Khairy umum petang ini…

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan mengumumkan keputusannya mengenai soal pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO petang Rabu.Pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Rembau.Difahamkan besar kemungkinan Khairy akan turut serta dalam pertandingan jawatan berkenaan.Setakat ini Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah mengesahkan nak tawar diri.Seorang lagi yang kata nak turut serta ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainol Abidin.

nota: YB, kekalkan sahaja jawatan no. 2 tu dulu bole?

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Khairy umum petang ini…

  1. malaccan view

    SIL..this time,DONT expect free ride.

  2. Tema Hari Ini: TAKUT

    Orang tamak selalu rugi..mcm anjing dengan bayang2…

    Tapi aku tengok rentak KJ lebih kurang mcm rentak DSAI la..KJ nie pun cepat sangat naik takhta politik..sebijik mcm DSAI..agresif pun mcm DSAI..ckp berapi2 pun mcm DSAI..takut jadi pemimpin half-baked (takut yang pertama)

    Pendapat aku yang bodoh & tak belajar di oversea nie, tumpukan satu2 dulu kot..bagi Rembau berkilat tak dak komplen sampai boleh menang tanpa bertanding PRU depan, baru pikiaq nak tambah satu lagi portfolio..ambik sokongan 100% baru lebih konfiden nak handle Pemuda UMNO Malaysia..bukan apa..takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran (takut yang ke-2)

    Elok kalau KJ tumpukan pada penambahbaikan dan pemulihan UMNO yang tercedera dalaman sekarang nie..mengalah kan lebih baik..bagi laluan pada orang lain yang lebih berkelayakan..yang lebih berpengalaman..jauhi politik wang..haram dapat kuasa mcm tu..lagipun orang yang sokong kita semata-mata sebab kita dok bagi duit nie jenis orang yang tak boleh diharap masa susah..takut nanti harapkan pagar, pagar makan padi..harapkan sokong, sokong membawa rebah (takut yang ke-3)

    Tanamkan jasa dan ingatan orang dengan kebaikan..taburkan jasa-jasa yang boleh dibanggakan sampai mati..biar rakyat bersatu balik..jangan sampai disumpah orang..takut nanti harimau mati meninggalkn belang, KJ mati tinggalkan tembelang..(takut yang ke-4)

    Apa pun, buat orang yang kuat membangkang, jangan plak nak manipulasi post aku nie sebagai menentang KJ apatah lagi UMNO..aku sayang UMNO..KJ pun mungkin bagus sebab dia lantang bersuara..dia berani..tapi pada aku, belum tiba masanya..kalau dah ketentuan Ilahi itu rezeki KJ, mcmana pun tetap milik KJ..tapi kalau dapat melalui jalan haram, kesan dia tu membawa ke mati..nauzubillah himinzalik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s