atau dunia …yang tahu beli motor sebiji..beli seluaq mahal dari US dalam poket tak ada duit pun tak apa…kerana biasiswa kerajaan ada kat bank cucuk kad dapat duit!.Peduli apa mereka dengan Negara ini.Selama ini kemajuan bermacam-macam yang kita merasai ini mereka anggap itu cara kebetulan dicapai.Sikap tak bersyukur!.Kalau tak syukur pada emak bapak manalah nak syukur pada negara?.

    Pak Lah ini baru sedar agaknya….baru nak bersuara…Nasi dah jadi Bubuk Lambok dah!.Sesuai untuk sedekah kat surau untuk moreh je!.Kalau Anwar ambil alih ramai Yahudi pump masuk duit…ekonomi akan berkembang…masa itu ada juga orang Melayu megah akan pemerintahan Anwarism ini.Semoga-moga Allah panjangkan umur Mamak untuk tengok keadaan Melayu pada masa itu….yang jadi kaya Melayu ke Bukan melayu?.Kan hampa yang Melayu ini nak sama rata….batu bata yang hampa dapat nanti!.Dulu tanah banyak boleh juga makan ubi kayu,pucuk paku sekarang tanah pun banyak dah jual duduk kat bandar kena makan batu bata nanti!.Minta buat pejabat CIA south pacific HQ kat tanah wakaf George Town kerana tempat itu stragetik…cerita lebih kurang Penjajah Francis Light mohon Tanah kat Sultan Kedah mau tolong sama sultan!Ini mau tolong sama anwar!.

    p/s:

    1.Masa Tun Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir dia panggil Tun Husein Onn dan berkata!
    “Kalau engkau(Tun Husein) ada masalah yang tak boleh selesai engkau panggillah Doktor(TDM) itu untuk selesaikan Masalah kamu”;Dia ini boleh selesaikan apa jua masalah saya yakin”!.Jangan Lupa pesan saya ini”.

    2.Masa Singa Utara Umno nak menghembuskan nafas beliau berpesan kepada Tun Dr.Mahatir,”Hang ambik pii lah siapa pun jadikan PM tapi jangan bagi kat anak penakan(Anwar) aku ini!!!”Aku pesan kat hang!.

  2. +9

    jika islam di pandang remeh dan tidak baik untuk agama lain,
    jika islam dan ramdhan tidak di hormati,
    maka syaitan akan tunggu di depan syawal.
    apabila ini berlaku,
    bersiap lah anak bini, cucu cicit dan rakan jiran tetangga..

    PERANG..

    Alasan Perang ?..anwar. Simple and the best Reasoning.

    Tak percaya ?
    ..maka tunggulah sehingga datang hari nya mem bungkusan kain sehelai sepinggang tinggalkan rumah dan kenikmatan hidup kerana di arah pindah..macam lebanon..

    Alasan Perang ?..anwar. Simple and the best Raesoning.

    Nak ulang hujah di atas ?

    Tak percaya ?

    ..ulang lah sendiri..

    there’s no end..no end..no end..

    selagi anwar hidup..

    selagi ada manusia bodoh..

    banyak kan manusia bodoh..?

    lihat di luar tingkap tu..

    semua nya monyet..

    Mau ulang komen di atas..

    selagi kulit warna kuning, cokelat dan hitam jadi bodoh..

    maka perang tetap perang..

    ramai yang tunggu..

    kod..chocolate cake..

  3. assalamuaikum!

