Pak Lah : Surat Anwar bukan mengenai peralihan kuasa -malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata surat yang diterimanya daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

“Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara,” katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di sini.

Di Kuala Lumpur, Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada Perdana Menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: “Itu permainan politik dia (Anwar).

“Ini membawa kepada satu keadaan yang tidak baik bagi rakyat dan negara kita.

“Seolah-olah tiada lagi kestabilan politik di negara kita ini.

“Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 Anggota Parlimen) dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi),” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana “kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain.”

“Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia,” katanya.

Abdullah meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab seharian, dan bukannya sibuk dengan urusan yang memperlihatkan ketidakstabilan politik negara.

“Lebih baik beri perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab kita yang dilaksanakan sama ada di sektor awam mahupun swasta,” katanya.

Anwar ketika ditanya pemberita mengenai kegagalannya untuk mengambil alih pentadbiran negara hari ini (16 Sept) seperti yang digembar-gemburkannya, beliau mendakwa kelewatan itu adalah kerana beliau mahu berbincang dengan Perdana Menteri terlebih dahulu. – sumber mstar

nota: pandainya DSAI bersandiwara. bukankah pertemuan yang diatur adalah mengenai isu-isu semasa negara seperti tahanan ISA dan sebagainya. Syabas Pak Lah dengan menolak ajakan mat jenin ini.

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

37 responses to “Pak Lah : Surat Anwar bukan mengenai peralihan kuasa -malaysiakini

  1. zackdanial

    Kerana org2 bodoh mcm ulah m’sia ketinggalan dibandingkan dgn s’pore . Bodoh kelas pertama . baik sokong binatang di Zoo dari org2 bodoh mcm u .

  2. emenza

    biaqlah pak lah jumpa nuaq. mgkin ada apa hal yang boleh pak lah tau dari tak tau kalau x jumpak….Pemuda enggang ni boleh jadi perantara utk pertemukn ke dua2 pemimpin tu dok berbincang…. barulah ada jasa ooii!!…….jangan enggang lupakan pipit……

  3. Minyak bila lagi mahu turun harga oi…. Dollahwi.Belum puas lagikah kau hisap darah rakyat?OH Dollah !!!!

  4. Malaysia Baru

    Kalau dah Pak lah konfiden Anwar bohong… jumpa je lah. Suruh wartawan join sama dengar apa Anwar nak kata. Takat mana sgt Anwar nak popularkan diri dia… kalau dah semua media di bawah kawalan Pak Lah.

    Kalau Anwar betul bohong, maka kat situ jugak lah tamat riwayat politik beliau. Pak Lah terus boleh jadi PM sampai 2010…

    Jangan – jangan Pak Lah yg takut riwayat politik beliau yg terkubur kalau jumpa kot… bak kata pepatah, berani kerana benar. Takut kerana salah. ..

    Jadi kalau dah takut nak jumpa tu… ehemm ehemmm paham saja lah no….

  5. buat apa nak jumpa pembohong…. Pak Lah bukan bodoh mcm penyokong pembangkang yg xsedar2 lg korang dah kena Bang Bang Bomm musim pertama… Skarang mat jenin tu nak buat plk rancangan Wakena BEB!!! musim keberapa ntah… Sian x dpt jd PM , tp dpt jmp PM pun jd la yer…. Dah ramai sebut kat Uganda ada jawatan menteri Hal Ehwal Longkang… Cubala suruh Mat Jenin Apply….

