Hasan Malek buat laporan BPR – malaysiakini

imbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek yang mendakwa cuba disogok supaya menyertai pembangkang, telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata beliau membuat laporan itu dua hari lalu kerana tidak mahu bersekongkol dengan kumpulan ahli politik yang bermoral begitu rendah.

“Laporan ini dibuat tanpa arahan dari sesiapa, saya sendiri yang ambil inisiatif untuk lapor pada BPR,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hasan enggan menyatakan jumlah sebenar yang ditawarkan kepada beliau kerana tidak mahu siasatan tergganggu.

“Yang jelas dia janjikan saya masa depan saya yang cukup cerah. Itu masing-masing boleh intepretasikan,” katanya.

nota: Tahniah Datuk. Tegakkan kebenaran, cegahkan kemungkaran. Politik WANG harus ditolak. Budaya melompat kerana WANG bukan budaya BN. lihat posting awal di sini

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Hasan Malek buat laporan BPR – malaysiakini

  1. Richard

    “Yang jelas dia janjikan saya masa depan saya yang cukup cerah. Itu masing-masing boleh intepretasikan”

    Utk wakil MP “BN” yang minda telah ditutup, memang intepretasi adalah $$$$ sebab mereka itu memang fikirkan itu saja.
    Kalau minda buka, intepretasi “masa depan saya yang cukup cerah” adalah kerana tiada BN. Bila BN tiada, masa depan semua rakyat cukup cerah

  2. najib

    blog yang meloyakan

  3. Anti Ketua Pembangkang

    Masa depan cerah apa kalau kerja asyik nak merasuah jer… nak itu rasuah… nak ini rasuah… Nama jer org islam tp kerja nak merasuh org… Sudahla Mat Jenin masa depan aku memang cerah pun selama ni … xde kau pun xpe…. menyemak jer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s