    mamak dari dulu dah kita tahu ianya bukan sekadar ancaman ekonomi sahaja…almaklum kita tahu betapa amannya MALAYSIA sampai dsai boleh bersuara nak rampas kuasa…sebenarnya bila sebut saja rampas kuasa ..semua sudah maklum.. mana ada yang merampas kuasa begitu aman …inikan pulak sedia maklum kita tahu anuar sendiri yg jadi kepala kuat reformasi dijalan-jalan yang merosakan harta benda awam dan yang kritikalnya merosak pemikiran bangsa dia sendiri. kita jangan lupa bila reformasi adalah sebelah kuasa sahaja ..tetapi kita jangan lupa adakah yang sebelah lagi akan duduk tengok bila mereka menyentuh maruah bangsa sendiri… jangan ingat senang-senang mereka boleh berarak ke parlimen dan terus duduk di kerusi perdana menteri.. yang ada takkan tengok sahaja..apakan jadi….sesama bangsa akan berbunuhan ..kita tidak mahu ini terjadi..tetapi pikirkanlah siapa pulak yang beria-ia nak jadi perdana menteri dalam masa kurang tiga bulan (LAHAP sungguh niat)…yang penting adakah dia memikirkan tentang bangsa MELAYU sendiri… berapa puluh ribu bangsa kita akan bersengketa , berperang sesama sendiri…hanya untuk seorang yang haloba dengan CITA_CITA MENJADI PERDANA MENTERI..

    Pakcik makcik, saudara -saudari dari PKR sendiri…berfikirlah…kamu telah terpesong arah yang begitu jauh…sangat sesat jauh…. apa ertinya KEADILAN RAKYAT… sedang-sedangkan kamu sendiri dapat melihat bagaimana usaha mendapatkan ahli parlimen lain dengan pelbagai cara..cuba beri tahu saya cara apa yang tidak melibatkan ganjaran untuk menarik mereka….

    dan yang paling sedih tidakkah mereka sedar wakil rakyat dipilih oleh RAKYAT yang mereka perjuangkan konon utk rakyat tetapi menepikan HAK RAKYAT yang memilih dengan membeli wakil rakyat. inikah yang dikatakan PERJUANGAN RAKYAT, tidak kah kamu sedar RAKYAT sendiri telah di permainkan…. ingat kalau huru hara dlm negara …kesimpulanya kamu terpaksa menjadi penyebabnya.. mungkin bukan niat kamu tetapi diatas kertas bukan anuar tetapi kamu …anuar boleh kata mereka yang pilih saya…susah sangat kah untuk dia berkata begitu…tak susah kalau dibandingkan dengan selamba dia boleh bagi tarikh 16 september…jadi saudara fikirkan lah…. fikirkanlah bangsamu….apakah kamu mahu menghancurkan keturunan bangsa mu..sudahlah ..cukuplah… fikir sejenak..takkan kita nak peristiwa mahsyurin berulang lagi selama 7 keturunan kita hilang.

    sekupang dua terpanggil..supaya masa..berikan sedikit ruang untuk mereka-meraka barang sekelip dua terpikir… apakah yang mereka undang untuk bangsa mereka.. penyatuan atau peperangan…fikirkanlah ..kami sedia menunggu kalian….HIDUP MELAYU!

  4. tubir

    salam semua
    tak perlulah kita bercerita panjang pasal anuar ni .lihat lah dengan mata kepala kita sendiri dan fikirlah dengan pertimbangan yang waras apa yang anuar telah lakukan kepada bangsa melayu ,itu belum berkuasa penuh lagi . beliau telah dengan secara rela diperkudakan oleh pati pati yang dulunya dan sekarang pun masih memusuhi melayu dan ugama resmi negara ini.kalau dulu parti ini hampir saja menempuhi zaman ketidak suburan,tapi lihatlah sekarang ini dengan adanya dokongan anuar ,tak payah merika bersuara ….semua dilakukan oleh anuar .
    anuar sangup buat apa sekali pun demi dendam dan perasaan marah masa lampau nya ,beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara…..dan kepada kerajaan (Pak lah )kenalah bertindak cepat ,jangan bertanguh lagi…….tahan anuar dan jangan lepaskan kecuali jika dah mati .Kepada orang melayu ingatlah anuar jadi begini kerana dokongan anda semua .Memang betul jika terjadi apa apa yang tidak baik dinegara kita nanti ,anda semua yang meyokong anuarlah harus bertangungjawab.
    berapa ramaikah diantara orang melayu yang mempunyai pasport antarabangsa?Anuar dan anak cucunya akan lari keluar negara dengan alasan keselamatan menyusun startigi.siapa yang tingal i bumi ini…..hanya melayu yang tiada duit akan tingal.Mahukah kita semua ini terjadi?
    kepada kerajaan jangan lambat bertindak kerana masa tidak akan mengizinkan berbuat demikian .e3dulikan apa negara luar kata….Negara kita tangungjawab kita .Datuk sayid hamid albar jangan cakap aja buat dan lakukan dengan rasa tangungjawab….sekarang lah masa yang tepat.terlambat padah lah jadinya .