  6. Hampa ini paksa Pak Lah jumpa Anwar buat apa?.Nanti dia keluaq office Pak lah…panggil wartawan mat salleh bagi tau cerita lain pulak!Buat cerita baik punya…..Pak Lah rayu kat dia beri masa sikit untuk dia jadi PM.Dia boleh buat punya..kalau saya jadi Pak Lah pun tak berani…bahaya si anwar ini!.Kalau Anwar ada cukup MP macam dia cakap;buatlah undi tak percaya kat parliman nanti!.Apa yang kecoh sangat…kita memang memahami hubungan pihak royalty dengan dia…..semua orang tahu!.Siapa Anwar dan apa yang dia fikirkan!.Kamu semua lupa anwar ini Klon UMNO juga…jadi yang ori UMNO tak akan tak tahu kelemahan produk klonnya!.Sabar je lah ya!.Ini bulan puasa…nabi dulu pun banyak buat perjanjian damai dengan musuh dalam bulan suci ini.jadi Mamak mohon demi Islam PKR dan UMNO kita cease fire…dengan semangat Islam. persetankan dengan kaum kafiak yang lain.mamak pun mohon jugak dekat Pak Lah agar dalam bulan puasa ini janganlah ada lagi tangkapan ISA terhadap orang Islam kalau boleh!.Biak dia puasa dan Raya dulu..biak rasa lemang ke ketupat bersama dengan keluarga dikampung!!!.Kadangkala RPK ini mamak kesian pun ada geram pun ada.Dia ini tak pikiak keluarga dia…ikut kepala batu dia je!.Cuba bulan puasa ini diam sikit, ini ikut perangai kafiak buat apa?.Bagi semua orang-orang Islam yang kunjung ke blog ini terutama dari parti pembangkang dari PAS dan PKR kita cease fire dan cari pahala sikit…jadi siapa yang hentam lagi kita anggap saja dia ini bukan Islam yang tak kena mengena dengan cease fire ini!.Wassalam.

  7. Mamak..Putera rasa sapa2 yang menghina dan mempermainkan Nabi kita tak patut dikesiankan..cuma kasihankan masa depan anak2 dia la..mak dah tentu mualaf..bapak perangai lagi teruk dari mualaf..abih sapa la nak bentuk dan corakkan “kain2 putih” tu..maafla, Putera tersinggung betul dengan RPK..mungkin Putera belum sematang mamak, abang tuah dll..tapi Putera tetap utamakan Nabi melebihi kepentingan umatnya..

    Untuk RPK, bertaubatlah..jangan dimain2kan nabi junjungan kita..takut tak tertanggung azab di akhirat kelak..mati nanti banyak tapisan keselamatan dia..silap2 masa nak mati (tapisan pertama) pun dah kantoi..belum tapisan ke-2 (alam kubur) & tapisan ke-3 (alam akhirat)..nauzubillah

    Putera jugak setuju dengan mamak..bulan posa nie kita cease fire kejap la..boleh nak mengkritik, tapi jangan sampai mencarut2 la..bincang secara aman..hormati bulan mulia nie..

    Nanti sebelum raya, ramai2 mintak maaf kat blog nie..pas raya kita timbang balik nak “berperang” balik ke dak..tapi eloknya perang dingin cukup la..

  8. hai kawan politik nie susah nak ramalan kamu tak tau apa akan berlaku seterusnya… tapi SAPP dah keluara parti dari BN dua kerusi Parlimen pla tu. SAPP kata keluar parti je x join pembangkang itu siapa tau dia nak join pembangkang sebab apa klu SAPP join pembangkang dlm masa yang singkat nampak sangat lompat parti. lepas SAPP keluar kemungkinan ada lagi parti yang keluar dari BN siapa tau.. fikir-fikirkanlah BN pun bukan baik sangat pemerintah banyak sangat rasuah.. saya bukan di pihak pembangkang mahupun BN. sila komen

  9. politik nie susah nak ramal macam nombor ekorr.. SAPP dah kuar parti dari BN mula tak join pembangkang tapi siapa tau SAPP akan join pembangkang dalam masa singkat nie SAPP tak join pasal nampak sangat lompat parti. lepas SAPP mungkin ada parti lain akan kuar mana kita tau. BN pun bukan baik sangat memerintah rasuah sini sana.. lepas tu time pilihanraya baru nampak muka. kalau bukan pihak media yang siarkan masalah rakyat sampai kiamat YB tu lansung tak ambil tahu. itulah yang saya nampak dalam pemerintahan BN.. sila komen

