Peralihan kuasa mungkin diawalkan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

“Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.

Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010.”

Sambil menyatakan bahawa keduadua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata, beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: ” Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab.”

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat.

Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah.Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Najib juga berkata beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk kerusi Presiden kerana beliau komited dengan pelan penyerahan kuasa itu. -mstar

Advertisements

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Peralihan kuasa mungkin diawalkan

  1. Apapun..semoga hanya yang terbaik untuk negaraku Malaysia!!!

    Hidup ISLAM..hidup MELAYU..hidup UMNO..

  2. Salam,

    Sepatutnya UMNO kena buat kejutan….dan mengalihkan seluruh perhatian rakyat ke dimensi baru dari fikiran yang telah lama dikuasai dan dikusutkan oleh si anuar ini.Belajar perang saikologi…UMNO kena serang bukan jadi sitting duck selama-lamanya.Buat satu kejutan yang porak perandakan perang saraf anuar!.Pak Lah terlalu passif dalam leadership…aggeresif sikit…Buat satu kejutan sensasi”Saya akan letakan semua jawatan dalam UMNO”kan orang tertunggu-tunggu ini…’akan’ saja bukan betui sangat…kalau letak pun bagui jugak…PM peganglah dan itu Menteri Pertahanan pun pegang jugaklah!…rasa satu Malaysia akan terpukau…atau buat kejutan Pak Lah…Anwar di tangkap ISA bukti talibarut CIA…!wau terkejut biawaaak…!!!!.Baru depa kenai siapa Pak Lah…anak jati kepala batai…akan batai kepala orang yang menentang!!!!.

  3. Salam semua..

    Putera setuju apa yang disyorkan oleh Mamak…kena agresif..Pak Lah kena tunjuk kenapa dia berbaloi dilantik jadi PM..UMNO bukan shooting target atau kain lap kaki..sekarang masa paling getir bagi UMNO..pucuk kepimpinan perlu menilai balik kekuatan UMNO dan bandingkan dengan keperluan semasa..Putera yakin UMNO boleh customize peranan dia untuk penuhi segala keperluan (bukan kehendak) rakyat dengan cara yang paling bijaksana..bukan berjanji membabi buta..seperti anwar & the gang..

    Orang Malaysia ni antara pantang larang dia kalau dah berjanji mesti tunaikan..tapi kalau nak tunai janji2 pembangkang nie memang la menyusahkan..contohnya masa Khalid janji nak bagi air percuma di Selangor..dah janji baru nak pikiaq macamana nak adjust dengan Syabas..kelam kelibut..mcm tu ka pentadbiran yang profesional??? Lain kali rancang dan timbang semasak2nya baru boleh masuk dalam manifesto..yang pembangkang tau adjust manifesto untuk jamin sokongan rakyat..sudahnya ekonomi negara tunggang langgang

    Buat Pak Lah, Tok Najib dan pimpinan lain..sudah2 la jadi “punching bag” puak2 anwar nie..Putera tengok tak renti2 depa nie kena..Pak Lah dengan KJ & 4th Floor Boys, Najib dengan Altantuya, Johari Baharum (bekas cikgu Putera) dengan rasuah RM5juta..mcm2 hal yang memeningkan..walaupun mungkin itu semua satu fitnah yang jahat, tapi masa nie la kepimpinan UMNO semua bangkit & bersatu..tonjolkan pada masyarakat pentingnya UMNO sebagai jantung BN..takdak UMNO takdak BN..

    Sekarang bukan zamannya kita nak pakai hukum rimba..hanya yang terkuat mampu survive..gunakan akal mengatasi kekuatan..kalau sekarang PR tengah ramai penyokong, gunakan akal @ psikologi (mcm cadangan mamak) untuk lemahkan mentaliti depa yang sememangnya lemah tu untuk kembali ke pangkal jalan..tapi kalau yang mangkaq memang kena bagi minum ayaq acaq la kot..baru baguih dok ada..

  4. assalamuaikum semua!

    mamak teman setuju benor cadangan mamak kalau di tangkap dibawah ISA jika terbukti talibarut si yahudi laknat tu….
    bukan tu saja mamak …bior kalau boleh bila kita hantar wakil rakyat BN ke china …. dia orang sibuk hantar rombongan PKR pulak merasuah pemikiran orang BN kononya…. kalau teman ler… teman hantor satu lagi..rombongan … he he he he… rombongan BPR dan apa yang patut ikut dema…supaya dema kena tau ..wakil rakyat tu di pilih rakyat…. keadilan rakyat amendanya kalau hargai pilihan rakyat…ikut suka dema je nak beli…kata perjuangan rakyat… puuui penipu rakyat lak jadinyer

    sekupang dua terpikior juga kalau dah macam tu janganler guna nama rakyat… gunalah parti keadilan anuar sekeluarga…. jangan nafikan hak rakyat….jangan beli pilihan wakil rakyat…dimasa yang sama kamu sendiri kata BN penuh rasuah…abis tu tak kan beli dema dengan ayor lior jer… budak kecik pun gelak… ‘ abang!.. cakap dengan tiang ler… he he he itu free!

  5. Salam sekupangduas!Putera81…

    MP yang nak lompat itu bukan “Member of Parliment” tapi “Money Politician”.Sesiapa yang undi MP yang melompat itu kalau jumpa kat Jalan baling kasut kat muka dia je! kalau dekat ludah kat muka dia..bangsat punya wakil rakyat kalau nak duit sangat…jual anak bini je jangan jual kepercayaan penggundi yang susah payah undi hampa!.Jenis Bangsat!.Lebih hina dari pariah..

  6. ashportal

    aku pelik, org melayu cepat berubah…bile Umno skrang tngah ade problem terus blame dan lari parti lain (yg ade wang dan kepentingan….mcm ikut trend) sepatutnye kite jgn berubah or lari…sebaik2nya kite perbaiki…btul aku tau yg ade skrang ni mmg tngah problem..tapi mcm tu kite tangani…paling elok kite repair la…same mcm kereta yg rosak…kalu rosak gi mekanik repair…jgjn jual and beli kereta lembu plak…apara!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s