  5. Nadrah

    Sudahlah puak2 UMNO…

    Yang Pak Lah tidoq Dah Lima tahun Hangpa tak nampak? Anwar Kejut sikit jer..hangpa dah menggelabah…… tengok kat TV mukapaklah…… cantik dan berseri kan? macam pakai fair n lovely….

    Sekupang dua….
    Kalau UMNO @ Bee End pancing Ahli Parti lain tak pe ka?
    Contoh ADUN Pas di Kelantan… ADUN PBS di sabah…… cakap macam baik sangat……………… piiiiiiirah

  6. Bakal PM

    Ala Cik Nadrah … kan semalam dah sebut nak jumpa lg 3 hari…. Masa Mat Jenin tu angkat sumpah jd PM… Ni x sempat2… Terikut2 perangai mat jenin la tu…. x sbr2 nak bersuara… memang dasar x tahu malu… kena kencing x sedar2 lg tu… lg dua hari tau…. Keh.. keh…

  7. assalamuaikum…

    hebat-hebat..inalah orang PKR yang mengumpamakan oranglain… siapa pulak yang Bn pancing…. UMNO masih bertahan…walaupun banyak yg keluar… masa bila pulak bn yg beli…jangan terlalu banyak ter tinggal…ikut perkembangan …jangan ada pemikiran lapok..itu yg tak boleh…dari dulu lagi asyik anwar…anwar,,,bukan ada apa pun nak jadi kan dia perdana menteri..bukannya untuk rakyat..pembangunan ke …membela bengsa ker…. ini tak lain pasal nak jadi PM…buta ker mata cik oii kawan baik dia tengah kaut apa yang ada…yg dia asyik suruh org melayu melalak nyebut REFORMASI…… REFORMASI………..REFORMASI… jagan jadi buta bangang…. cukuplah bidalan pak kadok …sedar ler

    isu-isu makcik dah lapuk ler tak derg nak dengor ler…paklah tido yg di besorkan… anwar keponggongan tu lagi beso ceritanya… tak der sapa nak cerita ketinggalan betul ler makcik ni, .. bini pak lah tak pakai tudung ler…sekarang macamana kenapa tak puji …jane selalu pakai selendang…ha diam pulak…. ooi makcik orang yng diagungkan macam raja pertra lagi ler lansung tak pakai tudung tak sapa nak riuh….ala cari ler isu membangunkan bangsa ..minda ..dan negara…negara yg patut dibina bukan reformasi untuk seseorang jadi PM…tolong ler makcik pikiorler jangan ler bangang sangat menurut sampai dapat pangkat SI MACHAI yg tertipu hidup2

    sekupangdua suruh makcik pikior dulu sebelum cakap atau buat…..almaklumler tak jadi …cuba kalau nak terberak …terus pikior berak jer…apa jadi…he he he he dlm seluor atau kain …pikior ler dulu….any time you’re wellcome to join UMNO

  8. Nadrah

    Mulai sekarang aku nak panggil UMNO ni PEKEMBAR…. baru ada kemelayuan sikit

    sekupang dua ngan bakal PM sokong PEKEMBAR ke?

    citer pasal pungkuk say fool ler sebabkan PEKEMBAR kalah tau….. majoriti tinggilak tu…. kengkadang aku terpikir sapa kerajaan kalu lawan semut cam anwar pun tak lepaih…..

    PEKEMBAR… PEKEMBAR……. dulu kini, selamanya Penipu Rakyat Jelata

  9. KETUA PEMBANGKANG

    X faham lg tu … kan ker Cik nadrah ni yg kene kelentong… Bukan Cik Nadrah jer tp semua penyokong PR yg rasanya skolah penuh dgn bantuan kerajaan tp bengap… Tula x bersyukur org dah tolong dia x berterima kasih.. mana nak masuk ilmu mcm tu… Setakat Mat Jenin tu buat apala kerajaan nak ambik kisah sgt sebab org2 BN cerdik2 belaka… xde makna nya diaorg boleh kena kencing dgn mat jenin pulak tu….