  10. allo… MR tak paham
    apa la lu ni…memang patut lu guna nama tak paham… bro apa cerita SAPP dia nak lompat ka …tak nak… ka ..sorry jangan kasi dia balik

    lagi satu apa lah lu kata BN rasuah sana sini…betui ler lu ni memang mat tak paham… alo kasi buka lu punya minda lah sikit kawan lu ingat 31 orang ni boleh halau macam kambing masuk kandang ker.. apalah lu bukan BN degan rasuah…tapi lu pikir lah sendiri tak ke PKR nak pakai air liur nak tarik orang jadi machai dia…….
    lu ingat dia orang tu macam lu ker…dia tu pun ada maruah tau..orang yg kita pilih kerana mereka cerdik dan berdidikasi serta bertanggung jawab…bukan macam lu memanjang tak paham nyer

    sekupang dua bagi cadangan … miker tulis dulu lepas tu bagi org yg cerdik sikit baca dan komen baru miker boleh masuk dalam blog ni….ada paham tak paham!

  11. Tak faham?

    Memang politik macam itulah..tapi bukan macam ramal no.ekor itu benda yang haram!.Sebenarnya Mamak bukan tepis komen awak tentang tak puas hati terhadap ramai ahli politik dalam UMNO atau pun parti-parti komponan yang lain.Mamak juga pernah baca atikel yang ditulis oleh blogger APAI pada mula-mula dia masuk ke halaman ini.Cantik dia punya elobration tentang perangai segelintir ahli UMNO yang terlalu lama memegang jawatan!.

    memang benda ini telah berlaku…ia tidak dinafikan tapi kamu perlu ingat..Apa dan kenapa Barisan Nasional ditubuhkan?.Apa peranannya pada rakyat berbilang kaum.Kalau kita dah buat rumah kita dengan berbelanja beribu-ribu ringgit untuk duduk selesa taakanlah kalau bumbungnya rosak sikit kita pindah ke rumah baru.Semata-mata kerana bocor sikit itu.Kita baiki bumbung dengan panggil tukang baiki bumbung yang baik.Sekiranya parti SUPP ada masalah perlulah dia bawa bincang.Yang masalah mereka adalah terlalu pentingkan peribadi…takut jawatan atau sumber kewangan hilang …inilah masalahnya.Tidak fikirkan perjuangan parti.Perkara sama juga berlaku dalam UMNO..terlalu pentingkan kedudukan dan karier dalam kerajaan sehingga takut membawa suara akar umbi…wal hal mereka yang dilantik untuk memegang jawatan adalah semata untuk menjadi juru cakap apa jua suara yang dibangkitkan oleh akar umbi tetapi ini tidak..apabila sahaja dapat jawatan dalam parti dia hanya mendengar cakap pihak atasan bukan lagi bawahan.Jadi yes man dalam parti.Apa jua ketua dia cakap Yes Datuk!habislah orang bawah kontang-kanting.Apabila yang kita pileh ini sebagai ketua ini ada masalah dengan orang atasan disebabkan kepentingan diri mulalah dia bawak cerita orang atas tak pakai lagi dah…kita ken keluar!.Alasan hipokrit..kalau dia ini betul-betul juangkan dasar parti dan ahli kenapa dari dulu tak membawa isu ini!.

