Sapp keluar BN

Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti ‘bebas’ di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

nota: keputusan yang dijangkakan. kelantangan bersuara Yong Teck Lee bukanlah atas dasar memperjuangkan rakyat Sabah tetapi atas dasar termakan ‘gula-gula’ anwar ibrahim dan kuasa. Kini, kita lihat lah adakah SAPP akan bergerak sebagai parti ‘bebas’ tanpa telunjuk Anwar Ibrahim? kalau sudah tamakkan kuasa, semangat setiakawan rela digadai.

tindakan keluar dari BN ini juga merupakan pengkhianatan kepada pengundi dan rakyat Sabah. Ini kerana wakil SAPP yang menang pada PRU yang lepas adalah disebabkan bernaung di bawah Barisan Nasional dan bukannya SAPP. sekiranya betul ingin keluar dari BN, adalah diharapkan agar ADUN dan MP SAPP meletakkan jawatan masing-masing supaya satu PRU kecil dapat diadakan. melalui PRU kecil ini, rakyat sabah berhak memilih semula wakil rakyat mereka.

sekiranya SAPP bertanding atas tiket sendiri pada PRU yang lepas, adalah amat tipis bagi calon-calon mereka utk menang di kawasan terbabit. Nasihat penulis agar semua wakil2 rakyat SAPP letak jawatan dan diminta adakan PR kecil di kawasan terbabit. Rakyat Sabah berhak memilih semula pemimpin mereka!!

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Sapp keluar BN

  1. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi..tapi aku yakin BN dan UMNO akan terus kuat..kalau hari ni SAPP keluar BN, tak mustahil esok lusa PAS keluar PR..kalau dah jadi lagu nie pun orang MELAYU tak sedar-sedar jugak tak tau la..memang jenis MANGKAQ (pinjam quote mamak)

  2. rasyd

    hm,bagus.inilah yang kami rakyat sabah mahukan sebenarnya.walaupun belajar di semenanjung saya yakin ini keputusan yang terbaik utk negeri kami = )

  3. Salam Putera81,

    Ketiadaan
    Abang tuah,Kuntakinte,Sekupangdus,Mok dan lain-lain pejuang terasa sangat diblog ini.Mamak rindu juga nukilan depa yang bernas dan penuh dengan fakta!.Mungkin depa rasa sedikit tertekan dan bosan dengan jenis specis Melayu yang mangkaq yang celaru tapi kedatangan Putera81 ke blog ini kembalikan semangat juang Mamak kembali…Agi Hidup Agi Ngelaban!…Hidup UMNO, Hidup Melayu!.wassalam.

  4. Salam Mamak & semua penyokong Melayu..

    InsyaAllah setakat ini hanya perjuangan ini yang termampu Putera lakukan..tapi dengan izin Allah, di kesempatan akan datang, Putera nak sumbangkan yang lebih demi untuk UMNO dan ISLAM khususnya dan Malaysia amnya..semoga mamak dan pejuang yang lain tak akan letih melawan mangkaq2 yang dah tepu hatinya tu..biasalah, orang bebal nie biasanya bagi minum ayaq acaq baru nak cerdik sket..

  5. ASSALAMUAIKUM MAMAK, PUTERA81 DAN SAHABAT!

    bukan menghilang mamak tetapi isu ni dah muak berapa kali diorang nak masuk TV nak umum…nak umum… banyak lagi pekara lain yang lebih penting…yang kebakaran.. banjir…kemalangan ..kemiskinan dan macam-macam lagi lagi ..
    mamak tengok ler sendiri dulu dah sekali …ini lagi sekali…semalaya dah maklum ..dan seantero dah kenal YTL.. bukan kali pertama istilah belotnya..bagi saya peribadinya.. buat apa mereka yang tiada pendirian.. sekejap..kekiri… sekejap kekanan…baik tak payah…. Sekelumit sebab boleh merosak sealam

    sekupang dua geram bila dia buat cam tu kerana terpalit pada yang lain ..bila kita maklum BN di Sabah cukup kuat…malah disemenanjung tabik hormat dengan mereka, sekupang dua sendiri bersama satu zon dengan mereka membuat perancangan persediaan pilihanraya …cukup mantap …cukup strategi…cukup teratur dan cukup kemas perancangan jentera sabah dan mereka memang patut menang…mereka memang patut..kerana mereka memang layak…..tetapi sekerat dua ni ..yang jadi parasitnya…. HIDUP BN SABAH!

  6. Salam sahabat2 seperjuangan – Sekupang Dua, Mamak dll

    Betul kata hangpa..orang yang tak berpendirian nie tak rugi pun kalau tak mau berkawan dengan kita..ibarat lalang la..nak buang cukup payah..tebas dia naik balik..boh racun tak lama pastu dia naik balik…senang2 cangkul akar umbi sekali..baru mampus terus..

    Lagipun lalang nie tajam daun dia..selalu lukakan orang..tak rugi..sekurang2nya biar kita teruk sekarang dari teruk di kemudian hari..lopak2 yang SAPP tinggai tu kita pakat2 kambus..jangan nanti ada pulak yang tersadung kaki..

  7. tubir

    Apa nak dihairankan ianya bukan cerita baru…..kita dah tau lebih awal lagi…….Tapi macam mana dengan gerakan ,MCA dan MIC tak ada cita cita ke nak ikut. inilah masa nak ugut BN terutamanya UMNO……pandai kau orang ya ……

  8. veteran umno

    pada pendapat saya, keadaan umno sekarang sangat lemah.tidak perlu pemimpin umno dan ahli ahli umno menyerang pakatan rakyat.kelemahan sekarang umno tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat,kuatkan pertahanan dahulu(perpaduan).ibarat seorang lelaki yang lengkap anggota tapi sakit jantung dan lemah bertumbuk pula dengan seorang lelaki yang cacat anngota tapi gagah dan sihat.lelaki yang sakit boleh memyerang tapi akhirnya dia mati kerana tenaga yang lemah dihabiskan untuk menyerang. Dua andaian samada anwar mampu memerintah atau tidak, kalau dibuat andaian kedua jika anwar mampu ambilalih kuasa, apa persediaan umno? apa sratategi umno.ibarat kata kita pergi kelaut, walaupun cuaca terang tiada ribut,jikalau ribut terjadi apa persediaan,seorang yang cekap dia akan memilih andaian kedua.

  9. betul tu vateran… ytl pun satu sebab yang sebenarnya melemahkan UMNO dan BN..lantakan dia supaya jangan kudis di YTL jadi melarat didalam UMNO dan BN tambah masa sekarang.. jangan di biarkan… usir terus

  10. ah long

    YTL bukan sebab UMNO lemah, tapi sebab Pak Lah lemah.

    Itu punca utama.

  11. lagi pun kita tak nak orang yang belot dan penting diri sendiri…kan org macamni sesuai benor dengan kehendak PKR..btui tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s