Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar – Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap  kerajaan pimpinannya.

“Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

nota: Ya Allah!! kenapalah DSAI ini tidak sabar utk jadi PM. Kenapa dia ingin melawan ketentuan-Mu. Kucar-kacir negara sejak dia dibebaskan. Hampir setiap hari press conference, bayangkanlah kalau jadi PM. Tak berjalan lah kerja, asyik nak panggil Press conference je!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar – Malaysiakini

  1. Kerana rakyat tak percaya sama PM and DPM… yang itu tak tahu …

  2. Ketua Pembangkang

    Alo kawan … yg x percaya bukan RAKYAT la tp org2 bodoh yg senang2 je kena tipu…. Rakyat Malaysia cerdik sebab x percaya langsung pun Mat Jenin tu boleh jd PM…. Sian lu x reti2 nak malu ker… Ni aku nak pesan x payah la lg guna perkataan rakyat tu sebabnya rakyat Malaysia dah pun pilih BN jd pemimpin yg pilih Mat jenin tu ciput jer…. ntah berapa kerat jer… So jgn nak memalukan diri lg sebut kau ni mewakili rakyat…

  3. outsider

    Tindakan Pak Lah memang wajar – kenapa kah dia mesti layan dan tunduk dengan permintaan pembangkang sedangkan kerajaan yang sah telah di-tubuhkan pada PR12 yang lepas. Ini mandat yang rakyat berikan pada BN..! AP yang lompat parti di-anggap tidak amanah, tidak professional langsung kerana menepikan pilihan dan amanah yang diharap kan oleh rakyat. Ini tidak adil langsung kerana seorang AP yang berbuat demikian hanya mementingkan peribadi sendiri bukan mementingkan rakyat. Cara pembangkang hendak paksa kerajaan yang ada sekarang serahkan kuasa pada nya boleh di-ibaratkan sabagai orang yang masuk rumah dan ugut tuan punya rumah keluar sacara paksa, menggunakan apa cara saja untok mendapat kemahuan peribadi.

  4. Pak Lah ,Tolong cakap sama itu orang kampung kita “Lu sapa…piiirah”.Kuasa panggil parlimen sidang …kuasa siapa!.Ingat lu Amerika punya orang banyak kuatkah?…piirah…Hapraak!,Sedarlah diri itu sikiiit!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s