    Yang mengusutkan ramai lagi macam tak faham adalah si dajal PKR itu.Dia ini jenis perosak.Dia merosakan minda rakyat yang tak faham politik dengan dakyah-dakyah pembohongan.Perkara kecil diperbesarkannya…dia kata Negara ini tak demokratik…tapi kamu tengoklah dan dengarlah ceramah-ceramah…kaji dengan betul-betul kamu tahu betul tak dia hujah itu!.Semasa dia nak jatuhkan TDM dia bawak cerita kononya TDM ini membawa neopotism dan kronism dalam ekonomi negara…di canang kehulu kehilir dengan panglima-panglima dia.Akhir sekali TDM mual dengan perangai dia…keluarkan senarai yang dapat projek dari kerajaan…terpaku semua ..kerana yang dapat projek semua adalah keluraga dia dan kawan-kawan semua!.sampai sekarang dia katuk mulut dia!.Mamak akui pada masa ini Pemimpin UMNO tidak serang balas dakyah-dakyah si Dajal ini pasai itu ramai rakyat TAK FAHAM apa yang sedang berlaku!.Anwar ini payah nak kawal…mulut dan hatinya sangat berbisa…Jangan ambil bulat-bulat apa yang di pidato…tajamkan pemikiran buka mata hati dengan ilmiah…itu jelah cara yang ada selagi pemimpin UMNO senyap seribu bahasa,tak reti serang balas dan menggunakan kaedah kuno sumpah disana-sini (Tambahkan Lagi Dosa)untuk mempertahankan hujah si Anwar ini.

  12. nocrid

    bernanah mata saya membaca blog ni…..haiz……..

  13. Hati Keras Rakyat

    Kepada sekalian,

    Mungkin kurang bijak kita bertikam lidah disini…
    Harga minyak tidak turun sampai sekarang..”Mereka terus bermain sandiwara – wayang MalaysiaWood” kepada rakyat semua…tidak kira parti mana pun…Kita sebagai rakyat masih kena keluar saku dan bayar RM2.55 setiap kali isi minyak…makan RM7.00 sekali….Apa kalian dapat…mereka terus untung berlipat ganda….dan alir pandangan kita pada isu politik…tapi kita terus dibeban dengan kos hidup yang tinggi..mereka tidak merasa kerana akaun banyak sampai melimpah.senang cakap 10 abad pun tak habis..kita dah hampir mau pokai dah…gadai ini tu..tarik ini tu…tak susah ke hidup sekarang…lain lar yang “berkenal” itu…tempias pun dapat saguhati….tapi ingat angin tidak bertiup sehala saja….puting beliung datang habis semua…

    Jadi, the moral of story…yang asas kena jaga dulu…yang perlu diubah kena ubah dengan segera…hidup sudah tenat……..perlu ada suatu yang ” Baru ” untuk memulihkan kehidupan di sini. Pemikiran kena Open sikit……….biar semua adil….sebab ini bukan harta pusaka sendirian berhad…..

    wassalam.

    Jati.

  14. wrd

    kalau nak pilih pemimpin, kena tengok peribadi dia, keluarga dia, kawan-kawan dia…..kalau anwar tu jahat takkan ramai ulamak yg sokong dia,korang mesti cakap ulamak tu tak betul atau buta tapi biarlah korang yang cerdik sikit,pikir biar pakai akal..kalau betul mengaku Islam sokonglah yang nak jadikan malaysia ni islam sebenar, Islam hadhari nak bersihkan chow kit ngan bukit bintang pun tak jalan….kalau bini pun xleh nak bimbing suruh pakai tudung camana nak bimbing rakyat…

  15. nur aida

    kurang ajar RPK padan muka raya dalam lock up..buat keje pakai kepala lutut

  16. firdaus86

    buat macam shabery debat dgn anwar ari tu.
    takkan pak lah tak berani.
    suma boleh nampak kebenaran.
    baru kita tau sape yang lembik.
    politik perang je tak abis-abis.

    minyak tak turun lagi..nak salah kan siapa kalau bukan pak lah dan kepemimpinan malaysia yang cukup lemah.
    zaman mahathir ada camni??
    menyesal aku undi BN.

  17. Zulfikar

    Wahai nur aida,
    Jangan mengutuk orang sedemikian rupa. Awak tahu ke duduk perkara. Sebab apa ditahan kenalah dibuat analisis bukan hanya membuat tuduhan semberangan saja. Kalau gitu semua org yang kena tahan di dalam dunia ini semuanya salah. Kita nak katakan padan muka pada Ibrahim Yaakob, Ahmad Bostaman atau sbelum itu Tok Janggut, maharaja Lela, Mat salleh. tetapi bukanlah maksud saya RPK tu sebagai pejuang seperti tokoh2 di atas. Saya pun masih lagi membuat analisis kenapa RPK bertindak seberani begitu dan mendedahkan pelbagai maklumat yang membuatkan pemimpin2 negara yang kita sayangi seperti DS Najib tak senang duduk. Kenapa? Why? Why?

