Jerlun tawar tempat pada Dr M – Malaysiakini

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam Umno setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan Umno.
Beliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.

Sehubungan itu, katanya, keputusan untuk kembali semula Umno diputuskan oleh bapanya sendiri dan akan menyerahkan borang dalam masa terdekat.

Mukhriz memberitahu media demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno serta sumbangan anak yatim hari ini.

Menurut laporan Bernama, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beberapa cawangan dan bahagian turut menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir, dan terpulang kepada bapanya untuk membuat pilihan.

Sementara itu mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mukhriz berkata tindakan itu boleh disifatkan seperti ‘langgar lari’ kerana sekejap dia (Zaid) berada dalam kerajaan, dan tiba-tiba lari pula dari kerajaan.

“Saya nampak apa yang dia lakukan semasa dalam kerajaan ialah merealisasikan manifesto pembangkang, contohnya Suruhanjaya Kehakiman, isu Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis, Majlis Peguam dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini tidak disebut pun dalam manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.

Serah pada akar umbi

“BN nak tunaikan janji kita kepada rakyat dan bila beliau masuk dalam kerajaan itu pulak yang diberi tumpuan, (perkara yang tiada dalam manifesto BN)jadi saya tak rasa kecewa langsung bila dia letak jawatan,” katanya.Sementara itu merujuk kepada pemilihan Umno peringkat bahagian bulan depan, Mukhriz berkata, seharusnya tidak ada sebarang sekatan atau arahan daripada
pihak tertentu untuk tujuan peribadi pada pemilihan itu nanti.

Beliau berkata dalam suasana politik semasa negara yang menyaksikan beberapa episod kebelakangan ini terutamanya kegagalan mempertahankan kemenangan di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum lalu, amalan demokrasi yang sebenar perlu dilaksanakan.

“Perlu diingat pemilihan adalah usaha untuk mengukuhkan parti, bukan untuk jadi juara. Jadi jika wujud sebarang arahan atau sekatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi, ia tidak memperbaiki keadaan dan memberikan kekuatan kepada parti,” katanya.

‘Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita memberikan mandat memilih pemimpin sampai ke peringkat akar umbi parti. Ia juga dapat mendekatkan pemimpin dengan ahli peringkat bawah selain mengelak amalan politik wang,” katanya.

Mukhriz berkata dalam perlembagaan Umno sendiri menyatakan bahawa pemilihan mestilah bermula di peringkat bahagian termasuk untuk jawatan tertinggi dalam
parti.

Sehubungan itu, beliau berkata pelan peralihan kuasa 2010 yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak menepati citarasa dan aspirasi ahli Umno buat masa ini.

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Jerlun tawar tempat pada Dr M – Malaysiakini

  1. David

    Senang kita nak kutuk orang sewenang-wenangnya. Kalau Mukhriz kutuk Zaid “…. mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mukhriz berkata tindakan itu boleh disifatkan seperti ‘langgar lari’ kerana sekejap dia (Zaid) berada dalam kerajaan, dan tiba-tiba lari pula dari kerajaan.” Camna pula bila Dr.M pula ? Bukan kah Dr.M juga berada dalam UMNO dan keluar sebab membantah AAB ??? Bagaimana ??? Yang ni di sifat sebagai apa ??? Patriotik ??? Tidak dirahui Dr.M telah capai banyak semasa sebagai PM. Tapi adakah Dr.M tindakan keluar UMNO tu lain ??? Dr. M dan Zaid keluar atas sebab bantah AAB kan ??? Jadi, apa pula kata Mukhriz ???

  2. chris chong

    Dr. M harus masuk sebagai ahli parliment. salah seorang ahli parliment umno perlu berundur.

  3. ala org nak keluar masuk pun kau bising la David…. Mat Jenin x kesampaian nak jd PM kau senyap plk…. Bising jela…

  4. UMNO is just like a Hotel without any class or star
    Anyone can check -in or check-out anytime. MCA MIC AND THE REST are putting up in this classless
    Hotel.

  5. azizah_ishak

    Hello david,

    DIAM LAH !! u had done nothing to the rakyat n malaysia – how much have u paid ur tax – can u tax buy a bus for the rakyat or bulid a railway tracks ? always remember plenty is full of resources and tolerant n kind people and that is jalan cari rezeki – jgn dok buat lawak lah – Only DR.M had put on on top of the world map – bikin jambatan utuk org penang – buat proton sage for the malays n poor people KLCC KLIA north south high way n many more n wat have u done – r u soo perfect – than jadi TUHAN LA

  6. True Malaysian

    Cant you people leave the oldman at home.Let him take his reserved rest???Afterall he is already above 80,how long more can he enjoy life??
    To all Malaysians,with or without Dr MM,UMNO and all his devils will be sink under the ocean and become history..
    Just to tell you,we have enough of UMNO racist propaganda and corruption.UMNO is a liablility for Malaysia to progress further.Let just TANAM and HAPUS forever..

  7. nur aida

    True malaysia ingat mati kira umur ke ntah kau yg mati dulu jahat mulut mengata org…

    david..dr M bukan menteri lah u ingat dia bengap sangat nak wat keje se bengong yg u fikir..

    bravo azizah ishak!!!!

  8. tubir

    Salam semua
    TDM ada misi dan visi besar yang perlu dilaksanakan.Bukan kedudukan jawatan menteri yang beliau idamkan ….beliau dah mencapai semuanya …..inilah pejuang bangsa yang hebat dan patut dikenang sepanjang zaman….bukan macam anuar tu …..Dia pun patut dikenang sebagai sikitol zaman moden ……sejarah berulang dulu diperak sekarang di pulau pinang .orang akan ingat PP busuknya orang pematang pauh…..

  9. Kita rasa kita di penang ini perlukan seorang ketua yang berwibawa…a macam orang tanjung tak mahu TDM kah?.Nanti ramai yang dok senang lenang dan cakap tak tentu hala sekarang nanti lari terkencit…kalau TDM ambil alih UMNO Tanjung….Senang saja bagi TDM senator yang zaid kosongkan itu…jadikan TDM menteri kanan…ATAU menteri tugas-tugas khas (UMNO)!.Bukan tak boleh kot Pak Lah?.

    Pisang Emas Bawa belayar,
    Masak sebiji di atas peti,
    Hutang Emas boleh dibayar,
    Hutang Budi TDM bila nak bayar?

  10. Syabas pejuang puteri-puteri UMNO…mamak sanjung tinggi perjuangan hampa!First time mamak dapat baca sifat perjuangan puteri-puteri berdua ini.

    Nur & aida…depa yang bukan Melayu ini kalau dengar nama TDM je ….terkencing dalam seluak!!!Pukulan racun operasi lallang!.Tapi si nuar ini kencing muka depa nanti depa tak tahu!.Tak caya tanya kat ust.mat sabu…tentang atikel “Anwar lebih ganas dari TDM”!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s