  10. AbangTuah

    Nadrah,

    Berapa banyak wang, harta dan kepunyaan awak yang dah di TIPU oleh UMNO. Aku rasa kalau dari segi peruntukan atau subsidi Kerajaan kau oranglah yang dulu ambil peluang, memang jenis PELAHAP tapi tak bersyukor bukan begitu!!!

  11. Cik Nadrah oii

    Hang memang munafik..

    Kalau dah p sekolah pun sekolah kerajaan (bukan sekolah persendirian mcm cina)..kalau sambung mengaji pun kat Universiti kerajaan (bukan swasta elit mcm cina)..kalau p ngaji oversea pun mintak biasiswa kerajaan (bukan duit mak bapak sendiri)..kalau pakai pun keta proton ciptaan orang kerajaan (bukan keta import luar negeri)..kalau keja pun di jabatan kerajaan @ semi-kerajaan @ swasta bertaraf GLC (bukan kompeni gergasi)..kalau sakit pun nak pi klinik@ hospital kerajaan (bukan hospital swasta yang sekali daftar 5,6 ratus bayaran)

    Tak payahlah hang nak dabik dada (oooppsss..jangan pikiaq lain plak) kalau hang sendiri hidup atas belas ihsan kerajaan..mak bapak hang besarkan hang dengan duit hasil kerja dengan kerajaan @ meniaga hasil dasar & subsidi oleh kerajaan..pi sekolah pun pakai buku teks subsidi kerajaan..pastu hang nak kutuk kerajaan..UMNO..BN..memang hang pun sama mcm PKR Penang..mcm anjing tersepit..masa susah mintak tolong kerajaan..senang sket kutuk kerajaan mcm2..minyak naik pun nak kutuk kerajaan..kalau kita nie berkoyan2 telaga minyak boleh la nak mewah sket cik nadrah ooiii..nie duit minyak tu la nak buat subsidi untuk rakyat..nak guna nak buat sekolah2..hospital2…

    Sedarlah cik nadrah oooiiii..

    Sapa yang buat Skim Makanan Bantuan untuk budak2 sekolah dari keluarga yang susah..sapa yang bagi buku teks percuma untuk budak2 susah..sapa yang hapuskan yuran sekolah yang nilainya berjuta2 setahun..sapa yang naikkan gaji cikgu2 supaya graduate BERKUALITI minat untuk jadi cikgu..sapa yang renovate sekolah2 sampai sekarang nie dah cantik2 rekabentuk dan selesa untuk pembelajaran..sapa yang bayar subsidi untuk pengusaha kantin sekolah supaya harga barang yang dijual mampu dibeli..itu baru cerita pasal sekolah cik nadrah ooii..itu yang nak kata kerajaan menipu rakyat?

    Aku rasa PR lagi banyak menipu rakyat..brapa banyak manifesto pilihanraya depa yang tak tertunai sampai la nie..aritu janji nak bagi bantuan RM1,000 pada pelajar susah nak lanjutkan pelajaran..sampai kena buat report polis, masuk tv baru nak bertindak..Khalid tidoqkah???

    Mcmana pulak dengan janji nak banteras rasuah whatsoever..padahal orang2 depa keta tangkap pasal mintak rasuah duit dan seks untuk luluskan projek perumahan di perak? Nizar dok watpa..tidoqkah???

    Mana janji nak bangunkan Kelantan??? Yang kau nampak kelantan nie ada patung buddha terbesar..mana tokoh2 ulama PAS? Tidoqkah???

    Mana janji PKR untuk keadilan rakyat? Teressa nak abolish tulisan jawi di papan tanda jalan..mana bantahan orang dalam PKR yang mewakili melayu? hina sangatkah tulisan jawi..sampai nak dipadamkan…mana orang Melayu PKR masa betina tu galak melanyak dan memprotes tulisan jawi?? Mana Anwar?? Tidoqkah? Atau takdak teloqkah???