  18. Mat Jenin

    Hidup ISA! Hidup Melayu! Hidup UMNO!

  19. PKR Penang

    aku malu ada mamak penang yang sungguh biadap mengata org lain DAJAL… tp mamak kata jangan kata tak elok di bulan mulia ni… aduh la… pengampu UMNO ni….. buat malu nama penang… apa nak jadi ngan hang mamak ooiii… kalu undang2 negara ni beri peluang membunuh org yg dibenci… hang org pertama aku cincang….

  20. PKR Penang,

    Mamak rasa kamu terlalu banyak makan kari daging cincang masa buka puasa..sekali-kali rasa daging masak kurmak…itu kan lebih elok kurang pedas sikit!.Gangsterisma PKR kat Penang ini sapa tak kenal…hang layak jadi gangstar je tak layak jadi ahli politik kerana tak ada idea betah pandangan orang lain cara beri pandangan cuma tahu gunakan kekerasan dan ego hang!.Kamu belum kenal bom dan pegang bom tapi mamak ini dah biasa dengam exocet M-32 masa engkau belum lahir lagi…piiirah manqak..kalau tak dapat terima pandangn orang jangan masuk rumah orang tanpa beri salam…ugut konon…hampa dalam PKR itu je tahu!sama macam ketua hampa ugut nak memerintah..dia kencing hampa hang tak tahu..ikutlah perangai ini..niscaya anak awak satu hari nanti pengganas..nak bunuh orang je kerja dia nanti.Malu konon Mamak jadi orang penang hampa PKR jilat pungguk cina DAP tak malu ke/Terang-terang menentang Islam?.Hampa di PKR tak tahu malu….dari dulu dah ikut Towkey itulah masalahnya…mamak penang jadi towkey sendirilah bodoh!.

  21. kalo aku undi pkr,aku nk harga minyk trun ngan org miskin dbasmikn

  22. montoya

    turun jer la AAB ….sana sini orang dok cakap benda buruk tentang hang !!! hang tak pandai takbir negara ….

  23. dio

    pak lah tu tak sajak jadi pm cuma sajak jadi penghulu kampung je.nak jadi ketua mesti lah ada calibre dan yang ada pendirian tegas bukan cam dia tu.ibarat macam lalang kat mana angin tiup kat situ lah dia tunduk.anwar pun bukan bagus sangat ibarat cam tong kosong je .bunyi je bising tapi takde substance. takde ke org2 melayu kat malaysia ni yang bercalibre dan berpandangan jauh untuk memajukan rakyat?ini takde semua yg masuk politik pikirkan kantong sendiri je bukan nak menolong rakyat dan negara jadi maju.aku tengok political landscape kat malaysia aku pun mual cam nak muntah

  24. AbangTuah

    PKR Penang,

    Apa cerita ni, cincang-cincang. Kau ingat parang kau aje ke yang tajam. Lain kali kalau mau tulis baik-baik sikit ya. Kalau tak tahan baca, stay dekat you all punya WEBLOG.

  25. AbangTuah

    Dia pikiaq dia punya parang ja..keris AbangTuah dia tak tau lagi..penangan rempah kari Mamak Haji dia tak tau lagi..cakap tak pakai otak..sesama Islam pun nak mencincang-cincang..yang puak kafir harbi dok hina Islam, Melayu, tak pulak nak ingat nak cincang..apa punya samdol!!!

  26. NIBIRU

    SALAM,

    MENGUCAP PANJANG……………………….SAUDARA SAUDARI YANG DI RAHMATI ALLAH……INGATLAH PADA JANJI KITA PADA ALLAH………………BIAR SY REWIND BALIK KALAU LUPER…………..HIDUPKU,MATIKU SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA…..NOTHING ELSE MATTER……..KALAU KESEMUANYA PEGANG ISLAM SEPERTIMANA KITA MENGENGGAM BARA API…MAKA….TERSELAMATLAH KITA SUMER DARI AZAB DUNIA DAN AKHIRAT………………..
    TP YG MENJADI MASALAH HARI INI ADALAH……………….KITA PEGANG AGAMA ISLAM KITA……MCM PEGANG BATANG KAYU AISKRIM….TIME SERONOK KITA PEGANG TAPI BILA DAH SELESAI, KITA CAMPAK JAUH2…………………..JD KESIMPULANNYA SAPER2 PUN PEMIMPIN KE, KETUA PEMUDA KE,EXCO KE ,JKKK KE, MENTERI KE, MENTERI BESAR KE,IMAM KE YG ADA HATI/NIAT/AZAM /TEKAD NAK WUJUDKAN /SYIARKAN AGAMA ISLAM…NK MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA NI KELUAR DARI FAHAMAN MASYARAKAT BERFIKIRAN SEKULAR KE SATU TAHAP KEIMANAN YANG TINGGI DALAM MEMAHAMI ISLAM …ITU LAH YANG SEBENARNYA KITA WAJIB SOKONG DAN BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKANNYA……BUKAN SEMESTINYA SI DOLLAH,SI NUAR, SI AJIB DLL…..BUAT APA KALAU AKHIRNYA KITA DI CAMPAKKAN KEDALAM API NERAKA JAHANAM OLEH ALLAH SWT KERANA PILIHAN YANG KITA AMBIL SEMASA HIDUP
    DI DUNIA……………PENDEK KATA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SEORANG PEMIMPIN AGONG , BAPA ,SUAMI ,SAHABAT YANG PALING HEBAT ATAS SEBAB SIFAT KETAKWAAN BAGINDA YANG MERUPAKAN KEKASIH ALLAH SWT……… JADI NAK PILIH PEMIMPIN CARILAH YANG ADA SIKIT-SIKIT CIRI RASULULLAH BILAMANA BAGINDA MENJADI PEMIMPIN .
    POLITIK DAN ISLAM TAK BOLEH DI PISAHKAN ……….KALAU DI PISAHKAN MAKA JADILAH KITA LUPA JANJI KITA PADA ALLAH DAN AKHIRNYA MENJADI BAHAN BAKAR API NERAKA…NAUZUBILLAHIMINZALIK

    KEMBALI LAH KITA KEPADA NUR ISLAM……ISLAM SAHAJA YG MAMPU MEMBERI KETENANGAN YG ABADI PADA MANUSIA….BUKAN SYABU, RASUAH ,SEKS , MAIN ,MERCUN ,DADAH,ROKOK,ARAK,TOTO,
    MAGNUM,SAHAM,F1 ,FOREX , LIWAT DLL ………………

    BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT ….KESIAN KT ANAK2 , KELUARGA , KENGKAWAN @ FOR ALL HUMAN BEINGS.

    TP KALU DH TERLEWAT BILER MANA MANUSIA DH 100% JADI HAIWAN……..MAKA TAK MUSTAHIL SAMADA KITA ,KELUARGA KITA ,KENGKAWAN KITA,JIRAN KITA MENJADI KORBAN ATAU YG MENGORBANKAN JIWA MANUSIA ITU SENDIRI…………MCM ZAMAN BATU DULU2.

    ISLAM ADALAH AGAMA YANG SYUMUL ATAU KATA LAIN…YANG SEMPURNA…TP ADA PULAK MANUSIA YG RASA DIA BULIH CABAR KEKUASAAN ALLAH… ………………….
    NAUZIBILLAHHIMINZALIK
    KATA UNDANG2 (HUDUD) ISLAM NI TAK SESUAI LA,BOLEH MAKAN RIBA JIKA…….,BOLEH TINDAS RAKYAT KALAU……..,BULIH BUNUH ORANG KALAU…..,BULEH LAKSANAKAN PERINTAH ALLAH TAPI……… DLL ALASAN YG SUNGGUH MENYERLAHKAN LAGI SIFAT KEMUNAFIKAN KITA…..PADA ALLAH SWT.