    Cik Nadrah oii..

    Sudah2 la tu..dah nampak mcm orang gersang dah nampaknya..kalau dah anwar ja yang betoi di mata hang..pi mintak kerja dengan dia no..mana tau kot2 dia bagi keja best2..jangan dikerjakan sudahla..

  12. suara de kota

    Salam semua,

    Pilihanraya umum ke12 telah membuka ruang ‘keangguhan’ dan ‘ kegelojohan’ Pakatan Rakyat. Tidak banyak hal-hal yang dihadapi selepas PRU11 tahun 2004 tu…

    Kemenangan PR berpunca dari sumber ‘pembelotan’ ahli-ahli UMNO yang tidak mengundi Barisan Nasional, tambahan pula ramai pekerja-pekerja kerajaan yang mengundi pembangkang… Sekarang ‘orang-orang’ kerajaan yang macam tu, mengeloh menyesal… Buat lagi… tergadai maruah…

  13. AbangTuah

    Salam,

    Aku kesal betul bila lihat ramai penjawat awam ni yang mengundi pembangkang. Kalau kenaikan gaji atau bonus, depa yang paling cepat dan cekap kira.

    Haii, kakitangan kerajaan, tak cukupkah segala kemudahan yang telah kerajaan berikan kepada kamu, yang pernah tidak dinikmati oleh kakitangan swasta dan berkerja sendiri.

    Curahkanlah segala kesetiaan kamu terhadap majikan kamu iaitu kerajaan, sekiranya kamu menentang polisi kerajaan maka berhenti adalah lebih mulia dari berterusan bermuka-muka.

  14. assalamuaikum….
    komer perasan tak kadang2 rasa sunyi pulak blog ni…yang tertinggal seorang makcik jer… makcik nadrah …tak terpikior ker kemana perginya yang lain yer………… dah join umno kot! tah-tah tengah menyorok pasal ber kali-kali kena kencing… kecuali ler makcik sorang ni ..jenis thick face…..he he he he..tebai muka

    kepada yang ada rasa kebenarannya yg dema kena kencing jangan ler rasa gundah …kami sedia terima dan lupakan yg telah lalu … inilah msa nya kita berfikir untuk bangun kan bangsa kita dari terus membiarkan bangsa ditakluk oleh bangsa lain yang tidak menghormati kata sepakat mencari kemerdekaan pada tahun keramat dahulu….1957!.. HIDUP MELAYU!

  15. Salam,
    Kuntakinte…..depa ini bukan apa selalu takutkan realiti!kenyataan.Cepat sangat rasuk dek parti pembangkang punya CD atau pun dakyah si Mat jenin.dengar khabar tukar hari lagi!.Ap punya oranglah kalau nak memerintah pun tukar-tukar hari…yang terlalu percaya kat dia ini nak tak nak kena terima jugalah..kerana malu!.Dekat opis-opis pun ada kalangan PKR ini tak mahu sua muka…pasai tiap kali depa ini yang tak tidur malam 16 sept…..kena maki dengan Isteri atau emak bapak kerana pakai letrik banyak sangat!.He!!he!!tapi Mamak terdengar Bookie kat Penang ini menang besar…kerana ramai kalah pasai 16-Sept itu.

    He!!!!!he..cik Nadrah ini Orang UMNO tapi dia kalah dalam pemilihan Ketua cawangan Hospital Bahagia Tg.Rambutan!!!.Ha!!!!ha!..jgn marah Nadrah…kamu kan tahan kutuk!!!

  16. umNOO!

    To MAMAK PENANG
    Keluhan hang tu mmg berasas, tp agak terpesong dr apa yg sebenarnya kami perjuangkan. Kami adalah bangsa melayu yg tetap akan pertahankan hak2 org melayu cuma tidak mahu bangsa melayu yg diterajui oleh UMNO yg semakin tampak kelemahannya yg akhirnya bakal menjahanamkan melayu itu sendiri. Kami memerlukan satu badan yg kuat dan sihat yg bakal menjaga hak2 kami org melayu!

    To SEKUPANG DUA/TUBIR
    Utk pengetahuan sedara, Anwar (yg dulunya UMNO) tu tidak langsung berupaya mempergunakan rakyat, ttp rakyat sendiri tlh mempergunakan beliau sbg senjata menjatuhkan BARISAN NASIONAL yg semakin ketara kepincangannya. Kami sbg rakyat golongan muda yg cerdik pandai* (statistik keputusan P44 menunjukkan hanya saluran 1 dan 2 dimenangi BN manakala 5 saluran lg dimenangi PKR iaitu rata-rata pengundi berumur 45thn kebawah) sentiasa peka terhadap keadaan politik dan ekonomi semasa dan bijak bertindak mengikut keadaan dgn memilih beliau utk ke Parlimen dan mengambil alih takhta kerajaan. Klu si Anwar tidak mengotakan janji2 beliau setelah menjadi PM, kami rakyat yg bijak akan menjawab segalanya pada PRU13 yg akan dtg. Anwar sedikitpun tidak berupaya mempergunakan rakyat, malah rakyat sendiri telah menjadikan beliau sbg senjata menentang BARISAN NASIONAL! Jadi…dah jelas kuasa ditangan rakyat bukan PakLah atau Anwar.

    Sedikit info utk Sekupang Dua…

    KOTA BHARU, 29 Julai – ‘Umno Perak ajak PAS bentuk kerajaan dan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar’. Tidakkah ia menggambarkan satu bentuk rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tanpa disedari Umno Perak juga meminta Adun PAS melompat parti bagi meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin mantap sekarang. Sedangkan sebelum ini pemimpin kanan Umno begitu marah apabila ada cadangan anggota parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.
    Mengambil kira aspek tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan sebagai berunsur rasuah.

    Laporan Polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 3 petang tadi.

    To PUTERA81/ ABG TUAH
    Kita ni kadang2 bercakap tak guna akal. KERAJAAN MALAYSIA bukan BARISAN NASIONAL! Ia cumalah parti yg diberi mandat utk bekerja makan gaji sebagai kerajaan dimana gajinya dibayar oleh TAX PAYER iaitu rakyat! Dan sememangnya menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan utk memberi subsidi, biasiswa, skim itu ini kepada rakyat kerana itu adalah duit rakyat! BARISAN NASIONAL cuma diberi amanah utk menguruskan wang-wang tersebut dgn sebaik mungkin. Yg kita dengar BN ni sendiri yg makan duit rakyat. Sbg contoh, kos projek upgrading jambatan Pulau Pinang dan Second Link yg melebihi dua kali ganda dr kos asal telah dianugerahkan kpd UEM Builders iaitu kepunyaan UMNO sendiri dimana dana yg digunakan adalah dr cukai yg dibayar oleh rakyat! Dan tak perlulah dipertikaikan hak mengundi Penjawat Awam ke, Penjual nasi Lemak ke sbb mereka adalah TAX PAYER dan berhak memilih kerajaan kerana negara kita adalah negara DEMOKRASI. Bukan BARISAN NASIONAL yg bayar gaji kakitangan awam ye…

    p/s : Anwar bukanlah kapten atau komander, tp hanyalah merupakan senjata terkuat rakyat bagi menentang kerajaan yg dijajah oleh BARISAN NASIONAL. Yg pasti…beliau bukan ancaman kepada negara tp ancaman kepada BARISAN NASIONAL pimpinan PAKLAH!

  17. Nadrah

    1. Sokong cepat, jawatan banyak lagi – Dr M ?
    2. Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos – yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun ?

    Apa komen kengkawan PEKEMBAR?

  18. nadrah

    taraak komen ker mamak?

  19. cik nadrah pulak nak rebut apa ? jawablah pungeringan…he he he sesuai amat betui dengan gelaran nyer…hmm secocok dgn nama

    nadrah pungering…. pungering … nadrah,nadrah pungering.pungering … nadrah,pungering … nadrah,pungering … nadrah,pungering … nadrah, nadrah pungeringpungering … nadrah,pungering … nadrah,nadrah pungering. nadrah pungering.pungering … nadrah, senikata lagu istimewa utk nadrah….he he he he
    bulu kaki & dada dah cukur ker! uuuuwwwweek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s