    SAUDARA KU,

    JALAN ISLAM ADALAH LURUS SELURUS PELURU YANG DI LEPASKAN DARI MUNCUNG PISTOL/SENAPANG DLL.

    KALAU HARAM KATA HARAM
    KALAU HALAL KATA HALAL

    TIADA YG ATAS PAGAR…..KERANA YG ATAS PAGAR TU MMG TEMPATNYA PADA YG HARAM.

    WALLAHUALAM.

  27. thats rights nibiru,nik aziz contoh tbaik,

  28. Salam Nibiru,

    Untuk pengetahuan tentang peluru!

    Peluru yang keluar dari muncung pistol itu bukan lurus.Ia kan bergerak berputar dan dan ‘Collapse’ selepas effective range pistol itu sendiri. Ia dipanggil ‘Riffeling’kerana benda yang bergerak lurus tidak akan menepati sasaran yang betul.Di panggil target trajectory.
    Wassalam.
    p/s:Mamak bukan apa saja nak betulkan pandangan awak yang lurus bendul itu.

  29. Bakal PM

    salam mncari kebenaran…
    Nik Aziz sekarang ni terikut2 dgn fahaman Anwar… Kenyataan dan pendiriannya skarang slalu berubah2 demi menjaga persepakatan dgn DAP hinggakan apa sahaja yg DAP pertikaikan mengenai islam xde pun nik aziz nak pertahankan… yg lebih diutamakan adalah menjadikan angan2 Mat Jenin tu satu kenyataan… Berbeza dgn Tuan Guru Hadi Awang yg mana masih teguh menetapkan islam sebagai matlamat perjuangannya…

  30. kalo lah boleh…. aku nak Tuan Guru Nik Aziz jadi PM Malaysia…… dia lah satu-satunya tokoh yang layak memimpin negara kita….. semoga impian ini dijadikan kenyataan…. amin…..

  31. waris79

    Perhatikan betul2 kenyataan yang dibuat oleh pemimpin MCA dalam isu terresa kok dan isu ISA,semoga dapat membuat kesimpulan…

  32. Kuntakinte

    Salam, teman sokong pandangan bakal PM, hanya tinggal Hj Hadi aje yang boleh diharap untuk menegak kan PAS, harap kan Nik Aziz di kontrol dik Husam, Husam siapa? sahabat baik anwar sebab tu Nik Aziz kuat kearah komen apabila mengenai anwar dan pertahankan anwar, DAP komen Nik Aziz tak cakap senafas pun sebab Anwar kata duk diam2 tok guru…

    Hj Hadi pulak tak berapa dapat di kontrol dik Kamaruddin, siapa Kamaruddin Setiausaha Agung PAS tu? dia Sahabat dunia akhirat Anwar, ditugas kan untuk rapat dengan Hj hadi agar boleh picit telor Hj Hadi bagi pihak bos dia Anwar.

    Ada ke patut Hj hadi setakat Menteri jaga Agama aje letak dik Anwar, tinggi lagi martabat Lim Kit Siang, hai…pelik – pelik, Melayu Islam, Melayu Islam mana satu ni yang betul….. he…he…

  33. duda

    Jumpa sajalah, buat perjumpaan terbuka.. suruh tv3, awani, astro ria buat liputan live… baru la ada emppp….

  34. PATPAT

    berapa kali kata-kata paklah sudah menjadi bohong. tidak ada pilihan raya – besok pilihanraya. tidak ada naik minyak – besok naik minyak. mulut PM mulut apa ini – mulut pemimpin negara ala Tunku Abdul Rahman ke mulut salesman yang sedia menjamin tanpa isi…

  35. Nadrah

    hangpa ada dengaq Pak Lah Menangis ker? hehehe sadisnyer……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s